03/01/20xx
Pergh. Penat gila. Sekolah baru aku ni atas bukit rupanya. Kene jalan kaki ikut susur gajah baru sampai kat sekolah. Ini baru hari pertama sekolah aku dah penat macamni. Haih.
Masuk dalam kelas aku dah hela nafas lega. Lagi mengharukan bila kelas aku diletakkan di tingkat 1. Ahh aku terasa nak menangis kat tangga tu tadi. Nasib ada makcik penjaga pembersihan tu tegur asal aku mencangkung kat tepi tangga tu.
Aku tengok seorang cikgu mungkin? Dalam lingkungan 50-an tengah atur tempat duduk. Aku ketuk pintu kelas sekaligus menarik perhatian semua.
Fuhhh.
Rasa femes jap. Lahhh.
"Assalamualaikum" Ucap aku dengan melangkah masuk. Aku pandang sekiling mencari seseorang. Disebabkan kelas aku untuk tahun ni ada satu kelas je maksudnya, cousin aku yang sebaya tu pun akan sama kelas dengan aku!
"Waalaikumsalam. New student?" Soal cikgu tu. Amboi speaking kau! Aku syak cikgu ni mesti bakal mengajar bahasa inggeris merangkap guru kelas aku.
Aku mengangguk.
"Yes, iam." Jawabku agak perlahan. Malu sebenarnya. Apahal semua tak sudah pandang aku?!
"Introduce yourself."
Aku hela nafas. Aku kene speaking lagi ke ni? Bahasa inggeris aku dahla hauk!
"Hi my name is Lia Maisarah bintik Hashim Redza. Im from Sk Cempedak" okay sudah! Ana tak mahu cakap banyak banyak. Kelaut nanti!
"Ouh kitaorang kene panggil kau Maisarah lah sebab dah ada sorang nama Lia kat sini." Salah seorang budak lelaki menunjuk sorang budak perempuan yang tengah duduk menongkat dagu kat hujung kelas.
Budak perempuan tu angkat kepala. Aku kaku kejap.
Dia nampak-
Cantik.
Kulit dia putih. Muka dia comel.
Kalah aku.
"Aku okay je." Aku senyum nipis. Padahal aku tak okay! Nama Maisarah tu family aku je yang patut guna!
"Okay Sarah awak boleh duduk dekat meja ni. By the way my name is Noridah. So you can call me Teacher Noridah." Teacher Noridah tujuk sebuat meja yang diletakkan berkumpulan.
Aku pandang tablemate depan aku. Pahal cam kenal. Ahh shit! Ini Hadif yang selalu cari gaduh dengan aku masa dekat sekolah agama!
"Lah patutla aku macam kenal je engkau ni. Maisarah rupanya." Dia ukir senyum sinis untuk aku. Aku menjeling dia perlahan. Sibuk je.
"Kau kenal ke dia ni Dif?" Soal kawan sebelahnya. Aku pandang nametag kat baju dia. Firman Arashah. Wah nama cam watak novel kau!
"Kenal. Inilah minah yang selalu cari gaduh mgan aku dulu." Hadif berucap tanpa bersalah.
Aku pandang muka dia tak percaya. Seriously?. Aku yang selalu cari gaduh. Ohh anda sudah lebih ni. Malas aku nak pandang muka kau. Tangan naik memeluk tubuh sendiri dengan muka menunduk memandang peha.
Huh hari pertama kat sekolah ni je aku dah panas. Macam mana aku nak hadap yang lain pulak?
"Uit Sarah!" Aku pejam mata tahan sabar. Aku tahu ini milik siapa. Siapa lagi kalau bukan cousin sengal aku Siti Nur Haura.
"Lahh Ra kau kenal ke Sarah ni?" Soal Firman. Haura mengangguk. Aku nampak dia tayang muka bangga.
"Mestilah kenal. Cousin aku kot. Friend since born you know." Haura ukir senyuman kambing dengan tangan naik memeluk bahu aku.
Aku goyangkan bahu sendiri. Semakla Haura ni. Friend since born konon padahal dia enam bulan alone baru aku datang jumpa dengan dia. Lagi lagi bila aku lahir bulan 12, dia pulak bulan 6.
"Amacam sekolah baru?" Fatihah angkat kening memandang aku yang tengah kunyah jajan.
"Tak best bosan gila. Kau tahukan aku susah nak berkawan dengan orang. Aku kenal kau je dulu, itu pun engkau yang tegur aku dulu."
Fatihah tergelak kecil. Mesti dia teringat jugak waktu first time dia tegur aku dulu. Waktu yang aku blur gila sebab tak kenal Fatihah.
"Tadi—" Fatihah tergantung ayat Fatihah memandang aku. Aku menoleh kearah dia. Kening diangkat sebelah.
"Araf cari kau." Fatihah mengujar bersama senyum nipis.
"Aku harap dia tak marahkan aku sebab pindah tak bagitahu." Aku senyum manis menatap langit biru. Ya, aku betul betul maksudkan yang dia takkan marahkan aku. Sebab aku sayangkan dia sangat sampai aku tak sampai hati nak tengok dia sedih untuk aku sebab perkara ni.
Sebab dia, cinta pertama aku.
"Muka dia macam nak menangis bila aku kata yang kau pindah. Mata dia pun berair." Aku kemam bibir. Dia satu satunya kawan lelaki yang aku sayang gila! Zaman aku berkawan dengan Firdaus time tadika dulu pun tak macam ni.
"Dah la aku taknak cakap pasal dia dah." Ujar aku. Tangan naik memeluk lutut. Mata memandang langit biru. Jiwangnya aku.
Share this novel