81

Romance Series 93218

“Encik Yasir!!" Laung Nelly kuat. Wajahnya kelihatan sedikit pucat. Malah nafasnya juga agak tercungap - cungap.

“Yes, Nelly. What's wrong with you? Cemas semacam je ni kenapa?" Soal Yasir pelik.

“Encik Yasir, I rasa better you turun ke lobi sekarang. Encik Ezmal dalam bahaya." Luah Nelly selaku pembantu peribadi Ezmal. Nadanya kedengaran sangat cemas.

Mendengarkan cerita Nelly membuatkan jantung Yasir berdegup kencang. Tanpa menunggu lama, dia segera berlari meninggalkan Nelly dalam keadaan terpinga - pinga. Entah mengapa hatinya berasa kurang enak. Sejak kebelakangan ini jiwanya sering resah. Malah dia juga sering mendapat mimpi yang buruk mengenai abangnya ketika tidur malam tadi. Adakah ini semua adalah petanda di atas keresahannya selama ini?

Ketika Yasir tiba di lobi, kelihatan suasana di situ sudah mulai kecoh. Rata - rata kakitangan - kakitangan di situ dilihat begitu cemas dan ketakutan. Tidak cukup dengan itu beberapa orang polis bantuan juga dilihat begitu bertungkus lumus cuba untuk menenangkan keadaan. Yasir semakin resah. Langkah kakinya laju menuju ke ruang tengah lobi. Namun jantungnya bagaikan terhenti berdegup saat melihat tubuh Ezmal sedang berada di dalam cengkaman seorang lelaki yang tidak dikenali. Lebih mencemaskan apabila sepasang matanya tertumpu ke arah sepucuk pistol yang disasarkan tepat ke arah kepala abangnya. Yasir kaget. Fikirannya menjadi buntu. Dia tidak tahu apakah tindakan yang sewajarnya harus diambil bagi menyelamatkan Ezmal. Akhirnya perlahan - lahan Yasir menapak mendekati lelaki itu.

“Jangan dekat!! Kalau tak, aku bunuh dia!!" Jerit lelaki itu sebaik menyedari langkah Yasir yang semakin mendekat.

“Sabar, bro! Sabar! Bawa bertenang. Kita boleh berbincang. Jangan buat tindakan terburu - buru macam ni." Pujuk Yasir perlahan.

Ezmal yang masih berada di cengkaman lelaki itu dilihat berkali - kali menggelengkan kepalanya ke arah Yasir. Sebolehnya dia tidak mahu Yasir ikut campur dalam keadaan sebegini. Akalnya ligat memikirkan bagaimana caranya untuk dia memboloskan diri dari genggaman lelaki itu.

“Berbincang kau cakap?? Dah terlambat, bro! Masa korang plan nak humban adik aku ke dalam penjara, ada korang datang berbincang dengan aku? Tak kan?? And now korang nak suruh aku berbincang dengan korang pulak? Go to hell!!" Jerit lelaki itu dengan bengis.

“Tapi adik kau memang bersalah, Zafriel! Dia terlibat dengan cubaan membunuh kau tahu tak? Perkara macam tu bukannya boleh dibuat main - main." Kali ini Ezmal memberanikan diri untuk membalas kata - kata lelaki yang bernama Zafriel itu.

“Diam!! Aku tak nak dengar apa - apa pun yang keluar dari mulut kau!!" Tempik Zafriel kuat. Lebih menggerunkan apabila tangannya semakin mencengkam leher Ezmal sehingga membuatkan wajah Ezmal kemerahan menahan sakit.

Kini fahamlah Yasir mengapa lelaki itu tiba - tiba datang menyerang abangnya. Semuanya hanya kerana sebuah dendam. Yasir menarik nafas sedalam - dalamnya. Kepalanya ligat memikirkan ayat yang terbaik untuk menenangkan situasi cemas ini.

“Aku tahu kau kecewa dengan apa yang dah terjadi. Especially Trisya tu adalah satu - satunya adik yang kau ada. Tapi kau kena ingat bro. Walaupun kau try hard untuk sorokkan kesalahan Trisya tu, lambat laun polis akan tahu juga. Saksi dekat situ ramai, bro. Lagipun hal ni dah melibatkan nyawa orang kau tahu tak? Apa kau rasa jika perkara yang sama terjadi dekat adik kau? Sebagai abang, sedikit sebanyak kau mesti nak tuntut bela on behalf Trisya juga kan?" Yasir cuba bermain tarik tali dengan Fariz.

Zafriel dilihat menghela nafas panjang. Wajahnya tiba - tiba menjadi sugul. Tanpa sedar cengkaman Zafriel terhadap Ezmal langsung terlepas sekaligus membolehkan Ezmal menyelamatkan dirinya dengan pantas. Zafriel langsung terduduk sambil meraup wajahnya berkali - kali. Air matanya laju mengalir membasahi pipi.

“Tapi Trisya bukan seorang pembunuh! Dia tak kan sanggup lakukan semua tu. Trisya bukan gadis yang macam tu! Aku kenal adik aku." Zafriel menggeleng kepalanya berkali - kali. Dia cuba untuk menidakkan akan kenyataan itu.

Ezmal dan Yasir saling berpandangan. Entah mengapa untuk kali ini mereka seakan tersentuh melihat keadaan diri Zafriel.

“Sama ada kau percaya atau tidak, itulah kenyataannya Zafriel. Aku tahu semua ni agak berat untuk kau terima. Tapi kau anggaplah semua ni sebagai kifarah buat kau. Allah tu Maha Kuasa, Zafriel." Ezmal meluahkan pendapatnya.

Zafriel terkedu seketika Lama wajah Ezmal menjadi tatapan matanya. Zafriel cuba untuk mencari maksud di sebalik kata - kata Ezmal itu tadi. Namun entah mengapa, fikirannya seakan disekat. Kepalanya langsung tidak mampu memikirkan apa - apa buat masa
ini. Yang ada di fikirannya hanyalah Trisya. Trisya yang sedang menangis mengenangkan takdir yang menimpa dirinya.

“Apa maksud kau, Ezmal?" Soal Zafriel tidak faham. Langkah kakinya semakin mendekat menuju ke arah Ezmal.

“Kau mungkin lupa, Zafriel. Tapi tidak bagi aku. Aku tak akan lupa apa yang kau dah buat pada arwah Ramona dahulu. Kau kejam, Zafriel. Kau seksa hidup Ramona. Kau perlakukan dia seperti binatang. Berbulan - bulan dia menderita menanggung kesakitan di atas perbuatan kau. Dia kandungkan anak kau. Tapi sikit pun kau tak ambil peduli. Malah kau masih juga jadikan Ramona sebagai hamba seks kau. Sepanjang dia terlantar sakit di hospital, ada kau datang melawat dia? Takde kan? Then semasa anak kau lahir, ada kau datang jenguk dia di hospital? Takde juga kan? Sampai akhir hayat anak kau tu, kau tetap tak munculkan diri. Manusia jenis apa kau ni, Zafriel? Mana perginya sifat berperikemanusiaan kau selama ni?" Kali ini nada Ezmal mula meninggi. Setiap baris ayatnya penuh dengan kebencian.

Sekali lagi Zafriel bagaikan terkedu mendengar setiap tohmahan yang dilemparkan kepadanya. Entah mengapa dia merasakan dirinya seakan terpukul dengan kata - kata Ezmal. Zafriel dilihat tertunduk lemah sambil memegang kepalanya. Esak tangis kejantanannya semakin jelas kedengaran.

“Penderitaan yang adik kau tanggung di dalam penjara tu tidak sebesar penderitaan yang arwah Ramona tanggung selama ni, Zafriel. Bersyukurlah kerana adik kau masih diberi kesempatan untuk berubah dan bertaubat. Bagaimana jika semasa semasa kemalangan itu terjadi, Allah turut mengambil nyawanya bersama? Tidak ke kematian Trisya itu dianggap sebagai suatu kematian yang sia - sia?" Sambung Ezmal lagi.

Zafriel semakin tertekan. Setiap kata - kata Ezmal bagaikan belati tajam yang menikam - nikam hatinya. Semakin dibiarkan, semakin terseksa jiwanya dirasakan. Zafriel tekad. Dia harus melakukan sesuatu demi membela nasib adiknya. Sepantas kilat Zafriel berdiri lalu tangannya menggapai sepucuk pistol yang berada tidak jauh dari kedudukannya sebentar tadi. Pistol diangakat lalu dia mengacukan ke arah Ezmal. Melihatkan situasi itu, Ezmal dan Yasir menjadi panik. Langkah kaki mereka bagaikan terpaku di situ dan di saat itu juga Zafriel telah mengambil kesempatan untuk meepaskan tembakan ke arah Ezmal. Yasir yang menyedari akan hal itu sepantas kilat menghalang tubuh Ezmal dari menjadi mangsa tembakan sekaligus menjadikan dadanya sebagai mangsa tusukan peluru berkenaan. Serta merta Yasir rebah ke lantai dengan tubuh yang berlumuran darah.

“Yasirrrrr!!!!!" Laung Ezmal dengan kuat sehingga bergema suaranya di ruang lobi berkenaan.

Ezmal berlari ke arah Yasir. Tubuh adiknya dipangku bersama linangan air mata yang turun membasahi pipi. Berkali - kali tubuh Yasir digerakkan namun Yasir masih jua tidak sedarkan diri.

“Yasir, bangun Yasir!! Jangan buat abang Ez macam ni. Bangun adik!! Abang Ez yakin Yasir kuat!! Bertahan Yasir. Bertahan!! Ya Allah, Zafriel!! Apa yang kau dah buat ni hah???" Laung Ezmal dengan suara yang kedengaran sebak.

Suasana menjadi semakin cemas apabila Fariz dilihat seperti ingin melarikan diri. Namun belum sempat kakinya melangkah keluar, beberapa das tembakan telah dilepaskan ke arahnya oleh polis - polis bantuan itu tadi. Akhirnya Zafriel turut sama terkulai layu menyambah bumi.

Share this novel

Honda Scoopy95
2020-03-04 18:51:48 

masa sih? kok aku gk pernah tau

panda starbucks
2020-03-04 18:47:44 

ceritanya menarik banget aku suka


NovelPlus Premium

The best ads free experience