Chapter 9

Family Completed 11174

" Para hadirin yang berada di sini, jika terjumpa seorang remaja perempuan bernama Tengku Haniez Afieqa sila bawanya ke kaunter resepsi. Orangnya kali terakhir dilihat memakai baju kemeja berwarna putih, seluar jeans hitam dan tudung bawal hitam. Saya ulangi, jika terjumpa seorang remaja perempuan bernama Tengku Haniez Afieqa sila bawanya ke kaunter resepsi. Sekian Terima kasih. " umum pengacara majlis.

Mendengar sahaja pengumuman tersebut, Tengku Amiera bergegas menuju ke kaunter resepsi.

" Remaja perempuan yang awak umumkan tadi tu dari Kolej Penerbangan eh? " tanya Tengku Amiera.

"Ye. Betul. Macam mana awak tahu nama, tanya pengacara majlis.

"Saya adik kembar dia. Nama saya Tengku Hanies Amiera " jawab Tengku Amiera.

" Ouh. Maaflah. Tadi ada dua orang dari booth kolej penerbangan melaporkan bahawa Tengku Haniez hilang semasa menjalankan tugas. Selepas 2 jam tunggu masih tak muncul muncul. " terang pengacara majlis.

" Haniez!! " jerit Tengku Amiera.

" Sabar, miera. Sabar. " Farah Imani menenangkan Tengku Amiera.

" Haniez hilang iman. Haniez hilang!! " adu Tengku Amiera.

" Ye aku tahu. Sabar eh. Diorang tengah cari Haniez tu. Afiq, Irfan, Iezkandar, Izzat, Ainnul, Crew mic And Speaker. Semua tengah cari Haniez. Kau bawak bertenang eh " kata Farah Imani lagi.

Tengku Amiera memeluk Farah Imani dengan sekuat mungkin.

" Aku tak nak hilang Haniez. Aku sayang dia. " Kata Tengku Amiera.

" Ye aku tahu. Kalau aku pun ada kembar aku pun mesti akan sayang pada kembar aku. " jawab Farah Imani.

" Hmm " Tengku Amiera menganggukkan kepalanya.

*** Pilot VS Doktor ***

Pintu stor belakang di buka oleh Tengku Afiq yang sedang mencari Tengku Haniez.
Sedang sedang dia mencari tiba tiba dia ternampak sesuatu. Dia nampak Tengku Haniez yang sedang terbaring berlumuran darah.

" Ya Allah! Haniez! Awak! bangun! Ya Allah! Haniez... bangun. Astaghfirullahalazzim! Haniez ! Tolong! Irfan! Izzat! Ainnul! Iez! " jerit Tengku Afiq.

" Weyh kenapa? Ya Allah! Haniez! Bangun! Macam mana boleh berdarah ni? " Irfan yang mendengar panggilan Tengku Afiq bergegas masuk ke stor belakang.

" Aku tak tahu. Panggil ambulans sekarang! Cepat! " arah Tengku Afiq dalam keadaan tergesa gesa.

" Ha ha. Tunggu jap " Irfan meluru keluar mengambil telefonnya.

" Cepat sikit! " sempat Tengku Afiq berpesan kepada Irfan.

" Weyh korang, apa jadi ni? Ya Allah! Haniez! " Tengku Ainnul dan Tengku Izzat juga tiba di situ. Tengku Afiq mengangkat kepala Tengku Haniez lalu diletakkan di atas ribanya .

" Haniez, kenapa ni? Macam mana boleh jadi macam ni? " rintih Tengku Afiq. Tidak lama kemudian, ambulans pun sampai. Tengku Haniez dibawa masuk ke dalam perut ambulans. Bersama sama menaiki ambulans Tengku Afiq dan Irfan.

" Izzat, Ainnul. Korang tolong bawak Amiera, Farah dengan Iez. Follow kitaorang dari belakang " arah Tengku Afiq.

" Ok. Roger " jawab Tengku Izzat. Ambulans pun bergerak laju menuju ke hospital.

*** Pilot VS Doktor ***

" Miera! Miera! Jom pergi hospital. Haniez kat hospital " beritahu Farah Imani.

" Haniez kenapa?! " tanya Tengku Amiera.

"Nanti kat hospital Afiq cerita. Sekarang ni kita masuk kereta Izzat, kita pergi hospital sekarang. Jom " kata Farah Imani.

" Weyh, aku nak ikut " kata Tengku Amir dari belakang.

" Cepat lah " kata Tengku Ainnul.

"Ha jom jom " jawab Farah Imani. Tengku Izzat memandu laju untuk cepat sampai ke hospital bagi melihat keadaan Tengku Haniez.

*** Pilot VS Doktor ***

" Fiq, aku rasa kau kena call Puan Sri lah. Yelah ni kan anak dia, mesti dia rasa tak sedap hati. Baik kau call " nasihat Irfan.

"Betul jugak cakap kau. Ok lah, aku call dulu. Kau tunggu Dr. Nafeesha " Tengku Afiq mengikut nasihat Irfan.

Dia mengeluarkan telefonnya lalu mendail nombor Puan Sri Zariana.

Tengku Afiq: Hello, Assalamualaikum bonda

Puan Sri Zariana: Waalaikummusalam. Ada apa Fiq?

Tengku Afiq: Bonda, kalau Afiq cakap ni bonda jangan panik tau

Puan Sri Zariana: Nak panik kenapa?

Tengku Afiq: Haniez masuk hospital. Kena tikam

Puan Sri Zariana: Astaghfirullahalazim.
Haniez. Sape yang tikam dia?

Tengku Afiq: Pihak polis tengah menjalankan siasatan. Tapi buat masa sekarang belum dapat apa apa perkembangan.

Puan Sri Zariana: Ouh. Ha oklah. Afiq tunggu sana, kejap lagi bonda sampai. Assalamualaikum.

Tengku Afiq: Ok. Waalaikumussalam.

*** Pilot VS Doktor ***

" Bang, anak kita bang. Haniez bang " adu Puan Sri Zariana.

" Kenapa dengan Haniez? " tanya Tan Sri Razali.

" Haniez kena tikam " jawab Puan Sri Zariana.

" Ya Allah. Jom pergi hospital sekarang. " Tan Sri Razali bergegas menuju ke biliknya untuk mengambil wallet, handphone dan keperluan yang perlu dibawa.

*** Pilot VS Doktor ***

Pintu bilik kecemasan dibuka. Dr Nafeesha dan pembantunya NurNajwa keluar bersama Dr Naim dan pembantunya Ridwan.

" Doktor macam mana dengan keadaan Tengku Haniez? " tanya Tengku Afiq.

" Tengku Haniez kehilangan banyak darah. Bekalan darah hospital semakin berkurangan. Jadi kami penderma darah yang berdarah gred A " terang Dr Nafeesha.

" Miera, kau darah apa? " tanya Irfan.

" Aku darah B. Ikut Ayahanda " jawab Tengku Amiera.

" Aku pun lain. Aku darah O " kata Irfan.

" Doktor saya nak menderma darah kepada Tengku Haniez. " tiba tiba Tengku Afiq berkata.

" Baiklah, mari ikut saya " kata Dr Naim.Tengku Afiq mengikut Dr Naim menuju ke makmal. Selesai memeriksa kelayakannya, Tengku Afiq dibawa menuju bilik pemindahan darah. Di sana Tengku Haniez sedang menunggu walaupun terbaring kaku tidak sedarkan diri.

*** Pilot VS Doktor ***

" Haniez! Haniez! " jerit Puan Sri Zariana semasa sampai di hospital.

" Miera, macam mana keadaan Haniez? " tanya Puan Sri.

" Haniez hilang banyak darah. Sekarang Afiq tengah dermakan darah untuk Haniez. Diorang kat dalam tengah jalankan pemindahan darah.

" Baiknya Afiq. Alhamdullilah " Ucap Tan Sri Razali.

Irfan mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor seseorang. Kemudian dia mendekatkan telefon ke telinga.

Irfan: Hello

Najah: Hello. Kenapa awak?

Irfan: Awak boleh datang hospital tak?
Kawan lama awak masuk hospital ni

Najah: Kawan lama saya. Siapa?

Irfan: Tengku Haniez Afieqa

Najah: Afieqa sakit apa?

Irfan: Dia kena tikam

Najah: Ha yelah. Nanti saya datang

Irfan: Ok

*** Pilot VS Doktor ***

Irfan mematikan panggilan. Najah adalah kekasih dia. Mereka akan bertunang tak lama lagi. Tiba tiba pintu bilik kecemasan dibuka.

" Eh Afiq. Macam mana? " tanya Irfan.

" Tak tahulah. Mungkin sekejap lagi siap lah kot " jawab Tengku Afiq.

1 JAM KEMUDIAN
Pintu bilik kecemasan dibuka. Pembantu Dr Nafeesha, NurNajwa keluar.

" Dr Nafeesha panggil Puan Sri dan Tengku Afiq" katanya. Puan Sri Zariana melangkah masuk ke dalam bilik kecemasan diikuti Tengku Afiq.

" Doktor, macam mana dengan keadaan anak saya? " tanya Puan Sri Zariana.

" Alhamdullilah keadaan Tengku Haniez ok. Tadi sewaktu menjalankan pemindahan darah terdapat sedikit komplikasi. Mujur Dr Naim dapat mengawalnya. Apepun pemindahan berjalan dengan lancar " terang Dr Nafeesha.

" Alhamdullilah. Boleh kami jenguk Tengku Haniez? " soal Tengku Afiq.

" Maaf. Tengku Haniez tidak boleh dilawat buat masa sekarang. Pesakit tidak boleh diganggu. Kami memohon maaf. Tetapi penderma darah dibenarkan masuk dan melawat. Kerana penderma diberi kebenaran khas untuk melawat orang yang didermakannya. Jadi Tengku Afiq boleh masuk. " jawab Dr Nafeesha.

" Baik doktor" jawab Puan Sri Zariana.

*** Pilot VS Doktor ***

Sudah seminggu Tengku Haniez berada di hospital dan kini beliau dibenarkan pulang.
" Sayang, hari esok ready tau " kata Puan Sri Zariana yang menemani Tengku Haniez di dalam biliknya. Bersama samanya adalah Tengku Amiera, Tengku Rizwan, Tengku Iez Amin dan Tengku Iezkandar.

" Ready untuk apa bonda? " tanya Tengku Haniez. Namun Puan Sri Zariana hanya tersenyum.

" Dah tidur. Esok kena siap sedia. Iez nak tidur sini ke? " kata Puan Sri Zariana.

" Haah. Iez nak teman Kak Haniez" Jawab Tengku Iezkandar.

" Ha kalau macam tu bonda naik dulu. Bye. Assalamualaikum " kata Puan Sri Zariana.

" Bye, Waalaikumussalam " jawab Tengku Haniez dan Tengku Iezkandar.

*** Pilot VS Doktor ***

" Assalamualaikum " Tan Sri Zulkipli memberi salam.

" Waalaikumussalam, jemput masuk " jawab Tan Sri Razali dengan senang hati.

" Iez, pergi panggil Kak Haniez kat bawah " arah Tengku Iezzuddin.

" Ok " Tengku Iezkandar berlari turun tangga.

*** Pilot VS Doktor ***

" Weyh, bagitahulah aku. Kenapa kena pakai baju ni. Dah lah banyak labuci. Eee bukak balik la" keluh Tengku Haniez kepada Tengku Amiera.

" Alaa. Kau lek lek je. Tunggu je " jawab Tengku Amiera.

" Isshh, kenapa? " tanya Tengku Haniez lagi.

" Kak Haniez, ayahanda panggil suruh naik atas pergi ruang tamu " beritahu Tengku Iezkandar.

" Ok. Kejap lagi akak naik atas. Miera kau teman aku tau " kata Tengku Haniez.

" Bereh boss " jawab Tengku Amiera.

*** Pilot VS Doktor ***

" Sebenarnya Raz. Keluarga kami ni datang membawa hajat yang penting untuk masa hadapan. " muqaddimah Tan Sri Zulkipli.

"Apa hajatnya tu? " tanya Tan Sri Razali.

Tengku Haniez mendengar dengan teliti ayat yang akan disampaikan.

" Hajatnya adalah kami mahu masuk meminang Tengku Haniez bagi pihak Tengku Afiq " jawab Tan Sri Zulkipli. Terbeliak mata Tengku Haniez. Mujur tak terkeluar dari soket mata.

" Tengku Haniez yang mana satu? Ada dua Haniez ni. " Tan Sri Razali bergurau.

" Kalau dah dengan Afiq, of course lah Afieqa uncle. " jawab Tengku Amir terlebih dahulu sebelum Tan Sri Zulkipli menjawab pertanyaan Tan Sri Razali.

" Haa kalau itu, saya tak boleh nak tentukan. Kena tanya tuan punya badan " ujar Tan Sri Razali.

" Haa macam mana Niez? Setuju tak?" tanya Puan Sri Zulaikha.

" Ermm " Tengku Haniez teragak agak nak jawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience