I Love You Cik Orkid! (3)

Poetry Series 837

"Assalammualaikum!"

Jeritan 5 orang lelaki dari luar rumah kayunya mengejutkan Orkid dan ibunya,Puan Hanis. Mereka berdua yang sedang menonton korean drama itu sedikit terganggu dek salam yang diucapkan dari luar.

"Waalaikumsalam." jawab Puan Hanis kepada 5 orang jejaka yang berada di luar. Jejaka di situ agak terkejut. Ini ke Orkid? Tua betul? Biar betul bos mereka ni?

"Err. Kamu ni Cik Orkid ke?" soal salah seorang dari lelaki itu. Puan Hanis ketawa kecil. Lawak pula baginya. "Tak lah. Saya mak dia. Buat apa ya dengan anak saya?"

"Kami datang ni nak berbincang sedikit dengan anak puan. Hm. Biar kami jumpa sekejap." Puan Hanis sudah hairan. Apa pula urusan anaknya dengan jejaka tidak kacak ini? Keningnya bertaut namun dia masih membenarkan.

"Orkid! Ada orang nak jumpa kamu ni! Ke sini jap. Mak nak buat air dulu."

Orkid mengangguk dan terus berjalan ke muka pintu. Wajah yang asing baginya. "Korang ni anak sapa?" tanya Orkid. Lima orang jejaka tadi hanya tersenyum. "Cik kenal Haidar?"

Orkid mengangguk. Kenapa dengan mamat tu? Teringat pula peristiwa Haidar meluahkan perasaan terhadapnya. Pipinya bertukar merah kerana malu. Sejak hari itu, Haidar sudah tidak berkunjung ke kafe tempatnya bekerja.

"Ehem. Kami ni datang sebab nak tanya Cik Orkid ni single ke? And berkenan tak dengan Haidar. Apa pendapat cik terhadap dia? Boleh beritahu kami?"

Orkid semakin pelik namun dia masih menjawab pertanyaan mereka. "Saya masih tak berpunya dan kalau tentang Haidar, bagi saya dia baik. Tu je kut. Nak saya puji apa lagi?" ujar Orkid.

Salah seorang dari jejaka tadi hanya menggaru kepala. Namun tangan mereka masih mencatat pendapat gadis muda yang mengenakan tudung bawal berwarna merah jambu itu.

"Okey. Kalau macam tu kami pergi dulu ya? Kirim salam kat mak awak." ujar lelaki itu. Orkid hanya mengangguk. Sudahlah maknya sedang membancuh air. Kasihan pula air tidak diminum. Terpaksalah dia seorang yang habiskan.

--

"Itu je? Korang biar betul?" soal Haidar dengan nada yang terkejut. Air kopi yang dibancuh oleh pembantu rumahnya sebentar tadi dihirup sedikit.

Jejaka itu hanya mengangguk. "Ya bos. So nak kami buat apa?" soal jejaka tersebut.

"Tak payah buat apa lah. Nanti aku suruh mak aku pinang terus. Senang. Malas aku nak panjangkan cerita. Lagipun aku tak nak dia kena rampas."

Haidar mengurut pelipis. Pendapat Orkid Delisha terhadapnya seolah-olah gadis itu tidak berminat langsung terhadapnya.

Kakinya dibawa turun ke tingkat bawah rumahnya. Puan Dina yang masih menonton drama TV3 itu disapa.

"Mama. Nak kahwin."

Puan Dina terperanjat. "Hei. Mengejut betul. Kamu ni demam ke?"

"Tak ma. Haidar serius. Sumpah. Nama dia Orkid. Please pinangkan dia untuk Haidar. Please." pinta dengan kepala sengaja ditundukkan seolah merayu. Puan Dina sudah blur. "Mana gambar dia. Nak tengok."

Haidar terus membuka aplikasi Instagram. Setahunya gadis itu memang selalu mengambil gambar sendiri dan post ke akaunnya. Gambar gadis itu ditunjukkan ke ibunya.

"Uish. Banyak followers dia ya. Lima ribu. Wah. Lawa. Pakai tudung pula tu. Muka nampak baik." puji Puan Dina. Haidar tersenyum bangga. "Kan?"

"Bila kamu nak mama pinang dia?"

"Esok."

---

"Jadi. Kamu terima?"

Wajah tua wanita itu dipandang oleh Orkid. Muka yang berharap. Tak sampai hati pula dia tolak. Lagipun, Haidar seperti lelaki yang baik baginya dan ini sahaja tunang. Kalau Haidar tak baik, putuskan je la. Err. Boleh ke macam tu?

"Orkid..terima."

Puan Dina meraup mukanya tanda syukur. "Meh jari. Mak cik sarungkan cincin. Ini tandanya kamu tunang Haidar. Jangan kecewakan dia ya?"

Orkid mengangguk faham. Beberapa minit kemudian, Puan Dina mengambil keputusan untuk balik dan memberitahu Haidar tentang ini.

Puan Dina masuk ke kereta Axia miliknya. Telefon diambil dan aplikasi WhatsApp dibuka.

"Orkid terima..Alhamdulillah."

Mesej tersebut dihantar ke anak lelakinya dan dia terus memulakan pemanduan untuk meninggalkan kawasan kampung itu.

-

Haidar sudah meloncat gembira melihat pesanan dari ibunya. Alhamdulillah. Terima juga akhirnya.

"Aku harap hubungan ni dapat sampai ke alam perkahwinan. I love you Cik Orkid!"

-THE END-

-Okay wait for the next book

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience