BAB 1

Romance Completed 11647

ROSE

"Kau Rose kan?" Tegur seorang lelaki saat aku sedang mencari paku pakis di tepi semak.

"Ha'ah, saya Rose. Kenapa?"

Aku melihat lelaki itu terkebil kebil. Dia memandangku dari atas sehingga ke bawah. Aku semakin hairan melihat kelakuannya. Daripada apa yang aku lihat, dia seorang yang agak mewah. Daripada cara pemakaiannya yang memakai kot hitam, aku tahu dia seorang lelaki yang berduit.

"Ayah kau Idris?" Tanya lelaki itu lagi. Cermin mata hitam diangkat ke atas kepala.

"Ha'ah." Jawabku sepatah.

Ayah sudah lama menghilangkan diri. Kalau balik cuma sekejap, itu pun kerana ingin meminta duit daripada ibu. Entah apa yang dilakukannya.

"Nak kerja? Kalau kau kerja dengan aku banyak duit kau dapat."

Kata kata lelaki itu membuatkan mataku bercahaya. Terbayangkan duit yang banyak, aku terus menerima pelawaanya. Tamnahan pula, aku ingin membantu ibu. Siapa lagi yang akan membantunya selain aku? Kak Sofia, selepas berkahwin dia langsung tidak pulang ke rumah.

Malam itu, tanpa memberitahu ibu aku berjengket keluar dari rumah. Hajatnya ingin memberi kejutan kepada insan itu. Dengan memakai baju kurung lusuh yang dijahit khas untuk raya tahun lepas, aku menuju ke tempat yang telah diberitahu oleh Jay.

Dengan bantuan cahaya bulan yang sedang mengambang penuh, aku dapat melihat sebuah kereta Estima berwarna hitam yang diparkir di tempat yang dikatakan Jay. Aku yakin kereta itu milik Jay. Aku mula berangan-angan dapat memiliki kereta seperti itu suatu hari nanti.

Jay dan beberapa orang lelaki yang berada di dalam kereta itu melihat aku dengan muka yang terkejut. Aku yang hairan dengan reaksi mereka hanya mengerutkan dahi.

"Hey, apa yang kau pakai tu?" Tanya Jay. Matanya melihat aku atas bawah. Terlalu burukkah persalinanku ini?

"Baju kurung. Maaf, hanya ini baju terbaik yang saya ada." Aku menjawab lemah. Sejujurnya aku malu dengannya. Janganlah kerana bajuku ini, tawaran kerja tadi hilang begitu saja.

"Jay, minta pinjam la sama Lucy. Dia mesti bagi punya." Kata seorang lelaki bercermin mata hitam yang menjadi pemandu kereta itu.

Jay terus menekan nekan telefon pintar miliknya dan ditekapkan di telinga. Aku hanya melihat perbuatannya dengan mata yang tak berkelip. Tidak sabar-sabar rasanya ingin memiliki telefon seperti itu suatu hari nanti. Tanpa aku sedari, bibirku mula menguntum senyuman.

Sebaik saja aku melangkah masuk ke tempat duduk belakang kereta itu, kereta itu terus meluncur laju meninggalkan Kampung Pinang Sebatang.

Kereta yang dipandu oleh lelaki bercermin mata hitam itu berhenti di hadapan sebuah kelab malam. Seorang perempuan yang berambut kekuningan, memakai singlet merah jambu dan dipadankan dengan skirt pendek dengan warna paras peha melangkah ke arah kami.

"Mana orangnya?" Tanya perempuan itu. Cantik. Wajahnya putih bersih tanpa sebarang cela dengan bibir yang berwarna merah tentu sekali dapat menggoda semua lelaki yang melihatnya.

Jay memuncungkan bibirnya ke arahku.

"Oh, cantik. Nah bajunya." Dia menghulurkan aku sebuah beg. Aku yakin, dialah Lucy.

"Tunggu apa lagi, tukarlah." Arah Jay kepadaku.

"Tukar kat mana?" Aku memandangnya tanpa berkelip. Takkan nak tukar kat sini kot.

"Kat sini la." Ujar Jay selamba.

Awalnya, aku agak segan. Tapi kerana melihatkan muka serius Jay, aku menuruti kehendaknya. Selepas menukarkan baju kurung lusuh aku kepada persalinan yang lebih kurang sama seperti Lucy, wajahku disapu bedak dan dilengkapi dengan beberapa alat make-up lain.

Selepas selesai, Lucy beredar.

Jay tiba tiba memegang tanganku. Jantungku mula berdegup kencang. Anak matanya menikam tepat ke dalam mataku. Tanpa sepatah kata, tangannya mula menjalar ke bahuku yang seterusnya ke leher. Aku terbuai seketika dengan belaiannya.

"Kau cantik."

Aku tersedar apabila mendengar pengakuan Jay. Cantikkah aku? Aku yang tidak pernah dipuji mana mana lelaki mula terasa bangga.

Tiba tiba seorang lelaki mengetuk cermin kereta.

"Pelanggan kau dah sampai, Rose." Kata Jay sambil memandang ke arah lelaki itu.

Aku memandang ke arah Jay meminta jawapan. Apa maksud dia? Pelanggan?

Seperti mengerti maksudku, Jay menjawab. "Itu Dato' Helmi, pelanggan pertama kau. Kau buat je apa yang dia nak."

Aku.. aku.. aku menjadi pelacur? Air mata mula bergenang di kelopak mata. Dato' Helmi menarik tanganku mengikutnya. Aku seperti lembu dicucuk hidung, mengikut segala perintah lelaki botak itu.

Di dalam bilik itu, satu persatu bajuku ditanggalkan tanpa rela. Sentuhan yang diberikan lelaki botak itu terus membuai aku. Oleh kerana tidak pernah merasakan kenikmatan seperti itu, aku terkandas.

Terasa seperti bahuku dicuit cuit. Perlahan lahan aku membuka mata. Rupanya Jay yang mengejutkan aku. Aku terus memakai semua baju yang berselerakan di lantai. Jay memberikan aku enam keping not RM 50. Aku tersenyum puas. Kepenatan aku melayan nafsu serakah Dato' Helmi tidak sia sia. Ibu di kampung terus dilupakan. Aku suka dengan kerja baruku. Benar kata Jay, kerja ini memberikan aku pulangan yang lumayan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience