Rate

prologue

Fantasy Series 311

Jaja gelak kuat-kuat. Ketawa kuat yang dibuat-buat tetapi air mata merembes keluar seperti air terjun Sunway Lagoon, hingus meleleh keluar dan muka terasa panas membahang. Kedua tangannya menggeletar menahan seribu perasaan yang bercampur baur.

"Wah, kenapa dengan aku ni. Please Ja kau kena berhenti menangis ni kau macam orang bodoh sekarang ni", Jaja cuba memujuk diri yang akhirnya dia melalak kuat seorang diri didalam keretanya. Mukanya disembamkan keatas stereng kereta.

Telefon bimbitnya berdering dari dalam beg kanvas putih. Jaja tahu itu panggilan dari Alan. Alan, rakan kolej lamanya merangkap rakan baiknya merangkap cinta hati yang bertepuk sebelah tangan Jaja yang tiada seorang pun tahu. Alan sendiri pun tidak tahu Jaj
a dalam diam menyukainya. Skrin telefon ditekan lemah.
"Ja mana kau kenapa kau pergi gitu je? Aku tak habis cakap lagi. Aku nak minta tolong kau kan". suara Alan merungut perlahan. Jaja mengeluh.

"Aik mengeluh nampak, susah sangatkah permintaan aku tu Ja? Aku cuma minta kau tolong aku menyambungkan kasih sayang aku dengan Aina je. Susah sangatkah ? Kau kan kawan baik dia tolonglah aku. Kita kan kawan dah lama".

Jaja memejamkan matanya. Ikutkan hati dia tidak mahu mengangkat panggilan si Alan ni dengan suara menangisnya tapi dia juga tak nak Alan fikir bukan-bukan selepas dia sendiri pergi begitu saja setelah Alan membuat pengakuan tentang perasaanya terhadap Aina.

"Um, ok", balas Jaja pendek.

"Ok ? maksudnya kau nak tolong aku lah ni? sungguhlah Ja?".

"Um". Jaja mengelap air matanya. Sedaya upaya dia menahan daripada menarik nafas dengan kuat bimbang kedengaran bunyi hingus.

"Yesss Ja! Macam ni lah member baik nak tolong member sendiri. Aku sayang kau Ja! Kalau jadi memang aku jemput kau makan nasi minyak aku jadi tetamu VVIP lah!", Alan separuh menjerit keriangan.

Tetamu VVIP di majlis perkahwinan crush dan kawan baik. Air mata Jaja kembali bergenang hebat.

"Bye", talian dimatikan Jaja sebelum Alan sempat berkata selanjutnya. Telefonnya dimatikan lalu dibaling ke seat sebelah pemandu.
Sterengnya kembali menjadi kawan menangisnya pada hari itu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience