Naim dan Feena hanya diam membisu diruang tamu. Taku Feena untuk bertanya lagi. Feena hanya mampu membuat muka sedih.
"Macam mana ya! Nak belikan ke tak nak ya? kesian pula. Buatnya dia duduk lagi 2 minggu dekat sini. Takkan lah dia nak pakai tu je?kesianlah pula awek ni. Aduhhh, macam mana ni ye? kenapalah time aku kena keluar, dia minta macam macam. Dekat mana aku nak beli ni?
Pergi pasaraya kecik dekat pekan tu ke? Hari tu beli seluar, ada nampak pakaian wanita. Boleh kot, belikan".
Bisik hati Naim.
"Dia boleh ke pakai? apa yang aku beli nanti. Boutique pakai wanita, tak ada pula aku nampak masa lalu dekat pasaraya tu. Jual pakaian yang biasa biasa, tu banyaklah. Lagi pun, aku bukannya orang kaya nak pergi boutique boutique ni".
kata Naim lagi didalam hati.
"Hurmmm, boleh lahh. Nanti aku belikan. Kau bagi aku saiz kau je?"
kata Naim kepada Feena.
"Yehhhh huuuu!" Feena menjerit.
"Thanks Naim".
Lantas Feena memeluk dan mencium kedua belah pipi Naim. Kerana terlalu suka gembira.
"Pakain dalam adalah sesuatu yang penting sangat buat i, u tau Naim.Thanks sangat. I kalau pakai tshirt ini hari hari pun tak apa? Tapi pakaian dalam, memang i tak boleh move on kalau tak tukar".
kata Feena lagi.
Terperanjat Naim, bila Feena memeluk dan mencium pipinya. Berdebar dadanya, macam nak jatuhh kelantai rasanya!
"Pertama kali, awek peluk dan cium aku begini".
kata Naim didalam hati. Sambil terseyum, memandang Feena bercerita tentang move on tak move on ni.
"Thanks lagi sekali Naim".
kata Feena, sambil menatap wajah Naim.
"Hurmmm macam manalah mamat ni nak pergi beli barang barang dalam aku ni?"
bisik hati Feena.
"Dah lah muka sweet, dengan lesum pipit dipipi. Aku yang pandang ni pun terjatuh cinta dekat dia. Ini kan pula pergi beli, pakaian wanita. Jatuh lah saham dia ni hahahhaha".
Bisik hati Feena lagi. Sambil matanya tak berkelip memandang tepat kemata Naim.
Naim tak tentu arah, bila Feena menatapnya begitu. Lekas lekas dia memandang ketempat yang lain, seperti mengelak elak dari direnung oleh Feena.
"Kalau aku biarkan macam ni, lain pula yang jadi nanti". kata Naim dalam hati.
"Baik lah aku siap siap keluar dari rumah ni". Bisik Naim lagi.
"Sudah lah, aku nak bersiap mandi. Kejap lagi aku nak keluar beli makan, Nak pergi beli barang kau lagi. hurmmmm banyak pula kerja aku ni".
kata Naim kepada Feena. Sambil bangun masuk kedalam bilik untuk mencari tshir dan seluar pendeknya. Feena hanya tersenyum dan menggikut Naim dari belakang.
"Kenapa kau ikut aku ni?"
Tanya Naim.
"Kenapa u tak suka i ikut u ke?"
Feena terseyum, menampakkan giginya.
Lantas memandang Khairul dan Fais yang berdiri didepan pintu bilik masing masing. Lantas Feena menunjukkan isyarat ibu jari kepada Fais dan Khairul, tanda berjaya. Terseyum Fais dan Khairul.
"Tak lahhh, i nak lepak bilik. Nak baca buku buku dalam bilik u". Kata Feena dan memandang semula kepada Naim.
"Korang bertiga ni, i tak nampak pun macam orang yang jahat. Tapi nampak macam orang orang terpelajar. Kenapa korang buat kerja ni?"
Tanya Feena.
"Ehhhh, aku tak suka kau tanya aku soalan macam tu. Tolong jangan nak korek sangat rahsia kita orang boleh tak! Duduk diam diam, kunci mulut tu sikit. Dah macam mak nenek. pot pet pot pet... hurmmmm, macam macam nak ditanyanya".
Balas Naim.
Feena hanya terdiam, dan terus duduk di atas katil, sambil tangan menyelak nyelak buku buku yang ada diatas katil. Naim mengambil bajunya dan terus keluar dari biliknya dan terus ke bilik air. Bila selesai mandi. Naim keluar dari bilik air. Naim ternampak Fais
"Korang, aku beli lauk mamak je lah ye. Kau masaklah nasi ya Is".
Kata Naim, bila nampak Fais keluar dari biliknya menujuk ke ruang tamu.
"Hurmmm ok bro... Amacam! apa perasaan nak kena beli barang dalam perempuan hahahahhaha".
Fais ketawa memandang Naim.
"Bangang lah kau Is... Masa turn aku nak keluarlah, dia nak macam macam barang". Kata Naim lagi kepada Fais.
"Ikutkan aku, aku tak nak beli barang dia. Jatuhlah air muka aku yang hendsem ni hahahhah". kata Naim sambil ketawa.
"Tapi kesianlah pula. Dia cakap dia tak selesa. Aku terpaksalah layankan. Nasiblah dia cantik jelita. Kalau macam muka nenek nenek, conform aku jeritkan kuat kuat".
kata Naim lagi.
"Kalau macam nenek nenek, aku orang pertama yang kurung diri dalam bilik. Tak nak aku keluar bilik hahahhah". kata Fais sambil ketawa.
"Apa lah cerita pasal Man tu Im. Dia dah jumpa bos ke belum?dah tengahari ni! Kau rasa Man dah dapat duit ke belum ye?" tanya Fais lagi.
"Entahlah Is, ikut perjanjian. Bapa awek tu, sepatutnya dah bagi mereka pukul 10 @ 11pagi tadi. Man pun senyap je! tak call kita pun".
"Jangan jangan Man dah lepas dengan duit kita Im". Kata Fais lagi.
"Itu tak mungkin Is, kita dah bertahun tahun kenal dia. Dari zaman kolej dulu. Rumah keluarga dia pun kita tau. Tak kan lah dia nak inaya kita".
kata Naim kepada Fais.
"Kalau dia nak buat macam tu, dia kena hadap kita bertiga. Tapi tak mungkinlah dia nak buat macam tu.
50ribu seorang bukan banyak pun. Aku buat kerja ni pun, sebab aku fikir macam mudah je. Jaga dan lepaskan. Taklah macam cerita dekat Tv tu. Orang jahat je, mesti nak kena lawan lawan, bunuh bunuh. Hurmmmmmmm, Kali ni kita kasi lain sikitlah, jalan cerita kita ni.
Kita main cinta cinta pulak". kata Naim sambil ketawa.
"Elehhhh, macam kau dah suka je dengan awek tu? Ingat sikit, kau ada pesaing hahahhah". kata Fais, sambil ketawa.
"Bodoh! Dah lah aku gerak dulu. Suruh awek tu watsap aku, saiz apa dia nak. Kang aku beli besar dia tak suka pulak".
Kata Naim kepada Fais.
"Nanti aku beli salah, aku tak nak pergi tukar tukar". kata Naim lagi.
"Kau cakap dengan dia, Aku beli bukan dekat Boutique tau. Aku beli dekat bundle".
Naim ketawa terbahak bahak.
"Bodohlah kau Im, Bundle nenek kau ada jual Pakaian dalam perempaun"
Fais juga terbahak bahak ketawa.
Share this novel