~HEADLINE/ENTRI-ENTRI UTAMA~

Thriller Series 558

~HEADLINE/ENTRI-ENTRI UTAMA~

"GANGGUAN DI APARTMENT

HAUNTED HILLS BUKAN

KES BIASA?"

~~"Itu memang betul Run. Tapi kes Zurin ni entahlah..tadi Yana call aku. Dia sampai mintak aku atau sesiapa je untuk datang escort dia kat lokasi kes sekarang. Ada masalah sikit. Dia tersesat sampai tak jumpa jalan keluar. Bermacam-macam gangguan lain berlaku. Ni yang aku call kau nak mintak kau pergi tengokkan Yana kejap. Dia kata kes yang Zurin handle ni bukan kes biasa''-Ghani Rasyid(Pengarah Urusan Syarikat Penerbitan akhbar tabloid misteri BONGKAR.

          _________________________

      "BAGAIMANA LAMPU BOLEH
MENYALA? WALHAL BEKALAN
ELEKTRIK SUDAH LAMA DI

POTONG?"

~~"Saya sekarang sedang berada di tingkat dua blok D apartmen Hunted Hills. Seperti yang anda saksikan dalam video ini. Lampu ruangan hall mini yang saya percayai adalah bilik kegunaan staf management pangsapuri Haunted Hills sekitar dua puluh tahun lalu ini dapat menyala dengan baik dan terang sekali. Inilah yang menghairankan!,walhal bekalan elektriknya sudah lama di potong"-Wartawan Yana Maya.

          _______________________

    "HANTU ATAU APA SEBENARNYA
YANG MENGAWAL APARTMENT

TERBIAR HAUNTED

HILLS?"

~~"Aku dapat rasakan seolah tempat ni sedang di kawal oleh sesuatu..sesuatu yang lebih dari sekadar gangguan hantu atau makhluk halus..aku tak pasti kita sebenarnya sedang berdepan dengan 'apa' kat tempat ni. Aku percaya dan yakin engkau boleh buat penyiasatan dan penelitian lebih lanjut dan mendalam lagi tentang apartmen Hunted Hills ni Yana"-Wartawan Harun Nasharudin.

            _______________________

        MAKLUMAT/SEJARAH
APARTMENT HAUNTED HILLS

 
~~Apartmen Haunted Hills memiliki sebelas buah blok bangunan pangsapuri yang kini terbiar sunyi semenjak dari tahun 90an. Di katakan dahulu pernah berlaku perkara aneh yang menyebabkan para penghuninya mengalami pengsan beramai-ramai secara tiba-tiba. Keadaan terus berulang. Penduduk menggelarnya sebagai Black Fog kerana setiap kali apabila keadaan itu hendak berlaku,akan muncul kabut hitam. Penyebab keadaan yang di sifatkan sebagai supernatural itu masih gagal di rungkai misterinya. Penduduk akhirnya terpaksa berpindah beramai-ramai. -Petikkan maklumat dari jurnal Zurin Nordin(bekas wartawan sambilan).

           __________________________

   "BEKAS WARTAWAN SAMBILAN
TABLOID BONGKAR DEDAHKAN
APA YANG BERLAKU KEPADA

DIRINYA"

~~"Kak Yana..abang Harun..Zurin terpaksa berhenti kerja sebab Zurin takut! Zurin takut kalau orang tu datang cari Zurin lagi"kata Zurin dengan suara seperti orang gementar dan ketakutan.

"Zurin dah buat repot polis?"tanya Harun pula.

"Tak..Zurin tak berani bang Harun. 'Dia' dah bagi amaran kalau rahsia tentang Haunted Hills terbongkar hingga ke pengetahuan khalayak,dia akan datang cari Zurin lagi"~~

              _____________________

       "YANA MAYA DAKWA DI
DATANGI TETAMU MISTERI
DAN DI BERI AMARAN?"

