Bab 14

Romance Series 59136

Adam memandu dengan senyap hingga sampai ke hadapan rumahku. Aku kagum dengan ingatannya yang masih mampu hafal jalan ke rumahku walaupun baru sekali tadi dia lalu, Kalau aku, sudah tentu lima kali lalu kawasan ni baru aku boleh ingat. Jalan nak ke tadika tu pun aku pernah sesat sampai empat kali dan terpaksa guna Waze.

Paling kelakarnya, lepas seminggu baru aku ingat jalan, tu pun tetap tak yakin dan perlukan bantuan Waze lagi.

Melihat lampu di luar rumah terpasang, aku yakin nenek menunggu kepulanganku. Tapi satu yang buat aku lemah, ada kereta yang memang aku kenal. Apa dia buat ni? Kenapa dia datang? Pening kepala aku memikirkan kereta Myvi yang berada di hadapan rumahku.

“Ada tetamu?” tanya Adam.

“Abaikan jer. Tu bukan tetamu,” jawabku ringkas. Empunya kereta ni dah anggap rumah aku macam rumah dia. Tak ada guna aku nak halang.
“Kalau ada tetamu, patutnya kau bagitahu. Awal aku hantar kau balik tadi.” Adam menghentikan keretanya betul – betul di belakang kereta Myvi tersebut.

Makin dekat aku dengan pandangan Myvi tu, makin sakit pula mata aku dan juga fikiran. Mungkin aku patut beli Panadol siap – siap sebelum balik tadi. Kejap lagi mesti ada jer dia nak minta kat aku.

“Dia kalau datang, memang tanpa diundang, tanpa diberitahu. Mia tak terkejut pun tengok kereta dia tiba – tiba muncul.” Aku memberitahu Adam.

“Siapa tu?” keningnya terjungkit, wajahnya penuh rasa tanda tanya.

“Kawan,” jawabku ringkas sambil mengeluh. “Nak siapkan mental layan kerenah dia. Awak balik lah dulu.”

Aku menggaru kepalaku saat turun dari kereta. Adam menurunkan cermin tingkapnya. Masih tidak pergi, malah menunggu aku sehingga masuk. Aku berharap Adam sebenarnya terus pergi. Malas memikirkan persoalan satu per satu yang bakal muncul oleh Liya.

Ya, tu kereta Liya.

“Jalanlah,” aku segera menghalau dia. Kenapa lelaki ni tak faham aku tak mahu dia tunggu aku. Cepatlah jalan sebelum nenek dan Liya keluar. Cepatlah.

“Masuklah dulu.”

Dengar perkataan tersebut membuatkan aku mengeluh berat. Dia peguam kan? Jadi takkan dia tak cerdik nak faham maksud tersirat aku bila nak dia balik segera. Tak perlu kot dia jadi gentleman sekarang ni.

“Adam, Mia faham awak nak tengok Mia masuk dalam dengan selamatnya. Tapi simpan hasrat awak tu, sebab Mia malas kena soal dengan dia.”

Akhirnya dia faham dan segera mengangguk.
Tapi terlambat. Aliya lagi awal muncul. Tak tenang hidup aku malam ni.

Lengan Liya memaut erat tubuhku. Aku tak tahu riaksi apa yang aku berikan sekarang. Hanya mampu membiarkan Aliya menepuk tampar lenganku sambil membebel memarahiku kerana pulang lewat.

“Kenapa langgar prinsip kau? Patutnya balik sebelum pukul… Olala, siapa ni?”

Adam memberikan senyuman saat Aliya sedang tersengih.

“Adam.” Jawapan ringkas aku membuatkan Aliya tidak puas hati. Dah tu dia nak aku jawab apa?

“Encik Adam,” Aliya mulai mengjungkit keningnya. “Keluar date dengan kawan saya kan?”

Jangan jawab. Jangan jawab. Aku nak reka cerita lepas ni. Tolong jangan jawab. Dalam otak aku ni dah ada seribu satu jawapan rekaan untuk persoalan Aliya. Kalau Adam bagi jawapan ‘ya’, hancur punah semua rekaan jawapan aku.

“Ya.”

Selamat tinggal jawapan rekaanku.

Aliya menepuk kuat tangannya. “Yass, this is what I’m waiting for!” Aliya beralih memandangku. “Malam ni, kau tahanan aku. Jangan harap kau akan terlepas.”

Terima kasih Adam sebab sukarkan lagi hidup aku malam ni.

Adam memandu pergi meninggalkan rumahku. Sambil mahu masuk ke dalam rumah, mulut Aliya tidak henti – henti menanyakan persoalan yang bersarang di dalam fikirannya.

Sejak bila kenal? Berapa lama dah kenal? Dah ada perasaan kat dia ke? Pekerjaan Adam? Umurnya.. Keluarganya.. dan seribu soalan tentang Adam muncul.

Terkadang sampai persoalan yang aku sendiri tak mampu jawab dan hanya mampu abaikan.

Nenek pula dari jauh hanya mampu menggeleng melihat telatah aku dan Aliya. Senyumannya menunjukkan dia sepertinya gembira rumah ni jadi bising dengan adanya si mulut becok Aliya. Tapi dalam keadaan penat macam ni, aku tak rasa mahu melayan Aliya.

Aku tahu, dia semestinya datang sebab mahu aku membantu dia untuk artikelnya lagi. Seperti biasa. Cuma semenjak ada nenek di rumah, aku selalunya akan membantu dia di rumahnya tak pun tepat lain selain rumahku.

“Artikel pasal apa kali ni?” aku mencampak tubuhku pada sofa. Mataku terpejam mencari kedamaian.

“Kau tahu jer kan.”

Spontan mataku terbuka, merenung Aliya. Kau cari aku selalunya sebab hal kerja kau tu. Wajah tersengih Aliya membuatkan aku memejam semula mataku. Aku kena cari ketenangan sebelum nak melayan kerenah si dia sorang ni.

“Macam biasa, hasil penulisan aku..” aku membuka semula mata dan merenung Aliya. ‘Hasil penulisan aku’ sangat. Idea semua ambil dari aku. Patutnya letak nama aku sekali kat artikel dia tu. “berjaya kalau bab cinta. Jadi aku pilih topik Cinta vs Diet. Perlu ke perempuan diet demi lelaki?”

“Seriously?”

Aku menggeleng kepala. Alasan jenis apa lah. Nak diet sebab lelaki? Ingat lelaki ni akan hargai bila badan kurus kononnya? Tak akan, kalau dah lelaki tu jenis player, tak ada makna dia nak kekal dengan korang kalau dia nampak lagi lawa.

“Eh, aku tahu kau tak setuju. Tengok muka kau tu aku dah boleh baca dah.”

Dah tu yang dia ni takkan tak boleh nak tulis benda mudah macam tu?

“Aku dah buat kajian semua, hampir lengkap tapi…”

“Tapi aku tak tahu nak mulakan ayat pencarian kajian macam mana.” Aku menyudahkan ayatnya. Bukannya aku tak hafal ayat sama yang sering dia ucapkan tu.

“Tolonglah aku Mia. Kali ni aku yakin pembaca akan lebih terbuka mata. Kau tahu tak, sejak kau tolong aku, perempuan makin matang tau dalam memilih lelaki.” Aliya mulai mengurut – ngurut kakiku. Aku tahu dia dah mula teknik membodeknya. “Aku tak bohong. Tengok ni.”

Dia segera mengeluarkan kertas dari begnya.
Mahu tak mahu, aku duduk dan melihat kertas yang dikeluarkan oleh Aliya. Kertas yang dicetak penuh dengan komen – komen dari pembaca artikelnya. Aku terhibur membaca setiap komen yang meluahkan perasaan mereka.

Ada juga yang dapat mengaitkan cerita mereka dengan artikel. Aku tersenyum membacanya.
Aku tak tahu sejak bila Aliya mulai berminat menulis tentang cinta. Sedari dulu, dia lebih gemar menulis sesuatu tentang makanan dan pelancongan. Masanya selalu terhad dan dia tidak pernah melekat di rumah. Maknya naik risau dengan dia yang selalu ke luar negara ataupun mana – mana tempat menarik di Malaysia demi artikelnya.

Sejujurnya aku mahu gembira dengan perubahan dia. Sekurangnya aku dapat tengok kawan aku kalau dia hanya menulis artikel macam ni. Tak perlu dia nak ke luar jauh demi artikel. Walaupun aku jadi mangsa dia untuk siapkan artikel tepat masanya sebelum boss dia mengamuk.

Aliya dah macam pejuang wanita untuk bangkit dari berharap untuk terus leka dengan dunia percintaan.

Aku ada terbaca artikelnya setiap kali masa lapang. Bukan 100% ayat aku diambil. Ada ayatnya sendiri yang buat aku kagum. Cara dia mahu wanita untuk maju dan bukannya pasrah di bawah telunjuk lelaki yang salah.

“Aku ada dapat interview dengan sorang ni, dia diet sampai masuk hospital tau gara – gara lelaki. Tapi lelaki tu tinggalkan dia. Dunggu punya lelaki.” Luah Aliya dengan perasaan geram.

Walaupun aku rasa kau ni mengada dan menyakitkan hati, tapi kau tetap sahabat aku. Aku takkan pernah kisah kau nak ganggu aku macam ni. Sebab dulu kau selalu ada untuk aku.

“Oh, nak dengar satu cerita sebelum kita mula?” soal Aliya. Wajahnya berseri – seri. Kenapa pula ni? Seram pula aku bila dia macam ni. Selalunya cerita merepek yang berlaku dalam hidup dia. “Tadi aku ingat kau ada kat rumah. Dah tukan, aku lupa tau yang nenek kau ada.”

“Dah tu?” dahiku berkerut. Berharap sangat bukan benda pelik dia ni nak cakap.

“Kau kenal aku dah lama kan Mia.”

Aku hanya mampu menganggukkan kepala.

“Pernah ke aku tak buat benda pelik?” personal Aliya hanya aku balas dengan gelengan.

“Bagus, kau memang kenal aku. Jadi aku rasa kau kena minta maaf dekat jiran – jiran kau esok untuk apa yang jadi hari ni.”

Aku mengeluh. “Apa kau dah buat kali ni?”

Aliya tersengih. Dia ni betul – betul menakutkan aku.
“Aku panjat pagar kau.”

Lemah semangat aku dengar. Aku boleh agak benda teruk seterusnya yang dia buat. “Liya!”

“Kejaplah belum habis lagi!” Aliya mengelak dari bantal yang aku baling. “Lepas tu aku bunyikan hon yang kat stadium tu kau tahu kan? Then aku menjerit nama kau.”

Sememangnya Aliya menjadi dirinya sendiri. Aku tak boleh nak halang sikap dia tu. Macam mana personality berbeza aku dan Aliya ni buat aku dan dia rapat? Tolong ingatkan aku lagi yang aku kena tabah dengan perangai dia ni selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience