Chapter 29

Romance Completed 35261

“Selamat pagi Dato’.” ucap James dengan penuh sopan.

“Pagi. Duduk James. Ada apa pagi-pagi masuk bilik saya?”tanya Dato’Johari.

“Saya nak bincang dengan Dato’ mengenai bodyguard untuk cik Sofi.” memberitahu James tujuan dia masuk ke dalam bilik Dato’Johari.

“Hold on dulu.” Dato’Johari memberi arahan.

Balasan Dato’Johari menghairankan James. Dato’Johari yang beria-ria sangat untuk lantik bodyguard untuk Sofia Amelia. Sekarang Dato’Johari suruh menghentikan pencarian bodyguard pula.

“Err… tapi kenapa Dato’?”

“Saya suruh hold, hold je lah. Kenapa asyik tanya pasal itu?” tengking Dato’Johari.

“Maafkan saya Dato’.” James terasa dengan layanan dingin Dato’Johari.

“Tak ada apa-apa kan? Keluar. I want to be alone.” kata Dato’Johari. Kepala disandar di kerusi dan mata dipejam bagi menenangkan jiwa yang tidak keruan itu.

“Apa dah jadi dengan Dato’? Something is wrong somewhere.” berbisik James dan keluar dari bilik Dato’Johari.


***************************

“So, Tia? Kata nak jumpa. Tapi diam dari tadi.” Iskandar Faiz memulakan bicara. Sudah lebih 40 minit mereka berada di Foodsbury.

“Bila awak free Is?”

“Kenapa?”

“Nak pergi pilih cincin kahwin kita. Tinggal lagi 10 minggu untuk majlis nikah kita.” tutur Wahidah Tiara perlahan.

“Coming Sunday, boleh?” tanya Iskandar Faiz selepas menyemak planner dalam telefon bimbitnya.

“Boleh.” dengan laju Wahidah Tiara menjawab. Mukanya sangat gembira. Tidak lama lagi mereka akan bergelar sebagai suami isteri.

“Kita pergi Habib Jewel, nak?” Wahidah Tiara menunjukkan sepenuh minat.

“As you wish my dear.” jawab Iskandar Faiz sambil senyum.

“Dah lama Is tak layan aku macam ni. You will be mine soon Is.” kata Wahidah Tiara dalam hatinya.

“Here are your dishes sir.” kata pelayan.

“Thank you.” Wahidah Tiara mengucapkan terima kasih dengan menayangkan senyuman. Tadi tiada pun senyuman di muka Wahidah Tiara. Sekarang pula senyuman mudah ukir di bibir Wahidah Tiara apabila Iskandar Faiz layan baik.

“Boleh kita makan Tia?” Iskandar Faiz baca doa. Mereka berdua mula makan selepas Iskandar Faiz baca doa.

“Ya Allah, kekalkan lah kebahagiaan hambamu ini. Amin.” doa Wahidah Tiara sambil memerhatikan wajah Iskandar Faiz yang sedang menjamu selera. Muka bersih tanpa berjanggut, kulit putih dengan pakaian formal iaitu baju lengan panjang berwarna putih yang dilipat sehingga siku menyejukkan mata seorang wanita yang bernama Wahidah Tiara.

“Thank you for the treat tonight Is.”

“No problem Tia. Adik awak dah habis tuisyen ke?”

“Ye. Baru je mak mesej. Saya kena ambil dia. Saya gerak dulu. Jumpa awak esok. Assalamualaikkum.”

“Waalaikumussalam. Take care.” Iskandar Faiz membalas salam. Matanya hanya memandang Wahidah Tiara sehinggalah bayangnya hilang dari pemandangan.


************************

“Daddy, can I come in?” Sofia Amelia tanya di muka pintunya. Hatinya berdebar-debar menantikan reaksi dari ayahnya.

Dato’ Johari yang sibuk membaca majalah perniagaan tidak melayan pertanyaan anak tunggalnya. Wajahnya beku. Tanpa menunggu balasan dari Dato’Johari, Sofia Amelia masuk ke dalam bilik ayah.

“Maaf ganggu daddy. Makan sekali dengan Sofi.” ajak Sofia Amelia. Semua perkataan yang diungkap tadi susun dengan berhati-hati oleh Sofia Amelia supaya Dato’Johari tidak mengamuk.

Namun, hampa. Sofia Amelia tidak mendapat apa-apa respon dari ayahnya. Ayah yang selama ini mencurah sepenuh kasih sayang, sudah mula benci?

“Daddy.” tanpa putus asa Sofia Amelia memanggil Dato’Johari. Tangan kanan mengusapkan bahu Dato’Johari.

“Pagi tadi saya dah cakap kan, kat rumah ini saya akan makan seorang sahaja. Tak faham bahasa ke? Atau dah pekak?” sindir Dato’Johari.

“Daddy please. Sofi tahu apa yang Sofi buat salah. Tolong maafkan Sofi daddy. Please daddy. Jangan macam ni. Talk to me like before.” merayu Sofia Amelia. Kakinya berasa lemah saat itu. Terus melutut dan membenamkan mukanya pada kaki Dato’Johari.

“Kalau lapar, pergi makan sendiri. Tak payah tunggu untuk orang lain.” kata Dato’Johari dingin.

“Selalu daddy akan teman Sofi makan kalau Sofi makan kat rumah. Tolong daddy.”

“Saya dah cakap kan saya akan makan seorang. Why are you too stubborn Sofia Amelia! Adakah semua benda kamu buat saya teman kamu? Tak kan.” perli Dato’Johari. Hati masih lagi sakit dengan perbuatan anaknya.

Sofia Amelia bangun dari melutut. Dia sedar bukan mudah untuk mencairkan hati ayahnya. Sofia Amelia keluar dari bilik ayahnya dengan air matanya. Sejak kebelakangan ini, air mata menjadi peneman setia Sofia Amelia.


***************************

Angin sejuk malam itu memberi petunjuk yang malam itu hujan akan turun tidak lama lagi. Datin Rafidah duduk di atas bangku yang terletak di sebelah air terjun mini. Bunyi yang terhasil dari aliran air menyamankan hatinya.

“Mak.” panggil Amir perlahan.

“Amir, belum tidur lagi?” menyoal Datin Rafidah apabila nampak anaknya di sebelah.

“Belum. Mak pula buat apa kat sini?”

“Saja. Belum mengantuk lagi.”

“Mak, boleh tak Amir tanya sesuatu?”

“Boleh Amir. Apa dia?”

“Apa hubungan antara mak dan uncle Johari?”

Pertanyaan anak sulung itu mengubahkan wajah Datin Rafidah. Adakah masa ini sesuai untuk menceritakan segala-galanya kepada anak? Memandangkan suaminya, Dato’Othman tiada di rumah, mungkin inilah masa yang sesuai untuk bercerita rahsia yang disimpan elok dalam hati kepada anak sulung itu. Datin Rafidah mula menceritakan perkenalan Datin Aliza sehinggalah bagaimana Dato’Johari dan Datin Aliza disatukan. Tibanya waktu untuk berkongsi rahsia mengenai siapa sebenarnya Dato’Othman, mengapa Dato’Othman berdendam dengan Dato’Johari.

“Amir, apa yang mak akan cerita selepas ini berkemungkinan besar akan mengejutkan Amir. Apa-apa pun Amir janji dengan mak, Amir tak akan marahkan abi.” Datin Rafidah pesan kepada Amir.

“Amir janji mak.” kata Amir setia menunggu cerita seterusnya dari ibunya.

“Abi Amir ialah abang aunty Aliza. Disebabkan satu pertelingkahan dengan atuk kamu, abi bawa diri ke luar negara. Selama 8 tahun abi di luar negara.”

“Kenapa abi bawa diri selama 8 tahun? Lama itu mak.” soal Amir.

“Sebenarnya abi dengan atuk gaduh sebab aunty Aliza.” jawapan itu mengejutkan Amir.

“Sebab aunty Aliza?”

“Ye. Aunty Aliza bukan anak kandung atuk dan nenek. Aunty Aliza bukan adik kandung abi. Aunty Aliza ialah anak yatim piatu. Ibu bapa aunty Aliza meninggal dunia sejak aunty Aliza 5 bulan. Ayah aunty Aliza kawan baik atuk kamu. Lama atuk kamu menginginkan anak perempuan. Tetapi tak ada rezeki. Mereka pun mengambil aunty Aliza sebagai anak angkat. Mereka membesarkan aunty Aliza sebagai anak kandung mereka sendiri. Apa yang abi kamu dapat, aunty Aliza pun dapat. Tapi abi tak sukakan aunty Aliza. Sebab itu lah satu hari atuk dan abi bergaduh. Mak pun tahu cerita ini selepas kahwin dengan abi.”

“Macam mana mak boleh kenal dengan abi?”

“Mak kerja di satu syarikat sebagai intern masa itu. Abi pulak general manager di situ. Dari situlah kami kenal. Masa majlis nikah, abi dapat tahu aunty Aliza kakak ipar mak. Tapi, masa itu abi tak ada pun cerita kat mak. Lepas nikah, barulah abi bagitahu kat mak. Abi tak izinkan mak untuk berjumpa dengan aunty Aliza mahupun uncle Johari. Sampaikan masa aunty Aliza meninggal pun mak tak dapat pergi. Tak dapat jumpa kawan baik mak sendiri.” cerita Datin Rafidah sampai menangis teresak-esak. Wajah arwah Datin Aliza jelas di otak Datin Rafidah.

“Sebab ini ke abi berdendam?”

“Satu sebab abi tak sukakan aunty Aliza. Lagi satu sebab atuk kamu pindahkan semua harta atuk ke nama aunty Aliza. Sebab atuk marahkan abi masa itu, atuk terus memindahkan semua harta ke atas nama aunty Aliza. Tiada satu pun harta atuk di atas nama abi.” Abi rasa atuk mengutamakan aunty Aliza dalam semua perkara. Sebab itulah abi bencikan aunty Aliza. Bukan sahaja aunty Aliza, semua orang yang ada kaitan dengan aunty Aliza.

Cerita itu menyedarkan Amir kenapa Dato’Othman dengki dengan Dato’Johari. Disebabkan kisah silam, ayahnya sebegitu.


*************************

“Mummy, kenapa daddy layan Sofi macam ni? Daddy dah tak sayangkan Sofi ke mummy?” Sofia Amelia bercakap sendiri sambil tengok gambar-gambar arwah Datin Aliza.

“Kalau mummy masih hidup lagi, mummy pun akan layan Sofi macam daddy ke? Sofi rasa macam seseorang walaupun semua berada di sisi Sofi. I really miss daddy so much mummy. Sofi tak dapat tahan rasa sakit apabila daddy tak cakap, tak makan bersama dan ignore Sofi.” tutur Sofia Amelia dengan nada lemah.

Mak Ziah mendengar perbualan Sofia Amelia dari jauh. Sudah beberapa hari tiada perasaan gembira di wajah Sofia Amelia.

“Sofi rasa macam nak peluk mummy. Kalau boleh Sofi nak balik kepada mummy. Tolong bawa Sofi bersama mummy. Please.”

“Ya Allah. Cik Sofi. Kenapa cakap macam ni?” Mak Ziah masuk ke dalam bilik Sofia Amelia. Tidak dapat tahan rasa sebak di dada saat tengok Sofia Amelia menangis.

“Mak Ziah, daddy tak nak cakap dengan Sofi. I really miss him Mak Ziah. Kalau daddy dah bencikan Sofi, tak ada gunanya Sofi hidup di dunia ini. Tiada sesiapa pun sayangkan Sofi dah. Lebih baik Sofi pergi jauh-jauh dari semua.” luah Sofia Amelia.

“Sabar cik Sofi. Jangan cakap macam ni lagi. Dato’ sebenarnya sayang sangat cik Sofi. Bagi Dato’ sedikit masa. Dato’ akan kembali ke normal nanti cik Sofi. Percayalah cakap saya.” kata Mak Ziah lalu memeluk Sofia Amelia. Tidak tahu dari mana Mak Ziah dapat keberanian untuk memeluk Sofia Amelia. Sofia Amelia juga membalas pelukan.

Dato’Johari mendengar segala luahan Sofia Amelia. Dato’Johari tersentuh dengan luahan anaknya. Dapatkah Dato’Johari layan Sofia Amelia seperti biasa? Dapatkah Dato’Johari maafkan anak tunggalnya itu?

*Hi semua ;) Sila follow ig saya miz.kikki_novelplus untuk tengok watak-watak dan teaser cerita ini. Thank you :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience