Bab 39

Romance Series 113890

Yus terjaga dari tidur apabila dengar alarm telefon berbunyi. Perlahan Yus bangun dan toleh ke sebelah, dapati bantal tiada. Hm.. Kat mana Aniq tidur agaknya.

Yus bangun dan melunjur kaki ke bawah mahu ke bilik air. Selimut dilipat, cadar ditegangkan dan bantal disusun elok di atas katil. Selesai mengemas katil, Yus ke tempat penyidai dan kemudian mahu membuka pakaian untuk mandi.

Sedang Yus membuka pakaian, hanya tinggal pakaian dalam, Yus rasa seperti ada mata yang sedang memerhati. Berdiri bulu roma, ish takkan rumah mama ada 'sesuatu' kot. Biar betul. Perlahan Yus pusing badan ke belakang dengan tuala digenggam rapat pada tangan manakala mata dipejam rapat, takut juga nampak yang bukan-bukan, maklumlah tempat orang.

Sebaik pusing, perlahan-lahan Yus membuka mata, dilihat yang berada di hadapannya adalah Aniq yang bantal telah pun jatuh ke kaki. Tegak pandangan Aniq pada Yus.

Eh, dia ni dah kenapa, nampak apa-apa kat belakang aku ke? Soal Yus dalam hati.

Aniq yang berdiri di depan sudah tertelan air liur. Matanya memandang dari atas ke bawah, dari bawah ke atas dan berhenti di tengah-tengah.

Kemudian Yus tunduk memerhatikan badannya dan..

'Aaaa...' Yus menjerit tetapi sempat ditutup Aniq dengan tapak tangan kanannya manakala tangan kiri elok memeluk pinggang Yus.

"Awak ni dah kenapa tiba-tiba menjerit macam nampak hantu? Terkejut orang tengah tidur" tegur Aniq dengan tapak tangannya masih menutup mulut Yus.

Laju Yus menepis tangan Aniq yang berada di mulutnya.

"Abang la" marah Yus sambil membetulkan nafasnya yang semput.

"Kenapa pulak saya?" soal Aniq marah.

"Ye la, masuk bilik senyap-senyap macam tu dah kenapa. Lepas tu padang sayang macam sayang ni.." belum sempat Yus habiskan ayat. Yus pandang badan sendiri. Omak... Malunya!

Kalut badan Aniq ditolak kerana mahu mengambil tualanya yang jatuh tapi malangnya, kedua-dua tangan Aniq telah rapat memeluk pinggangnya. Dapat Yus rasakan degupan jantung Aniq yang laju. Matanya pula seakan pemangsa yang hanya menunggu masa untuk menerkam.

"Eh.. Abang ni dah kenapa? Lepas la. Sayang nak mandi" antara dengar dengan tidak sahaja suara Yus.

Tok tok tok

"Qib, dah siap ke? Abang dengan ayah nak gerak ke masjid dah ni?" dengar suara abang Halim di luar bilik.

Aniq yang seakan baru tersedar, pantas melepaskan pinggang Yus. Yus pantas mengambil tuala di atas lantai dan berlari masuk bilik air.

Aniq meraup muka.

"Abang gerak dulu la, nanti Qib ikut belakang" jawab Aniq.

Yus di dalam bilik air dah rasa tebal mukanya.

Adui.. Macam mana aku boleh tak dengar dia masuk bilik. Ish, apa la masalah kau ni Yus. Bebel Yus pada dirinya.

Dah, dah, tak payah nak fikir sangat. Mandi cepat, solat. Nanti tak pasal-pasal habis waktu subuh.

Dekat dua puluh minit, Yus keluar dari bilik air. Mujur dalam bilik air ada kain batik. Apabila Yus keluar dapati Aniq telah tiada, bantal juga telah elok disusun. Ntah di mana Aniq mandi pun tak tau. Biarlah. Rumah dia, pandai-pandai sendiri la.

Selepas selesai solat, Yus turun ke dapur untuk membantu menyediakan sarapan pagi.

Dekat jam lapan pagi, Pakcik, Aniq bersama abang-abang tirinya sampai.

Pagi tu kesemua mereka bersarapan di meja di bawah khemah. Pagi ni ada nasi goreng, roti telur, cucur badak frozen, air kopi dan milo untuk budak-budak anak Kak Nora dan Kak Noni. Dah lama tak sarapan ramai-ramai macam ni.

Tengah hari itu majlis berjalan dengan lancar. Yus dan Aniq memakai pakaian warna sedondon, warna royal blue. Kebetulan Aniq mempunyai baju melayu tahun lepas warna royal blue manakala Yus pula memakai baju kurung peplum pemberian arwah Kak Ida warna yang sama.

Mama sibuk memperkenalkan Yus pada jiran-jiran. Ramai yang memuji dengan kecantikan Yus ditambah pula susun tubuhnya yang tinggi lampai, sangat padan dengan Aniq yang segak.

Walaupun hanya kenduri doa selamat, penat juga melayan saudara mara dan jiran-jiran yang mahu bergambar. Dah macam kenduri kahwin pulak. Tidak ketinggalan Syam yang turut sama mengambil gambar dan sibuk berselfie.

Selepas membantu mengemas apa yang patut, Yus duduk termenung di parkin bawah pokok depan rumah.

"Hai Yus" tegur satu suara.

Yus toleh ke belakang.

"Eh, Syam. Bukan tadi awak dengan Aniq ke?" soal Yus.

"Haah, tadi dengan dia, nak balik dah. Ni mama awak bungkuskan lauk tapi nampak awak kat sini, tu saya datang singgah." tunjuk Aniq dengan plasik yang telah diletakkan di atas parkin.

"Oh..." balas Yus sambil pandangan dibuang ke depan.

"Erm.. Awak nak dengar satu cerita tak?" soal Syam.

"Cerita apa?" soal Yus.

"Macam ni. Suatu masa dulu ada tiga orang sekawan, dua lelaki dan seorang perempuan. Mereka bertiga berkawan baik dari sekolah hinggalah kedua-dua lelaki ini terpisah dengan yang perempuan semasa melanjutkan pelajaran ke universiti. Tetapi terjumpa semula semasa mengikuti Latihan Asas Inspektor di PULAPOL Kuala Lumpur. Ketiga-tiganya menyambung kembali persahabatan mereka. Sehinggalah mereka tamat latihan dan ditempatkan di cawangan yang sama. Tidak lama si gadis telah memilih dari salah seorang sahabatnya untuk dijadikan sebagai suami. Tetapi jodoh mereka tak panjang apabila si isteri meninggaldunia semasa usia perkahwinan baru masuk tiga bulan. Yang paling menyedihkan, si isteri meninggal dalam pangkuan si suami semasa menyertai satu operasi." cerita Aniq.

"Maksud awak, ni kisah awak, Aniq dan arwah isteri Aniq?" soal Yus.

"Kami berkawan rapat dari sekolah lagi. Tapi terpisah bila melanjutkan pelajaran ke universiti. Pada ketika itu, ketiga-tiga dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi Fatin terpaksa memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam negara sahaja kerana tidak mahu meninggalkan ibunya seorang diri. Kalau dalam negara, apa-apa yang jadi agak mudah untuk Fatin balik kampung. Pendekkan cerita kami jumpa semula semasa latihan asas polis. Lepas posting, Aniq dan Fatin berkahwin. Satu hari saya dan Aniq terlibat dengan serbuan dan pada ketika itu tidak cukup pegawai jadi Aniq mengajak Fatin untuk sertai operasi ini. Semasa serbuan, salah seorang suspek berjaya melarikan diri dengan sebuah kereta. Fatin telah berjaya mengejar suspek dengan menaiki kereta Aniq seorang diri manakala saya dan Aniq menaiki kereta lain. Ntah bagaimana kereta yang Fatin pandu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan hingga kereta bergolek masuk ke parit. Aniq sempat menarik Fatin keluar dari kereta tetapi Fatin tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia dalam pangkuan Aniq. Hasil laporan dapati brek kereta Aniq telah dipotong menjadi punca kereta hilang kawalan." panjang cerita Aniq.

Tanpa Yus sedar, menitis air matanya di pipi.

"Hampir setahun juga Aniq mengambil masa untuk pulih. Aniq tak habis-habis menyalahkan dirinya. Awak boleh bayangkan tak isteri yang baru tiga bulan dinikahi meninggal dalam pangkuan sendiri?" perlahan suara Syam.

"Jadi saya sangat terkejut bila awak cakap macam tu pada Aniq tempoh hari. Mereka bukan bercerai hidup tapi bercerai mati. Berbeza rasa bercerai mati dan bercerai hidup. Bertahun-tahun Aniq merawat hati." terang Syam lagi.

"Jadi, saya mohon sangat. Hati Aniq pernah teruk terluka. Jadi tolong jaga hati dia. Saya dah anggap Aniq macam darah daging saya sendiri. Susah senang dia susah senang saya. Awak tak perlu bimbang, Aniq tak kan setuju untuk dengan permintaan arwah Uncle Syed kalau dia tak cintakan awak Yus." pinta Syam.

"Ye, sebelum arwah Uncle Syed pergi menunaikan umrah, dia telah berjumpa dengan Aniq dan Tuan Irman, Pak Long Yus. Uncle minta Aniq untuk bernikah dengan Yus sekiranya umur dia tak panjang. Uncle seakan tahu yang masanya dah tiba. Aniq yang sebelum itu telah menerima fail mengenai ugutan terhadap Uncle dan dalam fail tersebut ada gambar awak. Dari situ Aniq mula tertarik dengan awak Yus"

Yus sudah mendung wajahnya dan pipi sudah basah dengan air mata.

"Apa yang patut saya buat Syam? Saya berdosa pada Aniq" luluh suara Yus.

"Awak pujuklah Aniq, saya tau, dia sangat sayang dan cintakan awak cuma hati dia pedih dengan kata-kata awak tempoh hari. Okey lah Yus. Saya dah lewat ni. Sejuk dah lauk ni ha.." kata Syam.

"Saya balik dulu. Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam" balas Yus sambil mengesat air mata dengan hujung tudung.

Share this novel

Oyokisaloma Sham
2020-04-18 12:25:00 

Cepat teruskan ceritani... TaksabR tunggu habis ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience