BAB 12

Humor Completed 6445

Zeek menggeleng, “Aku banyak kekurangan, tak layak dengan dia.”

“Lah, apa yang kurang dengan hang? Cer habaq mai!”

Zeek angkat bahu, “Tanggungjawab aku besar sekarang. Aku kena fikir

keluarga aku dulu sebelum aku fikir pasal diri aku dan aku takut nak

tambah tanggungjawab aku kalau aku sunting dia nanti. Aku takut aku

terleka dan ada di antara tanggungjawab aku tu, aku terambil ringan.”

“Tapi hang suka dia.”

Zeek senyum, “Suka, cinta tak bermaksud kita kena memiliki. Antara cinta

dan keluarga, aku pilih keluarga. They are my everything! Adni dengan

Acha belajar lagi. Amli pun pernah korbankan pelajaran dia demi abah.

Sekarang, biarlah aku pulak berkorban. Aku nak Amli teruskan balik

pengajian dia yang terhenti.”

“Hang nak korbankan rasa hang untuk perempuan tu?”

“Kalau ada jodoh aku dengan dia nanti, tak kemana jugak kan?”

Kata-kata Zeek buat Alif terus diam. Dia faham maksud Zeek. Itu pilihan

Zeek dan dia sendiri pasti, kalau dia sendiri di tempat Zeek, mesti

pilihan yang sama akan dia pilih. Demi keluarga, dia pun rela korbankan

segalanya...

Nurul Ain mengikut langkah Dini yang laju seperti bullet train. Tak

tahulah apa yang dikejar sangat oleh si Dini. Hari ini, Nurul Ain

dikejutkan dengan penampilan NurDini. Berbaju kurung Pahang dan lengkap

berselendang! Dah gaya macam peserta Gadis Melayu dah. Kasut tumit

tinggi yang selalu dia pakai, pun dah digantikan dengan ballet plat

dengan corak polka dot. Dari gaya moden habis ke gaya gadis Timur yang

sopan.

“Dini, hang kalut ni nak pi mana sebenaqnya?” Nurul Ain menarik tangan

Dini yang laju ke hadapan.

“Nak pi tangkap gambaq passport!”

“Dah pulak! Hari tu kan dah tangkap?”

“Ish, tu gambaq aku zaman jahiliyah.”

Nurul Ain ukir senyum, “Amboi, apa yang dah buat NurDini berubah sampai

jadi lagu ni?”

Dini buat muka, “Perli! Perli! Jomlah lekaih.”

Nurul Ain menggeleng namun dia tetap mengikut langkah NurDini yang laju

kehadapan, “Hang jatuh cinta ka, wei?”

“Diamlah!” Dini buat muka.

“Hang jatuh cinta ka? Hah? Hah?” Nurul Ain terus-terusan menggiat Dini

sehinggalah mereka masuk ke kedai Afif@Alif’s Pictures.

Di kedai gambar Afif@Alif’s Pictures, Zeek angkat muka sebaik sahaja

dengar pintu kedainya ditolak. Baru dia nak ukir senyum, dia rasa dia

jadi beku tiba-tiba. Si gadis yang tadi asyik menyiku temannya turut

terkaku. Eh?!

“Hai!” Dini melambai tangannya di wajah Zeek bila dia lihat Zeek terkaku

memandang dia dan Nurul Ain.

“Oh, hai!” Spontan Zeek ukir senyuman manis. Nurul Ain yang memandang,

ketap bibir. Senyuman Zeek tu... dia rindu dan pada masa yang sama, dia

cemburu pada Dini!

“Saya nak tangkap gambar passport. Nak yang lapan keping punya,” Dini

kerdipkan matanya kepada Zeek.

Zeek menganggukkan kepala, “Cik boleh ke belakang dulu. Kejap lagi saya

pergi.”

Dini kerutkan dahi, “Eh, mamat yang kaunter hari tu mana eh?”

Zeek kerut dahi seketika sebelum tersenyum, “Dia ada urusan di luar.

Nanti dia balik.”

Dini mengangguk. Wajahnya jelas terbias rasa hampa sebelum dia berpaling

kepada Nurul Ain, “Ain, hang tunggu sat noh!”

Nurul Ain yang berada di dalam dunianya sendiri, sedikit tersentak bila

Dini memanggil namanya, “Okey.”

Sebaik saja Dini pergi ke bahagian belakang kedai, Nurul Ain bergerak ke

kaunter, “Kenapa?”

Zeek buat muka kelam.

“Kenapa dah lama tak pergi taman tasik?”

Zeek angkat bahu dan terus berlalu ke bahagian belakang kedai. Sepotong

senyuman pun tidak dia berikan kepada Nurul Ain. Nurul Ain hela nafas.

Kenapa Zeek jadi macam ni? Tangannya terus mencapai sekeping kertas yang

ada di dalam beg tangannya dan pen yang ada di atas kaunter kedai terus

diambil. Dia menulis sesuatu di atas kertas itu sebelum meninggalkan

kertas itu di atas meja kaunter dengan pen menjadi penindih kertas itu.

‘Sabtu ni saya tunggu awak di taman tasik. Saya akan tunggu sampai awak

datang!’

Zeek duduk termenung merenung kertas yang dia dapat pada hari Khamis

hari tu. Separuh hatinya ingin pergi ke taman tasik, separuh lagi

hatinya melarang keras. Jujurnya, sejak kehadiran Nurul Ain di kedainya,

hatinya jadi berbelah bagi. Ingin saja dia luahkan apa yang terpendam di

dalam hati tapi...

Bunyi ketukan di pintu bilik buat dia panggung kepala. Pintu bilik

terbuka dan Adni menjengulkan kepalanya dari balik daun pintu, “Along.”

“Angah,” Zeek senyum, “Kenapa?”

“Saja. Along tengah buat apa?”

“Nothing. Tadi kemas bilik sikit.”

“Oh!” Adni mengangguk.

“Kenapa angah? Angah macam nak cakap something je dengan along.”

Adni ukir sengih serba salah, “Er...”

Zeek angkat kening, “Kenapa?”

“Amli dengan Acha mengadu dekat angah.”

Zeek kerutkan dahi, “Mengadu pasal apa?”

“Pasal along.”

“Hah? Along tak jalankan tanggungjawab along dengan baik ke?”

“No! Along, apa skema sangat ni?” Adni geleng kepala.

Zeek sengih sebelum dia kembali seriuskan wajahnya, “Jadi, apa masalahnya?”

“Kenapa along dah tak ke taman tasik?”

Zeek terpempan namun dikawal riak wajahnya, “Dah bosan.”

Adni hela nafas, “You are not yourself, along.”

“Along... rasa dari buang masa dekat situ, lebih baik along duduk rumah.

Jaga umi, tolong umi, tolong adik-adik along.”

“You’re hiding something, kan?”

“Mana ada,” Zeek menafikan.

Adni akhirnya mengangkat bahu. Dah give up dari sesi soal siasat dengan

Zeek. Sebelum dia keluar dari bilik Zeek, dia berpaling, “Semalam, angah

ternampak kertas kat atas meja along. Along nak biar dia tunggu sampai

bila? It’s going to rain soon.”

Zeek terpempan. Dia terus pandang ke luar tingkap. Betul. Langit di luar

gelap, tanda hujan bakal turun. Hoodie yang selalu dia pakai terus

dicapai. Kunci kereta, dompet dan telefon pintarnya diambil dan terus

dia keluar dari bilik.

“Along, nak ke mana? Nak hujan ni,” umi yang baru keluar dari dapur,

bertanya.

“Along nak keluar. Kejap je! Nanti along balik,” Zeek capai tangan

uminya lalu dia kucup belakang tangan umi, “Assalamualaikum!”

Umi hela nafas, “Waalaikumussalam...”

Nurul Ain berpeluk tubuh di bawah pohon besar. Sesekali dia memerhatikan

sekeliling, mana tahu Zeek ada tapi dia hampa. Nurul Ain mendongak ke

langit. Langit gelap. Tengok gaya, hujan pasti akan turun bila-bila masa

sahaja.

Angin yang bertiup kencang buat Nurul Ain memeluk tubuhnya dengan lebih

erat. Sejuk! Hati Nurul Ain hampa. Sangat hampa. Nurul Ain betulkan

letak beg di bahunya sebelum berpaling untuk berlalu namun dia terkaku.

Zeek berdiri di situ. Wajahnya tenang tak beriak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience