Chapter 5

Family Completed 22837

Bab 5

“I know you can’t talk like other people.”

Darahku berderau. Anak mataku tikam anak matanya yang berwarna hitam pekat. I didn’t tell anybody yet.

“Everybody knows that, Najya.”

Rasa macam ada halilintar membelah bumi. Kalau aku berdiri, mesti dah rebah sekarang ni.

Din senyum. “Kami memang dah lama tahu. Dan kami tak kisah.”

But I care!

Tangannya diletakkan di bahuku.

“Saya tak tahu macam mana awak rasa tapi saya tahu tak mudah untuk awak hidup. Even saya yang normal ni pun rasa hidup ni cukup susah.”

Yang dinamakan kehidupan ni memang tak mudah. Aku menangis lagi banyak daripada tersenyum. Hidup ni bukannya sekadar gelak dan tetap move on walau payah. Setakat nak lupakan satu kenangan pahit pun susah. Satu dugaan pun dah boleh buat orang rebah tapi tu lah. Hidup…

“But you can’t give up. This isn’t the end of your life. Keep fighting. I know you can’t talk but you can hear people. You still can see people.” Kata-kata dia langsung tak sentuh hati aku.

Dah berjuta kali aku dengar ayat ni. Dah boleh hafal dah. I can’t give up. Keep fighting. Tolonglah. Aku tak perlukan kata-kata perangsang. Tu yang aku malas nak berkawan dengan sesiapa. Aku datang sekolah bukan nak berkawan. Aku datang sini sebab nak belajar. Tu pun sebab malas dengar mama ketuk pintu setiap hari suruh aku datang sekolah. Aku bukannya jahat. Aku bukannya sengaja tak nak datang sekolah tapi berhadapan dengan orang ramai cukup susah. Bertubi-tubi soalan mereka tanya.

Dear God, why I’m still alive?

“Semua orang ada hard time dalam hidup. Either am I.”

Senyumannya kian hambar. Jari-jemarinya disulamkan sesama sendiri.

Minah ni kerja nak senyum. Eheh.

“But we can’t give up. Dugaan tu nak uji kita. Nak buat kita lagi dekat dengan DIA. Jangan kita makin jauh dari DIA,” ucap Din tenang.

Aku pandang dia atas bawah. Budak ni umur 16 tahun ke 61 tahun? Cakap macam orang tua.

Kipas ligat berputar. Angin pagi tampar dua lekuk pipi dan mulutku tertutup rapat. Walau malas mendengar dia bercakap, aku gagahkan juga diri pasang telinga. Kata-kata yang dia tuturkan bukan kata-kata kosong meski aku sudah lama dengar ayat macam tu.

“Takdir Allah tu dah cukup indah, Najya. Kalau awak boleh cakap, mungkin benda tak baik akan jadi dekat awak. Think positive. Jangan lemah. Jangan salahkan takdir. Berpenatlah awak di dunia dan bersenanglah awak di akhirat sana, insya-Allah.”

Jeda.

“Biar kita susah dulu dan senang kemudian. Jangan senang dulu dan susah kemudian.”

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Najya akan lebih berkeyakinan dengan dirinya selepas dinasihati Wardina?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience