"Eh Saraa!" tegur Adam sambil tersengih-sengih. Saraa memandangnya hairan. "Eh kau ni dah kenapa? Buang tabiat ke?" tanya Saraa apabila melihat rakannya itu berkelakuan sedemikian. "Takkan kau tak perasan kot?" soalan dijawab dengan soalan. Saraa mengerutkan dahi.
"Kau ni comella," puji Adam secara tiba-tiba.
"Hah? Aku tak fahamla," Saraa kebingungan.
"Takla. Takkan kau tak perasan yang pakaian kita sedondon kot," terang Adam dengan wajah teruja.
Saraa memerhati baju kurungnya yang berwarna ungu cair itu. Dia perasan yang bajunya itu sedondon dengan baju melayu yang dipakai oleh Adam. Tudungnya yang berwarna ungu pekat itu juga sama dengan warna sampin Adam.
"Eh yela. Aku baru perasan. Warna tudung aku pun matching dengan warna sampin kau" kata Saraa sambil tersenyum.
"Ni dah macam kita pulak yang nak bertunang. Kan?" gurau Adam sambil mengangkat kening.
Saraa menjeling tajam.
"Tukar baju kau sekarang," arah Saraa secara tiba-tiba.
Adam terkejut dengan arahan mengejut Saraa.
"Aku taknak orang fikir kita sweet couple pulak," sambung Saraa sambil tertawa.
Adam yang melihatnya turut tertawa.
'Ish! Unpredictable betulla dia ni. Aku mati-mati ingat dia serius tadi' kata Adam dalam hati.
"Dahla aku nak jenguk kakak kau ni," ucap Saraa sambil memasuki rumah Adam. Adam yang masih ketawa hanya mengangguk kepala.
...
"Kak Zawa!! Congrats!" ucap Saraa teruja sambil memeluk kakak angkatnya itu.
Shahriazwa, atau lebih selesa dipanggil Kak Zawa oleh Saraa ialah seniornya dulu yang selalu membantunya jika dia ditimpa musibah. Dia mengenali Adam juga melalui Kak Zawa kerana dia merupakan kakak kepada Adam.
"Tak sangka akak dah nak bertunang. Saraa ni pakwe pun belum ada," ujar Saraa sambil menunjukkan muka minta kasihan.
"Ala Adam kan ada," gurau Kak Zawa. Senyum tidak lekang dari bibirnya.
"Akak ni... Kitaorang kawan jela," jawab Saraa dengan nada merajuk.
"Akak dengan abang Zahir dulu pun kawan jugak," ujar Kak Zawa.
"Aaaah taknakla cakap dengan akak. Saraa nak pegi tolong Mak Minah je. Bye." Saraa cuba mengelak.
Ya, dia memang menganggap Adam istimewa. Dia selesa sangat dengan Adam. Tapi perasaan dia pada Adam tidak lebih daripada itu. Dia hanya menganggap Adam sebagai kawan baiknya. Dia tidak mengharapkan Adam untuk menjadi kekasihnya.
...
"Saraa nak tolong," kata Saraa kepada Mak Minah.
"Takde apa pun nak ditolong kat dapur ni, Saraa. Saraa tolong layan tetamu je la kat luar dengan Adam," jawab Mak Minah.
"Okeyy," Saraa menabik seolah-olah seperti seorang askar yang diberi arahan.
Mak Minah hanya tersenyum melihat gelagat Saraa.
Saraa mendekati Adam di ruang tamu sambil tersenyum-senyum. Adam memandangnya pelik.
"Kau ni dah kenapa?" tanya Adam.
"Aku nak tolong kau layan tetamu," jawabnya ringkas.
Adam tertawa kecil. "Kau berdiri sebelah aku ni," arah Adam ringkas.
Saraa mengambil tempat di sisi Adam. Riak wajahnya mula berubah apabila melihat Syaza, anak kepada Maklang mendekati mereka berdua.
"Wah, sedondon!" ujar Syaza.
Saraa buat-buat tidak dengar.
"Kau buat apa rapat-rapat dengan Adam ni? Nak menggatal?" ujar Syaza lagi.
Saraa memandang wajah Syaza dengan perasaan marah. Dia menggenggam tangannya rapat.
"Kenapa? Salahke?" Syaza sengaja untuk menaikkan amarahnya.
"Syaza,ni majlis pertunangan kakak saya. Saya rasa kalau awak sengaja nak buat kecoh, lebih baik awak balik," ujar Adam apabila dapat merasakan bahang kemarahan Saraa yang amat menggerunkan itu.
Adam sudah sedia maklum bahawa Syaza memang suka membuat Saraa marah. Dia tidak mahu emosi Saraa terganggu di majlis pertunangan kakaknya.
"Okey," jawab Syaza dengan intonasi yang tidak berpuas hati lalu keluar dari rumah Adam.
"Kau sabar ye," Adam menenangkan Saraa.
"Takpe aku okey," jawab Saraa sambil mengukir senyum.
Adam lega melihat senyuman manis Saraa.
...
"Macam mana majlis pertunangan kakak Adam petang tadi?" tanya ibu.
"Majlis berjalan dengan lancar," jawab Saraa ringkas. Dia masih tidak berpuas hati dengan tuduhan Syaza tadi.
"Bagusla. Ibu ada sesuatu nak bagitau Saraa ni," ujar ibu.
Saraa melihat wajah ibunya tanda berminat.
"Minggu depan Maksu nak pindah sini. Saraa kemas rumah tau," terang ibu.
Saraa mengeluh.
"Kenapa mengeluh?" tanya ibu.
"Takdela. Makin ramaila orang kat rumah ni nanti," ujar Saraa.
"Orang apanya? Maksu kan ahli keluarga kita. Lagipun ni rumah pusaka peninggalan arwah nenek. Kita takde hak nak larang mereka untuk duduk kat sini," bebel ayah.
"Yela yela," jawab Saraa sambil berlalu ke dalam bilik.
Setelah mengunci pintu bilik, Saraa terus berbaring dan menutupi mukanya dengan bantal.
"ARGHHHHHH!" jeritnya sekuat hati.
'Lepas satu, satu lagi masalah datang. Cukupla aku bersabar dengan Maklang sekeluarga. Boleh gila aku dibuatnya kalau keluarga Maksu pun ada kat sini' katanya dalam hati.
Setelah puas menjerit sekuat hati, Saraa berdiri di hadapan cermin biliknya.Dia memerhati wajahnya sendiri dan mula mengukir senyum.
"Takpe. Masalah kecik je ni. Kau boleh hadap semua ni," Saraa berpesan kepada dirinya sendiri.
Bip! Bip! Telefon Saraa berbunyi menandakan mesej masuk. Dia melihat skrin telefon bimbitnya. Iqwan.
'Awak belum tidur lagi ke?'
'Belum. Kenapa?'
'Takdala. Saja je.'
'Rindu saya ke? AHAHA just kidding.'
'Eh macam mana tau ni? Awak rindu saya jugak ke?'
Jantung Saraa berdegup kencang.
'Memang takla saya nak rindu awak haha'
'Hahaha takdela saya gurau je. Janganla fikir bukan-bukan ye.'
"Dah agak dah" Saraa bermonolog sendirian.
'Memang takla saya nak fikir bukan-bukan. Sebelum awak kata awak bergurau pun saya memang dah tau awak bergurau.'
'Awak marah ke?'
'Marah? Takde sebab pun saya nak marah kat awak. Okeyla saya nak tido. Selamat malam.'
'Laa dah nak tido ke? Okeyla. Selamat malam.'
"Kenapala kau suka gurau macam tu dengan aku? Aku taula yang dulu aku pernah suka kat kau. Dasar harapan palsu" bebel Saraa sebelum menutup suis lampu biliknya.
'Selamat malam dunia'
Share this novel