BAB 9

Horror & Thriller Completed 2427

“Macam mana Safar nak percaya cakap ibu. Baru tadi Nora baring atas katil ni. Sekarang dia sedang mandi. Sebab tu Safar pilihkan baju untuk dia, macam selalu.”

Selepas yakin dengan apa yang diperkatakan, Safar menuju ke bilik air. Dia mengetuk pintu berkali-kali. Safar mahu membuktikan Nora sedang berada di dalam bilik air.

“Bukak pintu, sayang. Ibu nak jumpa sayang ni.” Ulang Safar apabila setiap panggilan tidak bersahut.

Mak Eton menghampiri Safar. Dia memulas tombol pintu bilik air. Daun pintu terkuak lebar. Tidak ada sesiapa berada di dalamnya. Air pancuran mandi tidak terpasang. Lantai kering tanpa dibasahi air. Peralatan mandi masih tersusun kemas. Tidak ada tanda-tanda ia sedang digunakan.

“Nampak Safar ? Kamu dah tengok sendiri kan. Tak ada orang. Tak ada sesiapa. Tak ada Nora.” Hanya itu saja caranya untuk meyakinkan Safar.

“Tapiii...tapiii.” Safar terduduk. Punggungnya terhenyak ke lantai. Dia benar-benar tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Tidak ada sesiapa sedang berada di dalam bilik air itu.

“Mari ikut ibu keluar.” Tangan Safar ditarik. Dia berdiri semula dengan lemah. Mak Eton terus menarik tangan Safar hinggalah mereka melangkahi muka pintu.

“Bu...kenapa ibu pimpin tangan Safar pula ni? Teringat pula masa kacil-kecil dulu. Tak renggang dengan ibu.” Lalu Safar ketawa kecil. Mak Eton menarik nafas lega.

“Biar berapa pun umur kamu, kamu masih anak ibu. Ibu memang suka pimpin tangan kamu ni.” Sahut Mak Eton sambil menepuk-nepuk telapak tangan Safar.

Mereka berjalan beriringan ke ruang tamu. Di ruang tamu, Mostafa masih tidur lena. Dua beranak itu duduk berhampiran anak kecil itu. Di atas sofa empuk yang Safar hadiahkan dua tahun lepas. Safar merenung lama anak yang baru berusia lima tahun itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience