Di sebuah lokasi...
Satu unit pasukan pengaman PBB daripada Pakistan membaca yasin beramai-ramai di tengah jalan. Ketika itu sudah masuk waktu malam. Mereka mengadakan bacaan yasin untuk anggota pasukan mereka yang gugur di medan perang.
Tiba-tiba, dari kegelapan muncul sekumpulan orang berpakaian hitam dan lengkap bersenjata meluru ke arah mereka. Selepas itu, dari kejauhan terdengar bunyi tembakan yang bermaksud tentera-tentera Pakistan itu telahpun diserang oleh orang-orang berpakaian hitam itu.
Di Johor...
"Tuan, saya dapat laporan kalau 15 orang tentera Pakistan terbunuh ketika kejadian serangan di Ampang semalam." Kata Leftenan Chen kepada Brigadier Jeneral Akhbar Singh.
"Apa! Siapa yang bertanggungjawab lancarkan serangan?" Tanya Brigadier Jeneral Akhbar Singh yang terkejut mendengar berita tersebut.
"Kami masih siasat tapi kemungkinan besar serangan ini didalangi oleh kumpulan The Black Cobra".
Brigadier Jeneral Akhbar Singh tersentak mendengar berita tersebut.
The Black Cobra merupakan pasukan pemberontak yang banyak melakukan serangan kepada tentera dan orang awam. Mereka terdiri daripada penjenayah, mafia, pengganas dan juga banduan-banduan yang terlepas daripada penjara. Mereka tidak segan membunuh sesiapa sahaja termasuk wanita dan kanak-kanak.
"Tuan, saya rasa kita perlu hantar tentera ke Kuala Lumpur dan dirikan pangkalan di sana." Kata Kolonel Hafiz memberi cadangan.
"Awak tak ingat apa dah jadi tiga tahun lepas? dalam masa 3 bulan sahaja 4 kompeni rata dan kali terakhir tiada seorangpun yang selamat dalam kompeni mereka." Kata Brigadier Jeneral Akhbar Singh.
Semua pegawai dan komander tentera di sana terdiam. Melihat mereka terdiam, Brigadier Jeneral Akhbar Singh pun menyambung "Saya setuju untuk hantar tentera kita dengan helikopter untuk buat tinjauan tapi saya takkan setuju kalau kita kena rampas Kuala Lumpur semula." Tegas Brigadier Jeneral tersebut.
Sejak serangan tersebut zombie terjadi, pentadbiran Malaysia menjadi tidak stabil. Berlaku perebutan kuasa antara beberapa orang menteri dan akhirnya sistem demokrasi di Malaysia dimansuhkan. Malaysia diperintah secara mutlak oleh Yang Dipertuan Agong dan dibantu oleh pihak tentera.
Di tempat lain, Zul berbaring di atas sebuah kereta humvee sambil memainkan sebuah gitar akustik. Tiba-tiba, dia mendengar bunyi dari arah semak. Dengan cepat Zul menghalakan pistol ke arah semak itu.
Rupanya cuma seekor kucing. Zul pun menurunkan senjata. Tiba-tiba datang beberapa das tembakan daripada arah belakang.
"Bangsat! Mereka lagi."
Zul masuk ke dalam humvee. Dia menggunakan sebuah mesingan jenis M2 Browning lalu melepaskan tembakan ke arah orang-orang berbaju hitam itu. Orang-orang berbaju hitam itu mengalami sedikit masalah kerana Zul menggunakan senjata yang lebih canggih dan Zul sendiri lebih terlatih menghadapi situasi sebegini kerana pekerjaannya yang merupakan seorang anggota tentera.
Mereka cuba mendekati Zul namun Zul menggunakan sebuah pelancar roket RPG lalu melepaskan bom ke arah musuh. Sebuah letupan terjadi memancing Zombie datang ke situ.
Zul terus menembak mereka semua. Zombie pun mula datang ke sana. Orang-orang berbaju hitam yang menyerang Zul tidak menyedari kehadiran mereka menyebabkan mereka diserang. Dengan pantas Zul masuk ke dalam Humvee Lalu pergi dari sana.
Zul akhirnya tiba di rumah ataupun markas rahsianya. Dia segera menutup semua pintu dan tingkap lalu dia masuk ke bilik bawah tanah melalui sebuah bilik rahsia. Bilik rahsia itu hanya boleh dibuka dengan pengesahan cap jari pada kaca televisyen.
Sebuah lif terbuka. Zul memasuki lif itu lalu menuju ke bawah. Setelah sampai di bawah, Zul berjalan menuju ke sebuah ruangan yang merupakan bilik operasi miliknya.
Terdapat beberapa peti kaca dengan senjata di dalamnya serta beberapa seragam tentera, baju kalis peluru dan aksesori tempur turut tersusun rapi di dalam ruangan itu. Di dinding terdapat sebuah peta yang merupakan peta Kuala Lumpur. Terdapat juga sebuah ruangan lain yang penuh dengan komputer dan gajet elektronik.
Ruangan itu merupakan bilik kawalan dimana dia boleh mengawal sistem keselamatan di rumah ini. Zul menekan sebuah tombol berwarna biru lalu semua pintu dan tingkap ditutup dengan besi manakala elektrik diaktifkan pada pagar disekeliling rumahnya. Semua CCTV diaktifkan untuk memantau kawasan sekeliling.
Zul tidur di atas sebuah tilam nipis sambil memeluk kucing peliharaannya dan memegang selaras raifal M4 carbin. Semua persiapan ini dilakukan kerana Zul bimbang anggota The Black Cobra berjaya menjejaki Zul dan akan menyerang dirinya.
Keesokan harinya, Zul keluar untuk memeriksa kawasan sekeliling. Pasukan The Black Cobra tidak dapat menjejaki dirinya. Zul akhirnya dapat menarik nafas lega kerana dapat mengelakkan satu pertempuran terjadi di sini.
Zul pun keluar untuk mencari bekalan makanan dan minyak kereta. Dia bersiap sedia dengan seragam taktikal tentera dan beberapa perlengkapan senjata.
Kenderaan tempur humvee pun bergerak menuju ke kawasan bandar. Zul bergerak menuju ke kawasan pasar raya untuk mencari bekalan makanan. Sesampainya di hadapan sebuah pasar raya, Zul masuk ke dalam untuk mencari bekalan makanan.
"Takde makanan di sini."
Zul duduk di tangga pasar raya sambil memikirkan di mana lagi dia boleh dapatkan makanan. Ketika itu, seekor burung merpati berada di hadapannya. Burung itu memandang Zul dan Zul juga memandang burung tersebut.
Zul pun menikmati daging burung merpati yang dibakar. Dia makan dengan penuh berselera dek kerana dirinya tidak menjamah apa-apa sejak semalam. Bekalan makanan di Kuala Lumpur sudah semakin berkurangan.
Tanpa Zul sedari, seseorang sedang memerhatikan dirinya. Seorang gadis bertopeng dan berbaju hitam sedang bersembunyi di sebalik dinding. Tangannya memegang sepucuk pistol Revolver, Dan sebelah lagi tangannya memegang sebilah pedang samurai.
Setelah menghabiskan makanan, Zul mencapai senjata api miliknya dan dia beredar dari tempat itu. Zul tidak terus pulang namun dia berlegar-legar di kawasan bandar. Dia melihat sebuah barikade di jalan dengan beberapa beg pasir, dawai berduri, kereta polis dan kereta tentera lama terbiar di tempat itu.
Zul hanya tersenyum. Ternyata tempat ini merupakan pos tempat dia bertugas dahulu. Dia masih teringat tiga tahun dahulu setelah semua orang awam sudah dipindahkan, mereka cuba menghentikan virus Zombie ini daripada terus tersebar namun mereka gagal dan terpaksa berundur.
Zul melihat beberapa tulang-tulang manusia dengan kain seragam tentera dan senjata pada tulang-tulang itu. Dia turut melihat seekor Zombie berseragam tentera yang terperangkap dalam sebuah runtuhan namun Zul tidak pernah membunuh Zombie itu kerana dia tidak boleh bergerak. Zul hanya membiarkan sahaja Zombie itu yang merupakan salah seorang anak buahnya ketika Zombie itu masih seorang manusia.
Zul melihat beberapa ekor Zombie menuju ke arahnya. Dia menghalakan senjatanya ke arah zombie-zombie itu lalu melepaskan beberapa das tembakan. Zombie-zombie itu mulai tumbang satu persatu sehinggalah kesemua Zombie itu berjaya dibunuh.
Dia menghampiri Zombie-zombie itu dan mengambil beberapa barang berharga yang ada pada Zombie itu. Seketika, dia merasakan ada orang di belakangnya. Dengan pantas, dia menghalakan senjata ke arah belakang namun ternyata tiada sesiapa di belakangnya.
Saat Zul kembali memandang ke hadapan, dia melihat seorang wanita berpakaian hitam dihadapannya. Wanita itu merenung dirinya dengan renungan yang sangat tajam. Zul kemudian menghalakan senjata ke arah wanita itu.
"Siapa kau? Kau ada kena mengena dengan kumpulan The Black Cobra?"
Tiada balasan daripada wanita itu. Zul menghampiri wanita itu dengan senjata terhunus. Siapakah wanita ini sebenarnya?
Saat itu, tiba-tiba kaki Zul terikat dengan seutas tali menyebabkan dia tergantung. Senapangnya terjatuh. Dalam keadaan tergantung, wanita itu menghampiri Zul lalu memukul kepala Zul sehinggalah dia pengsan.
"Kau perlu ikut aku untuk bantu aku." Kata wanita itu.
BERSAMBUNG...
Share this novel