Chapter 4

Romance Series 1597

Serena berjalan-jalan di kawasan rumahnya.Dia mula berasa bosan apabila tinggal seorang diri.Dia mahu mencari hiburan sendiri.Serena beranikan diri berjalan menghampiri kawasan hutan.Dia belum pernah menghampiri kawasan tersebut,selalunya hanya dilihat dari jauh sahaja.Dia mahu menerokai kawasan tersebut dengan lebih dekat.Serena melihat ke arah hutan tersebut yang kelama-lamaan semakin dalam dan gelap.Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi derapan kaki tidak jauh darinya.Serena terus melihat ke arah bunyi tersebut.Matanya menangkap sosok seseorang sedang berlari masuk ke hutan dengan lebih dalam,sosok tersebut seakan-akan ingin menyorok dari Serena.Serena terus mengikuti sosok lelaki tersebut,entah mengapa dia merasakan seperti pernah melihat tubuh sosok itu.
“Hei,berhenti!”,Serena meminta sosok itu berhenti melarikan diri.Dia terus berjalan masuk ke dalam hutan bagi mengikuti sosok tersebut.Semakin lama semakin ke dalam hutan.Serena melangkah semakin laju.Tiba-tiba kakinya terlanggar sesuatu lalu jatuh ke atas tanah.Serena memegang kakinya yang sakit.Sosok tadi sudah hilang dari pandangannya.
“Ouch!”,Serena mengeluh kesakitan.Kakinya tidak tercedera tetapi tetap rasa sakit yang amat sangat.Serena merasakan seperti ada sesuatu yang berlari ke arahnya dengan laju sehingga pokok-pokok kecil di sampingnya bergoyang kencang.Dengan tiba-tiba sahaja mucul lelaki yang dikenalinya di hadapannya.Lelaki itu sama seperti lelaki yang dikejarnya sebentar tadi.Serena berasa hairan kerana lelaki itu mampu berlari sepantas angin.
"Kamu okeykah?.Mari saya lihat kaki kamu”,ujar lelaki tersebut.Serena membiarkan lelaki tersebut melihat kakinya.
“Kaki kamu mula membiru.Mari ikut saya,kaki kamu perlu segera dirawat”,sambung lelaki itu lagi.Serena hanya mengeluh kesakitan.Lelaki tersebut mendukung serena di dalam pangkuannya.Serena memandang wajah lelaki itu lalu mengucapkan terima kasih.
“Terima kasih ,Zeke.Jikalau tiada kamu.Tidak tahulah bagaimana saya hendak pulang ke rumah”,Zeke hanya tersenyum melihat Serena lalu membawa Serena semakin jauh ke dalam hutan.Kelibat mereka berdua hilang di balik timbunan daun pokok yang tebal.
“kemanakah kita hendak pergi?”,tanya Serena kepada Zeke.Lelaki itu mendukungnya sambil berlari.Serena kagum dengan kekuatan Zeke.
“Rumah kawan saya,dia seorang doktor”,ujar Zeke.
“Di dalam hutan ini?”,Serena mula hairan.Dia cuba membuang perasaan negatifnya,mungkin ditengah-tengah hutan tebal ini terdapat sesuah kota kecil yang belum pernah diketahui olehnya...

Serena terlopong,dia tidak sangka tekaannya hampir betul.Memang terdapat sebuah rumah agam yang besar terbina di tengah-tengah hutan tebal itu.Malah,terdapat juga beberapa buah rumah agam yang lain terbina di situ.Apabila dilihat dengan lebih teliti,semua rumah agam itu bercantum menjadi sebuah rumah yang begitu besar.Zeke tidak membawa Serina ke pintu utama ,namun dibawanya ke belakang salah satu rumah agam tersebut.Terdapat pintu kecil yang ditutupi dengan daun pokok.Zeke membawa Serena masuk ke pintu tersebut.Terdapat sebuah bilik yang dipenuhi dengan tembikar yang diperbuat dari tanah liat.Dari tekaan Serena,bilik tersebut merupakan bilik membuat tembikar.Zeke meletakkan serena di atas sofa yang terdapat di dalam bilik tersebut.
“Kamu tunggu di sini sebentar.Saya akan panggilkan kawan saya.Dia pasti dapat mengubatkan kaki kamu”,ujar Zeke kepada Serena.Serena hanya menganggukkan kepalanya lalu memandang ke arah mata Zeke yang berwarna hijau pastel.Zeke juga melihat ke arah Serena.Mata mereka bertentangan.
Zeke akhirnya mengalihkan pandangannya lalu keluar dari bilik tersebut.Serena hanya kelu.Entah mengapa dia rasa segan untuk berkata-kata.Bilik itu cukup besar sehingga boleh memuatkan beratus-ratus tembikar.Hanya Serena seorang sahaja yang berada di bilik itu.Dia cuba untuk membetulkan kedudukannya sambil mengusap-usap kakinya yang sakit,sungguh tidak disangkakan olehnya bahawa dia akan berada di dalam rumah besar yang berada di tengah-tengah hutan.

peace ✌️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience