VS 6

Drama Completed 85759

Daim menyarung kemeja fit putih ‘V neck’ dan slim fit slack berwarna hitam.
Simple untuk dinner malam ni.
Tak yah nak stylo sangat. Bukan nak cari jodoh, nak makan je kot.
Jam Omega Bella dilengan dilirik.
Masih awal.

Vape HIGAR warna monochrome miliknya diambil dari meja sisi katil dan kaki melangkah menuju ke balkoni bilik.
Sebelah tangan dimasukan kedalam poket, sementara sebelah lagi membawa hujung vape ke mulut.

Nafas ditarik, menyedut nirkotin yang ditambah rasa strawberry sedalam-dalamnya.
Mata tajam Daim turus pada bilik Eva.
Sejak pagi tadi bilik tu sunyi, bertutup. Mungkin Eva takde kot. Pergi shooting.
Asap vape dihembus membiarkan alam tercemar sebentar.

“Im..”

Daim toleh tepi.

“Papa.”

Papa rangkul bahu Daim dan mengukir senyum kearah anaknya.

“Papa tahu Im suka duduk kat balkoni bilik papa ni sebab Im boleh tengok bilik Eva kan?”

“Eh. Papa ni.. mana ada. Im saja nak ambik angin kat sini. Best.”
Daim sengaja kerut dahi.

“Im.. papa pun lelaki.. papa tahu lah Im fikir apa.”

Daim senyum simpul tak menjawab.

Papa tarik nafas panjang. Pautan bahu Daim masih kemas dirangkul. Pandangan dihala kedepan.
“Kalau mama ngan papa takde kat sini. Im duduk la bilik ni ye.”

Pantas Daim lirik pada papa.
“Papa ngan mama nak pergi mana?”

Papa tak pandang. Mata terus menatap panorama didepan.
“Entah la... papa rasa macam nak pergi jauh je.. nak hilang kan stress.”

“Papa nak pergi mana? Im nak ikut!”
Suara Daim bertukar menjadi husky manja.

“Mana boleh Im ikut. Im kan dah besar.”
Papa menoleh wajah menghadap satu-satunya anak lelaki dia.
“Im kena stay kat sini, jaga Kak Clay”

Daim kendur bahu.
“Kenapa mesti Im yang jaga Kak Clay, dia kakak, dia la yang patut jaga Im”
Bibir dimuncungkan. Tak puas hati.

Papa senyum melihat telatah anaknya.
“Tapi Im kan lelaki. Tanggungjawab Im besar. Kalau papa takde, papa nak Im jaga Kak Clay elok-elok. Jaga rumah ni baik-baik dan jaga Cafe seperti Im jaga diri Im sendiri.”

Daim sedut Vape sedalamnya sebelum kembali menghembus asap tipis.
Kali terakhir dia berdiri di balkoni ni dengan papa, waktu umurnya 16 tahun.
Tahun itu juga papa dan mama meninggal akibat kecelakaan jalan raya.

Walau Daim lelaki, tapi hatinya tetap parah. Apabila mama dan papa meninggalkannya dalam keadaan Daim masih perlukan kasih sayang.

Kak Clara ambik alih semua tanggungjawab selepas mama dan papa pergi.
Daim tahu Kak Clara pun sedih. Tapi wanita itu cuba kuat untuk dirinya dan Daim.

Habis sekolah, Kak Clara tumpukan perhatian pada Cafe, kerana itu satu-satu mata pencarian untuk Daim dan Clara teruskan hidup.
Mujur rumah mereka dah habis bayar. Jadi tak perlu risau akan tempat tinggal.

2 tahun kemudian, Clara dapat tawaran menjadi pramugari. Setelah berbincang dengan Daim. Adiknya setuju membenarkan Clara bekerja sebagai pramugari kerana itu adalah cita-cita kakaknya sejak kecil.

Apabila Daim tamat persekolahan, dia mengambil alih sepenuhnya Cafe milik keluarganya.
Dari situ Im belajar ‘Brew’ coffee dari pelbagai ‘tok guru’ hingga dia menjadi handal.

Hari demi hari, Cafe Daim makin terkenal. Menu ditambah bagi menarik pelanggan untuk datang.

Sehingga sekarang. Semua harapan arwah papa berjalan lancar.

Daim keluh nafas.
“Papa.. Im rindu papa.”
Bola mata terus memandang ke depan.
Semua permintaan papa dilaksana Daim dengan baik, tapi hatinya tetap kosong bila papa dan mama tiada disisi.

Ting! Ting!

Daim tegang wajah!
Vape yang baru hendak disuakan ke mulut kembali dibawa kesisi tubuh.
Bola mata diturunkan kebawah.
Volkswagen Polo milik Bella dah melintang di hadapan rumahnya.

Kepala wanita itu dikeluarkan sedikit.
“Im.. come!”

Eh! Kalau ye pun takyah la menjerit!
Ni kawasan perumahan kot!
Daim angguk kepala.
Kaki melangkah masuk. Pintu balkoni ditutup.
Langkah terus diderap ke bawah.
Sepasang ‘Boat Shoot’ hitam diambil dan disarungkan ke kaki.

Rambut yang di ubah ‘Spiky’ dikemas sedikit. Jambang tipis disentuh supaya selari
Done!

Sewaktu melangkah keluar pagar, Bella sedia menunggu sambil pintu kereta penumpang dibukakan.

Daim gelak kecil.
Macam-macam lah Bella ni!

“Are you ready my prince?”

Prince pulak?
Daim tak angguk, tak jugak geleng. Tangan disilang didada sementara mata melirik Bella yang sedia menekan suis enjin sebelum membawa keretanya pergi.

Sesekali pandangan Bella dilirik kepada Daim.

“You ni dah kenapa?”
Daim perasan.

Bella senyum simpul.
“Nop! I’m just excited while lelaki mantop like you become be my partner.”

Derrrr...
Daim tak jawab.
Dia tahu mulut Bella manis kalah gula tebu!

Bibir Bella tak habis-habis mengorak senyum sehingga Volkswagen Polo nya melepasi kawasan parking.

Daim dan Bella beringingan berjalan menuji ke ball room hotel Vistana.

Sewaktu melangkah masuk. Bella paut lengan Daim dan derap kaki mereka sekata melangkah masuk.

Fuh! Memang vouge la!
Ini pertama kali Daim ikut majlis sebesar macam ni.
Sebelum ni bukan takde jemputan. Tapi Daim banyak tolak. Malas nak ambik tahu.

“Kita duduk dulu. Waiting for opening, lepas ni i kenal kan you dengan producer dan pengarah filem. I nampak ramai juga artis lain yang datang.”
Bella kawal gedik dia. Dia pun teruja hadir di majlis ‘Fashion show’ terbesar ini.

Daim hanya menurut. Lengannya masih ditaut tangan Bella sehingga masing-masing melabuhkan punggung berhadapan meja bulat yang besar.

Mata Daim memandang pentas. Majlis masih belum bermula. Keadaan dalam dewan agak berserabut dengan manusia yang berjalan kehulu hilir.
Memeluk dan mencium tak kira pada lelaki atau perempuan. Dan dengan selamba, lelaki bertukar-tukar memeluk erat pinggang wanita dan wanita turut membalas pelukan.

Hurg! Dunia artis!
Kalau tak ‘Open’ kau tak kan boleh jadi artis. Duduk je la kau dalam gua, hisap gam sorang-sorang.

“Eh! Tu Eva kan?”

Eva?
Daim lirik Bella sekilas sebelum matanya dibawa kepada arah jari telunjuk perempuan itu.
Ye Eva!
Cantik sangat dengan Gaun putih berenda bawah lutut dan terbuka sedikit didada.
Rambut dibiarkan blonde melepasi paras pinggangnya.
Hati Daim rindu!

“Im. Kenapa you tak cakap best friend you ikut sekali dinner ni?”

Nak cakap macam mana kalau aku tak bertegur lagi dengan Si Eva ni!
Daim tak pandang Bella.
Mata terus menakluki figura Eva.
Sungguh lain kau malam ni Eva.

Ketika mata ralit memandang, tiba-tiba Eva pusing wajah.
Seketika mata Daim tangkap bola mata Eva sebelum dia kembali memusing wajah ke pentas dihadapan.
Dada rasa nak meletop!

Eva dah ketap gigi berkali-kali!
Saja buat tak kenal ke apa hah Daim Akli?
Sejak Daim melangkah masuk bersama Bella tadi, mata Eva tak lepas pandang sehingga pasangan itu duduk selang tiga meja darinya.

Macamana Daim boleh datang kat majlis ni?
Pulak tu dengan Bella lagi?!
Dada Eva nak berombak pantas, namun perlahan nafas ditarik. Tak mahu adrenalinnya meningkat tinggi kerana CEMBURU.

Hah?!
What?
What are you saying Eva Natasha?
Cemburu?!
Oh god! No!
I’m not jelouse!

“Darling...”
Cup!

Eva dongak kepala. Lukas sudah berdiri disebelahnya sambil menghadiahkan ciuman di pipi wanita itu.

Hujung kening Eva dan berkerut. Mana Lukas tahu aku kat sini?

“I yang inform Lukas ajak dia join dinner malam ni. Nak tunggu you. Huh! Sampai habis event ni pun you tak bagi tahu Lukas.”

What?!
Eva lirik pada Zizie yang duduk disebelah kirinya.

Lukas menghenyakan punggung bersebelahan Eva.
“You ni kenapa tak inform i, sedangkan you need partner untuk dinner malam ni. Nasib Zizie call i awal-awal, sempat i arrange schedule hari ni.”

Rasa marah pada Zizie cuba ditahan. Dengan payah Eva ukir senyum pada Lukas.
“Sorry... i busy sangat.. today the all day i attend show”
Bahu dikendur. Eva buat muka manja.

Lukas memaut bahu Eva sambil mengelus lembut tulang clavicle milik wanita itu yang timbul sedikit.
“It okay, malam ni i rasa bangga sebab i boleh berdua dengan you dihadapan public.”

Eva telan liur. Mata menari-nari kekiri dan kanan.
Banyak jurukamera sedang memancarkan lampu pada kamera mereka mengambil sisi gambar tercantik untul dijual.
Tak mustahil gambarnya dengan Lukas akan terbit juga.

Sebentar kemudian Eva toleh tajam kepada Zizie. Mulut dan kening diherot memberi isyarat :
‘Kenapa kau call Lukas ajak datang sini?!’

Zizie faham. Bibir disimpul senyum sambil bahu dijungkit sebelum pinggang digerak-gerak gedik.

Eva gigit bibir! Menyampah dengan sikap Zizie!
Tahu lah dia tu PA! Tapi jangan lah buat sesuatu tanpa bincang dengan aku dulu.
Kau lupa ke aku yang bayar gaji kau Zizie?!

Nak suprise konon!
Surprise taik kucing lah!
Ni bukan surprise tapi boleh kena heart attack tau!

Wajah Eva kembali menoleh kepada Lukas. Muka kerut terus dikendurkan semula.
Tak mahu lelaki tu perasan akan ketidak selesaannya saat ni.

Bunyi musik tema ‘Country’ menghiasi segenap Ballroom hotel Vistana, ditambah dengan percakapan hadirin yang membuatkan telinga Eva sedikit bingit.
Dicampur pula dengan kelipan lampu dari kamera setiap saat, membuatkan kepala Eva sedikit berpusing, namun dia tetap gagahkan diri demi karier nya.
Wajah dipusing sebentar kepada Daim.
Eh?! Takde?
Eva tinggi leher, mata menari-nari disegenap Ballroom mencari tubuh Daim.

Sebentar kemudian pandangannya jatuh pada figura Daim disatu sudut hujung dewan sedang berborak dengan produksi filem.
Untuk apa?
Sekali lagi kening Eva dikerutkan.
Tanpa sedar matanya melirik kearah Bella yang berdiri sambil memeluk erat lengan Daim. Walau dari jauh, tapi Eva dapat lihat, Bella gesel-gesel sisi badanya pada lengan lelaki itu.

Ewah! Ewah! Ni dah lebih!
Bibir Eva diketap kuat kuat! Kening makin bertaut.
Buku lima dikepal. Mulut Eva merengus kuat!

“Are okay my dear?”

Wajah Eva kembali ditoleh kepada Lukas, tak sedar yang lelaki tu ada disebelah.
Perlahan senyuman diorak lantas kepala diangguk laju.

“Stay focus Eva. This is big Event!”

Eva berpusing pula kepada Zizie. Pandangan Nyah tu terlalu tajam menikam matanya.
Mungkin Zizie perasan mata Eva yang tak lepas pandang pada Daim.
Uh!
Eva makin digarap rasa lemas!
Menu yang banyak diatas meja hanya dijamah sedikit je.

Beberapa penyanyi jemputan dah bersedia beraksi diatas pentas.
Keriuhan ditambah dengan bunyi bingit tepukan diseling lampu kamera.
Eva picit tengah dahi.

Lukas disebelah dipandang. Lelaki itu kemas dengan coat hitam dan tie sutera berwarna gold tersenyum memandang persembahan dihadapan mereka.
“Lukas..”

Lukas pusing laju bila namanya diseru Eva.
“Yes my darling.”

“I rasa pusing-pusing lah.. maybe tired.. i nak masuk bilik rehat ye.”
Eva masih pegang tengah dahi, kening dikerut menahan sakit.

“Wait la Eva.. tak lama lagi opening ni habis. Nanti time free stage you baru lah naik bilik.”
Zizie sentuh peha Eva. Bukan dia tak tahu kenapa Eva nak lari!
Sebab Daim Akli la!

Lukas disebelah kanan mengait lengan Eva.
“You rehat la Eva. Muka dah pucat. I hantar you naik bilik ye.”

Zizie ketap bibir bila Lukas bantah arahanya.

“Tak payah lah hantar i. You stay dengan Zizie ye. I naik sendiri.”

Lukas senyum sambil kepala diangguk.

Eva bangun tubuh. Clutch putih diatas meja diambil dan dikepit kesisi.
“I mintak maaf ye Lukas”

Lukas turut bangun.
“Nothing my dear.. i know you are tired. Just rest okay.. anything call me”

Kali ni Eva pula angguk kepala.
Perlahan kaki melangkah meninggalkan meja makan.
Sempat matanya melirik pada Daim yang kembali duduk dimeja bersama Bella. Lelaki tu langsung tak pandang pada Eva. Malahan bergurau senda lagi dengan Bella.

Panas!!!

Kaki Eva makin dilajukan menuju ke lif sebelum memilih tingkat biliknya!

*****
Sejam kemudian majlis pembukaan tamat. Namun hadirin masih didalam Ballroom.
Berborak sambil menikmati menu dessert sebagai sampingan.
Mata Daim toleh kiri kanan. Kelibat Eva tak dijumpai lagi. Lukas pun tiada.
Yang nampak hanya liuk lintuk tubuh Zizie berborak dengan beberapa orang artis.
Sesekali rambut lurus melepasi bahu itu diselit kebelakang telinga. Clutch gold shine dikepit kesisi tubuh yang sendat dengan baju yang hanya menutupi pangkal dada sehingga tengah peha.
Uh! Style bapok ni dah kalah si Eva, bos dia sendiri!

Daim toleh pula disebelahnya. Bella masih memaut lengan dan sesekali dua bonjol didadanya digesel lembut ke sisi tubuh Daim. Geli!
Boleh sakit jantung Daim saat ni!
Lantas Daim tarik lenganya dikeluarkan dari pautan Bella.
Bella yang sedang bercakap dengan produksi menoleh kearah Daim.

Daim senyum segaris.
“I keluar vaping dulu ye”
Sengaja cari alasan. Makin lama rasa makin lemas dengan kelakuan Bella.

Bella angguk kepala. Lantas ukir senyum
“Jangan lama tau, nanti i rindu.”

Erk! Daim buat muka serius!
Tanpa jawapan, dia terus melangkah mencari ruang untuk menukar gas dalam tubuhnya.
Dah arahan kerajaan, nak merokok mesti 3 meter dari premis kan?
So Daim sahut arahan tu, kaki melalui lobby hotel dan keluar jauh sedikit dari bangunan.

Vape HIGAR dikeluar.
Selain Daim, ada beberapa orang lagi yang datang kawasan ni untuk membakar paru-paru.
Gentleman lah katakan!

Ketika Daim bawa hujung vape ke bibir, telinga bergerak-gerak menangkap suara lelaki seperti merengus kuat.

Wajah Daim dipusing ke kiri.
Seorang lelaki dengan coat hitam dan slack hitam sedang tertunduk-tunduk memegang dahinya.
Sesekali badannya menari-nari longlai seakan mahu terjatuh.

Daim menghampiri.
“Sir.. are you okay?”
Bahu lelaki itu disentuh.

Dia angkat wajah.
“You... Da.. Daim Ali”

Daim Akli lah bongok!
Waktu mata Daim pandang wajah lelaki tu. Badan sedikit terandah.
“Lukas.”

Lukas cuba tegak badan. Tapi kepalanya rasa masih berpusing-pusing.
Jari ditunjuk kepada dadanya.
“Yes! I’m Lukas Abraham. Bakal suami Eva Natasha.”

Daim picit tengah dahi. Tengok muka Lukas yang asalnya putih dah merah kini dah macam udang kena bakar, sah-sah jantan ni dah mabuk!

Bau masam arak pun kuat terbit dari mulut Lukas bila lelaki itu menutur kata. Sesekali Lukas keluarkan ayat yang Daim sendiri tak tahu butir bicara.

Tubuh Daim hanya berdiri memandang Lukas yang terus menari longlai ke kiri dan ke kanan.
Saat badannya ingin terjatuh, sempat Daim menyambut, takut tersungkur kat tanah.

“Jangan sentuh aku! Aku tak perlu kan bantuan kau!”

Pulak...

Lukas menghunus telunjuknya tepat kedada Daim. Kaki menahan badan yang terus tak stabil berdiri.
“Aku dah cakap! Eva milik aku! Kau tak perlu nak buat baik tolong dia lagi?!”

Kau cakap apa ni Barua?!
Tolong apa ni?
Aish! Daim silang tangannya didada.
Tubuh Lukas yang sekejap-sekejap mahu tersungkur dibiarkan..
Kang kalau tolong, takut kena marah balik!

“Daim Ali! Eva is mine! Forever is Mine! Kenapa kau sibuk nak rapat dengan dia lagi? Kau kawan dia je! Tapi dia cintakan aku, Stupid!”

Daim geleng kepala.
First! Nama aku Daim Akli!
Bukan Daim Ali.
Second! Kau panggil aku Stupid?!
Ni dah lebih Lukas!
Kalau kau tak mabuk, dah lekat buku lima aku kat muka kau ni bro!
Daim tarik nafas... sabar...

Bahu Lukas dipaut.
“Kau dah mabuk teruk ni Lukas.. aku hantar kau kat kereta.”

“No!” Lukas menjerit dan Bukk!
Tanpa sedar lengannya dikuak dan menunjal dagu Daim.

Puaka niang rapit betul la mamat ni!!
Daim gosok sebentar dagunya yang perit.
Nasib tak patah. Kalau patah memang aku sue kau Lukas!
Tangan kembali memaut bahu Lukas.
Dia tetap nak hantar jantan ni ke kereta. Kalau terus dibiar kat sini, takut menganggu pelanggan hotel yang lain.

“I said get off!”
Kali ni Lukas tolak kuat dada Daim hingga lelaki itu jauh dari nya.
“Kau tak layak nak sentuh aku! Dan kau tak layak nak sentuh Eva! You just low person and not suitable with Eva! Eva is mine! Forever is mine!!”
Sekali lagi Lukas menyumpah ayat yang sama.
Kedua tangan kembali ingin menolak tubuh Daim, namun Kali ni Daim cepat mengelak hingga tubuh Lukas hampir terjatuh.

“Stupid bloddy shit!!! One day i will kill you Daim!!” Lukas cuba tegak kan diri walau kaki longlai ingin terjatuh.

Daim hanya mampu menggelengkan kepala saat Lukas terhuyung-hayang meninggalkannya dengan ayat sumpah seranah yang tidak berbutir.
Orang dah mabuk, jangan dilayan. Nanti makin menjadi.

Daim mengeluarkan kembali Vape HIGAR nya dan dibawa kemulut sebelum menyedut dalam.
Pandangan dihala kedepan.
Dia masih tak mengerti kenapa Lukas tak habis-habis nak tuduh dirinya menganggu hubungan lelaki tu dengan Eva.

Bohjan la kalau Daim kata dia langsung takde perasaan pada Eva.
Tapi tak gentleman la kalau nak gaduh dengan lelaki semata-mata kerana seorang perempuan.

“Kalau aku tak dapat Eva! Aku akan pasti kan kau pun takkan dapat milik Eva!”

Sekali lagi suara Danish tergiang.
Ye Nish! Aku ingat janji kau!
Aku pun taknak orang sekeliling aku terluka lagi sebab aku!.

Sekali lagi Daim menyedut dilution strawberry yang ada didalam bekas bulat hujung vape tersebut sedalam-dalamnya.

Setelah tekak terasa selesa kerana dah banyak nirkotin disedut, langkah dihayun memasuki lobby untuk menuju ke Ballroom
Takut Minah Bella Vouge mencari.

“Betul ke Lukas tu bakal husband Eva Natasha?”
Telinga Daim bergerak-gerak mendengar bicara dua orang staf di kaunter lobby.

“Siapa? Yang tanya kita mana bilik Eva tadi tu ke?”
Perempuan seorang lagi bertanya.

“Yela! Dah lah mabuk teruk lepas tu bila kita tak mahu bagi tahu terus nak marah-marah.”

“Kalau betul la dia Lukas, uh! Macam tak sesuai je ngan Eva Natasha.”

Daim kerut dahi!
Apa yang didengar tadi?
Lukas pergi bilik Eva?
No!
Jantan tu tengah mabuk!

Daim pusing badan, kaki dihayun laju kembali ke kaunter lobby.
“Err.. Cik boleh saya tanya, bilik Eva Natasha mana satu ye?”

Dua-dua perempuan tersebut serentak berkerut memandang Daim.

Daim faham.
“Saya Daim Akli, mesti korang dengar kan? Saya bestfriend Eva. Mama dia suruh hantar baju pada Eva. Saya call dia tapi tak angkat, cari dia kat event pun takde.”

“Oh! Encik Daim. Stuntman tu kan?”

Daim senyum bila salah seorang dari mereka menjawab.

“Cik Eva stay at VIP suite, door number 13” sekali lagi wanita itu menjawab lantas mengukir senyum.

“Thanks you so much.”
Daim kenyit mata.
Sengaja!
Nasib malam ni dia pakai smart sikit. Kalau tak payah jugak nak layu kan dua sfaf depan dia ni.

Kaki terus melangkah laju menuju ke lif.
Hati berbaur kelam!
Dia harus cari Eva!
Entah kenapa Daim rasa takut bila dengar Lukas menuju ke bilik Eva.
Lukas mabuk!
Anything can happen to Eva!
Please god...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience