Bab 65

Romance Series 80702

TANGAN yang mulus itu di gengam lembut. Dia sabar menanti isteri yang masih belum sedar dari mimpi lena yang panjang. Di renung wajah itu, mencari kekuatan di saat dia di rundung kehilangan yang berganda.

"Dokter, macam mana dengan keluarga saya ? semua okay kan Dokter ?". Soal Tuan Syed Iqwal bila terlihat dokter yang baru sahaja keluar menemuinya di tempat menunggu tersebut.

Dokter yang di maklumkan bernama Kamal itu melepaskan topeng pembedahan saat dia melihat Tuan Syed Iqwal yang menerpa ke arahnya. Di pandang wajah lelaki itu...dia melepaskan nafas berat. Wajah Tuan Syed Iqwal di renungnya.

"Kami dah buat yang terbaik untuk menyelamatkan keluarga encik. Ibu encik dan anak di dalam kandungan isteri encik tak dapat di selamatkan. Kami minta maaf."

Mendengarkan kata-kata itu, Tuan Syed Iqwal tertunduk rebah ke lantai.

"Is....isteri saya ?"

"Isteri encik di dalam keadaan koma, berdoalah.... moga isteri encik kuat semangat untuk teruskan hidup. Keadaannya kritikal."

"Allah...." Tersandar Tuan Syed Iqwal di dinding itu meratap kesedihan.

"Encik kena kuatkan semangat, nyawa isteri encik bergantung pada sokongan yang besar dari encik. Hari-hari salurkan semangat buatnya. Kehilangan yang terjadi menimpa encik ni adalah satu ujian. Percayalah hanya DIA yang boleh membantu..DIA yang maha berkuasa." Pesan Dokter Kamal lalu menepuk bahu Tuan Syed Iqwal untuk menyalurkan semangat kepadanya. Ujian yang menimpa kepada lelaki itu adalah sangat berat. Moga dia tabah menghadapi.

Dalam dia hanyut mengimbau peristiwa semalam, Dia tersentak bila terasa tangan Nurjihan di gengamnya itu bergerak. Cepat-cepat dia menghapus air mata yang tersisa.

"Sayang...sayang dah bangun ? hubby ada ni... "

Terasa lemah badannya bila terjaga. Mata cuba di paksa untuk terbuka luas. Tak ingin lagi dia berada di dalam mimpi buruk itu.

"Hubby..." Suara yang serak dan lemah itu kedengaran memangil suaminya yang pertama ada saat matanya terbuka.

"Yes, sayang... hubby ni."

Saat matanya meliar ke sekeliling bilik. Dia terkejut. Ini hospital ? adakah dia masih tidak bangun dari mimpi ngeri itu ?

"Ami mana ?".

Tuan Syed Iqwal terdiam. Tidak tahu harus di beri apa sebagai jawapan.

Nurjihan meraba perutnya...eh ?
Terus dia bangun dari pembaringan itu dan kembali melihat perutnya.

"Anak kita..?". Tanya Nurjihan cemas.

"Hubby...mana baby ?!". Dia semakin cemas.

Tuan Syed Iqwal sedaya upaya menahan perasaan. Di raup wajah itu berkali-kali. Ya Allah tolong berikan hambaMu ini kekuatan yang luar biasa....

"Mana baby kita hubby ?! kenapa perut sayang ni dah kempis tak macam dulu ? hubby ?!". Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut isterinya.

"Anak kita dah tak ada sayang..Ami pun dah tak ada .. Hubby minta maaf."
Tertunduk Tuan Syed Iqwal berkata saat mata tak lagi kuat untuk menahan air mata dari keluar.

"Ha ?? Ya Allah anak aku !!! kenapa kau ambil Ya Allah ??".

Kuat teriakan Nurjihan saat ini sambil memukul kepalanya berkali-kali. Kecewa yang amat berat. Kenapa dia asyik di timpa ujian sebegini ? Marahkah Tuhan kepadanya ? banyak sangatkah dosanya sehingga di beri balasan sedasyat ini ?

Aku tak kuat....aku hilang segalanya...

"Kenapa aku tak mati je sekali masa tu ?! kenapa kau tak ambil nyawa aku, sedangkan kau ambil nyawa yang tidak berdosa ! kenapa ????!" Nurjihan terus mempersoalkan takdirnya.

"Sayang...sayang...jangan macam ni please.. Allahuakbar...sabar sayang...jangan kata macam tu.."

Nurjihan menangis berat. Berbakul soalan mengapa ? kenapa ? ada di dalam kepalanya sehinggakan dia letih memberontak dan lemah di suntik ubat tidur kerana keadaannya tidak dapat di kawal...

"BODOH kau ni. Kalau kita masuk ke dalam macam mana ? Kau ni punca betul la perempuan !!." Tengking Zabidi kepada Puteri Qisya.

Puteri Qisya menggigil. Di gengam skirt paras lutut yang di pakainya kuat. Dia ketakutan dengan apa yang terjadi semalam. Dia tidak mengendahkan apa yang di marahi oleh Zabidi lalu dia teringatkan semula peristiwa semalam.

***

Dengan melihat Zabidi bersiap-siap untuk bergerak, tiba-tiba Qisya menghalangnya.

"Biar aku yang pandu."

Zabidi berasa pelik. "Dah tu kenapa kau bayar aku ?."

Puteri Qisya menggapai sampul surat berisi duit itu lalu di keluarkan setengah daripadanya.

"Anggap itu upah aku kotorkan kereta kau. Aku rasa macam nak buat dengan tangan aku sendiri perempuan tu."

"Suka hati kau la.." kata Zabidi lalu dia keluar dan bergerak ke arah tempat duduk di sebelah pemandu.

***

Kereta wira berwarna kelabu itu sedang mengaum di tekan pedal minyak tanpa gear. Puteri Qisya bersiap sedia untuk melakukan perkara keji itu. Zabidi juga tersenyum sinis merenung Nurjihan di hadapan sana.

"Aku tak sangka betul budak tu yang jadi target kau."

"Kau patut berterima kasih dekat aku bila aku boleh kenakan anak tiri kau tu."

Ia adalah bukan kebetulan, Puteri Qisya mencari Zabidi sedari awal bila menyemak latar belakang Nurjihan. Dia mencari Zabidi untuk mengupahnya melakukan kerja tersebut..Namun apa terjadi bila saat akhir perasaan dengki dan cemburunya sangat menggunung terhadap Nurjihan bila lelaki kesukaannya di rampas dan tidak menjadi miliknya. Buta hati bila cinta mengaburi mata dan menjurus kepada arah yang salah.

***

"Cepat la, lagi cepat lagi bagus. Aku tak banyak masa ni." Kata Zabidi.

"Kau bukannya menteri pun. Sibuk betul." Balas Puteri Qisya memerli.

Gear di masukkan, Pedal minyak di tekan. Target di hadapan sudah memunculkan diri. Kereta yang di pandu oleh Puteri Qisya itu meluncur laju. Bagai tidak menyangka, muncul pula Puan Diana di saat mereka hampir melanggar Nurjihan.

Puteri Qisya menjadi panik dan sterengnya menjadi hilang kawalan bila Zabidi juga menarik stereng tersebut ke arah lain bila mereka hampir bertembung dengan kereta yang berlawanan arah kerana Puteri Qisya ingin mengelak dan akhirnya mangsa mereka yang dari 1 target menjadi 2.

"Apa aku dah buat ni ??". Puteri Qisya panik bila dia berhenti di pinggir jalan itu. Tidak menyangka dia telah melanggar juga ibu Tuan Syed Iqwal.

"Dah tak payah nak rasa bersalah sekarang. Kita kena pergi jauh daripada sini, jangan berhenti di sini nanti orang serang kita. Kau tak nampak ke ramai yang ada dekat belakang tu ? Jalan !".

