Bab 13

Romance Series 113890

'Pap'

Fail dibaling di atas meja. Tuan Yunus yang berdiri terus memeluk tubuh. Muka Tuan Yunus merah padam menahan marah. Apa yang dia nak jawab pada pihak atasan. Pihak atasan dah dimaklumkan mengenai serbuan yang dilakukan malam tadi. Mengikut apa yang ditaklimatkan Aniq, operasi 100% succefull. Tapi macam ni pula jadinya.

"Apa ni Tuan Aniq, apa yang saya nak jawab pada pihak atasan. Kalau kes ni melibatkan orang biasa-biasa mungkin boleh dimaafkan tapi kes ni dah melibatkan VIP. Macam mana kamu buat kerja?" huh, boleh meleleh taik telinga dengar suara nyaring Tuan Yunus. Tuan Yunus ni pun bole tahan garang juga.

"Maaf Tuan, saya akan arahkan anggota team untuk kesan dan tangkap suspek dengan segera" jawab Aniq dengan yakin.

"Huh! Pastikan kamu kotakan apa yang kamu cakap. Kalau tak ada apa-apa kamu berdua boleh keluar." ucap Tuan Yunus dalam suara yang sedikit kendur.

"Terima kasih Tuan" ucap Aniq dan Syam serentak dalam keadaan berdiri tegak tanda hormat.

Tuan Yunus hanya menganggukkan sedikit kepalanya.

Setelah keluar dari pejabat Tuan Yunus di tingkat 5, Syam mengajak Aniq ke cafe untuk membasahkan tekak. Kedua-dua mereka mengambil tempat di meja hujung setelah minuman diambil.

"Kau jangan fikir sangat, kang tak pasal-pasal kena darah tinggi pulak" nasihat Syam pada Aniq sambil meneguk teh o ais dalam gelasnya. Ye la sekarang dah tak de straw jadi minum je la macam biasa. Teguk ikut mulut gelas je kawan-kawan.

Terbit keluhan berat dari Aniq.

"Aku bukan apa, esok Uncle Syed dah balik. Kau pun tau kan. Apa aku nak bagitau pada Uncle Syed dan Tuan Haidar nanti. Nampak sangat yang aku ni gah pada nama dan cawangan je tapi kerja tak melambangkan langsung apa yang difikirkan orang" keluh Aniq sambil meraup rambutnya. Hm.. Rambut pun tak sempat nak gunting. Nampak sangat sibuknya.

"Aku tak rasa Uncle Syed dan Tuan Haidar berfikiran macam tu. Kau jangan la fikir bukan-bukan." ucap Syam.

Bermula sebuah cerita di zaman dulu kala

Mudahnya sederhana kehidupan mereka

Riang sentiasa dan gembira tanpa duka

Waktu berpesta pawana pun melanda

Nada dering telefon Aniq berbunyi.

"Assalamualaikum Amy" ucap Aniq.

"Apa! baiklah abang datang sekarang" terkejut Aniq dengan berita yang disampaikan sehingga berdiri tegak. Talian dimatikan.

"Syam, ikut aku ke rumah Uncle Syed sekarang" ajak Aniq tanpa salam lalu langkah menuju ke keretanya.

Dalam kereta Aniq masih senyap. Masih belum terangkan apa yang berlaku dan ke apa tujuannya.

"Kita nak ke rumah Uncle Syed kenapa? Ada apa-apa berlaku pada Yus ke?" soal Syam pelik.

"Wisma Putra baru call Amy maklumkan Uncle Syed sekeluarga terlibat dengan kemalangan. Bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik. Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian masih belum dikenal pasti." terang Aniq ringkas.

"Allah.. Macam mana boleh jadi macam tu. Habis tu macam mana dengan diaorang semua.?" soal Syam.

"Aku pun tak pasti tapi Wisma Putra akan maklumkan sebaik mangsa dikenalpasti".

Tidak lama, telefon Aniq berdering lagi dan pemanggilnya Amy.

"Kau tolong jawab. Aku tengah drive ni" minta Aniq lalu menghulur telefon bimbitnya pada Syam.

Sebaik butang hijau ditekan dan telefon dilekapkan di telinga Syam.

"Innalillah... Sabar ye Amy. Abang dan abang Aniq datang sekarang" telefon dihulur. Tak perlu kata apa-apa, Aniq dapat mengagak apa yang bakal Syam beritahu.

"Antara mangsa yang meninggal di tempat kejadian, Uncle Syed sekeluarga." ucap Syam. Sunyi sepi keadaan di dalam kereta.

Hari ni masuk hari ke tujuh kenduri tahlil dan doa selamat untuk ahli keluarga Tuan Syed. Ramai saudara mara dan kenalan yang hadir. Tiada siapa yang sangka perkara ini akan terjadi. Mereka pergi sekali gus meniggalkan Yus dan Amy.

Yus sudah kering air mata menangisi pemergian keluarga tercinta. Tinggal satu hari sahaja lagi untuk berjumpa. Patutlah perasaan Yus amat sedih semasa menghantar keempat-empat mereka di airport tempoh hari. Rupanya, itu kali terakhir wajah mereka dapat dilihat. Menitis lagi air mata di pipi mulus itu. Mata Yus yang sembab dan hidung yang merah.

Bertambah pilu dan sedih apabila ole-ole yang diposkan oleh ahli keluarga sampai pada petang semalam. Tidak ada rasa untuk melihat apa yang ada dalam bungkusan kotak tersebut. Hanya dibiarkan di bawah tangga tanpa dibuka. Luluh hati mengenangkan nasib diri. Mujur juga ada bapa saudara dan ahli keluarga yang sentiasa memberi semangat dan kekuatan.

Hari ni cuma tinggal Pak Long Irman, Mak Long Faty sahaja. Ahli keluarga dan saudara mara yang lain semua sudah pulang ke rumah masing-masing.

Aku amat berterima kasih pada Aniq dan Syam. Aku tak tau apa nak buat jika tiada mereka berdua membantu Amy menguruskan semuanya. Belum sempat rasanya aku ucapkan terima kasih pada dua-dua lelaki tersebut. Dapat aku lihat wajah kepenatan pada Aniq tapi aku kagum kerana tetap membantu aku dan Amy selain dari Pak Hamid dan Mak Minah.

Kunyi kunyit dia pun, tak lokek untuk sumbangkan tenaga. Ramai juga anak buahnya yang datang membantu menjayakan kenduri tahlil dan arwah mak, abah, along dan Kak Ida. Hm.. Kau ni, dalam sedih-sedih pun sempat lagi kau kunyitkan Aniq kan. Tersungging senyum pada bibirku yang kering.

Kalau tengok cermin tah macam mana la muka aku. Mana tak nya, sejak dapat berita mengenai kemalangan tersebut, aku dah tak ambil peduli dengan penjagaan wajah. Basuh muka pun guna shower gel je. Tak sempat nak fikirkan semua tu.

Selepas solat isyak dan makan malam. Pak Long memanggil aku dan Amy ke ruang tamu. Ada perkara yang perlu dibincangkan. Ikutkan hati malas aku nak turut dalam perbincangan tersebut. Sudah tentu ianya mengenai syarikat abah. Ah, Pak Long kan ada. Abang Haiqal anak sulong Pak Long pun ada boleh tengok-tengokkan.

"Assalamualaikum semua." ucap Pak Long sambil meletakkan fail hijau di atas meja kopi.

"Sebelum tu, Amy, tolong panggilkan Tuan Aniq. Dia perlu ada sekali untuk pembacaan wasiat ni" ucap Pak Long.

"Abang kunyit pun kena ada?" soal aku dan kebetulan waktu itu Aniq sudah sampai bersama Amy dan Aniq duduk berhadapan dengan aku.

"Kunyit, apa yang kunyit?" soal Pak Long pelik.

Aku dah tersengih-sengih sambil menggosok kening. Dapat aku lihat mata Aniq macam nak keluar memandang aku. Marah la tu. Mana aku perasan tercakap kuat.

"Memandangkan semua dah ada di sini, Pak Long akan bacakan wasiat Syed Alauddin Bin Syed Altamis."

Setelah selesai Pak Long membacakan wasiat, aku dan Amy hanya menggangguk sahaja kerana tiada apa yang berubah. Urusan syarikat masih sama seperti semasa abah berada di Mekah cuma Abang Haiqal dilantik sebagai penasihat pada aku dan Amy pula dilantik sebagai Ketua Pengarah Operasi.

Aku baru nak bangun dari sofa tapi dihalang Pak Long.

"Nanti dulu Yus. Ada satu lagi wasiat yang belum Pak Long bacakan dan wasiat ini e melibatkan Syarifah Yusriyah Afya Binti Syed Aluddin dan Raqib Aniq Bin Mokthar. Aik! Apa kena mengena aku dengan abang kunyit?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience