Pengenalan

Family Completed 106784

Puan Sofia seorang yang sederhana walaupun dimana dia berada. Personalitinya amat di senangi semua penyewa-penyewa di Mall itu. Mulutnya yang ringan menegur dan rajin membantu membuatkan semua mengenalinya. Dia selalu membawa anak perempuannya ke kedai pada waktu petang.

"Puan Sofia, sibuk ke?".

"Yea Jasmin, kenapa?. Tengah melayan kakak ni buat homework je".

"Ada orang cari Puan, kawan lama katanya".

"Baik, suruh dia tunggu sekejap yea. Nanti saya datang", balas Sofia lembut.

"Kakak tunggu yea, ibu keluar kejap", sambil mengusap kepala anaknya.

Sofia membetulkan tudungnya terus melangkah keluar, dia lihat seorang lelaki bertongkat dan seorang perempuan berdiri di kaunter pembayaran.

"Yea, saya Sofia. Cari saya ke?", sambil menghulurkan tangannya ke perempuan itu.

Sofia langsung tidak mengenali perempuan itu hinggalah lelaki itu pusing dan menegurnya.

"Sofie, apa khabar?", menarik cermin matanya agar Sofia mengenalinya.

Sofia terdiam seketika. Dia seperti mengenali lelaki ni namun dia kurang pasti.

"Sekejap, saya kenal awak ke?, awak panggil saya apa tadi?", jari telunjuknya menunding ke arah lelaki tu.

"Mungkin Sofie akan ingat ayat ni?. Puan Sofia apa khabar?, Puan okay ke ni". Sofia lihat lelaki itu senyum.

"Allahhuakhbar Haziq kan?", sedikit teruja bila mendengar suara itu.

"Yea, betul. Betulkan abang kata Min, Puan pasti masih ingat abang walaupun dah lebih 10tahun tak jumpa".

"Mana boleh lupa, awak banyak tolong saya dulu masa saya mula-mula di sini. Ni siapa?", Sofia menunjuk ke perempuan di sebelah Haziq.

"Ni orang rumah aku Min".

"Ohh, eh jom sembang kat dalam, jom masuk", Sofia menarik tangan Min mempelawa mereka ke pejabatnya.

"Duduk Min, Haziq ", pada masa sama dia lihat Min membantu Haziq duduk.

Sofia membuka peti ais kecil di belakangnya. Dia mencapai air tin dan meletakkan di depan Min dan Haziq.

"Ni anak saya no2 Suhaila Farisha", sambil melihat reaksi Haziq.

Dia lihat Haziq mengangguk dan tidak memandang ke arah anaknya. Hanya Min menoleh dan senyum pada Suhaila.

"Haziq kenapa dengan mata awak?. Maaf jika soalan saya menyinggung".

"Aku kemalangan jalan raya lepas lawat kau di hospital dulu".

"Ohh, yea ke. Maaflah saya tak tahu tentang tu", sedikit sayu suara Sofia ketika itu.

Haziq senyum kerana dia dapat membayangkan wajah Sofia dengan nada suara Sofia ketika itu.

"Sofie sekarang apa cerita?, Fahrin baik-baik je kan".

"Alhamdulillah baik je tapi biasalah dia, awak sendiri pun tahu kan perangai dia. So kena banyak sabarlah saya".

"Dia terlampau sayangkan kau", Haziq senyum lebar
kerana sudah masak dengan kisah cinta mereka berdua.

"Mana yang sulung?".

"Sekolah SBP di ipoh".

"Mesti dah bujangkan, handsome macam babah dia".

Sofia mengangguk, dia tidak nafikan apa yang Haziq katakan tadi. Perbualan mereka di ganggu satu suara memberi salam masuk ke dalam bilik itu.

"Babah", jerit Suhaila terus turun dari kerusi dan memeluk kaki Fahrin.

"Sayang", Sofia bersalaman dengan Fahrin.

"Ada tetamu ke?", dia tidak perasan Haziq di kerusi, dia sempat mencium Sofia.

"Sayang, ni Min isteri Haziq. You ingat Haziq?", muka Sofia sedikit teruja ketika memberitahu suaminya.

"Haziq, ohhh yea Haziq. Kau apa khabar?", menghulurkan tangannya ke Haziq.

Min menarik tangan suaminya dan di letakkan atas tangan Fahrin.

"Alhamdulillah aku sihat, terima kasih banyak".

"Lama kita tak jumpakan", sambil memegang pinggang isterinya dengan sengaja.

"Sayang, Haziq tak nampak. Mata dia rosak sebab kemalangan jalan raya katanya".

Fahrin sedikit tersedak mendengar kata-kata Sofia. Dia terus melepaskan pinggang Sofia dan mengendung Suhaila yang berdiri di kakinya.

"Tau, tapi masa tu awak tengah operation dan bila saya nak tengok dia, dia dah di pindahkan ke hospital lain".

"Sayang tahu rupanya, la kenapa tak cakap. Kalau tak boleh bantu apa yang patut".

"Ehh, takda apa la Sofie, aku baik je. Kau ni kalut sungguh".

"Padanlah dulu saya pelik kenapa kamu dah lama tak handle kedai ni", balas Sofia.

Mereka berbual agak lama disitu. Bila lama tidak berjumpa pelbagai soalan di ajukan Sofia ke Haziq. Sedangkan Fahrin dan Haziq kerap berhubung dan membantu Haziq seperti adiknya sendiri.

Sofia banyak berbual dengan isteri baru Haziq dan Fahrin sambil meriba anaknya, dia berbual dengan Haziq. Sekali sekala dia lihat wajah isterinya yang begitu teruja berbual dengan mereka berdua.

...........

Sofia turun dari kereta, dia memegang tangan anaknya dan membawa masuk ke rumah. Fahrin mengikut belakang isterinya itu dan melihat Sofia melayan kerenah anaknya.

"Masuk bilik terus mandi okay, maghrib kejap lagi. Ibu tidak mahu kakak lewat mandi okay".

"Baik ibu", balas Sue mencium pipi ibunya dan terus berlari naik.

Pengasuh Suhaila membawa beg anaknya pergi. Sofia bangun dari berlutut dan pusing untuk menutup pintu. Fahrin terus menarik tangan dan pinggang Sofia erat. Matanya merenung mata Sofia tanpa bersuara. Sofia terdiam seketika kerana tindakan pantas Fahrin tadi.

"Sayang, lepas".

"No, I rindu you sayang. Jom together mandi", terus mengangkat Sofia naik ke bilik mereka.

"Sayang jatuh nanti".

"Jangan la gerak nanti dua-dua jatuh", menolak pintu bilik menggunakan punggungnya.

Sofia dan Fahrin back.. Cemburu tanpa sebab sebati dengan Fahrin. Lagi banyak drama, lagi tidak masuk akal Fahrin pada Sofia...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience