Deringan bunyi telefon mengejutkan Hariz. Rengusan kasar kedengaran membayangkan sekiranya hospital sekali lagi memanggilnya kerana menyangkakan dia pakar oncall malam itu. Tangannya yang sedang memeluk Sazilah yang sedang menanti masa untuk bersalin dialih sebelum dia meraba ke meja di sisi katil mencari telefon yang berdering.
“Damn it seriously. I`m not oncall. Its Damian” suara Hariz satu oktaf saat dia mengangkat tanpa melihat nama pemanggil. Daripada siang tadi dia diganggu kerana sepatutnya di dalam jadual dia yang oncall.
Semenjak Fakhrul mengambil cuti panjang , dia yang banyak menggantikan tugasan lelaki itu. Hariz tahu Fakhrul memerlukan masa dengan Adam dan Hana Aishah. Apabila habis rindunya Fakhrul akan kembali dia pasti jadi dia agak terkejut melihat Fakhrul masuk kerja minggu ini.
Rasanya baru beberapa hari sebelum lelaki itu melarikan diri kerumahnya membawa Adam dan raut wajah Fakhrul tidak seperti biasa. Kebahagiaan yang mulai muncul di dalam hidup sahabat baiknya itu seperti terbang pergi. Kebekuan lelaki itu kembali.
“Doctor Hariz. Sorry ganggu , Hana ni” suara serak Hana Aishah yang membalas terus membuatkan matanya tercelik besar. Segala jenis kemungkinan sedang bermain di mindanya.
“Shit Hana. Sorry , I didn’t see the caller ID” Hariz membalas sebelum mendudukkan dirinya di birai katil.
“Doctor, sorry Hana kacau doctor tengah – tengah pagi buta” suara Hana Aishah kedengaran serak dan itu lagilah merisaukan Hariz. Dia melangkah keluar tidak mahu mengejutkan Sazilah.
“You don’t sound good. What happens Hana?” Hariz bertanya gusar.
“Ermm … emmm …. Hana Cuma nak tanya?” Hana Aishah tergagap – gagap menyusun bicara di hujung talian.
“Hana, did Fakhrul hurt you?” Hariz meluahkan kegusarannya. Dadanya berdegup kencang.
“Ehh no doktor. He didn’t. Hana Cuma risau sebab hari ni Fakhrul tak datang tengok Adam” Hana Aishah cepat – cepat mematikan sangkaan buruk Hariz. Nafas lega ditarik Hariz.
“Owh. I thought apa tadi. Ehh but he didn’t come to office also today. I thought he`s with both of you” Hariz bertanya pelik.
“Semalam …. Erm yesterday Hana tak sure what time he left rumah abah lepas tu sampai sekarang Hana tak dapat reach him” jelas kebimbangan Hana Aishah saat itu.
“He`s at his house kot” Hariz cuba menyakinkan Hana Aishah.
“Hana dekat KD dengan Adam now. I checked the cc TV the last time he was in the house was the day before yesterday. Pagi tu he got ready for work and then till now he didn’t come home not even once” Hana Aishah memotong laju.
“Eh. Mana pulak si Fakhrul ni?” Hariz merengus geram. Mulalah Fakhrul membuat perangai ni.
“Hana ada try call papa or along tak?” Hariz bertanya.
“Tadi Hana call Mak Zah. Hana tak nak mama papa risau. Mak Zah kata Fakhrul dah seminggu tak balik sana. Along is staying at Bangsar. Hana risau la doktor. Selalu lunch time dia video call dengan Adam , petang paling lambat pun at 6.30 he will be at abah house. Hana try call dari tadi tapi masuk voice mail” suara Hana Aishah sudah bergetar menahan sebak barangkali.
“Hana calm down first. Hana dengan siapa dekat KD?” Hariz cuba menenangkan Hana Aishah.
“Hana berdua je dengan Adam. This is very unlike him. Kalau dia marah dengan Hana pun dia akan still call sebab nak tengok Adam” Hariz dapat mendengar tangisan Hana Aishah di hujung talian.
“Who send you to KD? How long both of you have been in the house” Hariz pula kerisauan saat itu.
“Hana baru sampai KD. Hana naik grab tadi. I didn’t want to make anyone panic. Hana susah hati la doktor. Hana tak tahu nak mintak tolong siapa” esakan Hana Aishah bermula di hujung kata – katanya.
“Hana tunggu sana. Ish budak ni. Pandai – pandai naik grab tengah malam buta dengan Adam pulak tu. I`m coming over” Hariz membebel sambil melangkah semula masuk ke dalam bilik tidurnya.
“What if something happens to him? Dua tiga hari ni Hana macam asyik susah hati je” Hana Aishah meluahkan kerisauannya diselangi esakan.
“InsyaAllah tak ada apa – apa. Hana duduk dekat sana diam – diam. Make sure everything is locked. I`m on the way there already” Hariz memesan tegas. Tangannya sedang mencari baju sejuknya di dalam almari.
“Hana dengar tak I cakap ni” Hariz bertanya apabila Hana Aishah diam membisu. Yang kedengaran hanyalah sendu Hana Aishah.
“We fought on the way back. I said some mean things to him” Hana Aishah membalas selepas beberapa ketika.
“I shouldn’t have” Hana Aishah menyambung lagi. Hariz mengeluh berat.
“Hana, he loves you more than his own self. He can never be mad at you” Hariz cuba memujuk tetapi memang itu hakikatnya. Sikap Fakhrul yang mengongkong itu hanya untuk dia sahaja selama ini kerana satu – satunya insan yang benar – benar Fakhrul sayang selama ini hanyalah Hariz. Kerana itu Hariz tidak pelik melihat sikap Fakhrul pada awal perkawinan sahabat baiknya itu tetapi semakin lama sikap Fakhrul yang semakin obses menyebabkan dia ikut bingung.
“You stay put and make sure the door is all locked. I`m coming now” Hariz memesan sekali lagi dan hanya mematikan taliannya setelah mendapat jawapan balas Hana Aishah.
“Where is this stupid sweater pulak” Hariz merengus kasar mencari baju sejuk yang selalu ada di hadapan mata tetapi bila diperlukan tiada pula.
“Jumpa pun” Hariz mengomel sebelum merentap baju sejuk itu daripada penggantungan sebelum menyarung sepantas kilat. Saat dia memusingkan tubuhnya , jantung Hariz berhenti sesaat melihat isterinya yang sudah berdiri dengan rambut menggerbang.
“Astaghfirullahal azim. Sweetheart. You ni kan” Hariz sudah meninggikan suaranya terkejut melihat isterinya yang sudah berdiri seperti penunggu di pintu masuk ke tempat persalinan mereka.
“You nak pergi mana pagi – pagi buta. Perempuan mana call you and you better don’t lie. I dengar you pujuk rayu dengan that bitch ok” Hariz menarik nafasnya dalam menyabarkan dirinya melayan perangai Sazilah yang menunggu hari itu.
Sepanjang kandungan kali ini cemburu isterinya tidak dapat dia fahami. Balik lambat sikit mulalah telefonnya digeledah. Segala nombor telefon perempuan lain dipadam. Itu belum lagi kes di mana isterinya nampak dia bercakap dengan staf Wanita tidak kisahlah sama ada staf itu adalah staf bawah seliannya ataupun rakan pakar daripada jabatan lain.
“Sweetheart I love you so much but I don’t even have time to argue with you. I`m going to Fakhrul house. Hana is there alone with Adam , he has gone MIA again” wajah Sazilah yang tadi menyinga terus bertukar raut.
“I ikut” terlopong mulut Hariz melihat isterinya yang sedang bersandar di pintu. Wajah selamba isterinya sedang merenung ke arahnya.
“Sweetheart , B nak pergi cari Fakhrul bukan nak pergi dating” Hariz menerangkan kepada isterinya kembali.
“I know” Sazilah membalas sepatah sebelum menuju ke bilik mandi mereka meninggalkan Hariz yang menggaru kepala melihat gelagat isterinya.
Pelik betul perangai Sazilah semenjak mengandung ini. Cemburu tidak tentu pasal , sekejap marah tetapi dalam sesaat boleh bertukar menjadi manja tahap mahu melekat dengan dia 24 jam sehari. Semoga tuhan baginya kesabaran melayan kerenah isterinya.
**********************************************************
“When was the last time anyone have seen him?” Fakhih bertanya.
Fakhih tiba beberapa minit sebelum ketibaan Hariz. Hariz terlebih dahulu menghubungi Fakhih dalam perjalanan tadi kerana mahukan kepastian sama ada Fakhrul ada berjumpa dengan Fakhih. Walaupun ditengah , Fakhih tetap mahu ikut sama ke rumah Fakhrul. Lagi pula apabila dia mengetahu adik iparnya dan Adam hanya berdua di rumah banglo Fakhrul.
“Hana tak sure what time he left Adam in the cot. I fell asleep earlier. Maybe some time before dawn kot” Hana Aishah membalas dengan wajah sembapnya. Fakhih dapat menangkap nada sebak Hana Aishah yang sedang duduk berpeluk tubuh di sofa besar yang menenggelamkan tubuh adik iparnya.
“You didn’t see him at hospital the whole day either. Did he informed anyone about his absent” Hariz menggelengkan kepalanya menjawab pertanyaan Fakhih.
“He didn’t have any op schedule and no outpatient appointment either so I`m not surprised he wasn’t in” Hariz memberitahu.
“Hana risau lah Along. He will definitely call. There wasn’t a day he didn’t contact Adam. Kalau tak datang tapi call Hana tak risau. I`ve been trying to call him since after maghrib” air mata yang ditahan Hana Aishah akhirnya gugur.
“Hana don’t cry. Adam bangun nanti” Fakhih memujuk sambil merenung kea rah Adam yang sedang terlentok di riba Hana Aishah. Wajah anak adiknya itu kelihatan sembap dan kepenatan.
“Hana marah dia waktu balik dari Melaka hari tu. Lepas …. Lepas tu terus dia tak nak tidur dekat rumah abah. I was mean and I`m sorry ok. I didn’t want anything to happen to him” esakan Hana Aishah hanya bertambah kuat.
“B , you pick Adam up and put in the room with Saith. I`ll stay with them” Sazilah yang baru muncul daripada bilik tidur tamu di tingkat bawah itu menyelah. Hana Aishah hanya membiarkan Hariz mengambil Adam. Saat itu mindanya terlalu berkecamuk.
“Hana, you cannot be like this. Angah tak marah Hana. And kita tak boleh undo the past. Now we focus on getting in contact with him ok” Fakhih memujuk. Hana Aishah sudah membaringkan dirinya di atas sofa. Melihat keadaan adik iparnya , Fakhih yakin yang satu perkataan pun tidak masuk ke dalam minda adik iparnya itu.
“Along is right. Hana kena calm down baru boleh fikir rationally” Hariz yang baru muncul ikut memujuk.
Tadi sewaktu dia sampai Hana Aishah sedang duduk di sofa sambil meribakan Adam yang sudah terlelap yang dia tidak pasti sudah berapa lama itu. Melihat keadaan Hana Aishah dan Adam yang kusut dia pasti , anak kecil itu baru tertidur kepenatan selepas penat mengamuk.
“Kalau dia merajuk pun normally he`ll go to … Oh yes” Hariz yang sedang mengomel sendiri tiba – tiba mendapat ilham.
“You think he`ll be there at this hour?” Fakhih yang seperti memahami kata – kata yang tidak terluah Hariz bertanya curiga.
“Oh please Along. You remember the first day Hana balik and Along suruh Hariz pergi check on him. He was there at freaking 11 at night” Hariz meyakinkan Fakhih saat itu.
“Then its worth checking at. Lets go. And you stay put” Fakhih yang sudah berdiri sudah bercekak pinggang memesan kepada adik iparnya yang ikut berdiri.
“No. I wanna come too. Please along” Hana Aishah membentak.
“Hana stay dengan Adam. Biar along pergi dengan Hariz” Fakhih memujuk lembut tetapi Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju.
“He need me. I can feel it. Along tak faham” Fakhih terdiam mendengar luahan hati adik iparnya. Bibir Hana Aishah mungkin meluahkan sejuta kata benci dan amarah tetapi hakikatnya cinta Wanita itu tidak pernah hilang walaupun sedikit pun. Buktinya terang lagi bersuluh saat itu.
“Dah jom” Hariz memutuskan akhirnya. Hatinya tiba – tiba merasa tidak sedap pula selepas mendengar kata – kata Hana Aishah. Memang sepanjang hari semalam moodnya tidak baik kerana hatinya merasa tidak sedap. Itukah petanda yang sesuatu berlaku kepada Fakhrul ?
“Jap, Hana nak bagi tahu Kak Saz what to do kalau Adam bangun” Hana Aishah memberitahu sebelum menghilangkan diri di sebalik bilik tamu yang menempatkan Sazilah dan Saith Harith. Terkejut juga dia melihat Saith Harith dan Sazilah yang muncul bersama Hariz tetapi minda Fakhih sedang kusut memikirkan Fakhrul sehinggakan dia tidak sempat bertanya.
********************************************************
Hana Aishah mengigit jarinya tanda gementar. Di mindanya seribu kemungkinan sedang bermain dan kesemuanya berakhir dengan sesuatu yang buruk. Sepanjang hari semalam hatinya tidak tenang. Dengan Adam yang merengek sepanjang hari dan layanan beku kedua ibu bapanya , Hana Aishah sangkakan dia emosi kerana itu.
Tetapi hakikatnya hatinya sudah tidak tenang semenjak pergaduhan mereka sewaktu pulang daripada Melaka. Segalanya serba tidak kena semenjak Fakhrul tidak mahu bermalam di rumah Kapten Azam. Panggilan telefon Mikhail sudah tidak berjawap , video Adam yang wajib dia hantar hari – hari kepada ketiga – tiga papa Adam tidak direkod kerana dia tiada mood.
Petang tadi setelah kakaknya membawa Adam pergi ke taman , Hana Aishah duduk berteleku di atas sejadah. Solat taubat , solat hajat , istikharah dan segala solat sunat yang di mampu dia lakukan sehinggalah ke isyak. Alunan ayat Al – Quran tidak lekang dari bibirnya apabila perasaan berat itu semakin menyesakkan dirinya.
Adam yang mahu melekat dengan Hana Aishah diribanya sekembali anaknya daripada taman permainan sambil dia memohon pada Yang Satu petunjuk. Mindanya kusut memikirkan maksud segala perasaan yang Allah hadirkan saat itu. Sewaktu Fakhrul sentiasa berada di hadapan matanya rasa benci itu datang meluak – luak tetapi apabila lelaki itu pergi hati Hana Aishah semakin tidak tenang.
Selepas panggilan telefon Mikhail saat dia selesai menunaikan solat maghrib , Hana Aishah cuba menelefon Fakhrul berkali – kali tetapi panggilan masuk ke peti simpanan suara. Di setiap panggilan yang tidak berjawab itu , hati Hana Aishah semakin dirundung kerisauan.
Tepat jam 11 malam Hana Aishah nekad. Sepantas kilat barangan keperluan Adam dimasukkan ke dalam sebelum dia membuat keputusan untuk menyelinap dari rumah keluarganya and menuju ke rumah Fakhrul. Kalau ini cara Fakhrul untuk menunjukkan penyesalan dengan tidak menjawab panggilan telefonnya dan meninggalkan Adam kerinduan , lelaki itu salah.
Kemarahan yang menggunung saat di sampai ke rumah banglo yang menyimpan seribu rahsia rumah tangga Hana Aishah dan Fakhrul lenyap dalam sekelip mata saat dia melihat kereta Fakhrul yang tiada di ruangan parkin. Dadanya berdegup laju apabila pintu rumah itu dibuka sebelum kakinya meneroka ke segenap rumah.
Waktu itu tahap paniknya menolak kesemua kenangan buruk ke belakang mindanya. Daripada bilik tidur mereka yang dia janji tidak akan jejak kembali sehinggalah ke pejabat Fakhrul sehinggalah dia duduk menangis kerisauan di tangga bersama Adam di dalam pelukannya. Ketakutannya saat itu tidak dapat digambarkan.
Segala sumpah seranahnya kepada Fakhrul bermain seperti mahu mengejek dia yang sedang menangis kerisauan. Penyesalannya berbuku – buku saat itu. Sampai sekarang saat dia berada di dalam kereta Range Rover milik Fakhih itu , Hana Aishah dapat merasakan penyesalannya semakin menggunung tinggi.
“Sayang doa abang mati. Biar Allah ambik nyawa abang so that you can be free. I cannot let you go. I cannot utter that word. Sampai akhir nyawa abang pun abang tak akan sebut. Because I can’t” kata – kata yang berkali – kali Fakhrul sebut daripada awal perkahwinan mereka.
Hana Aishah beristighfar sambil menggenggam kedua – dua tangannya kuat. Ketakutannya tidak dapat dia ungkapkan dalam bentuk kata – kata.
“I don’t know what happen Adik but this is not the way. I`m speaking on behalf of all of us. Bukan kitorang nak paksa adik stay dengan Fakhrul tapi bukan macam ni caranya. Maki hamun Fakhrul depan all of us. Disrespecting Fakhrul infront of Adam. Akak bukan backup Fakhrul cuma akak nak adik nampak apa yang all of us is seeing. You are disrespecting your husband” air matanya mengalir semakin laju mengingatkan teguran kakaknya petang tadi.
“Duduk bincang. Kalau tak jumpa jalan , seek helps from others. Setiap manusia buat dosa termasuk adik. Kalau adik rasa adik dah tak boleh hidup dengan Fakhrul, tak boleh lupa the pain he has caused you settle cara baik. But most importantly doa supaya Allah tunjukkan jalan because sometimes we might hate something that good for us” Hana Aishah dapat melihat betapa Hana Azuwa cuba menyusun ayatnya supaya tidak menyakiti Hana Aishah.
“Adik yang Kak Wa kenal lain sangat. Adik yang Kak Wa kenal tahu beza dosa pahala no matter how bad the situation get. I will not justify the bad that you did just because you are in pain but who am I to judge you. Kak Wa manusia yang buat dosa jugak so we`ll fix ourselves until Allah takes us back to Him” jelas kekecewaan Hana Azuwa saat itu.
“Kak Wa bukan adik. I was not in your shoes and will never be in your shoes. Kak Wa tak lalu apa yang adik lalu but as an outsider I can that both of you has changed. Unique how life takes its turn kan” kata – kata terakhir Hana Azuwa sebelum mengucup pipinya lembut.
Lebat air mata Hana Aishah mengalir sepanjang perjalanan mereka itu. Fakhih dan Hariz tidak memberitahunya ke mana mereka pergi dan saat itu dia tidak kisah. Janji dia dapat bertemu Fakhrul. Dia bergelut dengan perasaanya semenjak dari awal perkahwinan mereka lagi. Rasa benci yang bertukar cinta kemudian bertukar kembali benci tetapi benci kali ini amat berbeza.
“Hana , insyaAllah nothing is gonna happen to him. Hana kena calm down. You cannot continue crying like this” Fakhih menegur Hana Aishah yang seperti hanyut di dalam kesedihannya.
“Tak Along. Something happen. Hana tahu. I know him. He`s not okay” Hana Aishah memberitahu sebak.
“Hana tak sedap hati dah dua tiga hari ni but today since morning it just got really bad. I`m scared” esakan Hana Aishah menjadi semakin kuat di pengakhiran ayat itu.
****************************************************************
Kedua – dua lelaki di hadapan berpandangan sesama sendiri. Satu melihat reaksi Hana Aishah yang selama ini hanya menunjukkan kebencian , kedua kerana memikirkan firasat Hana Aishah.
Kereta Fakhih membelah dini hari yang gelap gelita menuju ke tempat kegemaran Fakhrul. 3 tahun Hana Aishah pergi , entah berapa kali mereka berdua akan datang membawa pulang Fakhrul yang akan menghilangkan diri ke situ. Fakhih berdoa supaya adiknya berada di tempat yang sama.
Saat mereka memasuki jalan kecil , Fakhih memperlahankan kenderaannya. Lampu kereta yang dibuka besar pun tidak dapat menerangkan jalan yang gelap itu. Dia berdoa agar tiada kenderaan yang datang dari arah bertentangan kerana dia tidak mahu melencong ke dalam semak di kiri dan kenan jalan.
“You stop at the mosque first. Its almost dawn so the ustaz that was always with him should be there. Maybe he knows something” Hariz memberi cadangan. Hana Aishah pula sedang memerhatikan sekeliling.
Fakhih mula risau memikirkan reaksi Hana Aishah kerana itu dia berkeras tidak mahu Hana Aishah ikut tadi. Setahunya sekalipun Hana Aishah tidak pernah menjejakkan kaki kembali ke tempat yang mereka sedang tujui. Untuk mencampakan adik iparnya dengan situasi ini secara tiba – tiba Fakhih bimbang.
“Hana. Hana recognize this place?” Fakhih bertanya selepas beberapa ketika.
“No” Hana Aishah membalas pendek sambil melihat sekeliling yang gelap gelita.
“Hana pernah datang sini ke along? Kenapa Fakhrul datang sini?” Hana Aishah bertanya dengan kerutan di dahi. Air mata yang tadi mengalir masih bersisa di pipi adik iparnya.
“Pernah. Sekali” Fakhih menjawab pendek. Pemanduannya diteruskan sambil hatinya berdoa. Semoga Fakhrul dijumpai dengan selamat dan Hana Aishah tidak mengalami meltdown.
“Hana tak ingat. I couldn’t recognize the place” Hana Aishah membalas selepas merenung ke luar jendela cuba mengingati tempat itu.
Fakhih memandang Hariz sekilas sebelum kembali fokus pada pemanduannya. Kesunyian dini hari itu menemani mereka. Fakhih bergelut dengan dirinya sama ada mahu memberitahu Hana Aishah atau membiarkan Hana Aishah mengecami tempat itu sendiri.
“There along. Ada lampu , maybe that ustaz dah ada kot” Hariz memberitahu kelegaan.
“Bismillah” Fakhih membaca penuh harapan sebelum kereta dilajukan sedikit sebelum memasuki perkarangan masjid itu.
“Hana this time Along is serious. Stay in the car” saat kereta Fakhih diparkin , Hariz dan Fakhih terus turun daripada kereta bersama arahan tegas daripada Fakhih. Hana Aishah mengetap bibirnya geram sebelum menutup semula pintu kereta yang sudah dibukanya kuat menunjukkan protes.
“Motor ada tu , maybe he`s praying inside kot” Hariz membuka kasutnya mengajak Fakhih masuk sekali.
Fakhih melangkah menaiki tangga surau tersebut. Semenjak tiga tahun lepas inilah tempat kegemaran Fakhrul. Dia pun tidak tahu bagaimana adiknya menjumpai surau yang tersorok itu. Jemaah surau selalunya tidak sampai sepuluh orang pun. Kebanyakannya terdiri daripada penduduk kampung orang asli yang terletak beberapa meter ke dalam.
Saat Fakhih masuk ke dalam surau , kesunyian menjemput mereka. Keadaan surau yang uzur dengan hanya beberapa lampu sahaja yang hidup menyambut mereka. Meliar mata Hariz dan Fakhih mencari insan yang selalu dia ketemu setiap kali Fakhrul melarikan diri ke situ.
“Motor ada , mana pulak ustaz ni” Hariz membebel.
“Lets go to the back. Dia ambik wuduk kot” Fakhih berkira sebelum menuju keluar untuk mendapatkan selipar mereka tetapi langkahnya terhenti saat melihat Hana Aishah yang sudah berdiri di sebelah keretanya.
“Aishah” Fakhih menelan air liurnya saat mendengar bicara lelaki yang sedang berdiri bertentangan dengan adik iparnya. Fakhih menyarung sandalnya secepat mungkin sebelum bergerak kea rah lelai berjubah putih itu
“Macam mana pak cik tahu nama saya?” wajah Hana Aishah kelihatan bingung bertanya sambil memandang wajah bersih lelaki separuh abad yang berjambang putih.
“Assalamualaikum ustaz” Fakhih menyampuk laju.
“Waalaikumussalam. Fakhih pun ada” senyuman lebar menghiasi wajah tua yang menghulurkan tangan kea rah Fakhih. Fakhih termalu sendiri kerana dalam kelam kabut dia mahu menuju ke Hana Aishah tidak sempat dia menghulurkan salam.
“Ustaz ada nampak Fakhrul?” Fakhih bertanya tanpa berlengah.
“Semalam dia ada datang ziarah. Dari subuh sampai ke Zohor kami di surau bertadabbur” lelaki itu memberitahu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
“Lepas tu dia ada cakap nak pergi mana tak?” Hana Aishah mencelah laju. Dadanya berdegup kencang menanti jawapan.
“Dia nak balik jumpa Aishah dan Adam” Hana Aishah menelan air liurnya kesat.
“Macam mana pak cik kenal saya. Fakhrul is the only one that calls me Aishah. Saya pernah jumpa pak cik ke?” Hana Aishah bertanya bertubi – tubi. Air matanya sudah bergenang kerana segalanya seperti sedang berlaku terlalu pantas dan mindanya tidak dapat memahami apa yang berlaku.
“Nama saya Khuwailid. Saya uruskan surau ni. Kita tak pernah jumpa tapi Fakhrul selalu cerita tentang Aishah. Gambar di telefon Fakhrul pun muka Aishah jadi pak cik kenal Aishah” masih dengan senyuman lelaki itu menjawab.
Hana Aishah memandang kea rah Fakhih mahukan jawapan tetapi wajah Fakhih hanya kelihatan serba salah.
“Fakhrul tak balik dari semalam pak cik. Saya call dari maghrib sampai ke sekarang , telefon dia tak berjawab” Hana Aishah memberitahu selepas beberapa ketika. Bibirnya bergetar menahan sebak.
“Selepas solat zohor Fakhrul maklum dekat pak cik dia nak balik awal tengok Aishah dengan Adam. Pak cik nampak kereta dia pergi arah kubur. Mungkin dia singgah di sana sebelum balik pak cik rasa” wajah yang tadi tersenyum bertukar kerisauan.
“Ustaz rasa dia ada dekat sana lagi ke?” Hariz mencelah.
“Tak apa. Kita pergi tengok. InsyaAllah tak ada apa – apa tu” Ustaz Khuwailid cuba menenangkan keadaan.
“Naik kereta saya terus ustaz” Fakhih memberi cadangan sebelum perjalanan mereka diteruskan.
Hana Aishah duduk di belakang bersama Hariz sementara Fakhih dan Ustaz Khuwailid duduk di hadapan. Entah mengapa semakin dalam kereta Fakhih meneroka , debaran di dadanya semakin kuat.
Bibir Hana Aishah berzikir memohon kekuatan dan pertolongan daripadaNya. Langit yang masih gelap tidak memberikannya ruang untuk melihat keadaan sekeliling. Air mata Hana Aishah yang mengalir lebat tidak lagi ditahannya. Ketakutannya berganda dalam setiap saat yang berlalu.
“I saw his car. That’s his car” suara Hana Aishah melantun tinggi saat dia mengecam kereta suaminya daripada kejauhan.
“Astagfirullahal azim. Hana” Fakhih menekan brek keretanya secara mengejut apabila Hana Aishah sudah membuka pintu kereta sebelum meloncat turun.
“Fakhrul! Fakhrul! This is not freaking funyy. You jangan buat I takut” Hana Aishah menjerit memanggil dalam tangisannya sambil berlari anak menuju kea rah kereta Fakhrul. Fakhih tercengang melihat adik iparnya yang merentas semak samun tanpa menghiraukan suasana sekeliling.
“Hana Aishah. Ya Allah budak ini” Fakhih ikut sama meredah sambil memarahi Hana Aishah.
Saat dia sampai di situ , Hana Aishah sedang cuba membuka pintu kereta Fakhrul tetapi tidak berjaya. Tangannya mengetuk – ngetuk cermin kereta dan cuba melihat bahagian dalam tetapi cermin kereta Fakhrul itu tidak membolehkan dia melihat isi dalam kereta.
“Along, tak boleh bukak Along” Hana Aishah sudah meraung kuat sambil menarik pemegang pintu di bahagian pemandu.
“Hana Aishah. Sabar sekejap. Hana jerit – jerit macam ni apa pun tak boleh buat” Fakhih memarahi adik iparnya. Keadaan Hana Aishah yang panik menyukarkan mereka untuk berfikir secara rasional.
*********************************************
“Ria wake up sayang. Ria mimpi ni” Tan Sri Fadhil cuba mengejutkan isterinya yang sedang meracau di dalam tidur. Tidur Tan Sri Fadhil yang nyenyak diganggu saat tangan isterinya menampar tubuhnya yang berselimut.
“Angah. Angah” Puan Sri Maria masih meracau memanggil Fakhrul di dalam tidurnya.
Tan Sri Fadhil mengesot mendekati meja di sisi katil sebelum lampu tidur dihidupkan. Wajahnya digosok beberapa kali menghilangkan kemamaiannya. Kemudian fokusnya kembali kepada isterinya yang masih keresahan di dalam igauan tidur.
“Ria wake up. Ria mimpi ni sayang” Tan Sri Fadhil mengusap pipi isterinya sebelum satu ciuman hinggap di pipi yang sudah berkedut itu. Wajahnya tersenyum lebar saat Puan Sri Maria mulai terjaga. Wajah itu kelihatan keruh.
“Ria mimpi angah ke?” tubir mata isterinya bertakung dengan air mata mengesahkan firasat Tan Sri Fadhil.
“Angah and Hana need to spend time together. They need to work their issues. I tahu you rindu Angah” Tan Sri Fadhil memujuk lembut.
Salah satu hikmah pemergian Hana Aishah selama tiga tahun itu adalah Fakhrul yang mulai rapat dengan Puan Sri Maria. Tan Sri Fadhil bersyukur kerana dia tidak tahu berapa lama lagi masa yang mereka ada untuk memperbaiki kesilapan mereka. Hubungan Fakhrul dengannya memang dia sudah putus harapan tetapi sekurang – kurangnya dia tidak mahu Fakhrul terus – terusan bersikap beku dengan Puan Sri Maria.
“I tak sedap hati. Mimpi tadi macam betul. Angah was crying. Ria rasa something happen” suara sebak Puan Sri Maria memberitahu.
“I rasa you rindu sangat dekat Angah ni” Tan Sri Fadhil cuba menyakinkan isterinya.
“It was so real. Angah tak pernah menangis but he was crying for me in my dream” air mata Puan Sri Maria sudah mengalir laju.
“Lets do this ok. Esok I will ditch my board meeting and bring you to meet Adam and Angah. Ok” Tan Sri Fadhil cuba meredakan kegelisahan isterinya.
“Kalau pergi sekarang tak boleh ke you. I susah hati sangat seminggu ni. Felisha lansung tak nampak batang hidung dah lepas kes Hana jatuh … did we failed them all” Puan Sri Maria membenamkan wajahnya ke dada Tan Sri Fadhil sebelum esakannya bermula.
“Ria tak didik anak kita betul – betul. I failed them. Ria takut kena soal dekat akhirat sebab Ria tak jadi ibu yang baik untuk anak – anak kita” Tan Sri Fadhil mengusap belakang tubuh isterinya mendengar luahan hati Puan Sri Maria.
“Where did I go wrong? None of them have the empathy towards others. Baby sanggup fitnah Hana without thinking even for a second the pain she`s causing that poor girl” segala yang terpendam diluah saat itu.
“I`m scared” Puan Sri Maria mengangkat wajahnya merenung kea rah Tan Sri Fadhil.
“I`m here and will always be here till my last breath. So don’t be scared my queen” Tan Sri Fadhil berseloroh tetapi Puan Sri Maria menggeleng kepalanya laju.
“I`m scared and I can’t sleep since Hana fell” wajah Puan Sri Maria bertukar pucat menunjukkan ketakutan yang selama ini dia pendam sendiri.
“Ria cakap apa ni?” suara Tan Sri Fadhil bertukar nada. Memang dia perasan isterinya seperti menyembunyikan sesuatu seminggu dua ini.
“Ria rasa Felisha caused Hana fall” pelukan suaminya terus direnggangkan.
“Ria , what did you hide from me” suara Tan Sri Fadhil naik seoktaf.
“No.. I mean… ermm perasaan Ria je kot” tergagap – gagap Puan Sri Maria melihat wajah suaminya yang sudah menyinga itu.Tan Sri Fadhil terus melepaskan pelukan di tubuh isterinya sebelum duduk di birai katil membelakangi Puan Sri Maria.
“Don’t hide things for me. Isnt enough what she did to Hana already. Memang tak puas lagi ke hati Felisha. Nak Hana mati baru dia puas” suara Tan Sri Fadhil meninggi dini hari itu.
“You. I`m sorry. I think my emotion is jumbling up” Puan Sri Maria memujuk lembut melihat suaminya yang sudah naik angin.
“You are not a bad mother but if you keep on covering for her, she will never change. Agaknya kalau si angah mati baru anak perempuan kesayangan awak tu nak sedar diri” Tan Sri Fadhil benar – benar kecewa dengan anak perempuannya saat itu.
“I tak pernah marah you Ria for whatever happen sebab I tahu sebagai ketua keluarga I pun gagal that’s why I`m trying to fix my mistakes. Tapi kalau ini cara Ria nak betulkan kesilapan Ria dengan Felisha by covering for her mistakes, Ria salah” kekecewaan Tan Sri Fadhil tidak dapat dibendung lagi.
“Hana tu nyawa Fakhrul. If something happen to Hana , Ria akan hilang Angah forever. Waktu itu Ria menyesal pun dah tak guna” Tan Sri Fadhil meninggalkan isterinya dengan kata – kata itu.
Tan Sri Fadhil laju menuruni tangga menuju ke pejabat di rumahnya. Pelbagai perkara bermain dimindanya. Selepas mendengar kata – kata isterinya , Tan Sri Fadhil yakin Felisha terlibat dalam lebih banyak perkara daripada yang dia sangka. Bukan sekadar gambar and video yang menfitnah menantunya.
Dini hari itu , Tan Sri Fadhil menyusun semula segala perkara yang menimpa menantunya semenjak Hana Aishah masuk ke dalam keluarganya. Fail yang menyimpan bukti penipuan video dan gambar Hana Aishah curang dibuka. Daripada situ dia mula menyusun kejadian yang menimpa menantunya.
“Astaghfirullahal Azim. Ya Allah Felisha. Kenapa sampai kejam macam ini kau buat dekat keluarga abang kau?” tubir mata Tan Sri Fadhil hangat saat dia dapat menyelesaikan teka teki segala yang berlaku.
******************************************************
Tangisan Felisha kedengaran di segenap bilik air kondominiumnya. Pancuran air yang dibuka dari tadi tidak berjaya mematikan igauan yang mengejutkan tidurnya. Mimpi itu datang lagi. Air matanya mengalir deras. Wajah Adam bersilih ganti dengan wajah Fakhrul dalam mimpi itu. Tiada bicara yang diungkapkan tetapi wajah kecewa abangnya melihat setiap kesakitan yang dia hadiahkan buat keluarga Fakhrul.
Mimpi itu sama seperti semenjak empat malam lepas. Setiap perbuatannya dipaparkan di layar manakala Fakhrul sedang berdiri melihat segalanya. Daripada saat dia tolak Hana Aishah jatuh sehingga keguguran anak pertama mereka sehinggalah kemalangan Hana Aishah yang sedang sarat mengandung , segalanya berulang kali di mainkan.
“You pushed her downstairs. You set up the video , hire the actors and send the videos to everyone. And to top it off you were the one who hire that hitman to run over her car until she got into an accident. My name is nowhere there so you can go scream off the truth to everyone but who do you think your beloved brother will believe. Me or you who have your name all over it” lembut sahaja bicara Puteri tetapi kesinisan disebalik kata – kata itu jelas.
“You want to know what’s worser, you didn’t kill that bastard but you stupid stupid girl…. I caught you just right where I want. Guess who died the night you went and visit. I know you wouldn’t do it that’s why I settle it myself but still my hands are clean. It’s your print all over it angel” tawa Puteri beberapa bulan lepas bermain seperti video di mindanya.
Felisha mahukan keluarganya, Felisha mahu mengaku segala kesalahannya. Tidur malamnya tidak pernah lena. Mimpinya bersilih ganti tetapi segala bukti yang mempunyai namanya membuatkan Felisha takut. Dia akui kebodohannya mengikut kata Puteri sehinggakan dia sudah tidak nampak salah dan betul.
Tubuhnya mengigil di bawah pancuran air. Tangannya memeluk perutnya yang sudah mula memunculkan diri. Tan Sri Fadhil akan membuangnya daripada keluarga sekiranya dia kembali dengan perut memboyot tetapi mahu mengugurkan dia takut. Dosanya hanya semakin bertambah dalam setiap helaan nafasnya. Felisha menangis sendiri dini hari itu.
Dosa silamnya bermain seperti radio rosak dalam setiap jaganya. Saat dia menolak Hana Aishah tanpa sedikit pun belas kasihan dengan kakak iparnya yang sedang mengandungkan zuriat abangnya, saat dia tertawa melihat kakak iparnya yang tersepit dia tempat duduk pemandu dengan perut yang sarat menanggung kesakitan akibat impak langgaran lori yang diupahnya untuk mengikuti Hana Aishah sepanjang hari itu.
“Tolong akak. Please Felisha. Kesian baby. Please Felisha” rayuan Hana Aishah masih segar di minda Felisha.
Renungan mata Hana Aishah yang penuh dengan kerisauan cuba menggapai dia daripada tingkap sisi pemandu yang pecah tetapi sedikit pun belas tiada di dalam hatinya saat dia melangkah pergi. Bayangan wajah Hana Aishah yang dipenuhi darah dengan perut boyot kakak iparnya yang tersepit dia tempat duduk pemandu kereta Axia itu menggantikan wajah abangnya.
“I`m sorry…. I`m sorry …..” Felisha meraung kuat memohon maaf dini hari itu. Balasan atas segala perbuatannya Tuhan bagi dalam pelbagai rupa.
Satu per satu kesakitan yang diberikan untuk Hana Aishah Tuhan berikan kepadanya. Dibuang keluarganya dan bersendirian , dia dapat merasai sakit rindu dan kesunyian yang membunuh dirinya sedikit demi sedikit. Kesunyian yang Hana Aishah rasa tidak sampai setahun dia menjadi ahli keluarga Tan Sri Fadhil.
Fitnah yang dilemparkan kepada Hana Aishah berbalik kepadanya sekarang. Benih yang sedang bercambah yang dia tidak tahu kepunyaan siapa angkara Puteri. Malam itu tubuhnya diperlakukan seperti binatang kerana kebodohan Puteri yang kalah dalam perjudian.
Keseorangan memikul satu zuriat yang dia tidak tahu keturunan bukan seperti tuduhan yang dia lemparkan kepada arwah anak Fakhrul. Sekejap sahaja untuk Tuhan tunjukkan bagaimana kotor dirinya saat ini dipandang masyarakat dan betapa sakitnya menanggung gelaran yang dia lemparkan kepada Hana Aishah.
Dia mahukan mamanya. Dia mahu kembali ke rumah ibu bapanya di mana dia selamat. Selamat daripada segala mimpi ngeri ini. Selamat daripada gangguan Puteri. Tetapi dia takut menghadap amarah Fakhrul dan Tan Sri Fadhil.
Setiap minggu Puteri akan datang mengugutnya. Bermacam rencana sedang dirancang Puteri saat menyedari kepulangan semula Hana Aishah ke Malaysia tetapi yang paling Felisha takut adalah Adam. Jelmaan yang sama arwah Adam yang dia lihat hari di mana Hana Aishah jatuh pengsan di hadapannya.
Malam itu bayangan yang selama ini menghantui dia memunculkan diri secara fizikal di hadapan Felisha. Malam itu tangisan Adam yang selama ini menjadi igauannya menjadi realiti. Adam yang merengek sepanjang malam mahukan kedua ibu bapanya membuatkan Felisha lari meninggalkan rumah keluarganya. Itu dan juga hakikat sekali lagi dia melukai Hana Aishah tetapi bukan dengan kerelaannya malam itu. Dia terpaksa.
“Remember, if you don’t do as I say… you see all this documents and proof with your name on it… You know me better to mess with my plan princess” Puteri tidak perlu menghabiskan ayatnya untuk Felisha mengagak apa yang akan terjadi.
Felisha bangun berdiri saat tubuhnya sudah tidak dapat menanggung kesejukan pancuran air itu. Bajunya yang sudah basah ditanggalkan sebelum tuala kering di ambil membaluti tubuhnya. Kakinya melangkah menuju ke bilik yang gelap gelita itu.
Air matanya seperti tidak tahu bagaimana mahu berhenti mengalir. Dia mahu lari jauh daripada situ tetapi kakinya seperti terikat. Bagaimana dia mahu pergi sekiranya dia tahu Puteri sedang membuat rencana besar untuk Hana Aishah. Dia bersyukur kerana sekurang – kurangnya Puteri tidak tahu kewujudan Adam tetapi sampai bila. Lambat laun Puteri akan tahu dan kali ini dia pasti Puteri akan pastikan Hana Aishah dan Adam akan terhapus.
Dini hari itu , dia mencari baju yang dapat menutup tubuhnya sebelum Felisha bersujud. Dia tidak tahu bagaimana untuk bersolat jadi dia hanya mengikut kata hatinya. Kepalanya yang berbalut selendang itu disujudkan sebelum dia berdoa untuk pertama kali di dalam hidupnya.
“Help me. I don’t know what to do. No one is going to believe me. She is going to hurt Adam. Don’t let her do that please” Felisha merayu di dalam sujudnya.
************************************************************
Hana Aishah berdiri di tepi melihat ketiga – tiga lelaki itu cuba membuka pintu kereta suaminya. Air matanya mengalir laju tetapi bibirnya sudah terkunci rapat. Motifnya saat itu adalah untuk menjumpai Fakhrul , jadi dia tidak mahu menganggu mereka dengan kepanikannya.
“Ya Allah please. Just show me where is he?” Hana Aishah berdoa dalam lelehan air matanya.
Mata Hana Aishah mula meliar melihat sekeliling. Suasana gelap gelita yang pada awalnya menyukarkan dia untuk melihat menjadi semakin jelas apabila anak matanya mula menyesuaikan diri dengan kegelapan itu. Debaran di dadanya menjadi semakin kencang apabila satu per satu kenangan yang tempat itu bawa kembali.
Sesak di dada Hana Aishah semakin kuat saat matanya melihat tempat di mana cinta hatinya disemadikan. Di situ lah dia berdiri sewaktu tubuh kecil yang terlalu dia dambakan diturunkan ke persemadian abadi. Rasanya seperti baru semalam pelukan Datin Fatimah di bahunya memberinya kekuatan untuk terus tegak berdiri saat jasad anaknya diturunkan ke dalam liang lahad oleh datuknya sendiri.
Mulut Hana Aishah sudah terbuka saat dadanya semakin memberat cuba mencuri nafas. Air matanya yang mengalir seperti sedang cuba menerangkan pandangannya untuk melihat dengan sejelasnya tempat yang hanya sekali dia pernah datang tetapi membawa seribu kesakitan.
Hana Aishah mulia mengisi lompong – lompong dalam babak – babak malam ini. Fakhrul selalu ke situ untuk menziahari anak sulung mereka. Esakan Hana Aishah menjadi semakin kuat saat kakinya mulai melangkah. Saat itu , tubuhnya bergerak sendiri mencari Fakhrul. Matanya tidak mencari tetapi kakinya sedang mengikuti kata hatinya.
“Allahu Akbar abang” Hana Aishah jatuh terduduk di pusara Adam dini hari itu.
Sekujur tubuh terbaring kaku di atas pusara Adam. Tubuh Hana Aishah menjadi lumpuh. Perasaan kebas yang selalu hadir hilang menggantikan kesakitan yang dia nantikan selama ini.
“Abang!” suara Hana Aishah bergema di segenap kawasan perkuburan yang empat tahun lepas menjadi saksi cinta sucinya ditelan bumi kerana fitnah.
Share this novel
masih ada lanjutannya cerita in??
tak sabar nk baca smbngan seterusnya apa yg trjadi dgn fakrul..???
sudah kaku ke fakrul ni..?? mknonya dah 24 jm huuu ..kesian hana lagi rasabsalah dlm hatinya klu tu yg blaku ..sakitnya