BAB 2

Family Completed 32037

"Medina.. mari makan sayang. Ibu dah siap masakan makanan kegemaran Medina."

Aku terus berlari ke dapur lalu memeluk ibu dengan erat. Pak cik aku hanya tersenyum melihat gelagatku yang manja dengan ibu.

"Sayang ibu! Terima kasih!"

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi sebelah ibu. Kuah asam pedas ikan chermin itu aku ceduk diletakkan di atas nasi. Memang lazat! Ini adalah makanan kegemaran aku daripada kecil. Ditambah lagi dengan sayur ulam.

"Ibu, esok Medina dah mula cuti sekolah. Dua bulan."

"Tahun depan Medina dah masuk darjah lima. Sekejap je anak ibu ni dah besar. Tak puas ibu nak bermain dengan kamu."

Aku ketawa kecil. Pak cik hanya kekal dengan senyumannya.

"Alah ibu ni. Tak mau lah macam tu. Ibu bolehlah main dengan Medina. Kan Medina dah cuti lama."

Ibu mengusap rambutku lembut. Aku menyambung semula mengisi perutku. Dua ekor ikan aku makan sekaligus membuatkan perut aku menjadi buncit. Hehe.. masakan ibu sememangnya terbaik!

Aku berehat di ruang tamu bersama ibu dan pak cik. Rumah kami tidak mempunyai televisyen. Yelah. Ibu dan pak cik bukannya orang berada.Aku tak kisah dengan semua alat gadjet tu. Aku hanya nak keluarga yang bahagia buat selamanya sehingga ke Jannah. InshaAllah...

Aku bercerita kepada ibu dan pak cik tentang sekolah. Aku kat sekolah tak ramai kawan. Adalah sorang dua yang sudi berkawan denganku itupun tidak terlalu rapat. Aku juga sering diejek dan dihina oleh murid-murid sekolah kerana aku tidak berbapa dan miskin. Ya. Aku tak pernah tahu siapa ayah aku. Nama aku berbintikan Abdullah. Ibu juga tidak pernah cerita siapa ayah aku dan aku pula tidak pernah bertanyakan tentang hal itu kerana dengan adanya ibu disisiku membuatkan aku rasa bahagia.

Dari kecil ibu menegaskan kepadaku tentang perihal keagamaan. Jadi, aku berjanji akan menjadi anak yang solehah buat ibu. Aku nak jadi penjamin Syurga buat ibu tersayang. Ibulah segala-galanya buatku. Tiada ibu tiadalah aku di bumi ini.

Pagi hari ini, aku mengikut ibu dan pak cik ke ladang kelapa sawit. Tanganku menjinjit bekal bertingkat yang berisi nasi dan lauk untuk dimakan sewaktu ibu dan pak cik berehat nanti.

"Ibu! Nak Medina tolong?"

Aku mendapatkan ibu yang sudah berpeluh-peluh mengutip buah kelapa. Ibu hanya tersenyum dan aku terus menolong ibu mengutip buah kelapa tersebut dan letak ke dalam raga.

"Medina, nanti Medina dah besar nak jadi apa?"

tanya pak cik. Sekarang kami sedang berehat di sebuah pondok kecil berdekatan dengan ladang kelapa sawit. Aku membuat gaya berfikir.

"Hmph... Medina nak jadi peguam syariah! ataupun usahawan yang berjaya!"

kataku dengan penuh semangat.

"Besarnya cita-cita anak ibu ni. Ibu doakan supaya Medina berjaya mencapai cita-cita yang Medina impikan."

Aku tersenyum lalu mengaminkan doa ibu. Doa ibu selalunya mujarab. Aku akan berusaha untuk menggapai cita-citaku untuk menolong keluargaku dan orang yang memerlukan bantuan.

Selesai berehat, ibu dan pak cik menyambung pekerjaan mereka manakala aku mengeluarkan alatan melukis dan mewarnaku. Aku suka sangat melukis dan mewarna. Di tempat yang damai ini membuatkan aku ingin melukis sambil-sambil itu aku akan menolong ibu dan pak cik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience