75

Romance Series 93218

Dari minggu ke minggu hubungan Yasir dan Trisya semakin menampakkan perubahan. Nampak gayanya Trisya sudah benar - benar mula jatuh hati kepada Yasir. Setiap detik dan saat dia begitu mendambakan lelaki itu di sisinya. Namun begitu lain pula bagi Yasir. Sebolehnya dia mahukan misi ini berakhir dengan secepat mungkin. Dia sudah tidak betah untuk terus bersama dengan gadis itu lagi. Ianya sungguh merimaskan.

“Trisya, kalau I nak tanya you something boleh?" Soal Yasir ketika mereka sedang minum bersama pada petang itu.

“Mestilah boleh. Anything for you. You nak tanya apa?" Soal Trisya lalu jari jemari Yasir langsung diramas - ramas manja.

Yasir cuba menepis namun Trisya lebih pantas menahan. Tanpa segan silu lengan Yasir dipaut manja lalu kepalanya dilentokkan di bahu sasa lelaki itu. Entah mengapa setiap kali bersama Yasir, hati Trisya bagaikan berbunga - bunga. Walaupun ada kalanya Yasir bersikap dingin dengannya, namun itu semua tidak mematahkan semangat Trisya untuk terus menakluki hati lelaki itu.

“Before ni you pernah bagitahu I yang you pernah bekerja dengan syarikat ZE Corporation kan? Then kenapa you berhenti eh? Bukan ke ZE Corp tu the best company dekat Malaysia ni? Setahu I ramai orang berebut - rebut nak keje dekat situ. Tapi you senang - senang je berhenti. Tak sayang ke?" Soal Yasir cuba memancing cerita sebenar.

Trisya dilihat mengangguk - anggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan apa yang diperkatakan Yasir sebentar tadi. Namun di dalam masa yang sama, riak wajah Trisya turut berubah. Jika dilihat dari air mukanya saat ini, Trisya dilihat seperti sedang menyimpan dendam terhadap seseorang.

“I bukan berhenti. Tapi I telah diberhentikan kerja. Semuanya gara - gara seorang perempuan yang I cukup benci sekarang ni." Begitu selamba Trisya meluahkan rasa hatinya.

“Seorang perempuan? Maksud you? Sorry, I tak faham." Soal Yasir pura - pura tidak mengerti.

“Actually dulu I pernah bekerja di bawah salah seorang CEO di syarikat tu. Nama dia Harraz Amsyar. To be honest, pertama kali I bertentang mata dengan dia, he made me feel so in love with him. Ketampanan yang dimilikinya benar - benar memukau pandangan mata I. Ditambah lagi dengan perwatakannya yang humbled and caring membuatkan I semakin ingin mendekatinya walaupun I tahu pada ketika itu dia dah pun berkahwin." Jelas Trisya tanpa segan silu.

“Ok then?" Soal Yasir yang mula menunjuk minat untuk mengetahui kisah selanjutnya.

“For me, Harraz ni umpama jinak - jinak merpati. Semakin I cuba untuk mendekati dia, semakin dia cuba menjauhkan diri dari I. Tapi I tak patah semangat. I tetap berusaha untuk mendapatkannya sehinggalah terjadi sesuatu yang tidak diduga di sebuah restoran. Isteri Harraz yang kebetulan berada di situ ternampak yang I cuba untuk menggoda suaminya. So berlakulah sedikit pertengkaran kecil di situ sehingga membawa kepada pemecatan I." Cerita Trisya tanpa mengesyaki apa - apa.

“Ooo. Jadi sebab tu lah you berdendam dengan perempuan tu?" Soal Yasir lagi.
Trisya tidak menjawab sebaliknya dia hanya menganggukkan kepala sebagai isyarat jawapan kepada soalan Yasir. Lama mereka berdua menyepi sebelum Trisya membuka bicara kembali.

“Sejak dari tu, I bertekad untuk hancurkan perempuan tu. Jika perlu I musnahkan rumahtangga mereka pun I sanggup. Asalkan hati I puas. Lagipun I memang nak tengok sejauh mana mereka berdua mampu bahagia sebagai suami isteri." Tambah Trisya lagi. Tetapi untuk kali ini ada tawa sinis yang turut menyusuri kata - katanya.

Yasir tersenyum sinis. Nampak gayanya misinya sudah hampir tercapai. Sedikit demi sedikit Trisya mula membuka pekung di dada. Ternyata kerja - kerja untuk memerangkap Trisya ini tidaklah sesukar seperti yang disangkakan. Tanpa perlu menyusun misi, Trisya sendiri yang datang menyerah diri. Kini Yasir hanya perlu berusaha sedikit sahaja lagi untuk membongkarkan segala kejahatan Trisya. Sekiranya segala - galanya sudah terbongkar , Yasir akan memastikan hidup Aayra dan Harraz akan terbela. Trisya akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan yang selanjutnya.

“Wow!! Hebat juga dendam you ni kan? Then apa yang terjadi selepas tu? Tercapai ke misi you untuk musnahkan Harraz dan isterinya tu?" Soal Yasir pura - pura ingin tahu.

Soalan Yasir kali ini benar - benar mengundang tawa besar Trisya. Gadis itu dilihat tertawa dengan penuh kemenangan.

“Well, ini Trisya lah. Of course I berjaya. For your information, I dapat tahu yang Harraz tu sekarang tengah bertarung nyawa di hospital. Dia mengalami kecederaan teruk semasa kemalangan tu tempoh hari. Puas hati I. Biar dia mampus cepat sikit. Sekurang - kurangnya kalau dia mati, takde sesiapa pun yang boleh meraih cinta Harraz tu. So, biar kita orang sama - sama putih mata." Jelas Trisya tanpa rasa bersalah.

“Accident? Macam mana you tahu yang dia accident? And macam mana pula you tahu yang Harraz tu tengah nazak di hospital tu?"

Sekali lagi soalan Yasir itu mengundang tawa besar Trisya. Malah kali ini lebih kuat berbanding tadi. Reaksi Trisya juga dilihat seakan puas dengan apa yang telah dilakukannya.

“Macam mana I tahu? Of course lah I tahu sebab I yang buat dia jadi macam tu. For your information, kemalangan tu sebenarnya memang dah dirancang. I dah planned dari awal lagi. Misi sebenar I, I nak hancurkan Harraz dan wife dia sekali. Tapi malangnya nyawa wife dia tu masih panjang. It's a bit frustrated actually. But it's ok. Macam yang I cakapkan tadi. At least kalau Harraz tu meninggal selepas ni, means takde sorang pun yang boleh dapatkan cinta Harraz tu. So baru fair kan?" Trisya dilihat tersenyum puas dengan penjelasannya.

Yasir terkedu setelah mendengar penjelasan Trisya. Sungguh dia tidak menyangka betapa kejamnya Trisya sehingga sanggup membunuh hanya demi kepuasan hatinya sendiri. Namun begitu Yasir bersyukur. Bersyukur kerana semuanya sudah terungkai. Tanpa Trisya sedari, Yasir sudah merekod semua perbualan mereka itu melalui telefon bimbitnya. Jadi sekiranya dia menyerahkan bukti ini kepada pihak polis, pasti Trisya sudah tidak mampu untuk berdalih lagi. Segala - galanya sudah jelas. Dalam diam - diam Yasir tersenyum sendiri. BINGO!!

“Wow!! Beraninya you, Trisya!! Teruja I dengar cerita you ni. Tapi you tak takut ke cerita semua ni dengan I? Manalah tahu kalau - kalau I buat report ke?" Yasir sengaja menduga Trisya.

Trisya menggeleng laju. Tidak sedikit pun dia menyimpan perasaan curiga kepada Yasir. Dia mempercayai lelaki itu jujur dengannya. Lagi pula Yasir tiada kaitan dengan ZE Corporation. Jadi untuk apa dia perlu melaporkan hal ini kepada pihak polis? Trisya dilihat tersenyum menggoda.

“I'll put my trust on you. I tahu you tak kan tikam I dari belakang. You kan cintakan I. Walaupun you tak pernah mengakuinya, tapi I tahu you cintakan I. So mana mungkin you sanggup nak sumbat orang yang you cintai ke dalam penjara kan?" Trisya membelai dada Yasir lembut.

Yasir tersenyum sinis. Mana mungkin dia mencintai gadis di hadapannya ini. Lagi pula Trisya langsung tidak mempunyai ciri - ciri yang diidamkan.

“I think we should go now. Dah lewat ni. Lagipun malam ni I ada hal sikit. So I hantar you balik sekarang ok?" Ujar Yasir seraya bangun menuju ke kaunter bayaran.

Trisya merengus geram. Ternyata rancangannya untuk menggoda Yasir masih tidak berjaya. Lelaki itu sering sahaja mengelak jika dia ingin bermanja - manja. Malah adakalanya Yasir juga akan bersikap dingin ketika melayaninya. Namun begitu Trisya tidak mahu menyerah kalah. Dia bertekad untuk melakukan apa sahaja demi meraih cinta Yasir. Dengan langkah yang penuh menggoda, Trisya menghampiri Yasir lalu pinggang lelaki itu diraih sebelum mereka bersama - sama meninggalkan kafe itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience