***
Sejak kejadian tempoh hari, perasaanku tidak setenang seperti sebelum ni. Aku sering terfikir siapa sebenarnya Dahlia dan apa yang terjadi. Petang itu aku menerima lagi mesej dari nombor yang sama. Nombor yang selalu menyuruhku agar lebih berhati-hati. Aku segera mendail nombor tersebut tetapi tidak dijawab. Aku menghantar pesanan kepadanya untuk berjumpa di taman dekat hujung kampung pada pukul 4 petang.
"Perlu ka aku membawa Hanna untuk temankan aku." fikirku. "Tak payahlah." kataku
lagi. Aku meminta izin ibuku untuk keluar sebentar dan berjanji sebelum pukul 5 aku pulang. setelah menyarungkan tudung kemas dikepala, aku bergegas berjalan menuju ke taman yang aku sendiri janjikan. Setibanya aku di taman, aku melihat seorang lelaki berbaju kuning. Tinggi dan putih orangnya. "Dia ka orangnya?" soalku sendirian. Aku cuba mendail nombor orang yang sering menggangguku selama ini. Berbunyi ! Dialah orangnya. Aku mendekatinya, ternyata dia menyedari kehadiranku. "Atika, Lama saya tunggu kamu." katanya dengan senyuman manis. "Sufian?!" terkejut aku apabila mengetahui bahawa selama ini sufianlah orangnya.
Aku dan Sufian mengambil tempat duduk dimana tempat Sufian menungguku tadi. Tanpa membuang masa aku segera mendesaknya memberitahu aku kenapa dia selalu menghantar pesanan-pesanan seperti itu, Dan lebih penting dari mana dia mendapatkan nombor peribadiku. Sufian kelihatan tenang. Dia menarik nafas dalam-dalam dan menerangkan kepadaku satu persatu.
"Saya minta maaf sebelumnya kerana berbuat begini. Saya terpaksa. Saya tahu kamu melihat Dahlia. Kamu ingat lagi sewaktu kamu baru sahaja masuk ke kelas, Sebenarnya saya ingin memberitahu kamu fasal ni tapi tak boleh sebab Hafiz" terangnya. Aku yang tadinya tekun mendengar terkejut apabila terselit nama Hafiz.
"Hafiz? kenapa pula sebab dia?" tanyaku dengan jelas terpancar perubahan mimik mukaku.
Sufian tidak menjawab pertanyaanku sebaliknya meneruskan semula penerangannya tadi. "Hafiz melihatku dengan pandangan yang tajam ketika aku mahu berbual dengan kamu.Dia tidak mahu pelajar baru seperti kamu tahu tentang kewujudan pelajar baru dalam kelas ni yang pernah dilaporkan hilang." kata sufian.
Aku semakin tidak berpuas hati dengan cerita yang sedangku dengar. "Bukankah itu sebab Ayuni yang memanggil kau kerana ada perjumpaan." Kataku dengan nada yang sedikit meninggi.
"Bukan! kalau sebab tu tidaklah saya susah-susah macam sekarang ni. Sebenarnya Hafiz tu anak saudara kepada ayah saya. Dia suka membuli saya dan berpura-pura baik dihadapan keluarga kami. Jika saya memberitahu kelakuannya terhadap saya. Saya akan di marahi sebab membuat fitnah.Sebab tu saya akan mendiamkan diri sahaja."cerita Sufian. Aku seakan tidak percaya dengan perwatakan hafiz yang baik dimataku namun tidak pada cerita yang sedang aku dengari saat ini.
"Saya dapat nombor kamu ni pun masa saya menolong Cikgu Farhana menyusun fail-fail pelajar dalam kelas kita." terangnya. Aku yang tadi tidak berpuas hati mulai faham.
"Sebenarnya Hafiz tu ada niat buruk terhadap kamu. Dia akan buat benda yang sama terjadi pada Dahlia. Dahlia juga pelajar baru, yang baru sahaja berpindah awal tahun ni dari Johor. Hafiz dan Dahlia menjadi sepasang kekasih selepas 2 bulan berpindah. Dahlia sungguh-sungguh mencintai Hafiz, malangnya Hafiz sekadar memerangkap Dahlia untuk jadi mangsa kerakusan nafsu dia dan kawan-kawannya yang lain. Sebenarnya kehilangan Dahlia sampai sekarang belum ada penyelesaiannya. Aku mengetahui ni pun tidak sengaja mendengar perbualan hafiz ketika dia sedang berbual dengan seseorang ditelefon sejak 2 minggu kehilangan Dahlia." sambung Sufian lagi.
Aku sangat terkejut."Kenapa tak laporkan pada pihak polis?" soalku geram.
"Saya takda bukti. Hanya sekadar mendengar tidak membantu saya untuk melaporkan dia kepada pihak polis." kata Sufian dengan nadanya yang sedikit sayu mengenangkan dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu menyelesaikan kes kehilangan Dahlia. Aku pun seperti merasa situasinya ketika itu.
"Habis tu, darimana pula kau tahu yang saya nampak Dahlia?" soalku kehairanan.
"Dari kamu ambil tempat duduk bersebelahan dengannya.Saya nampak kamu bercakap seorang diri. Sebab itu saya asyik memerhati tingkah laku kamu."kata Sufian berterus terang.
Tanpa sedar jam sudah menunjuk pukul 5.05. "Alamak! maaf, saya kena balik sekarang."kataku sambil berdiri. "Terima kasih sebab telah memberitahu saya tentang ini."sambungku lagi sebelum berlalu.
Share this novel