"Macam mana dengan kecederaan awak?Dah kurang sakitnya?"tanya Davina.
Declan tunduk mengusap tangan yang bersimennya lalu memandang Davina. "Sikit."jawabnya setelah itu.
Lantas Davina mengerling ke arah kereta dimana Garvien dan dua orang pengawal keselamatan sedang menunggu. Tidak mahu menimbulkan kekecohan di dalam. Dia ajak Declan untuk keluar terus dari bangunan dan berbincang di luar saja.
"Bagus la kalau begitu. Saya sarankan awak banyak berehat dan kurangkan pergerakkan lasak untuk cepatkan kesembuhan awak."pesan Davina dengan nada mendatar.
Declan berkerut kening. Dia capai tangan Davina lalu di ramas lembut dengan jari jemarinya. "Maafkan saya tentang tadi. Saya cuma-"
"Tak apa.."pintas Davina sekali lagi. Dia tak perlu dengar apa-apa dari Declan lagi. Sebab semuanya sudah tiada gunanya lagi. Kerana dia sudahpun membuat keputusannya. Bukan sebab Eden atau sebab dirinya. Dia buat keputusan ni selama seminggu lamanya. Sakit tu memang sakit. Tapi ianya demi kebaikan mereka berdua. "Awak tak perlu jelaskan apa-apa. Saya tahu. Dan ianya bukan salah awak."ujarnya dengan renungan termenung di lantai.
Declan tersenyum nipis.
"Jadi awak tak marah pada saya?"tanya Declan dengan ceria.
Davina angkat matanya lalu memandang Declan sebelum memberi anggukan kecil. "Saya tak marahkan awak, tapi saya salahkan diri saya sebab buat awak macam ni.."beritahunya. Berhari lamanya dia buat pertimbangan. Dan dia tak suka dengan keputusan ni sebab ianya buat dia sedih. "Declan..sebaiknya kita tamatkan saja semua ni di sini. Saya tak rasa yang kita boleh terus berhubungan."lafaznya dengan susah payah. Dia tak nak...tapi terpaksa.
Tangan Declan jatuh ke sisi. Dia pandang tak percaya ke Davina.
"Apa maksud awak Davina?"tanya dia dengan lemah semangat.
Air mata mula bergenangan di kelopak mata. "Saya tahu saya tak boleh minta awak untuk berhenti dari lakukan semua ni sebab awak seorang yang memegang jawatan penting dan berpengaruh. Tapi saya tak boleh nak tanggung perasaan takut dan risau ni sepanjang masa untuk awak. Oleh kerana saya tak nak jadi seseorang yang pentingkan diri, saya pilih untuk lepaskan perasaan suka saya terhadap awak."lafaznya.
"Adakah semua ni di sebabkan Eden?Awak buat keputusan ni?Awak pilih dia bukan saya?"soal Declan dengan marah.
Davina menggeleng kepala. "Tak...saya pilih awak Declan. But this is not working. You and I are differents. Awak umpama langit dan saya umpama tanah. Tak kira setinggi mana saya cuba capai awak, saya takkan dapat Bersama awak kerana tanggungjawab dan perbezaan darjat kita"
"Saya boleh bertolak ansur kalau macam tu?"aju Declan lagi dengan beria. Dia tidak mahu menerima akan kenyataan ini.
"Sampai bila?"tanya Davina. "Awak dengan sikap awak tu takkan bawa kita ke mana selain pertengkaran. Jadi sebaiknya sebelum apa-apa hal jadi serius. Sampai di sini sajalah. Lagipun saya tak boleh biarkan Eden mengalah sepanjang masa demi awak untuk saya. Sementara awak terus menerus sakiti dia kerana saya"
Declan buat muka tergamam dan kening mencerun tak puas hati.
"Jadi awak sanggup memilih Eden dari saya?Memangnya apa aje yang dia ada?Huh?Saya ada segalanya.segalanya yang dapat penuhi semua keinginan awak Davina...please jangan macam ni...saya betul-betul ikhlas sayangkan awak.."
Air mata turun dari mata Davina.
"Ya...kalau awak berikan saya pilihan harta atau Eden. Saya pilih Eden. Kenapa?Bukan sebab dia berharta atau ada kuasa. Tapi sebab dia dah banyak berkorban untuk saya...walaupun saya sayangkan awak, Declan."jawab Davina dengan sebak. Sungguh dia tak nak buat keputusan ni. Tapi dia perlu lakukannya untuk lindungi dua orang ni dari terus kecewa. "Selamat tinggal Declan. Saya doakan yang terbaik untuk awak. Semoga awak sentiasa dilindungi dan selamat. Saya minta maaf untuk semuanya."
Bahu Declan jatuh hilang semangat. Dia pandang tak berkedip ke Davina mendengar semua itu. Memandangkan dia sendiri cakap yang dia akan terima dengan hati terbuka selepas menemui Davina nanti. Nampaknya memang ini pengakhiran mereka berdua.
Berpaling saja Davina dari situ dia terus menangis tanpa suara. Air mata berjuraian turun ke pipinya kerana terlalu sedih dengan semua keputusannya ini.
Declan di belakang hanya tunduk memandang ke lantai tidak bergerak.
Dari kejauhan, tanpa disedari oleh sesiapa, adanya Spencer menyaksikan pertemuan dua orang itu di dalam sebuah kenderaan tidak jauh dari kawasan hospital tersebut. Melihatkan Davina Bersama dengan Declan telah meyakinkan Spencer bahawa Davina sememangnya ada kaitan dengan lelaki yang telah membelasahnya lewat malam hari itu. Orang sama yang telah membunuh ayahnya.
Kalau Declan boleh rampas orang yang Spencer sayangi, maka tiba giliran Spencer pula rampas apa yang Declan sayangkan.
"Gerak!"arah Spencer pada pemandu di depan seatnya itu. Nampaknya sangkaan dia benar. Davina memang ada kaitan dengan lelaki tu!
Pada masa kenderaan itu pergi meninggalkan tempat tersebut, Garvien pula dapatkan Declan untuk di pimpin masuk ke dalam kereta lantas berangkat pergi dari situ.
Share this novel
ya...declan...out...but davina x ckp g pilih eden...oh no...spencer...jgn la davina diapa2kan nti