Jam loceng berbunyi menandakan sekarang sudah pukul 6.00 pagi.
Seorang gadis cantik bangkit dari perbaringannya. Kerana orangnya cantik, nama yang diberi Arwa Badia yang bermaksud pemandangan menawan dan unik.
Pintu bilik Arwa diketuk.
"bangun sayang... Nanti terlepas bas sekolah pula" kejut bonda.
"ye bonda.. Arwa nak bangun la ni" balas Arwa. Dengan itu, segera dirinya bangkit menuju ke arah tuala lalu masuk ke dalam bilik air.
Selesai saja membersihkan diri dan menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, Arwa memakai pakaian seragam sekolahnya. Arwa memandang dirinya di cermin. Teringat akan nasibnya ini.
Umurnya masih 16 tahun sudah dilamar oleh duda anak satu. Adakah hidupnya sentiasa akan malang??
Bukan saja duda anak satu, pak cik yang berusia 60 tahun pun sudah datang melamar Arwa. Bukan mengutuk tapi itu la hakikatnya.
Dah tua tu, toksah dok galak sangat!! Dekati Tuhan lebih baik daripada gatal nak kahwin lagi sedangkan bini pun dok ada lagi.
Tapi jangan dibuat main sama Arwa Badia ini! Mukanya saja cantik, tapi perangainya.... Mashallah!!! Tak dapat nak ungkapkan bagaimana jika dia marah. Muka lembut tapi jiwanya kental!
Apa saja cacian dan makian, dia cuba menahannya.
Ditambah pula, orang-orang sekelilingnya suka mengambil kesempatan terhadap ayahnya yang hanya bekerja sebagai tukang baiki kasut. Pasti dia lagi bengang! Cuba beritahu anak mana tak marah kalau orang lain mengutuk bapak sendiri?
Walaupun hidupnya tidak senang seperti orang lain, bahagia tetap wujud dalam keluarga mereka.
"Arwa... Termenungkan apa lagi?" tanya bonda ketika dia melihat Arwa sedang termenung.
Arwa menuju ke arah bonda. Arwa menyalami tangan bonda dan mencium bonda.
"ni duit sekolah" beri bonda
"tak apa bonda.. Arwa tak perlukan.. Bonda bagi kat Bad" senyum Arwa
Bad merupakan adik lelaki Arwa. Umur mereka hanya berbeza 2 tahun saja.
Arwa keluar dari rumahnya. Arwa menuju ke perhentian bas.
Bas sekolah bergerak ke arah setiap perhentian bas sekolah untuk mengutip pelajar sekolah tersebut.
"lepas ni Arwa naik wei" riuh mereka
Dengar saja nama Arwa, semua orang mula berbual, ada yang menyikat rambutnya, menyembur minyak wangi, menyembur penyegar mulut.
Bas sekolah tersebut berhenti. Arwa menaiki tangga bas itu. Arwa memegang pemegang bas yang disediakan itu memandangkan kerusinya sudah penuh.
Tetiba seorang lelaki memberikan tempat duduknya.
"terima kasih" senyum Arwa
Semua lelaki terpanar!!
Senyuman Arwa yang menampakkan lesung pipitnya membuatkan mereka cair.
Arwa menggelengkan kepalanya. Sudah beberapa kali bonda pesan kepadanya agar jangan membangkitkan nafsu lelaki. Itu akan memudaratkan dirinya sendiri!
Tapi nak buat macam mana? Itu la kelebihan yang dia dapat sejak lahir lagi. Kelebihannya ialah wajah yang cantik!
---
Arwa naik ke atas penimbang berat badan kerana mereka sedang menduduki ujian segak.
"48.5 kg" beritahu pembantu itu
"tinggi awak 165 cm"
Arwa menulis di atas kertasnya. Mereka pandang Arwa.
"kau tak makan ke? Macam mana dapatkan berat badan tu? Diet ke?" tanya mereka
"korang ni kan!. Sebab tu dia cantik. Dia jaga pemakanan dia"
"jaga pemakanan ke, tak cukup duit nak beli makanan?"kutuk mereka
" haah la... Bapak tukang kasut je, mana cukup nak beli makanan .. Hahaha"ejek mereka
Arwa hanya menahan sabar memandangkan dirinya berada di kawasan sekolah. Kalau tidak sudah lama, dia cepuk mereka yang mengutuknya itu.
"Arwa.." tetiba guru disiplin panggil
"ayah awak datang" beritahu guru disiplin itu
Arwa menuju ke arah ayahnya. Ketika Arwa bertemu dengan ayahnya.. Pelajar - pelajar lain mula bergosip.
Arwa hanya menahan sabarnya saja.
"Ayah.. Kita jumpa kat rumah eh."
"ni duit untuk ayah.. Ayah beli la makanan ke apa ke" Arwa memberi duit kepada ayahnya
"tak perlu Arwa!" tolak ayahnya
"ayah, please ambil!" tegas Arwa
Ayahnya terpaksa mengalah. Ayahnya mengambil duit tersebut.
Kemudian ayahnya pergi dari kawasan sekolah.
Arwa memandang mereka.
"kau apehal hal pandang-pandang?" tanya Arwa
"sepatutnya ayah bagi duit kat anak.. Bukan anak bagi duit kat ayah"
"then?" lagak Arwa
"kesian miskin!" kutuk mereka
"aku miskin pun, aku cantik!" Arwa langgar bahu mereka
Sengaja Arwa buat begitu kerana muka mereka yang mengatanya itu tak ada la cantik sangat. Cuma biasa-biasa saja. Bukan nak riak. Tapi beri mereka pengajaran!
---
Ketika perjalanan pulang ke rumah, Arwa termenung. Apa yang akan jadi pada dirinya ya?
Takkan dia nak terima lamaran orang yang dia tak kenal untuk meneruskan kehidupannya?
Tanpa duit, memang susah. Tapi tak ada duit, tak mati pun kann!!
Tetiba Arwa terlanggar bahu seseorang.
"sorry" ujar seorang lelaki itu. Kemudian dia berlalu pergi dengan segera tanpa Arwa belum sempat berkata apa-apa.
Arwa pusing ke hadapan semula. Alangkah terkejutnya Arwa melihat 6 orang lelaki menyuakan pelbagai perisa aiskrim kepadanya.
"apa ni?" garang Arwa
"terimalah aiskrim ni dan terimalah cinta kami" ujar mereka
Arwa hembus nafas penat.
Hal yang satu ini lagi! Sampai bila Arwa nak kena hadap? Tiap-tiap hari Arwa berdoa agar dia bebas dari situasi ini.
"boleh tak korang jangan follow saya?" marah Arwa
"saya tak suka la! Saya rimas!" marah Arwa
"saya boring dengan rutin harian saya sendiri disebabkan korang tahu tak?" geram Arwa
"kalau macam tu terima la aiskrim ini untuk ceriakan hari awak" beri lelaki itu
Arwa hembus nafas penat. Arwa mengambilnya juga. Kalau tak ambil selagi tu mereka akan tunggu.
"Arwa..." panggil mereka
"apa lagi?" garang Arwa
Tetiba seorang lelaki yang bernama Rizal mendekati Arwa.
"boleh tak awak cakap perlahan sikit. Bising la" ujarnya
Arwa menjeling tajam. Rizal melihat tanda nama Arwa
"Arwa Badia.."
"ya saya" jawab Arwa
"ada apa?" tanya Arwa
"kamu semua jangan cari saya lagi ya! Siap korang kalau saya nampak awak esok!" ugut Arwa
Rizal mengajak lelaki itu menjauhi Arwa. Rizal menoleh ke arah Arwa.
"jangan garang sangat.. Nanti aiskrim tu cair" ujar Rizal
Arwa terdiam!
Dah kenapa nak cakap macam tu?
Tetiba seorang perempuan memberi kad kepada Arwa. Dia membawa Arwa ke studionya.
"kecantikan yang sempurna!"
"ketinggian... Dan saiz badan awak memang sesuai untuk jadi model"
"maaf, saya tak minat" tolak Arwa
"takkan awak tak nak jadi model? Boleh dapat duit yang banyak. Dengan rupa awak yang cantik ni pun boleh dapat sugar daddy"
"awak perlukan duit untuk tampung keluarga awak kan?"
Arwa pandang tajam pada perempuan itu. Sabar!
"maaf, ayah saya tak bagi saya jadi model"
"habistu awak nak jadi apa?" tanya mereka
"saya belajar sains komputer. Fikirlah sendiri pekerjaan apa yang boleh dilakukan" terus Arwa keluar dari studio itu
---
Kawan-kawan Rizal cuba mendekati Arwa.
Rizal menuju ke arah mereka. Rizal pandang Arwa.
"boleh saya berjumpa dengan awak sebentar ?" tanya Rizal
Mereka menuju ke sesuatu tempat.
"nak apa?" tanya Arwa
"saya sukakan awak" luah Rizal
"saya tak suka awak. Maaf Rizal" tolak Arwa
"kalau macam tu kita jadi kawan baik. Boleh kan?" tanya Rizal
Arwa diam sebentar. Memandangkan dia sudah kenal Rizal walaupun tak rapat. Tapi tak ada salahnya kalau Rizal nak berkawan dengan Arwa.
"hanya kawan baik okay?" ujar Arwa
"ya saya janji! Saya takkan minta hubungan kita lebih dari itu"
"bagus!" balas Arwa
Rizal memberi gelang kepada Arwa sebagai tanda persahabatan. Kerana difikirkan kawan, Arwa mengambilnya.
"saya harap persahabatan kita kekal sampai bila-bila" ujar Rizal
"me too" balas Arwa
Rizal senyum kepada Arwa. Arwa membalas senyuman kepada Rizal.
Share this novel
hai smua tumpang promote karya boleh? jemputlah singgah ke cerita ssya btajuk when you play hard, tq.
Nak tumpang promot jap boleh ya :) jemputlah baca novel saya Serikandi kanda