"adik perempuan saya yang bongsu, Si Rehyna. adik perempuan saya yang kedua, Si Reyna, sudah ada rumah sendiri jadi dia x duduk sekali dengan saya." Raka menjelaskan. Rehyna Adriene,20tahun, muda 2 tahun dari aku, Reyna Emilia,21tahun, muda 1 tahun dari aku.
"Raqan?" aku bertanya. "Raqan, dia duduk universiti, jadi hanya hari cuti jer dia balik rumah saya, kalau rumah sana, Raqan akan balik setahun 5 kali je" Raka menjelaskan. aku mengangguk tanda faham. Raqan,22tahun, seumuran dengan aku.
40 MINIT KEMUDIAN
"R-raka? kenapa kita pergi ke mall?" aku bertanya hairan, ini kali kedua buat hari ini dia membawa aku ke tempat yang tak aku sangka dia akan bawa aku.
"saja saya bawak Tiara ke sini, beli baju untuk Tiara". "b-beli baju?!" aku terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Raka. "ye, beli baju, ke awak nak berkongsi baju dengan Rehyna?" Raka bertanya. "ehm...." aku sebersalah nak menjawab pertanyaan Raka. Raka, "xpe lah, tunggu Tiara jawab memang lambat lagi, alang-alang dah sampai mall ni, beli lah sekali pelengkapan seharian awak". "hmm, yelah" aku akur saja lah dengan kehendak dia, lagipun Raka yang suruh aku beli tapi takkan lah dia suruh aku bayar pulak.
Aku menghabiskan seharian dengan melupakan masalah yang aku lalui pagi tadi. Setelah selesai berbelanja, kami pun balik ke rumah Raka.
SESAMPAINYA DI RUMAH RAKA, MALAM
"Tiara...kita dah sampai ni" Raka membangunkan aku dari tidur lena. Aku terlalu penat sampaikan berkali kali Raka bangunkan aku tapi aku tetap masih tidur. "haih, Puan Taira Deina, apa perlu saya angkat awak masuk rumah?". Sebaik saja Raka menghabiskan ucapannya, aku terus bangun, kuatkan mata dengan tubuh untuk bangun. Raka yang melihat reaksi aku terus tertawa kecil. Aku mengendahkan saja tawa nya, yang aku ingin ialah masuk rumah cepat lepastu aku nak tidur. Aku cuba buka pintu rumahnya tapi tak boleh buka. Aku ketuk tiga kali, pintunya tak terbuka. Aku melihat Raka masih dalam kereta memerhati gelagat aku. "Raka! cepatlah, saya ngantuk ni! nak tidur" Aku menyuruh Raka cepat keluar dari kereta dan buka pintu rumahnya ni.
"okay-okay, sabar puan Taira Deina, saya matikan enjin dulu" Raka pun mematikan enjin keretanya. Kerana kelamaan, aku pun duduk tepi pintu sambil menunggu, penat berdiri dari tadi. Raka membuka pintu rumah, aku terus menerobos masuk rumah dan berbaring di sofa dekat ruang tamu. Raka hanya tersenyum melihat gelagat aku.
PAGINYA
"Taira...bangun...solat Subuh" Raka membangunkan aku. "hm? haaaa, okay okay" aku mengiyakan. Tanpa sempat aku bangun dari sofa, Rehyna berlari kecil ke aku. "Kak Deina!" , Rehyna terus memeluk aku yang masih mamai. "Hyna! pergi ambil wuduk sana, awak pun Taira, cepat bangun ambil wuduk, Subuh dah dari tadi!" kedengaran Raka menegur Rehyna dan aku yang tak pergi ambil wuduk lagi.
Share this novel