~~Tiba-tiba tetamu itu pun melemparkan segulung akhbar masuk ke dalam pagar rumah dan jatuh betul-betul di hadapan kaki Yana. Pantas Yana memungutnya. Ia adalah akhbar tabloid keluaran terbaru syarikat BONGKAR.

"Kau tak sepatutnya menerbitkan artikel pendedahan tentang Haunted Hills!"keras suara orang tidak di kenali itu. Seakan dia memberi amaran pada Yana.

Yana tersentak!

Memang ada tersiar artikel tentang tinjauannya baru-baru ini ke Hunted Hills serta pendedahan tentang perkara-perkara aneh yang menimpanya sewaktu di tempat itu.

"Ingat baik-baik..aku akan mengawasi gerak-geri dan setiap penulisan artikel kau berkaitan Haunted Hills. Kau harus membuat pilihan bijak samada berhenti dari menerbitkan artikel sambungan berkaitan Haunted Hills atau membuat artikel pembetulan dengan memberitahu kepada pembaca tabloid dan orang ramai bahawa Haunted Hills tak lebih dari sekadar tapak pangsapuri terbiar dan berhantu..atau.."

"Atau apa?!"soal Yana.~~

       ____________________________

  "WARTAWAN DARI SYARIKAT TABLOID 'SELONGKAR' DI TEMUI MATI DALAM KEADAAN NGERI"

~~Bergegas Yen berlari menuju ke arah bangunan apartmen blok G sebelum terkejut besar setelah menemui wartawan Izak sudah terpacak dekat dinding tepi blok terbabit dalam keadaan kedua tangan dan kaki terdepang.  Keadaannya seperti lembing terpacak. Anggota badannya di telah di benam dengan cakera-cakera tajam seperti bumerang yang pelik dan aneh bentuknya.

Kedua-dua biji matanya sudah di korek. Pakaian wartawan Izak berlumuran darah. Dia tidak tahu bagaimana caranya orang misteri itu menggantung Izak sedemikian rupa. Tapi Yen sedar pada adatnya Izak sudah tiada lagi.

"Izakk? Tidak..tidaaaaaAAAAAAKKK!!!"

Raungan Yen memecah suasana. Kakinya lemah. Air matanya tak mampu di tahan. Kini baru wartawan itu sedar kenapa akhbar tabloid BONGKAR mengambil keputusan untuk menghentikan siasatan dan pembongkaran misteri di kawasan terbabit. Tapak apartmen Hunted Hills sememangnya ada yang 'menjaganya'. Dan 'ia' tidak suka orang luar datang ke situ atau cuba menyelongkar rahsia di sebaliknya. Atau 'ia' akan memaksakan mereka dengan kekerasan dan kengerian.Dan itulah harga yang harus di bayar oleh wartawan Izak.~~

          __________________________

   "MESEJ RAHSIA DALAM KARYA
TERAKHIR PENULIS NOVEL

YANG HILANG SECARA

MISTERI"

~~"Mariah tahu sesuatu yang orang lain tidak tahu. Dia membongkarkan segala rahsia tentang fenomena misteri yang menyelubungi apartmen Haunted Hills ke dalam bentuk fiksyen penulisan novel. Di saat ibu bapa dan ahli keluarganya yang lain turut pengsan ketika di serang fenomena black fog,Mariah tidak terkesan dengan hal tersebut"ujar Tuan Jailani.

"Maksud Tuan Jailani,isteri anda yang pada waktu itu masih kanak-kanak tidak pengsan?"soal Harun.

"Ya! bahkan dia melihat sesuatu.."

Lelaki pemilik rumah banglo mewah tepi tasik itu terhenti seketika. Dia membuka cermin mata dan meraut wajah. ~~

Sedutan dari pelbagai Bab dalam siri BONGKAR! dapat di baca melalui 'HEADLINE/ENTRI-ENTRI PENTING' dan 'BULETIN BERITA MENARIK LAIN' yang sengaja di tulis seperti format membaca akhbar tabloid. Selamat membaca dan terima kasih~Nofolo o' Folobek

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience