Bab 76

Romance Completed 78326

Madam Valona curi-curi datang ke hospital untuk menjenguk keadaan anaknya. Walaupun selama ni tindakannya seolah-olah membenci Gia tapi tak bermaksud hatinya sama rentak dengan tindakannya. Mungkin dahulu dia marah dengan Gia sebab kononnya
Gia punca kepada kematian suaminya tapi lepas dia sendiri tengok Gia masih lagi melayannya baik sebagai seorang ibu, hatinya sedikit demi sedikit terbuka untuk maafkan anaknya.

Lagi-lagi bila dia dengar Gia kena tembak. Lagilah jantungnya rasa nak tercabut. Takut jadi apa-apa dekat anaknya dan dia takkan maafkan dirinya. Dialah punca Gia terpaksa ada dalam keadaan yang sekarang. Dia tak layak untuk menyandang gelaran sebagai ibu kepada Gia. Seorang ibu sepatutnya melindungi dan menjaga anaknya dari sebarang ancaman tapi dia? Biar je Gia hadap semua tu.

Madam Valona menghampiri wad yang menempatkan Gia dirawat. Sebelum dia melangkah masuk, dia memandang melalui cermin pintu wad. Ada Luqman yang duduk di kerusi sebelah katil Gia. Pintu wad Gia ditolak.

Luqman yang tadinya memerhatikan Gia tidur menoleh memandang Madam Valona yang melangkah masuk seorang dirinya. Dia memandang ke belakang. Danial tak ada sekali.

“Danial is not coming. I came alone…” ujar Madam Valona. Dia berdiri di hadapan Luqman. “Thank you Luqman for taking care of my daughter.”

“It’s not a big deal. Well, she’s helping me a lot.”

Madam Valona menghampiri Gia yang sedang terbaring lemah di atas katil. Hampir saja air matanya menitis keluar dari kelopak mata tapi segera diseka. Rambut anaknya diusap perlahan. Dia mula terfikirkan sesuatu. Sesuatu yang boleh buatkan Gia jauh dari Danial.

Lagipula, dia dah tak tahan dengan perangai Danial yang asyik nak lukakan hati anaknya.

“Luqman, can we talk for a while? Outside.”

Luqman mengangguk kecil. Dia berjalan keluar dari wad dengan Madam Valona. Madam Valona melabuhkan punggungnya di atas kerusi tunggu hospital.

“I know maybe you’re awkward with me since this is first time we talk to each other but I have to talk with you. Can you give me your time?”

“Sure.”

“I hope what I ask for doesn’t make you angry.”

“What do you mean?”

“I want you to be my daughter’s husband.”

“Hah?!” Fuh! Aku rasa telinga aku macam berdengung tadi. Tak pun aku rasa aku dah salah dengar tadi.

“I want you to be my daughter’s husband. Clear?”

“But why me? Out there still many men could be Gia’s husband. Why did you choose me?”

“Because I know you can protect Gia more than me. You always with Gia when she needs you.”

“No.”

“Don’t you love her? Don’t you have any feelings for Gia?”

Aduh…soalan apa pulak yang Madam Valona tanya ni dan soalan dia ni wajib ke tak aku jawab? Kalau tak wajib, jadi aku boleh skip to the next question.

“Answer me.”

Ok nampaknya soalan dia wajib aku jawab. “I have no answer for your question.”

“I know you have. But whatever your answer is, I don’t care. I just want you to be a husband to Gia. I know you can be a best husband for her. Can’t you do it?”

“But you know right that we’re not in same religious.”

“Then, convert.”

“Who?”

“Gia.”

Senangnya dia cakap! Dia ingat tukar agama tu macam tukar pakaian? Tukar agama semata-mata untuk cinta dan bukan kerana mengenali siapa Pencipta yang sebenarnya? Tak betul tu.

“I know you feel not right about this but I can be sure for you that Gia will be a good wife for you. You may know nothing about her but I do.”

“What do you mean by that?”

“I know Gia learning a little bit about Islam. Ever since she was kid, she has been research about Islam. She likes to see the mosque but she’s afraid to go in because she’s different religion. Please consider my request? I make all of this just for Gia. Not for me.”

“I’ll think about it again. Just give me a time.” Luqman meminta diri untuk pergi dari situ.

Permintaan dari Madam Valona bukanlah permintaan yang biasa. Nak jadi suami kepada Gia bukanlah benda yang main-main tambah-tambah lagi aku dengan dia beza agama. Kalau nak kahwin, Gia kena tukar agama dari Kristian ke Islam. Tapi, tak ada gunanya kalau Gia tukar agama kepada Islam tapi sebenarnya dia tak berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam agama yang dianutinya.

Tapi, bukan ke kau sebenarnya memang sukakan Gia? Kalau betul aku sukakan dia, dia sukakan aku ke? Aku buntu!

“HABIS tu? Kau jawab apa dekat Madam Valona?” Taufiq menyuapkan sandwich telur ke dalam mulutnya sambil matanya masih lagi tertumpu pada Luqman.

“Aku tak jawab apa pun Fiq. Aku buntu sebenarnya nak bagi jawapan apa. Benda ni macam tiba-tiba je tau.”

“Dalam keadaan sekarang ni, cuba kau tanya hati kau sendiri. Kau suka dekat Gia ke tidak? Tapi aku rasa kau memang suka Gia pun. Cuma kau je tak nampak dan tak sedar. Lebih senang, kau buat je solat istikharah minta petunjuk dari Allah. Kalau betullah jodoh kau yang sebenarnya adalah Gia, then proceed. Tapi kalau kau rasa berat, lupakan jelah permintaan Madam Valona tu.”

“Yelah Fiq. Aku pun fikir nak buat macam apa yang kau cakap ni. Kau rasa aku sesuai ke dengan Gia?”

“Pada pandangan aku, kau sesuai je. Alah…kau ni bukannya tak hensem. Hensem je tapi perangai kau tu je tak hensem bila depan dengan Gia. Kalau kau buka hati kau untuk kenal dengan Gia, aku yakin kau akan nampak sisi baik dalam diri Gia.”

“Pandailah kau.”

“Aku memang pandai. Kalau tak, tak duduklah sama
dengan unit kau kan?”

“Kau nak kata aku pandai ke?”

“Yelah! Kau kan senior dalam unit!”

Bahu Taufiq ditampar. Pandailah si Taufiq ni. Pandai membodek. Memang dalam unit dia terkenal dengan kaki bodek.

“Tukar topik. Sekarang ni macam mana dengan siasatan pasal Danial tu? Kau dah dapat apa-apa bukti baru?”

“Ada tu ada tapi aku rasa kita kena pergi tengok sendiri tempat tu.”

“Dekat mana tempat dia?”

“Kalau tak salah aku area Quezon Boulevard. Kalau nak ikutkan jauh jugak dari sini. Area tepi laut jugak.”

“Area tepi laut?”

“Yep. Situ port paling sesuai dia nak buat kerja-kerja dia memandangkan situ pun port untuk ship. Nanti kita pergi dekat situ. Ada dua orang pegawai polis jugak yang akan ikut kita nanti.”

“Ok lah kalau macam tu.”

Kalau boleh, aku nak kes ni cepat-cepat diselesaikan. Lagi cepat kes selesai, lagi cepatlah dia dapat bongkarkan siapa pembunuh kepada Dariya yang sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience