Bab 17

Romance Series 106380

ADRIAN menahan sakit hati melihat senyuman di bibir Juwita. Senyuman paling manis yang pernah dilihatnya. Dia melepaskan geram dengan menumbuk dinding. Pedih di buku limanya langsung tidak dihiraukan.

Aku takkan berdiam diri sampai aku dapat apa yang aku nak. Kau takkan boleh lari dari aku, Ju. Aku akan pastikan kau menyesal sebab pernah buang aku.

Adrian berlalu pergi dengan dendam yang tersemat di hati. Juwita hanya miliknya. Dulu, kini dan selamanya. Dia tak peduli siapa pun lelaki itu. Tak mungkin dia lepaskan Juwita.

Dari kejauhan Juwita dapat menangkap kelibat Adrian. Jatungnya berdegup laju. Selama ini, selagi boleh dia melarikan diri dari Adrian. Tapi sejak terserempak kelmarin, semakin kerap pula Adrian mengganggunya. Puas sudah dia melarikan diri dari Adrian.

"Oi nok... kenapa pucat je muka? Dah macam nampak hantu je," tegur Zailani apabila melihat wajah pucat Juwita. Padahal baru sekejap tadi mereka bergelak ketawa.

"Memang aku nampak hantu pun," jawab Juwita selamba. Berkerut dahi Zailani mendengar jawapan Juwita.

"Siang-siang pun ada hantu? Hebat kau eh boleh nampak hantu." Zailani bersuara lancang. Juwita ketap bibir. Geram pula dengan kata-kata Zailani. Rasa nak hempuk je dengan pinggan ni.

"Aku tahu kau nampak apa, sebab aku pun nampak. Dah berapa kali aku nampak mamat tu kat area sini. Dia nak apa lagi dari kau ni nok?" Wajah Zailani mula berubah serius. Entah mengapa dia berasa tak sedap hati. Juwita mengeluh. Dia tak pun jawapan dari soalan itu.

"Aku rasa dia masih mengharapkan kau, lah." Buntang mta Juwita mendengarnya.

Ringan je rasa tangannya nak campak handphone tepat ke muka Zailani. Mulut tu kalau bercakap memang tak ada insuran langsung.

"Kalau ada cabai, dah lama aku cabaikan mulut kau tu. Ish... minta simpanglah malaikat empat puluh empat. Tak hingin aku mengadap orang macam tu lagi." Zailani tersengih. Ada hati pula tu Juwita nak cabai mulutnya.

"Patutlah bila tanya ada boyfriend ke tak, tak nak jawab. Rupanya simpan boyfriend hensem." Mencebik Juwita dibuatnya.

"Ish... muka macam tu kau kata hensem? Tak hairanlah dia hensem ke idok. Kalau perangai tak semenggah pun tak guna. Paras rupa tak mencerminkan keperibadian seseorang." Juwita mula serius.

Dia sebolehnya tak mahu berbicara soal Adrian. Sakit yang ditinggalkan cukup dalam. Ada rahsia yang tidak siapa tahu. Ada rahsia yang disimpan kemas.

"Dahlah. Jom masuk. Kang lambat pula. Aku lupa nak bagitahu, anak Tuan Mansur cari kau tadi." Berkerus dahi Juwita dibuatnya.

"Tak pernah-pernah datang pejabat. Tiba-tiba cari aku. Apa masalah?" Zailani jungkit bahu. Dia sendiri tak bertanya lanjut.

"Dia pesan suruh jumpa dia pukul 3 dekat office Tuan Mansur. Jangan lewat." Zailani menyampaikan pesanan. Juwita ke ke tandas ketika anak Tuan Mansur datang mencarinya.

"Nantilah aku pergi." Juwita acuh tak acuh. Malas mahu memikirkan sebab musabab kenapa dia dipanggil.

Usai menjelaskan bayaran, mereka sama-sama melangkah menuju ke pejabat. Namun langkah mereka terhenti apabila ada seseorang memanggil Juwita. Mereka serentak berpaling.

"Mind if I take her with me?" Soalan yang ditujukan kepada Zailani hanya dijawab dengan gelengan.

"Lady, I have something to discus with you. Shall we?" Badannya ditundukkan sedikit mengharapkan Juwita mengikutnya. seribu kerutan di dahi cukup menggambarkan berapa banyak persoalan yang timbul.

Pintu kereta dibuka dan Juwita diminta untuk melangkah masuk sama. Tanpa sebarang bantahan, juwita hanya menurut.

"Rumah papa, Pak Mus." Dia memberi arahan. Juwita hanya memerhati. Jejaka itu berdehem kecil. Menarik perhatian Juwita dari terus memerhatikannya. Juwita sedikit pun tidak tersenyum.

"Ada apa sampai nak bawa saya keluar macam ni?" soal Juwita serius. Terlakar senyuman manis di bibir jejaka itu.

"You tahukan I tak berminat dengan syarikat papa I? Sebab tu I tak masuk sana." Juwita mengeluh.

"Berapa lama Haris? You tak risau ke orang nampak I dengan You? Nanti orang ingat kita ada hubungan pulak." Haris ketawa gelihati. Entah mengapa dia berasa lucu. Tanpa sebarang amaran, Juwita mencubit peha Haris.

"Tak kelakarlah Haris." Juwita tayang muka cemberut.

"Look... I'm sorry okey. Tak payah buat muka macam tu. Tak comellah." Juwita menjulingkan matanya ke atas. Bukan itu yang dia mahu dengar.

"I tahu satu office cakap You ada fair dengan papa and now, mama minta I bawa You jumpa mama. mama nak sangat kenal siapa yang bakal jadi madu dia." Makin mencerlung mata Juwita mendengar kata-kata Haris.

"Hey... You jangan nak memacam eh. Stop this car now!" Suara Juwita mula mengaum. Haris mengecilkan matanya memandang Juwita.

"Just follow me. Jangan nak mengada eh. I yang bagi arahan. Bukan You." Haris bersuara tegas. Juwita melipat tangannya ke dada. Geram dengan tingkah Haris.

"Okey, fine!" Akhirnya Juwita mengalah. Hampir sepuluh minit Juwita membisu. Malah dia langsung tidak memandang Haris.

"Stop ignoring me." Akhirnya Haris bersuara. Lemah sungguh bila berdepan dengan kebisuan Juwita.

Sepi...

Juwita masih seperti itu. Haris mengeluh halus. Dari dulu hati Juwita sukar diduga. Kerasnya sukar dilembutkan. Dia membina satu tembok besar dengan mereka sekelilingnya. Hanya yang tertentu saja dapat merobohkan tembok itu dan Haris adalah salah seorang darinya.

"Okey... mama nak jumpa bukan sebab gosip tulah. I pun tak tahu. Don't worry, papa pun ada dekat rumah. Semalam sampai dari kedah. So, there is nothing you need to worry. Ada tak ada pun, mama minta you nikah dengan I je." Tersengih Haris melihat Juwita menjungkit keningnya.

"Tak hingin aku. Buat aku sakit jiwa kalau nikah dengan kau. Dah le tu. Tak payah nak ber-I, You sangat. geli bulu ketiak aku ni tahu tak?" Sisi sebenar Juwita akhirnya timbul. Haris tersenyum.

"Eee... teruknya kau ni. Bulu ketiak pun nak simpan. Tak semenggahnya perangai. Siapalah yang malang dapat kau jadi bini." Buntang mata Juwita dengan bidasan Haris. Ada yang kena hempuk dengan batu lesung kejap lagi ni.

"Diamlah!" Juwita malas nak membahas. Haris ketawa mengekek. Suka benar dapat mengenakan Juwita.

"Ju... apa pun yang kau dengar dari papa nanti, aku harap sangat kau rasional. Aku mohon jangan terlalu ikut perasaan." Ada nada sayu dan pengharapan dari suara Haris. Juwita terdiam seketika sebelum mencerna setiap bait kata-kata Haris.

"Apa pun, in shaa Allah aku akan rasioanal. You can count on me." Hanya itu yang mampu Juwita ucapkan pada Haris.

Haris sangat memahami perwatakan Juwita. Tingkahnya sukar di duga. Tujuh tahun mereka berkawan. Dari Juwita yang sangat mesra bertukar kepada Juwita yang sangat keras.

Haris tahu apa yang telah Juwita lalui meskipun gadis itu tak pernah menceritakan. Dia belum buta untuk menilai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience