BAB 1

Romance Completed 212059

HARI ini merupakan hari pertama sesi penggal akhir tahun setelah bercuti tiga minggu. Sesi persekolahan masih berbaki 5 minggu sebelum cuti penggal akhir. Jam 7.15 pagi. Adrina sampai awal hari ini. Azam tahun baru. Azam 2024. Datang ke tempat kerja lebih awa dari tahun sebelumnya. Jadual kelas hari ini bermula jam 8.00 pagi. Jam 7.30 nanti bermula waktu perhimpunan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran.

Adrina menjawab salam diberi ketika melalui beberapa orang anak murid yang berada di astaka perhimpunan.

" Ibu", satu suara yang sedikit menjerit menampar pendengarannya. Melihat seorang anak murid perempuan yang menghampirinya membuatkan langkah Adrina terhenti. Pelukan gadis itu buat Adrina terkesima.

" Ibu. Dah lama Aliya tak jumpa ibu",

Adrina tersentak. Aliya! Mata Adrina memerhati wajah anak gadis itu. Lain sangat. Makin cantik wajahnya.

" Ya Allah..Aliya", Adrina benar-benar terkejut. " Aliya sekolah dekat sini?", suaranya sedikit terkuat kerana teruja melihat anak gadis itu.

" Hmm. Papa pindah sekolah ni",

Jantung Adrina terus berdegup laju. Faisal ada di sini? Ya Allah. Dia teringatkan mesej ucapan selamat datang ketua jabatannya kepada guru baru beberapa hari lepas. Ya. Faisal salah seorang daripada 3 nama guru baru. Namun Adrina langsung tidak ambil kisah kerana tidak pelik pun nama Faisal itu.

" Oh", Adrina bagai kelu pula. Kepalanya sudah berfikir macam-macam.

" Tapi papa tak cakap pun ibu mengajar sekolah ni juga",

" Papa tak tahu ibu mengajar di sini. Ali mana?" soal Adrina apabila melihat tiada Ali saudara kembar Aliya di kawasan sekeliling astaka perhimpunan.

" Ali dengan kawan dia kat pondok sana. Lepas ni Aliya kena panggil ibu cikgulah kan bila kat sekolah? ", lurus sahaja soalan Aliya.

" Ya", jawab Adrina tidak perlu membuatkan Aliya bertanda tanya lagi.

Pengumuman dari pengawas brtugas meminta semua murid beratur di dataran perhimpunan mematikan perbualan Adrina dan Aliya.

" Hmm. Aliya pergi beratur dulu ,

" Okay cikgu", senyuman Aliya mengingatkannya kepada Zarina.

Langkah diatur menuju ke bilik guru. Kepalanya mula terakam memori lama. Langkah Adrina terhenti di tangga apabila matanya terpaku pada pandangan tajam lelaki di hadapannya. Lima tahun. Lima tahun dia tidak bertemu mata dengan lelaki itu walaupun khabar berita lelaki itu sering diketahui melalui kumpulan whatsapp rakan satu universiti dulu.

Tiada teguran atau sapaan daripada lelaki itu. Tingkah Faisal bagai langsung tidak mengenalinya. Adrina sedikit terasa. Namun dia tahu. Lelaki itu tentu masih mengingatinya. Masakan lelaki itu boleh lupa!

" RIN. Tak sangka pula kau kenal Faisal ya? , soal Qistina menghulurkan kerepek pisang kepadanya.

Adrina menggeleng perlahan." Aku puasa", perlahan suara Adrina.

" Ops! Okay. Eh. Fasal Faisal. Kau tak pernah cakap pun kau kenal Faisal? Sampaikan si Aliya tu panggil kau ibu", Qistina masih tidak puas hati jika Adrina tidak memberi penjelasan. Dia sudah mendengar gosip daripada kawan-kawannya yang mendengar bual antara Adrina dan Aliya awal pagi tadi.

" Kami satu kelas masa universiti dulu. Arwah isteri Faisal best friend aku. Tapi kami dah lama tak jumpa sejak isteri dia meninggal", padat dan jelas walaupun ringkas.

" Oh...Begitu. Kiranya Faisal tu duda lah ya? , Qistina tersengih. Pantang nampak lelaki ada rupa sikit!

" Entah. Aku tak tahulah dia dah kahwin lain ke tak", Adrina mula membuka laptop. Mahu mencetak bahan untuk kelas tingkatan 5 selepas rehat nanti. Sebenarnya tiada pula dia mendengar berita Faisal bernikah lain.

" Oh. Kau tolonglah risik untuk aku Rin",

" Jangan gedik sangatlah", Adrina tahu Qistina suka bergurau. Gadis itu sudah bertunang manakan dia mahu mencari kekasih hati yang lain.

Qistina ketawa manja. Seketika tawanya terhenti apabila matanya terpandang Faisal yang baru masuk ke bilik guru. Matanya terus tertunak pada lelaki itu. " Kacak noh", puji Qistina.

" Dahlah Qis. Sedar diri tu tunangan orang. Kang aku report kat Izzudin nanti baru tahu",

" Cis. Tak sportinglah kau ni!",

" Aku ni sayangkan kau. Aku tak nak kau tersalah pilih jalan yang membawa kepada kebinasaan", Adrina tergelak kecil dengan katanya sendiri.

Qistina menjeling tajam. " Macam aku ni jahat sangat kan", rajuk Qistina.

Adrina tergelak lagi. " Hati tisu noh", tangan Adrina menepuk lembut tangan Qistina sebagai tanda memujuk.

" Tapi dia tu memang jenis tak mesra alam eh. Tadi aku lalu tepi dia ingat nak lah tegur ucapan selamat datang. Huh! Muka ketat je aku tengok",

Adrina tersenyum. " Entah",

" Hmm. Kata kenal. Macam sesuatu je kau dengan dia ni ", Qistina merenung tajam wajah Adrina sambil mengikat bungkusan kerepek pisang tadi dengan getah. Kemudian dimasukkan ke dalam bekas dan diletakkan di atas mejanya. " Aku kelas", Qistina bangun dan bersiap mahu ke kelas. " Rin. Tengok ada sisa kerepek pisang tak kat gigi aku?", Qistina tersengih menayangkan giginya di hadapan Adrina.

" Hish..Tengoklah cermin", marah Adrina. Qistina ni memang sengaja sungguh mahu mengganggu dia membuat kerja.

" Tak nak... Cepatlah. Hari tu budak tegur gigi aku ada lada. Kurang asam betul. Kuat pula tu tegur", rengek Qistina.

Adrina tidak dapat menahan tawa. Lucu sungguh. Tentulah sahabatnya itu malu segunung. " Tak ada. Pergilah kumur dulu",

Qistina lurus bergerak ke sinki. Kemudian dia duduk semula mengenakan lipstik di bibirnya. " Muah! Nak cium sikit Cikgu Adrina", Qistina sengaja mengusik mahu menciumi pipi Adrina. Adrina cepat membantah. Berlakulah adegan tolak menolak. Dalam pada mereka mengawal suara tentulah boleh terdengar di ruang bilik guru yang sepi itu. Tiada guru lain. Yang ada tika itu hanya Adrina, Qistina dan Faisal.

" Kau orang berdua buat apa? Nak main pergi padang. Bukan dekat sini", entah bila lelaki itu ada di situ! Adrina dan Qistina sama-sama terdiam. Keduanya terkaku. Malah mereka melihat sahaja Faisal yang sudah berlalu.

" Kekwat noh pakwe hang", Qistina sempat menunjukkan penumbuk ketika tubuh Faisal membelakangkan mereka.

Adrina ketawa kecil dengan reaksi spontan Qistina yang sememangnya lebih kebudak-budakan wataknya.

" Tak pernah lagi kita kena sound kan. Hang ingat hang handsome ke Faisal", suara Qistina lebih kuat dan cepat Adrina menutup mulut Qistina.

Faisal terdengar suara Qistina namun dia hanya buat tidak tahu sahaja. Macam budak-budak! Gerutu Faisal dalam hati.

" KENAPA papa tak cakap pun ibu kerja dekat sini?", suara Aliya memecah ruang sunyi dalam kereta.

" Papa pun baru tahu",

" Hmm..Tapi Aliya tengok ibu makin cantik. Kan papa. Ibu tak kahwin lagi papa kan?",

" Tak tahu",

" Ish. Papa ni kan. Papa kan kawan dengan ibu. Takkanlah papa tak tahu",

" Tak tahu",

" Kawan Aliya cakap ibu belum kahwinlah papa. Kawan Aliya cakap kan papa Cikgu Arif tu suka dekat ibu",

" Aliya ni kuat berbual dalam kelas papa. Kalau cikgu tak ada dia asyik berbual je. Buat bising dalam kelas", adu Ali.

" Aliya borak masa cikgu tak ada je. Cikgu ada Aliya dengarlah cakap cikgu", suara Aliya mula nyaring mempertahankan dirinya.

" Kalau papa dengar ada cikgu complain fasal Aliya papa pindahkan Aliya sekolah dengan Tok Ma kat KL tu",

" Tak nak pindah. Aliya nak sekolah kat sini dengan papa", rengek Aliya. Laju sahaja tangannya menepuk kuat bahu kanan Ali yang duduk di kerusi pemumpang hadapan.

" Ish. Sakitlah. Pa..Pindahkan Aliya sekolah pa. Pindahkan Aliya" sengaja Ali menjadi batu api.

" Tak naklah", Aliya mula menjerit.

" Ada yang kena tinggal tepi jalan ni karang", suara Faisal mula keras. Setiap kali balik tentu ada drama pergaduhan di dalam kereta. Langsung tak boleh senyap. Anak-anaknya ini memang jenis tak makan saman walaupun ditegur.

" Aliya nak kena tinggal pa", usik Ali lagi. Kegemarannya mengusik Aliya sehingga Aliya menjerit melolong dalam kereta.

" Papa tinggal Aliya. Aliya balik dengan ibu..Duduk dengan ibu. Biar papa rindu Aliya", kepalanya sudah terlayar hidup bersama Adrina!

Faisal terdiam. Aliya rapat dengan Adrina sebelum ini. Namun sejak Adrina berpindah dari Perak ke Pahang mereka langsung tidak berhubung. Selepas kematian Zarina Faisal terus memutuskan hubungan mereka.

" Papa?",

" Hmm?",

" Boleh tak kalau..", Aliya tidak jadi meneruskan apa yang ada di hatinya. Dia diam.Takut jika Faisal mengamuk lagi. Masih dia ingat kejadian lima tahun dulu bila Faisal menengkingnya kerana mahu menelefon Adrina. Sejak itu dia langsung tidak berhubung dengan Adrina.

" Kalau apa?", soal Faisal mengerling cermin pandang belakang.

" Tak ada apalah. Aliya penat nak tidur", dia terus bersandar di dada kusyen kereta. Kepalanya terus berfikir. Papa marah lagi tak pada ibu? Papa benci lagi tak pada ibu? Aliya jadi kasihan kepada Adrina. Tiada langsung buruk Adrina pada matanya. Tapi kenapa dulu papa benci sangat pada ibu?

USAI makan malam Aliya menempel rapat dengan Faisal.

" Nak apa? Kan masa siapkan kerja sekolah",

" Hmm. Tak ada kerja sekolah hari ni pa. Hari ni ulangkaji nak UASA je. Tadi kat sekolah dah buat latihan",

" Ya ke Aliya ni. Sepatutnya nak periksa la ada latihan kena buat. Ali...", panggil Faisal tegas suaranya.

" Aaa. Ada..Ada. Aliya buatlah kejap lagi. Sains dengan Matematik je. Papa..Aliya nak pinjam telefon boleh",

" Tak ada telefon. Siapkan kerja sekolah", Faisal terus mengadap skrin laptop kerana sibuk mencari bahan soalan percubaan SPM untuk subjek yang diajarnya.

" Nak telefon ibu. Please pa",

Faisal merenung wajah Aliya. Tajam pandangan matanya. " Ibu..Ibu tak habis habis dengan ibu..Cikgu tu bukan ibu Aliya tahu", keras suara Faisal.

" Tapi arwah mama cakap ibu tu macam mama jugak", Aliya berani menjawab.

" Arwah mama tu..", Faisal terdiam.

" Kenapa papa benci ibu? Ibu tu baik je", Aliya terus menyoal. Dia mahu tahu sekarang juga.

" Aliya tak faham urusan orang dewasa..Ambil buku. Ali ni mana. Ali..", panggil Faisal lagi apabila melihat Ali tiada di bilik belajar. Bilik belajar anaknya sebilik dengan bilik kerjanya. Tujuannya mudah dia mahu memantau setiap kali anaknya menyiapkan kerja sekolah dan belajar.

" Tengok tv lagi kat bawah", Aliya terus bangun. " Ali! papa suruh tutup tv naik siapkan kerja sekolah", tanpa disuruh Faisal Aliya sudah faham apa mahu papanya.

Seketika Ali naik dalam keadaan wajahnya yang tidak gembira.

" Siapkan kerja sekolah", tegas suara Faisal.

Ali dan Aliya terus sahaja mengambil beg dan duduk di kerusi dan meja yang mengadap meja kerja Faisal. Keduanya saling menjelir lidah mengejek namun diam tanpa suara.

" Papa tarik. Papa ikat dua- dua lidah tu nanti", ugut Faisal.

Terus keduanya membuka buku dan tekun menyiapkan kerja.

Beberapa ketika setelah siap tugasannya Ali menutup buku. " Ali dah siap pa!",

" Sini bawa buku tu papa nak tengok", cepat Ali bangun membawa buku. Aliya pula kegeraman memandang Ali. Marah kerana Ali tidak membenarkannya menyalin jawapan kembarnya.

" Buat sendiri. Kerja nak tiru orang je. Bila nak cerdik", sengaja Ali menguatkan suaranya supaya papanya mendengar. Mengusik Aliya kan kegemarannya.

Aliya mendengus geram.

Faisal menyemak tugasan Ali dan apabila berpuas hati diminta Ali masuk tidur dahulu. Aliya pula masih tekun menyiapkan kerjanya.

" Nak papa tolong?", sapa Faisal dari mejanya.

" Okay. Aliya boleh siapkan",

" Okay", balas Faisal. Kedua anaknya boleh diharap buat kerja sekolah sendiri. Tapi kalau tidak ditunggu culas juga.

Beberapa ketika barulah Aliya membawa buku dan ditunjukkan kepada papanya.

" Good", pujinya ringkas. Faisal memaut bahu dan menciumi sisi kepala Aliya penuh kasih. Walaupun usia anaknya sudah 13 tahun namun dia tetap menganggap mereka berdua seperti anak kecil yang perlukan perhatiannya.

" Papa..", meleret suara Aliya.

" Hmm",

" Bolehlah Aliya nak call ibu. Please..Please papa", rayu Aliya lagi.

" Papa tak ada nombor telefon Cikgu Adrina", tegas suara Faisal.

" Papa kan ada dalam group sekolah. Mesti ada nombor ibu dalam tu",

" Hmm. Pandai je Aliya kan",

" Aliya kan anak papa. Mestilah pandai macam papa", sengaja dia mengambil hati Faisal Senyum manis dihadiahkan kepada papanya.

" Dah. Tidur. Gosok gigi. Ambil wuduk. Tidur. Lagi 10 minit papa nak tengok Aliya dah tidur ",

" Tak boleh ke telefon ibu?",

" Tak boleh",

Mulutnya memuncung panjang. Matanya merenung wajah Faisal. Aliya tetap berdiri di situ kerana masih berharap papanya berubah fikiran.

" Macam arwah mama sayang buat macam tu. Memang anak mama sangat kan. Tak dapat apa-apa rupa tu la jugak mama buat pada papa", Faisal tergelak lucu.

Namun langsung tidak lucu pada Aliya. Dia terus menangis. " Aliya rindu mama. Tak boleh ke ibu jadi mama Aliya", dalam tangis Faisal dapat mendengar dengan jelas bicara anak daranya itu.

Ibu? Ibu jadi mama Aliya? Aliya mahu Adrina menjadi mamanya? Biar betul? Sebelum ini Aliya langsung tidak peduli! Langsung tidak menyebut mahukan mama baru.

Faisal menarik Aliya dalam.pelukannya. " Manjanya anak dara papa. Aliya dah 13 tahun tahu",

" 13 tahun pun boleh menangis", balasnya masih dalam tangis.

" Okay. Menangislah. Sorry papa buat Aliya menangis rindukan mama", wajah Aliya ditekap perlahan. Air mata yang gugur diusap perlahan.

" Papa tak rindu arwah mama", soal Aliya apabila tangisannya reda.

" Rindu. Rindu sangat", pelukan dikemaskan.

" Boleh tak papa kahwin dengan ibu?",

Faisal termangu.

Happy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience