2

Family Series 1343

Terlihat dari pancaran mata shayla. Dia membesar dengan penuh kesedihan.

Dirinya mendambakan kasih sayang seorang ayah selama ini. Namun dia tabah menghadapainya.

Shakira pula membesar dengan penuh kebahagiaan. Dia sentiasa bersikap ceria dan menceriakan sesiapa di sekelilingnya.

Biarpun tragedi ayahnya ,sembilan tahun lalu tidak pernah lekang dari ingatan, Shakira tetap bersemangat menempuhi hidup yang hari demi hari kian mencabar.

Marinda melangkah masuk ke ruang tamu. Dia baru pulang dari kerja. Sesekali dia menguap. Shayla yang sudah lengkap berbaju sekolah menegurnya,

" Balik lambat lagi?" soal shayla tenang.

Marinda menyapu muka yang letih dan membalas malas,

"Ya, shift malam"

Shayla bersuara sinis dalam bisikan,

"Betul ke, entah mama sibuk mencari jantan!"

Marinda terkesan dengan kata-kata itu lalu menjerkahnya,

"Dasar anak tak sedar diri, kau sedar tak kau kutuk ni, mama kau! Syurga di bawah telapak kakinya. Aku cari duit penat-penat ni pun untuk kau...!"

Shaya membelakangkan badan dari ibunya lalu menyarungkan kasut di muka pintu. Dia masih membalas sinis,

"shayla tak makan duit haram mama dengan lelaki tu. Tak hadam!"

katanya lalu dia beredar pergi begitu sahaja.

Marinda hanya mampu meraup muka. Dia pasrah dengan apa yang terjadi.

'Mungkin inilah balasan di atas semua kekhilafaanku selama ini.' gumam hatinya.

Putera rayyan menegur shakira di sebelah."kak...kenapa dengar macam orang bertekak?"

Shakira menggeleng-gelengkan kepala. Dia sibuk menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut.

'Dah tahu dah siapa yang jerit-jerit tu!mak cik dan shayla la tu yang suka test pitching tiap-tiap pagi! Tak habis-habis bertekak!' omel hatinya.

Shakira menyuapkan suapan terakhir lalu jam di tangan di kerling. Dia segera menegur rayyan,

"Rayyan cepat makan, dah pukul tujuh lebih ni...nanti lambat!"

Rayyan yang mendengar segera menyuap nasi pantas ke dalam mulut. Dia makan dengan gelojoh sehingga tercekik.

Rayyan menahan sesak nafas.

"Argh, Akak tolong...rayyan dah nak arwah ni..." Teriaknya tenggelam timbul.

Shakira segera beredar dari singki. Dia menepuk dahi melihat adiknya.

"Pe hal kau makan nasi sampai tercekik ni. Mengalahkan rakyat bosnia"

'Ni akak punya pasal!' Mau saja rayyan bilang begitu. Namun dia sudah separuh nyawa.

"Okey..okey..shakira bersuara,

" Tegakkan tangan dan tarik nafas"

Shakira menunjukkan demo manakala adiknya menuruti.

"kemudian lepas nafas...dan..."

Shakira mencapai segelas air di atas meja lalu dihulurkan kepada rayyan.

Rayyan segera mencapai dan meneguk. Dia mengulang-ulang kaedah itu sehingga dia tenang semula.

Shakira menegur,

" Dah tak semput? Risau akak tengok tadi...takut termati katak pulak tak pasal-pasal "

Tersengih dia sendiri.

"Pasal kakaklah rayyan jadi macam ni! Benci akak!" ujarnya lalu memeluk tubuh. Dia mencebik bibir dan menoleh ke tepi.

Shakira memcubit pipi adiknya yang tembam lalu memujuk,

"Alah bucuk-bucuk janganlah marah, jom pergi sekolah cepat, tak takut kena denda?"

Rayyan segera mencapai beg dan berlari pergi. Shakira ketawa melihat adiknya yang berwjah cemas. Dia turut mencapai beg dan mengekori rayyan.

Shakira berjaya mendahului adiknya.
Idea nakal mula singgah tetiba di mindanya.

Shakira lantas memasuki perut kereta dan menekan butang "off". Pintu kereta terkunci.

Putera rayyan menampar cermin kereta dan berteriak dari luar,

" Buka pintu ni kak,janganlah main-main." Rayyan mencebik bibir lagi.

Shakira suka hati melihatnya.

'comey! Pipi tembam!' bisik hatinya.

"Akak ni tak matang! Macam budak-budak!" teriakan rayyan menyentakkan shakira.

Riaknya sedikit berubah. 'Dia kata aku tak matang,rasa macam kecik hati pulak!' gumamnya.

Shakira sedikit membingung.' Selalunya ok je. Mungkin sebab selalu kena prank dengan aku, pasal tu la dia kecik hati!'

Shakira cuba memujuk hatinya berpositif.

Puan maria menerjah halaman luar,dia bersuara "haih..kenapa kamu berdua tak berangkat lagi, nanti lambat...! "

'Mama?!'

shakira tersentak. Dia segera menekan butang " on" Jantungnya berdetak laju.

'Sempat kot.harap,-harap mama tak perasan aku kena kan adik, nanti sehari suntuk dia bebel tak habis.'

Shakira mengerling ke luar.

"Fuh..."

'Mama tak perasan.'

Shakira menyapu dada lega. Puan maria mengisyaratkan pak mat untuk melakukan tugasnya seperti biasa.

Pak mat segera memipin rayyan memasuki kereta.

TOK..TOK...

Maria mengetuk cermin tingkap. Shakira menurunkan tingkap kereta. Maria menegurnya,

"Nanti balik rumah macam biasa, tolong mama dekat kilang kemudian atuk nak jumpa nanti!"

Shakira mengangguk-angguk mendengarnya. 'Atuk nak jumpa?ada apa hal ya?' hati kira menyoal.

Tingkap dinaikkan semula. Sebaik enjin dihidupkan, kereta toyota camry putih itu segera bergerak pergi.

Shakira membisu sewaktu perjalanan.
Wajah rayyan dikerling.

'Adik marah lagi ke?' hati menggumam.

Ehem!

shakira sengaja berdehem. Dia mengerling lagi.

'Tiada reaksi!'

Shakira akhirnya bersuara, "Rayyan marah akak lagi yaa? Sori la..akak melawak je!" Shakira beriak manja.

Rayyan bersuara juga" rayyan tahu rayyan bukan adik kandung kakak,sebab tu akak selalu main-mainkan rayyan. Betul tak? "

Shakira tersentak.'Alahai marah betul ya kau rayyan. Tak apalah take ur time. mungkin akak tak sedar akak melawak terlalu keterlaluan.'

Shakira memaksa diri tersenyum. 'Jap gi baiklah tu!' hatinya terus memujuk.

Kereta memberhenti di hadapan pagar sekolah rendah titiwangsa. Rayyan menuruni kereta dengan wajah mencuka. Shakira hanya memerhati.

Kereta meluncur laju pergi dan tidak sampai setengah jam kemudian, kereta itu memberhenti di hadapan pagar sekolah menengah tinggi harapan.

Shakira melihat keluar dan tersenyum
'bertabah k.jangan sedih,nanti rayyan okeylah tu,dia bukan merajuk lama.' pujuk hatinya lagi.

Shakira menegur pak mat."Terima kasih pak mat, see you pukul dua nanti...sayang pak mat bucuk-bucuk."

Dia melambai-lambai lalu menutup pintu kereta. Pak mat hanya tersenyum diperlakukan sebegitu. Dia sudah terbiasa dengan perangai gila-gila kira. Kereta pak mat meluncur laju pergi kemudian.

Shakira menghela nafas dengan senyuman. Dia mahu memulakan pagi yang indah dengan senyuman.

Berniat baik sebelum melangkah. Sesungguhnya setiap perbuatan itu harus disertakan niat terlebih dahulu.

'Moga ALLAH permudahkan ilmu masuk amin!'

Tbc....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience