Bab Akhir

Family Completed 3187

Sekarang Alisha hidup bahagia bersama mama,ayah dan Wawa.Hari harinya diserikan dengan kelibat Puan Rosmah dan adik angkatnya.

"Assalammualaikum ma.."sapa Alisha sebaik sahaja turun ke bawah untuk bersarapan.

"Waalaikummussalam.Ha ni mama ada masak nasi goreng tom yam.Meh makan."ajak Puan Rosmah.

"Mana ayah?"tanya Alisha.

"Ayah ada kat bilik pejabat tu ha."

Alisha duduk di sebelah Wawa yang kelihatan begitu selera menjamah sarapannya.Pipi mulus itu dicuit lembut.Wawa tersenyum ke arahnya lalu turun dari kerusinya.Paha Alisha menjadi singgahan gadis kecil itu.

"Wawa..turunlah.Kesian Kak Lisha tu nak makan. Wawa tu bukannya ringan macam dulu dulu lagi." kata Puan Rosmah.

"Tak nak.Wawa nak makan dengan Kak Lisha." balas Wawa.

"Manja betul dengan kakaknya."usik Puan Rosmah sambil tergeleng geleng.

"Biarlah ma..setakat Wawa ni apa lah sangat.Kan Wawa.."kata Alisha lalu menggeletek pinggang Wawa membuatkan si kecil itu ketawa kegelian.

"Err..mama.Mama rasa papa kat mana sekarang?"tanya Alisha sambil mengacau ngacau nasinya di piring.

"Lisha..papa Lisha dah takde."jawab Puan Rosmah.

"Ha?maksud mama?"

"Mama dapat tahu papa terlibat dalam kemalangan bersama dengan teman wanitanya namun teman wanitanya dapat diselamatkan.Papa Lisha pula..tak dapat diselamatkan kerana berlakunya pendarahan dalaman."jelasnya bersama wajah yang muram.

"Innalillahiwainnailaihirojiun.."bohonglah jika Alisha tidak terasa dengan kehilangan papanya secara tiba tiba.

"Tapi mama pernah terjumpa papa sebelum kemalangan tu berlaku.."ingatannya berbalik pada suatu ketika dahulu.

"Hai awak.."sapa Raziq yang secara kebetulan bertemu dengan Puan Rosmah di sebuah cafe.

"Apa kau nak?"tanya Puan Rosmah malas.

"Boleh saya duduk?"

"Duduklah..bukan kerusi saya pun.Kalau saya kata tak boleh awak tetap akan duduk kan."sinis wanita itu.

"Saya nak minta maaf ngan awak.Saya sedar saya ada buat salah kat awak."katanya ikhlas.

"Kau ingat aku percaya ke dengan kata kata kau?"soal Puan Rosmah sinis.

"Beberapa hari lalu saya terjumpa Nia."katanya membuatkan wanita dihadapannya terkejut beruk.Selepas dia tinggalkan Dannia,dia tidak pernah bertemu dengan anaknya itu.

"Dia dah besar dah sekarang.Rupa dia betul betul macam awak.Dia kelihatan begitu matang sekali sehingga kan saya tidak nampak ciri ciri Nia yang dahulu padanya."sambungnya lagi sambil tersenyum mengingatkan pertemuannya bersama Dannia tempoh hari.

"So..so what?sebelum ni kau juga tak nak mengaku dia tu anak kau.Sekarang nak trip caring tu kenapa?"

"Jika umur masih berpanjangan,saya nak minta maaf darinya.Saya sedar bahawa saya telah banyak membuat dosa terhadap Nia."balasnya.

Alisha termangu mendengar cerita mamanya tentang pertemuannya bersama Encik Raziq.

"Papa nak minta maaf dari Alisha tapi Allah dah tarik nyawanya terlebih dahulu."kata Puan Rosmah.

"Alisha dah maafkan papa pun.Sebab Alisha sayang papa Lisha."balas Alisha sambil tersenyum.

*****

Kringg..

Alisha melintasi kawasan kantin untuk ke kelasnya namun kelibat seseorang menarik perhatiannya lalu dia pun menyinggahi tempat orang itu.

"Hai Fairuz!"sapanya.

"Eh hai Lisha.Awak buat apa kat sini?"tanyanya.

"Saya nak ke kelas tadi tapi ternampak awak kat sini so saya singgahlah kejap.Boleh saya duduk?"

"Boleh.Duduklah."

"Awak..saya nak ucap terima kasih tau.Disebabkan awak,saya dah sedar kesilapan saya dan sekarang saya hidup bahagia dengan mama."ucap Alisha.

"Alhamdulillah..baguslah tu.So saya tak dapat apa apa hadiah ke?"soal Fairuz saja ingin mengenakan Alisha.

"Hadiah?"

"Yup!"

"Awak nak ape?saya tak ada banyak duit ni."kata Alisha sambil melihat isi dompetnya..

"Saya gurau je lah."balas Fairuz sambil tertawa.

"Ran.."panggil Alisha membuatkan Fairuz terhenti ketawa.

"Macam mana.."

"Jadi betullah awak Ran?budak lelaki yang bagi saya pembalut luka doraemon dulu kan?saya dah agak dah itu awak semenjak motor awak langgar saya dulu.Pastu,kat taman kelmarin pun saya dapat tangkap yang awak ni Ran.Mamat doraemon."Alisha ketawa terbahak bahak.

"Tak sangka dapat jumpa awak lagi selepas kejadian kat taman dahulu."sambungnya.

"So awak ni Nia.Gadis kecil yang terluka semasa bermain kat taman dulu?"

"Ha ah!tu nama sebenar saya.Dannia Lea tapi orang panggil saya Nia.But now orang panggil Lisha je lah.."jelasnya.

"Kalau cam tu saya panggil awak Nia lah."kata Fairuz.

"Kenapa pula?"

"Saya tak nak jadi macam orang biasa yang lain. Saya nak jadi yang istimewa pada diri awak."katanya sambil tersenyum.

Alisha tersentak.

"Ahhah..ada ada je awak ni."Alisha membuat mimik muka ketawa namun Fairuz masih dengan senyumannya.Akhirnya Alisha turut tersenyum. Dia telah mendapat kebahagiaannya sendiri. Kawan kawannya yang lain suka berkawan dengan dirinya semenjak dia mula bergaul dengan mereka.Akhirnya sekeping hati milik Alisha telah sembuh dari kedukaan lalu.

~Tamat~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience