Chapter 5

Horror & Thriller Completed 4955

Chap.5 Put

Normal POV

Setiap hari rabu , SMKTUN akan melakukan kegiatan kokurikulum untuk pelajar sesi pagi setelah tamat waktu pengajaran dan pembelajaran. Kegiatan kokurikulum bermula pada jam 1:40 tengah hari sehingga 3:00 petang. Mereka tamat belajar pada jam 1:10 tengah hari. Untuk waktu 30 minit itu , mereka semua bebas untuk melakukan apa sahaja.

Olyn duduk di wakaf bersendirian. Dia mengingat kejadian semalam. Kejadian dimana dia ditumbuk Put. Ramai pelajar sekolah ini lihat kejadian itu kerana Jusco adalah tempat pelajar-pelajar sekolah ini pergi setelah mereka pulang dari sekolah.

Hari ini dia terpaksa ke sekolah dengan menggunakan mask mulut. Itu kerana dia ingin menutup kesan lebam di hujung mulutnya. Dia sepatutnya tidak dibenarkan datang sekolah ini. Tetapi dia berdegil. Alasannya kerana banyak pelajaran yang telah dia tinggalkan.

Selain Yasmin dan Ani , tiada siapa menegurnya hari ini. Mereka semua takut melihat mood Olyn yang sentiasa swing dari baik ke buruk. Olyn mengeluh. Dia tidak pernah bermood buruk seperti ini.

"Put , kau okay tak?" Olyn terdengar suara Nad. Dia memusingkan kepalanya ke kanan. Terlihat enam orang 'ex'-gangnya duduk di wakaf sebelah wakaf yang di dudukinya. Olyn menunjukkan raut bersalahnya. Dia sedar , disebabkannya semua berubah. Olala tidak lagi ceria. Put sudah menjadi sombong. Mata Alyn sentiasa sembab. Ainaa kurang tersenyum. Yaya terlihat letih. Nad dan Yana mempunyai rakan lain.

Lagi-lagi Olyn mengeluh. Dia tidak tahu bagaimana ingin membuat Olala rapat semula tanpa ada ancaman dari Isabella.
Cakap tentang Isabella , sejak kejadian di gelanggang , Olyn sudah tidak pernah jumpa Cassandra. Dia takut Cassandra hanya menipunya. Tetapi mimpi berkenaan Olala masih dialaminya.

Olyn , everything gonna be alright.. Fikir Olyn.

Tiba-tiba adik angkat Put , Aleeya datang ke wakaf yang diduduki Olala. "Hi kakak senior!!" sapa Aleeya dengan ceria. Semua member Olala menjawab sapaan Aleeya kecuali Put.

"Hi Put ," Aleeya melambaikan tangannya di hadapan Put. Put masih tidak menjawab apa-apa. "Boo , Put dah sombong.." kata Aleeya.

Mata Olala membulat. Mereka tahu Put paling tidak suka jika orang memanggilnya sombong. Put menjeling Aleeya dengan tajam.

"A.. Aleeya , right?" Tanya Yaya. Aleeya mengangguk. "Sorry. Put bukan sombong. Dia just stres dekat kelas tadi" dalih Yaya.

"Oh.. Sorry Put sebab panggil kau sombong" Aleeya tersengih. "Ah , aku masuk kelas dulu lah. Kene marah Cikgu Zuraidah pulak nanti" Katanya. "Bye , kakak-kakak sekalian.." Aleeya melambaikan tangannya.

"Fiuhh.." mereka semua merasa lega.

Put memandang gadis yang membuatnya menjadi seperti sekarang. That stupid girl love to make her own decision without tell us! Stuborn girl! Put mengutuk Olyn menerusi fikirannya.

Put mengambil begnya dan berjalan tanpa menunggu Olala. "Eh , Put! Tunggulah!" Olala mengambil barang mereka lalu mengejar Put.

"Hi , Put..?" Put tidak menghiraukan sapaan Mira. Mira mengerutkan keningnya. Dia ternampak Olala berjalan mengejar Put. "Hi , korang" Sapa Mira.

"Hey , Mira" jawab mereka.

"Kenapa Put main jalan je?" tanya Mira.

"Oh , sorry. Put tak sihat sikit. Mood dia kalau dia tak sihat em.. macam tu lah. Tak boleh ditegur" Mira mengangguk mendengar penjelasan Yana. "Kita orang pergi dulu lah ya , Mira? Byeee.." mereka melambaikan tangan ke arah Mira dan berlari mengejar Put.

"Makin teruk je Put tu.." gumam Mira.

*
*

Di dalam dewan tempat unit beruniform Kadet Remaja Sekolah berkumpul , Put mengambil tempat duduk yang agak belakang. Dia tidak ingin KRS lain memerhatikannya.

Skuad KRS perempuan yang pernah mewakili sekolah mereka ke peringkat daerah bergosip tentang Put. Mereka kaitkan perubahan Put dengan kes Olyn keluar dari Olala. Setengah dari mereka menyalahkan Olyn , setengah lagi menyalahkan Olala.

"Dah lah , tak payah buat andaian sendiri. Mesti ada sebab kenapa ni terjadi.." Kata Faezah. Yasmin dan Ani hanya mendiamkan diri.

"Olala , kenapa korang lawat Olyn tak saing dengan kita orang?" tanya Nabihah yang tidak join skuad bergosip. Dia juga tidak tahu Olyn telah meninggalkan Olala.

"Kita orang nak cepat time tu. Erm , mak Nad sakit! Hehehe" Kata Yana. Dahi Nad berkerut. Yana memberinya peace sign.

Mak aku pulak.. Fikir Nad.

"Kenapa dengan Put?" tanya Nadia. Sebagai orang yang rapat dengan Olala , dia sentiasa ingin tahu berita terkini Olala.

"Put tak sihat sikit.."

Olyn masuk ke dalam dewan. Walaupun menggunakan mask , orang tahu dia berada dalam keadaan yang tidak baik. Dewan menjadi senyap. Olyn mengambil tempat paling belakang untuk mengelakkan keramaian. Yasmin dan Ani bangun. Mereka pergi ke tempat Olyn.

Put memandang Olyn dengan pandangan tidak puas hati. Dia melihat Olyn menggelengkan kepalanya. Entah apa lah yang ditanya oleh Yasmin dan Ani.

Put bangun dari tempatnya dan keluar dari dewan.

Mata Olyn mengikut pergerakan Put. Dia menjadi sedih. I have to tell Put.. Fikirnya.

*

Put kembali ke dewan setengah jam kemudian. Dia pelik melihat keadaan dewan yang senyap.

"Awak , awak dari mana?" tanya seseorang yang tidak lain tidak bukan penolong kanan hal ehwal murid di sekolah mereka , En.Mugunen. Put memandang En.Mugunen dengan malas.

"Dari luar ," kata Put.

Mugunen memicingkan matanya. "Apa sebab awak keluar?" tanya En.Mugunen.

"Suka saya lah.." Kata Put. Mata En.Mugunen membulat. Begitu juga dengan mata kadet yang lain. Mereka tidak menyangka Put untuk menjadi kurang ajar seperti ini.

"Awak ke sini!" En.Mugunen menarik Put ke atas pentas. Put berdiri dihadapannya. "Di sebabkan awak keluar sebab 'suka awak' , saya akan kenakan awak 2 sebatan. Dan disebabkan kekurang ajaran awak , saya tambah lagi 3." Put mengangkat bahunya tidak kisah.

Olala terkejut dengan tidakan Put. Mereka cuba menghalang En.Mugunen tetapi masing-masing tiada keberanian.

Bodoh kau , Put.. Olyn menggelengkan kepalanya.

"Angkat tangan awak!" Put mengangkat tangan kirinya. "Sebatan pertama!"

Slappp!!

Put memejam matanya. Rasa perit membuat tangannya menggigil.

"Sebatan kedua.."

Slappp!!

"ughh" rintihan keluar dari mulut Put.

"Sebatan ketiga!"

Slappp!!!

Air mata Put mengalir. Kadet terkejut. Mereka tidak sanggup melihat Put disebat dan dimalukan.

"Sebatan keempat!"

Slappp!!!

Tangan Put mengeluarkan darah. En.Mugunen tidak menghiraukan darah itu. Dia kembali mengangkat rotannya. Semua cikgu di situ tidak berani menahan En.Mugunen.

"Sebatan terakhir.."

"CIKGU TUNGGU DULU!!" Jerit enam suara. Pandangan mereka semua tertumpu kepada Olala berserta Olyn. Olyn menunjukkan raut cemasnya.

"Siapa kamu berenam untuk menghalang saya? Ke sini kamu.." En.Mugunen bercekak pinggang. "Berani kamu suruh saya berhenti?" tanya En.Mugunen.

Olala dan Olyn berjalan ke hadapan. En.Mugunen memandang mereka bertujuh.

"Disebabkan kamu berani melawan saya , kamu berenam akan dikenakan dua sebatan setelah saya habis sebat Puteri di bilik disiplin" Pelajar KRS menggeleng kepala mereka.

"Kejam betul Mugu ni" kata Engku. Aqilah dan Faezah mengangguk.

En.Mugunen menghabiskan sebatannya. Dia langsung keluar diikuti Olala dan Olyn dibelakangnya.

Put duduk ditempatnya kembali. Semua member KRS berkumpul disekeliling Put. Mereka bertanya kenapa Put tidak menipu En.Mugunen sahaja. Put tidak menjawab soalan mereka.

"Put? Kau okay tak?" Yasmin mendekati Put. Ketika itu Put sedang mengelap darah ditangannya. Dia meringis kesakitan.

Put menjeling Yasmin dengan tajam. "Aku tak perlukan kau lah! Aku dah cakap kan , aku taknak tengok muka kau lagi!" marah Put. Mata Yasmin berkaca. Dia kembali ke tempatnya. Ani mengelengkan kepalanya. Dia mendakap Yasmin.

"sabar.." Kata Ani.

Di koridor..

Olala berjalan untuk masuk ke dewan kembali. Olyn berjalan di belakang Olala.

"Kita orang tak perlukan kau.." Kata Nad kepada Olyn. Olyn merasakan perasaan marah bergelora di dadanya. "Kau ni penghancur persahabatan kau tau tak!?" Jerit Nad.

Olyn seperti tidak dapat mengawal dirinya. "Aku tak perlukan koramg jugak lah!" kata Olyn. "Aku tak patut tolong perempuan tu tadi!!" Dia memandang Olala dengan geram. "Aku sepatutnya biar je dia kene rotan sampai tangan dia putus!!"

Olala terkejut. Mereka tidak sangka Olyn akan berkata seperti itu. Nad sudah bersiap untuk memukul Olyn. Tapi dia dihalang Yaya dan Yana.

"Dah lah korang , Tak perlu lah gaduh-gaduh.." Kata Yana.

"Perempuan ni dah melampau Yana!" Nad melawan pegangan Yaya dan Yana.

"Olyn! Cuba jangan jadi kebudak-budakan! Kalau kau taknak bagitahu kita orang semua , sekurang-kurangnya bagi tahu lah dekat salah seorang dari kita orang!" Marah Alyn. Olala berjalan meninggalkan Olyn.

"..."

Olyn hanya melihat Olala pergi meninggalkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience