CHAPTER 29

Action Series 136577

Mata yang tertutup sejak 5 jam lalu kelihatan mula bergerak sebelum mata itu perlahan-lahan di terbuka. Mata yang hanya separuh terbuka itu kembali tertutup apabila cahaya lampu sedikit menganggu pandangannya.

Apabila semua stabil, matanya memandang sekeliling bilik. Dan melihat sahaja keadaan bilik, jelas sekali di mana keberadaannya saat itu. Topeng yang membantu penafasannya di buka perlahan apabila terasa tidak selesa pada tekaknya.

Perit.

Untuk dia bangun dari baring, sememangnya dia tidak larat. Seluruh tubuhnya terasa bagaikan lumpuh. Segala tenaganya ibarat di sedut keluar dari tubuhnya. Dia cuba ingat apa yang telah menyebabkan dia berada di situ dan dalam keadaan itu namun fikirannya langsung tidak membantu.

Tiba-tiba sahaja airmatanya mengalir keluar dari pipi.

Mana semua orang pergi?

Hiks.. Hiks..

Kenapa semua orang tinggalkan dia sendirian?

Hiks.. Hiks..

"Ibu.." Hanya itu yang keluar dari bibirnya yang kelihatan kering itu.

"Hey.. Are you okay? Ibu not here.." Lantas Thea mendongak ke arah suara yang jelas kedengaran itu.

Wajah Emeer yang kelihatan segar itu dipandangnya. Dan sekali lagi airmatanya makin laju turun membasahi pipi.

"Hey.. Kenapa ni? Kau ada sakit dekat mana-mana ke?" Soal Emeer sekali lagi sambil menarik tubuh Thea ke dalam pelukannya. Erat.

Dan dalam masa yang sama juga, dahinya mula berkerut seribu apabila terasa sesuatu yang pelik pada Thea. Terus sahaja dia melepaskan pelukan itu lalu memegang erat kedua belah lengan Thea. Wajah pucat di renungnya tajam.

"What happened to you? Tell me, Thea." Ujar Emeer sedikit keras.

Thea tidak mampu untuk menggelengkan kepalanya. Esakkannya makin jelas kedengaran. Melihat keadaan isterinya, jari Emeer laju sahaja menekan butang berwarna merah yang berada di kepala katil itu.

Serentak itu juga tubuh Thea di baringkan perlahan. Dahi isterinya di cium lembut sebelum dia bersuara.

"Don't worry. Everything will be fine, Tesoro." Emeer bangun namun perbuatannya terbantut apabila Thea bersuara.

"Don't go. Please. I'm scared."

Dia tidak pernah berasa tahu seperti ini. Dia takut sekiranya apa yang ada dalam fikirannya menjadi kenyataan. Sedangkan dia sendiri tidak tahu apa yang berlaku padanya.

"Okay. I'm stay."

Serentak itu juga pintu bilik wad VVIP itu diketuk dari luar sebelum pintu itu di buka dan kelihatan dua orang doktor dan jururawat melangkah masuk.

"Doctor, I think something wrong with my wife." Emeer terus bersuara sebaik sahaja Doctor Aisyah mendekat.

"Let me check your wife first, Tuan Emeer. Can you leave us for a while?" Doktor Aisyah bersuara sambil tangannya mula meletakkan steteskop ke telinganya.

"No. I will stay. You can proceed your job, Doctor." Balas Emeer tegas. Mana mungkin seorang Emeer Hayyes mendengar arahan daripada orang lain.

Doktor Aisyah dan yang lain hanya akur. Tanpa menunggu lama, kelihatan mereka mula memeriksa keadaan Thea. Dan Emeer hanya melihatnya tidak jauh dari situ. Matanya langsung tid beralih dari memandang isterinya.

Hampir dua puluh minit berlalu, Doktor Aisyah mula mendekati Emeer yang berada di atas kerusi di ruang VVIP itu.

"Yes Doctor. What happened to wife? Did she okay?" Emeer bangun lalu menyoal kepada doktor muda itu seblum matanya jatuh pada Thea yang kelihatan sedang tidur.

Doktor Aisyah menarik nafas panjang sebelum di lepaskan perlahan.

"Seperti yang saya jangka. Racun itu serang saraf Cik Puan Thea menyebabkan Cik Puan dalam keadaan sekarang. Untuk berapa lama keadaan seperti itu saya tidak pasti. Mungkin 24 jam, seminggu atau berbulan. Saya perlukan persetujuan Tuan untuk benarkan saya buat Ct Scan sekali lagi. Dan untuk pengetahuan Tuan, racun yang di berikan kepada Cik Puan merupakan Racun Tenet daripada Red Spider. Yang boleh melumpuhkan saraf seseorang itu dalam pada masa tertentu." Jelas Doktor Aisyah panjang lebar.

Emeer mula kelihatan mengetap rahangnya kuat sebelum dia mendengus.

"Sampai bila my wife berada dalam keadaan seperti itu?" Soal Emeer keras. Dia cuba untuk menahan sabarnya daripada meletus.

"Jangan risau, apabila racun itu sudah bersih dari badan Cik Puan, she will back to normal again. Buat masa ini, mungkin emosi Cik Puan kurang stabil, saya harap Tuan sentiasa ada dengannya."

Emeer mengangguk. Matanya tajam memandang si isteri yang lena itu.

"Thanks doctor."

"Most welcome. Anything, you just press the red button. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikummusalam."

Sebaik sahaja kelibat doktor itu menghilang, Emeer terus mencapai telefonnya yang berada di meja kecil sebelah kirinya. Satu nombor di dail.

"Kevin, I need you here. Comeback here, now." Talian tersebut terus di matikan tanpa menunggu orang di sana menjawab terlebih dahulu.

You messed with me.

?

Tubuh tegap itu bersandar elok di atas kerusi sofa bersebelahan katil pesakit. Tangan sebelah kanannya di tongkat di sisi kerusi, mata setia memandang ke arah susuk tubuh di hadapannya.

Wajah Thea yang sedang lena itu dipandangnya sejak dari tadi. Walaupun jasadnya berada di situ namun fikirannya tetap melayan ke arah lain. Setiap kata-kata yang doktor Aisyah sampaikan bagai ulang tayang di fikirannya.

'Racun Tenet'.

'Red Spider'.

Tanpa sedar bibirnya mula mengukir senyuman sinis. Dia seperti dapat mengagak siapa di sebalik dalang semua yang terjadi terhadap isterinya.

"Bitch." Terpacul perkataan itu di bibirnya.

Sedang Emeer leka memikirkan rancangannya untuk memberi hadiah kepada orang yang telah bangkitkan kemarahannya ketika itu, pergerakkan kecil daripada Thea mula menarik perhatiannya.

Wajah isterinya yang kelihatan berkerut itu dipandang tanpa berkelip. Buka kerutan di dahi itu yang menarik minatnya namun pergerakan kecil tanpa sedar oleh si dia itu.

"Arghh.. Ibu!" Jerit Thea kuat.

Serentak itu juga matanya mula terbuka luas dan tanpa sedar dia turut bangun dari baringannya tadi. Kedua belah tangan meraup wajahnya.

"Nightmare?" Tubuh Thea kembali kaku sebaik sahaja mendengar suara yang tidak asing lagi di telinganya. Perlahan dia menoleh ke arah suara itu kedengaran.

Kelihatan Emeer bangun dari sofa dan mula melangkah mendekatinya. Tanpa sesaat, dia kemudian melabuhkan punggung di birai katil di mana Thea berada.

"And you can move your body now." Kata-kata Emeer itu mula menyedarkan Thea daripada sesuatu. Thea terus memandang keseluruh tubuhnya yang kini sedang duduk di atas katil. Kedua belah tangannya naik memegang setiap anggota tubuhnya itu.

"I can move my hand again." Tutur Thea perlahan sambil melihat kedua belah tangannya tanpa pedulikan Emeer yang tajam memerhatikannya.

"Are you too happy sampai ignore aku dekat sini, huh?" Bisik Emeer ke telinga Thea. Kedua belah tangannya naik berlingkar di pinggang isterinya.

Gulp!

Dengan berhati-hati, Thea mengalihkan pandangannya kepada Emeer. Jarak yang hanya satu inci memisahkan mereka buat Thea kecut perut. Hidung bertemu hidung. Dia tidak sangka, dalam keadaannya seperti itu, suaminya tetap dengan sikap selambanya.

"Aw--Awak.. Sa--saya tak bo--boleh nafas." Ujar Thea tanpa sedar.

Sememangnya dia berasakan dia kekurangan oksigen bila berdepan dengan lelaki halal di hadapannya ini. Lagi menyerangkan daripada sebelum ini.

Kata-kata Thea itu buat bibir Emeer terukir senyuman nakal. Sebelah keningnya di naikkan.

"Let me help you, tesoro." Serentak itu juga tangan kanannya naik memaut belakang kepala Thea dan sekelip mata bibirnya menyambar bibir merah pink milik isterinya itu.

Dari terkejut dan memberontak, dengan rentak yang di berikan oleh Emeer buat Thea hanyut dalam keasyikan itu. Tanpa sedar, perbuatannya itu buat bibir Emeer tersenyum kemenangan.

"Hurm.. Strawberry. I like it." Tutur Emeer sebaik sahaja dia melepaskan bibir milik Thea itu.

Muka Thea mula bertukar rona merah. Malu dengan sikap selamba lelaki itu.

"So, need more my oxygen?" Laju sahaja Thea menggelengkan kepala. Dia tidak berani mengangkat kepalanya. Muka terasa amat pijar sekali.

Reaksi Thea itu buat Emeer ketawa kecil. Thea bagaikan tergaman melihat Mr. Husband Heartless nya itu ketawa. Tidak sangka lelaki itu tahu juga bagaimana untuk ketawa. Ingatkan beku memanjang je.

"Kenapa awak ketawa?"

Emeer menjungkit bahunya sebelum menjawab "Nothing. Aku nak tanya, did you remember anything what just happened to you last two night?"

Soalan Emeer itu buat Thea tersentak. Bibir bawahnya di gigit lembut.

"Saya tak ingat tapi semasa saya berjalan nak pergi ke tandas, seorang budak perempuan bagi saya satu sachet tonik. Dia cakap mummy bagi suruh minum. Kebetulan masa tu mummy pandang saya dan senyum. Saya tak fikir lama terus minum tonik tu. Dalam tandas saya rasa dada saya sakit sangat, tak boleh bernafas dan lepas itu, saya tak ingat apa yang berlaku." Kedua belah tangannya di genggam sesama sendiri.

Emeer mengetap rahangnya kuat. Apa yang diceritakan oleh Thea adalah sama dengan apa yang dia lihat di dalam CCTV yang berada di ballroom itu. Musuhnya begitu licik sekali. Tidak sangka mereka boleh terlepas dari sistem keselamatannya.

Melihat Thea seakan dalam ketakutan itu, dia terus menarik tubuh thea ke dalam pelukkannya. Serentak tubuhnya di baringkan ke atas katil dengan kedudukan Thea masih lagi di dalam pelukkannya.

Walaupun kurang selesa dengan tindakan suaminya itu, namun segala ketakutan yang di rasa saat itu terus hilang dan di gantinya dengan ketenangan.

"Don't be scared. I'm here right now. Sorry, aku cuai. And it won't happened again." Pujuk Emeer.

"Apa dia orang nak dari saya?"

"Don't talk. Sleep, Tesoro." Suara itu sengaja di keraskan. Tidak mahu Thea memikirkan apa yang berlaku.

Dia akan pastikan orang itu akan terima hukuman yang setimpal dengan apa yang dia lakukan terhadap wanitanya.

Thea mengeluh namun akur dengan arahan sang suami.

Done!

Share this novel

Hawani Hashim66
2022-03-05 19:11:03 

next please....tq ..more more please

Hawani Hashim66
2022-03-05 08:03:48 

dah tamat ke ..


NovelPlus Premium

The best ads free experience