NURJIHAN seakan berada di dalam dunianya sendiri. Di kenang anak yang tiada lagi bernafas di dalam rahimnya. Dia di dalam kekecewaan, hampir gila.

"Assalamualaikum Puan, Saya inspektor Haris dari ibu pejabat polis Bukit Aman di bahagian siasatan jenayah. Kami harap Puan dapat memberikan keterangan sebagai saksi tentang kejadian kemalangan yang menimpa Puan. Boleh bagi kerjasama ?"

Terkejut semua yang ada di bilik itu dengan kehadiran beberapa anggota Polis.

Nurjihan memandang ke arah Inspektor Haris.
Nurjihan mengganguk.

"Puan masih ingat atau terlihat tentang suspek yang melanggar Puan ?".

Nurjihan mengganguk lagi. Ya, dia masih ingat. Sebelum dia dilanggar itu sempat matanya tertangkap ke arah cermin hadapan pemandu yang separa gelap itu di dalamnya ada Puteri Qisya dan seorang lagi yang berada di sebelah bahagian pemandu. Dia tidak dapat melihat dengan jelas orang itu. Yang dia nampak, individu tersebut memakai topi.

Perbincangan mereka mengambil masa satu jam. Mujur emosi Nurjihan tidak mengganggu saat itu dan dapat memberikan sepenuhnya kerjasama dalam menjadi saksi kematian Puan Diana dan kemalangan tragis buat dirinya.

Tuan Syed Iqwal dan yang lain sabar menunggu di luar bilik penempatan pesakit itu tidak mahu mengganggu urusan pihak polis.

Tuan Syed Iqwal masuk dan mendekati Nurjihan dan di raih tangan Nurjihan.

"Sayang, jom makan. Dari tadi tu perut kosong. Hubby suapkan ye ?". Tangan Nurjihan di lepas dan kini Tuan Syed Iqwal menggapai semangkuk bubur yang berada di atas meja kecil itu.

"Buka mulut sayang.. Bismillahirahmanirahim.." Arah Tuan Syed Iqwal saat dia menghulurkan sudu tersebut terarah kepada Nurjihan.

prangg !

Terkejut Tuan Syed Iqwal saat Nurjihan menepis sudu dan mangkuk yang di pegang oleh Tuan Syed Iqwal.

"Kenapa ni sayang ? Sayang tak nak makan ye ?". Tuan Syed Iqwal cuba memujuk Nurjihan saat matanya kendur melihat tatapan tajam isterinya.

"Kalau bukan kerana awak..anak saya tak mati." Kata Nurjihan.

Tercengang semua yang ada di situ.

"Saa...sayang cakap apa ni ?". Soal Tuan Syed Iqwal ketika dia cuba untuk tidak terima tuduhan dari Nurjihan itu. Mungkin isterinya bergurau.

"Puteri Qisya ! kalau awak tak libatkan diri dengan keluarga Megat Rusydi itu, pasti Puteri Qisya tak akan sedendam ini pada saya untuk dapatkan awak !".

Benjamin yang baru sampai bersama Asyikin itu terkejut mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Nurjihan.

Tuan Syed Iqwal menunduk. Dia tidak sangka Puteri Qisya senekad ini. Hatinya terasa nyeri bila Nurjihan kini akan membencinya.

"Awak kejam ! Lepas saya berjumpa awak..satu demi satu kehilangan yang harus saya hadapi. Saya dah tak sanggup !!". Jerit Nurjihan kini dia hilang kawalan.

"Sayang....maafkan hubby.. hubby bersalah."

"Saya tak nak lagi hidup dengan awak. Ceraikan saya !."

Pang !

Terkedu Nurjihan saat dia terasa nyeri pipinya di tampar.

"Jangan kau salahkan sesiapa Jihan ! ini semua sudah suratan takdir. Kau kena terima hakikat yang Allah tu lagi sayang anak kau. Sebab tu dia di ambil. Kuatlah semangat Jihan. Jangan hanyut di dalam kekecewaan yang boleh memakan diri." Kata Hawa yang sedari tadi hanya diam mendengarkan pertelingkahan itu.

Nurjihan memegang pipinya yang terasa nyeri. Dia menangis tersedu sedan.

Aku mahukan anakku kembali...

Melihat dan mendengarkan tangisan dari Nurjihan itu hatinya bagai di siat-siat. Pedih mencengkam kalbu. Dia tahu perasaan Nurjihan tersiksa. Dia tidak kuat untuk mendengarkan itu. Tangannya di gengam kuat. Cuba untuk memujuk hati.

SUASANA sunyi itu di penuhi kehibaan saat permintaan Nurjihan di penuhi oleh pihak hospital untuk Nurjihan melihat anaknya buat kali yang terakhir sebelum di bawa untuk melakukan pengebumian.

Janin kecil yang di kafankan itu cuba di sentuh Nurjihan dengan tangan yang menggigil. Parah hatinya terluka saat ini melihat anak yang di tunggunya untuk lahir itu tidak sempat melihat dunia dan hidup bersamanya.

"Anak mama....sayang..." Rintih Nurjihan.

Janin di dalam kain kafan itu di angkat dan di peluk erat ke dada.

Kini aku dapat memeluknya, menjadikannya bintang di Surga. memberikan warna yang bisa
menjadikan indah.

Aku tak mampu mengatakan. Aku tak mampu tuk mengungkapkan. Hingga sampai saat ini... Perasaan rindu tidak mampu tertinggalkan.

SETELAH selesai pengebumian anak Nurjihan, mereka yang hadir di kawasan kubur tanah islam itu beransur pulang. Nurjihan tetap memaku kakinya di situ merenung rapat ke arah kubur kecil yang masih merah itu dan terarah pula ke arah sebelah kubur anaknya iaitu kubur arwah Mak Eton. Permintaan Nurjihan untuk di kuburkan anaknya di sebelah kubur ibunya.

Mata yang sembap menangis berat itu kembali mengalir air mata.

"Mak.......tolong tengok-tengokkan anak Jihan ye mak. Anak Jihan tu baik, dia mesti akan dengar cakap mak. Mak bawak dia main-main dekat taman syurga sana ya Mak...tskk...tskk."
Kata Nurjihan sendiri ke arah kubur Mak Eton. Batu nisan putih itu di pegang erat.

"Sayang mama...terima kasih kerana hadir dalam rahim mama walaupun sekejap. Mama bahagia sangat. Sayang jangan lupa tarik mama ke syurga ya nanti kalau mama datang."

Terbayang Nurjihan persis rupa comel anaknya di dalam angan.

"Jihan, jom balik. Kau tu tak sihat sepenuhnya lagi tu. Hari nak hujan pulak ni. Kita balik okey ?" Pujuk Hawa di temani oleh Pia yang dari tadi cuba menyalurkan kekuatan buat Nurjihan.

Nurjihan memandang Pia saat terasa tangannya di tarik berkali-kali.

Bahasa isyarat Pia : Anak kau dah selamat bermain-main di taman syurga. Kau kena bangga punya anak yang dapat menarik kau ke syurga kelak. Dia pun sayang dekat mama dia. Percayalah.

Nurjihan mengganguk mengiakan kata-kata Pia.
Lalu akhirnya dia terpujuk untuk melangkah pulang. Biarlah anaknya itu berehat. Pasti sakit kerana di timpa kemalangan yang terjadi.

"Sayang...jom." Tuan Syed Iqwal menghulurkan tangan untuk di gapai Nurjihan.

Nurjihan terpana. Dia merenung tangan Tuan Syed Iqwal. Lalu dia menggeleng..

"Saya tak nak balik lagi ke rumah tu. Saya dah tak ada hati nak hidup bersama dengan awak. Tolong tunaikan permintaan saya. Ceraikan saya..jangan siksa lagi hidup saya."

Tuan Syed Iqwal memejamkan matanya erat. Kenapa perkataan itu keluar lagi dari mulut Nurjihan. Dia tidak sanggup.

"Jihan.. jangan ikut sangat perasaan tu." Pesan Hawa. Dia juga tidak menyangka Nurjihan itu sudah bertekad.

"Jangan sayang...hukumlah hubby kalau sayang nak. Tapi jangan minta yang satu tu.. hubby tak sanggup kehilangan sayang..Hubby pun dah tak ada sesiapapun. Hubby ada sayang je..Jangan cakap macam tu lagi sayang... hubby tak nak berpisah dengan sayang. Tolong sayang..."

Tuan Syed Iqwal tidak rela.. sudah kehilangan ibu dan anak tersayang, kini dia tidak kuat lagi untuk kehilangan Nurjihan.

"Kalau awak cintakan saya, sayangkan saya...jangan siksa saya lagi. Hidup bersama awak telah hilangkan banyak hal yang terbaik buat saya. Jiwa saya tersiksa..Hati saya merana. Sampai bila lagi saya kena bertahan ? saya dah penat. Biarkan saya untuk bernafas dengan sempurna dalam menjalani hidup saya sendiri." Pinta Nurjihan bersungguh.

Pia menggeleng ke arah Hawa. Dia minta untuk Hawa terus memujuk Nurjihan lagi. Air matanya juga jatuh..sedih berada di dalam keadaan ini.

"Sayang...hubby tak..."

"Tolonglah Tuan Syed Iqwal. Ini je permintaan saya. Selama saya hidup dengan awak, saya tak pernah minta apa-apa..tapi Kali ini tolong tunaikan."

Tuan Syed Iqwal mendongak memandang langit. Di pohon hatinya di hadirkan kekuatan kerana telah letih dengan kepedihan yang terjadi. Melihat wajah tersiksa Nurjihan itu, dia tidak mampu untuk menahan perasaan.

Angin yang bertiup itu seperti memahami keadaan hiba ini. Inilah episod duka yang berkunjung tiba.

Tuan Syed Iqwal melepaskan nafas berat.

"Nurjihan binti Noruddin........Aku ceraikan dikau dengan talak satu."
Tumpah air mata lelaki itu di saat mulut di paksa untuk melafazkan ayat yang menggegarkan tiang arash.

Balang yang kosong di isi oleh air mawar tadi terlepas dari gengaman tangan Nurjihan saat dia mendengarkan barisan ayat yang terlafaz oleh Tuan Syed Iqwal itu.

Benarlah hatinya menerima atau hanya sekadar ego yang bertahta ?

"Saya tak mahu siksa hidup awak lagi...saya dah tunaikan permintaan awak.. Hiduplah dengan bahagia tanpa saya yang selama ini menghalang kebahagiaan dari di gapai oleh hati awak. Saya harap ada secebis cinta saya yang pernah menghuni hati awak selama kita berkahwin. Jaga diri awak baik-baik..saya pergi dulu.....sayang."

Kakinya di paksa untuk melangkah walaupun berat. Air matanya tidak berhenti tumpah. Dia tidak mahu melihat Nurjihan terus terusan menangis kerananya. Benarlah kata Nurjihan, jangan lagi siksa hidupnya.

Saat mendengarkan tapak kaki Tuan Syed Iqwal yang melangkah pergi, Nurjihan terduduk jatuh ke tanah. Benarlah, lelaki itu akhirnya melepaskannya. Lelaki itu yang pernah melafazkan ayat "aku terima nikahnya" dan saat ini mulut yang sama juga melafazkan ayat "aku ceraikan dikau".

"Terima kasih....tskk....tskkk." Ucap Nurjihan perlahan.

Dalam kesamaran
Kita pernah mencari sebuah erti
Pengorbanan suci dan sering itulah
Kita terpedaya

Kerna jalanan hidup kita berbeza
Penuh onak ranjau yang sering menduga
Bagaikan mimpi-mimpi di kesiangan hari
Terlantar jauh di persada cinta
Cuba bersama terpaksa jua berpisah

sorry readers Hud tak sempat update 2 chapter harini masih dlm draft. InshaAllah esok hud update chapter yang terakhir :(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience