BAB 15

Horror & Thriller Completed 10130

Pagi ahad yang indah, di rumah, Aina dan Taz berada di ruang tamu menonton televisyen.

"Weh, Aishah tak bangun lagi ke?"

Taz bertanya. Aina dengan selamba menjawab.

"Belum.. Terbongkang lagi kat atas tu.. Malam tadi entah pukul berapa dia balik."

"Weh! Minah yang nak sewa tu datang hari ni, kan?"

"Hah?! Minah mana?"

"Ya Allah!! Cepatnya kau lupa. Kau makan semut banyak sangat eh? Minah yang nak join rumah sewa kita ni la."

"Oh.. Minah tu.. Aku lupa.. Hehe.. Hm.. Kalau tak silap, memang dia nak datang hari ni."

"Pukul berapa?"

"Mana la aku tau. Kau ingat aku ni PA dia ke?"

"Laa.. Aku tanya je. Yang kau nak marah-marah ni kenapa?! Tau la kau tengah bendera merah. Nak marah-marah pulak."

Aina hanya tersenyum. Taz kemudian bangun untuk pergi ke dapur.

"Weh! Nak pergi mana tu?"

Aina menahan Taz yang baru selangkah dua darinya.

"Laa.. Nak pergi dapur. Kenapa? Nak pergi dapur pun kau nak marah?!"

"Eh! Tak. Tak. Tak marah cuma nak mintak tolong. Buatkan ribena untuk aku. Kau buat air kan sedap.."

"Amboi..! Amboi..! Sesuka hati kau nak mengarah aku.. Buat sendiri la."

"Ala.. Tolong la.. Kejap lagi cerita favourite aku da nak start. Mana boleh lepas. Tolong..."

"Hm.. Yela! Yela!"

Taz terus berlalu ke dapur. Tiba-tiba, telefon bimbit Aina berdering. Aina menjawab.

"Hello! Siapa tu?"

"Hello.. Ni saya.. Yang nak join rumah sewa awak tu."

"Oh.. Hm.. Ya.."

"Hm.. Sebenarnya saya rasa saya dah sesat ni. Tak tau mana satu jalan pergi rumah awak. Hm.. Aa.. Tak biasa lagi la jalan kat sini."

"Laa.. Nak cari rumah kitorang pun sesat?! Hm.. Takpe.. Takpe.. Awak kat mana tu?"

"Saya kat Jalan Nilam 5. Ada simpang ni, nak belok kiri ke kanan?"

"Oh.. Ok. Belok kiri."

"Hm.. Ok, da belok.."

"Awak straight.. Sampai jumpa lagi satu simpang, awak belok kanan pulak. Nanti awak jumpa signboard Jalan Delima 3.. Lepas tu awak straight lagi sampai rumah nombor 12.. Haa.. Tu bukan rumah kitorang. Rumah kitorang nombor 14.. Kat depannya. Haha.."

"Pergh! Sempat dia buat lawak. Ok la.. Kejap lagi saya sampai.."

"Ok! Saya tunggu.. Jangan sesat lagi tau.."

Panggilan ditamatkan. Taz dari dapur datang membawa segelas air ribena untuk Aina.

"Nah, ribena kau, pemalas!"

"Uih.. Marah.. Kau pun bendera merah jugak ke? Haha.."

"Hm.. Siapa call tadi?"

"Minah yang nak sewa rumah ni. Dia tengah sesat tu nak cari rumah ni."

"Laa.. Datang sini pun sesat?"

"Entah. Dia kata tak biasa lagi jalan kat sini."

"Erm.. Yela.."

"Assalamualaikum..."

Suara dari luar rumah memberi salam. Aina yang sedang khusyuk menonton drama kegemarannya memberi arahan kepada Taz.

"Taz.. Kau pergi bukak pintu.. Aku rasa minah tu da sampai tu."

"Oh! Aku lagi laa?!"

Taz bangun dan pergi ke arah pintu sambil menjawab salam tadi.

"Walaikumsalam.."

Taz memulas tombol pintu. Pintu terbuka. Terpacul seorang perempuan dengan beg-beg besarnya. Taz mempersilakan dia masuk.

"Masuk la.. Meh saya tolong angkat beg tu."

Taz membantu perempuan tadi dan kemudian menjerit kepada Aina.

"Woi, sengal!! Orang da datang ni.. Kau tak habis-habis sibuk dengan cerita kau tu."

"Kejap! Kejap lagi iklan!"

Tatkala Aina berkata demikian, Aishah kelihatan menuruni tangga sambil bercakap di dalam telefon.

"Hah?! Nek Yam kata kes Teha dah selesai?! Alhamdulillah.. Finally, settle jugak kes tu. Ok la.. I nak breakfast ni. Bye.."

Aishah menamatkan panggilan. Dia tersenyum dengan telefonnya. Taz pula memekik.

"Hah! Ni lagi sorang! Dah pukul berapa baru nak bangun. Ada orang datang pun dia tak tau."

Aishah yang baru nak membelok ke arah dapur terhenti. Dia melangkah ke arah ruang tamu.

"Alaa.. Taz.. Relax laa.. Hari ni kan ahad.. Eh, siapa tu?"

Aishah bertanya sambil memuncungkan bibirnya ke arah perempuan yang sedang sibuk dengan beg-begnya. Belum sempat Aishah nak melihat wajah perempuan di sebelah Taz itu, perempuan tersebut berkata.

"Eh, kejap eh. Ada barang lagi sikit kat dalam kereta."

Dia terus pergi ke arah keretanya. Aishah pelik.

'Hm.. Macam biasa nampak je minah ni.'

Aishah berkata di dalam hati. Dia kemudian duduk di sebelah Aina di depan televisyen. Seketika kemudian, terdengar suara Taz berbual dengan perempuan tadi.

"Dua orang ni ke housemate awak?"

"Opss!! Correction!! Housemate kita. Haha.. Hm.. Yela. Dua orang ni.. Meh la duduk kat sofa. Kita borak-borak, kenal-kenal."

Mereka duduk di sofa yang bersebelahan dengan Aishah namun Aishah tidak mengendahkan langsung kerana sibuk membalas mesej dari Acong. Aina pula masih khusyuk di kaca tv. Taz tidak menghiraukan mereka berdua. Dia memulakan perbualan.

"Nama siapa eh hari tu? Lupa laa.."

"Laa. Da lupa ke? Takpe. Saya perkenalkan balik. Nama saya..."

Aishah berpaling ke arah perempuan itu. Dia terkejut.

"Te... Tey... Tey... Teh.. Teha?!!"

Aishah tersekat-sekat menyebut nama itu apabila dia perasan yang muka perempuan tersebut mirip Teha, hantu yang datang dalam mimpinya. Hantu yang pernah dijumpainya. Perempuan tadi hairan namun meneruskan kata-katanya.

"Eh! Mana tau nama saya? Kita kenal ke?"

"Teh... Teha?! Apa kau buat kat sini?"

"Laa.. Saya datang nak join sewa rumah ni. Kan hari tu korang da setuju. Kenapa? Ada masalah ke ni?"

Tangan Aishah sedikit terketar-ketar.

"Teha.. Bukan ke kau da..."

"Eh! Kau ni kenapa Aishah? Nampak Teha macam nampak hantu! Kenapa?!"

Taz memotong kata-kata Aishah. Aina pula mencelah.

"Ha ah. Menggigil-gigil tangan kau tu, kenapa?"

Aishah masih terdiam. Matanya tepat ke arah perempuan itu. Perempuan yang memperkenalkan namanya Nurul Fateha.

"Hish! Sawan agaknya Aishah ni.. Biarlah dia. Hm.. Teha, teruskan, kau budak mana?"

"Hehe.. Takut pulak saya tengok Aishah ni. Ok, saya..."

"Eh! Cop! Cop! Boleh tak kalau tak payah guna saya awak. Kau aku cukup la."

"Hah! Bagus jugak. Aku pun tak biasa sebenarnya. Haha.. Ok, aku budak JB, Pasir Gudang. Dulu aku duduk kat Wangsa Maju tapi bla.... bla.... bla..."

Sepuluh minit berlalu, sesi memperkenalkan diri pun tamat.

"Ok la. Jom aku tunjukkan bilik kau."

Taz bangun dan berkata. Teha hanya menuruti.

"Bilik semua kat atas."

Taz menerangkan kepada Teha semasa mendaki tangga. Aishah hanya memerhati dari jauh. Taz kemudian menjerit kepada Aishah.

"Weh, Aishah! Apa yang kau tengok je tu?! Jom la tolong angkat barang dia sekali! Nak harapkan Aina tu, tak habis-habis dengan cerita dia.. Jangan harap dia nak tolong."

Aishah membalas.

"Weh, Taz.. Kau tak perasan ke muka Teha tu.. Muka dia macam.."

"Arghh!!! Lantak kau la... Penat aku layan.. Daripada tadi cakap tak habis.."

Teha kemudian berkata kepada Taz.

"Kenapa dengan Aishah? Macam ada something dia nak cakap pasal aku.. Dia tu macam takut je kat aku... Erm.. Lagi satu, dia macam kenal aku je.. Aku rasa aku tak pernah jumpa dia pun.."

"Alaa.. Biarkanlah.. Tu agaknya kau pernah masuk mimpi dia kot. Aishah tu kuat mimpi sikit."

Taz menenangkan hati Teha. Dia kemudian berkata lagi.

"Dah la! Jom la masuk bilik kau. Aku tolong kemas sekali."

"Jom la!"

Taz dan Teha masuk ke dalam bilik. Aishah pula masih terpinga-pinga. Dia terfikir.

"Ni mesti mimpi.. Confirm mimpi.."

Dia mencubit-cubit pipinya.

"Ouch!! Sakit!! Aku rasa sakit!! That mean ni betul, bukan mimpi.."

"Apa yang kau membebel sorang-sorang tu, Aishah? Da la! Aku nak naik atas tolong Teha mengemas. Kau nak naik tak?"

"Oh.. Aaa.. Kau gerak dulu. Nanti aku datang."

"Erm... Yela.."

Aina terus berlalu ke tingkat atas meninggalkan Aishah seorang diri. Aishah masih kebingungan.

"Ni betul-betul ke ni?!"

Aishah melangkah, mendaki anak tangga yang pertama dan tatkala itu matanya melirik ke arah pintu rumah. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati satu bayangan mirip seorang perempuan sedang melihat ke arahnya. Lebih menyeramkan, bayangan itu seolah-olah sedang melemparkan senyuman kepadanya. Secara spontan, Aishah bersuara.

"Teha?"

Tiada reaksi untuk beberapa saat. Kemudian, bayangan itu melihat ke arah sebuah beg milik Teha tadi dan melihat ke arah aku semula. Aishah seakan-akan memahami apa yang ingin disampaikan oleh bayangan itu. Aishah mengangguk. Bayangan itu melemparkan senyuman lagi dan terus ghaib. Aishah mengambil beg yang dilihat oleh bayangan tadi sambil hatinya berkata.

'Oo.. Kau da tenang kat sana, kau bagi aku berkawan dengan 'kembar' kau pulak ke? Hehe..'

Aishah membawa beg itu naik ke bilik rakan barunya itu. Di dalam hati, Aishah sedekahkan Al-Fatihah untuk roh Teha dan Adam, semoga mereka tenang di sana. Aishah masuk ke dalam bilik Teha dengan senyuman yang ceria.

"Hi, guys!! Sorry lambat.. Hm... Ada apa-apa yang aku boleh tolong tak? Ni beg ada satu lagi kat bawah tertinggal. Aku angkatkan."

Taz, Aina dan Teha terkejut melihat gelagat Aishah. Teha berkata.

"Aaa... Hm... Takpe.. Tadi aku nampak kau macam nak pergi dapur kan? Aa.. kau pergi la breakfast dulu."

Teha tersenyum. Aishah kemudian membalas dengan nada yang gembira.

"Eh! Tu tadi.. Sekarang ni da kenyang da."

Aina yang hairan dengan Aishah yang gembira sangat itu berkata.

"Cop! Cop! Kau ni kenapa? Tadi punya la terkejut. Cakap bukan-bukan.. Sekarang gila punya happy.. Apa masalah kau ni? Aku tak faham la.."

"Aaa... Tadi tu aku mamai lagi laa.. Ok la, meh aku tolong sekali."

Aishah kemudian menolong mereka bertiga. Pertemuannya dengan 'Teha' sebentar tadi biarlah menjadi rahsia dirinya. Sambil mengemas, dia juga berbual-bual dengan Teha. Di dalam hatinya terdetik, 'Insha Allah aku akan jadikan Teha yang ni as kawan baik aku, Teha..' Aishah tersenyum.

~TAMAT~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience