SCHOOL TIME

Humor Series 3218

'Kringggg!!!'

Jam loceng berbunyi dengan nyaring membuatkan tidur Sufiyah terganggu. Dia menggosok matanya lalu mematikan jam loceng itu. Sempat dia mengerling muka jam.

"Dah pukul 5 pagi." Monolog Sufiyah. Dia bingkas bangun dan meregangkan badannya yang langsing bak patung 'Barbie' itu.

Dengan rambut yang kusut masai dan mata yang masih mamai. Sufiyah gagahkan diri berjalan ke bilik air. Tuala dicapai lalu disangkutkan pada bahu.

Dia kini telah berpindah ke sebuah apartmen yang Encik Ismail beli beberapa tahun yang lepas setelah ayahnya itu bertolak ke Istanbul semalam. Sengaja dia beli jika anaknya mahu hidup berdikari satu hari nanti.

Usai mandi. Sufiyah menyarung kemeja labuh merah jambu dan seluar panjang hitam. Dia keluar dari bilik dan melihat sekujur tubuh tanpa baju terbaring diatas sofa.

"Haih. Dia tak bangun lagi ke? Dah pukul 5 lebih ni. Sekejap lagi dah nak azan." Bebel Sufiyah. Dia segera menuju ke sofa itu.

"Awak! Bangun kejap lagi dah nak azan. Bangun solat!" Tersentak Suffiyan apabila tidurnya diganggu oleh suara guruh kembarnya itu.

"Hah ya ya. Saya dah bangun." Ucap Suffiyan yang masih dalam keadaan mamai lagi. Sufiyah tergelak lalu menarik lengan kembarnya supaya bangun.

Usai mempersiapkan diri. Azan pula berkumandang menandakan sudah masuk waktu Subuh. Segera mereka berdua solat Subuh berimamkan Suffiyan.

Usai solat. Sufiyah menyalam tangan Suffiyan lalu pamit menuju ke dapur. Suffiyan pula sibuk menyusun sajadah. Dia memerhatikan kembarnya dengan senyuman.

"Awak nak masak apa? Nak saya tolong tak?" Tanya Suffiyan yang tiba-tiba muncul di dapur. Terkejut Sufiyah. Selama 17 tahun mereka hidup tak pernah Suffiyan masuk ke dapur. Kecuali jika dia mahu minum atau makan.

"Ha boleh juga. Awak tolong kupaskan bawang. Itu saja." Suffiyan akur. Dia duduk di meja lalu memulakan tugasnya itu.
Boleh lihat air mata jantannya menitis.

Hampir tergelak Sufiyah melihat kegigihan kembarnya mengupas bawang diselangi dengan menyeka matanya yang berair.

Usai mengupas dan memotong bawang. Suffiyan segera membilas tangan dan matanya. Pedih sangat katanya. Sufiyah menggeleng sambil tersenyum.

"Sudahlah wak. Pergi sana. Biar saya saja yang buat. Kesian awak pedih." Suffiyan mengangguk lalu segera menuju ke sofa. Tubuhnya dihenyakkan diatas sofa itu. Suis televisyen dibuka lalu 'remote control' dicapai.

Beberapa minit kemudian. Sufiyah memanggil kembarnya supaya makan. Bauan wangi dari mee gorengnya saja sudah cukup buat Suffiyan terliur.

Sufiyah segera menyendukkan mee goreng itu ke dalam pinggan Suffiyan. Tidak lupa juga air kopi dituang ke dalam cawan.

Tanpa penuh sabar. suffiyan segera menyuakan sesudu mee goreng ke dalam mulutnya. Malangnya sempat dihalang oleh Sufiyah.

"Wahai abangku yang kacak lagikan bergaya. Sila baca doa dulu ya sebelum makan." Kata Sufiyah dengan sopan.

Suffiyan hanya menunduk malu. Doa dilafazkan lalu terus menyambung semula suapan yang terbatal tadi.

Mereka makan dengan penuh sopan. Selesai makan. Suffiyan menuju ke dapur untuk membasuh pinggan dan cawannya manakala Sufiyah masih lagi tercegat di meja makan.

"Awak. Harini kita dah boleh masuk kelas." Kata Sufiyah tiba-tiba. Suffian yang mendengar kata-kata itu memotong.

"Awak saja. Saya esok. Muahahaha." Sufiyah menjeling kembarnya. Rasa geram dan cemburu muncul. Segera dia bangun dari kerusi dan menuju ke dapur.

"Awak ni. Jahatlah!" Kata Sufiyah sambil menumbuk kembarnya. Suffiyan hanya ketawa sambil menghalang tumbukan Sufiyah.

"Eh dah pukul 6.30 dah. Cepat bersiap. Saya hantar awak." Alasan Suffiyan supaya tidak ditumbuk lagi. Sufiyah segera membasuh pinggannya dan segera menuju ke bilik.

Di dalam bilik, Sufiyah mengenakan uniform berwarna merah kerana dia di tahap 2. Tidak lupa juga tudung berwarna hitam serta beg galas berwarna merah jambu.

Usai bersiap. Sufiyah menuju ke ruang tamu. Menunggu Suffiyan. Kembarnya itu kalau bersiap mengalahkan gadis. Lama betul.

Beberapa minit kemudian. Suffiyan muncul dengan mengenakan T-shirt Polo hitam bersama 'Joggerpant' hitam. Sufiyah memandang kembarnya penuh teruja. Kacak sangat.

"Dah jom." Kata Suffiyan. Dia tahu kelas akan bermula pada pukul 8. Sengaja dia mengajak Sufiyah keluar awal untuk berjalan-jalan.

Selesai mengunci pintu apartmen. Mereka berdua menuju ke pintu lif. Punat 'G' ditekan. Sampai saja di tingkat bawah. Mereka keluar dari lif.

"So, awak nak pergi mana?" Soal Suffiyan. Dia hanya mahu berjoging di taman berdekatan setelah menghantar Sufiyah nanti. Sufiyah berdiam diri. Bingung mahu kemana.

"Hmm. Tak apalah wak. Saya terus ke akademi. Nak kena jumpa Pengetua dan ambil kad pelajar lagi." Jawab Sufiyah setelah lama berdiam diri. Sebenarnya tak lama mana pun. 3 minit saja.

"Okaylah kalau macam tu. Jom cepat." Suffiyan menarik tangan Sufiyah supaya berjalan bersamanya. Sufiyah hanya akur mengikut langkah abangnya itu.

Tiba saja di hadapan pagar akademi. Sufiyah menyalam tangan Suffiyan lalu terus masuk ke dalam manakala Suffiyan pula menuju ke taman. Kelihatan juga beberapa gadis memandangnya sambil tersenyum. Suffiyan buat tak endah saja.

***********************
'7.10 a.m.'

Sufiyah menarik nafasnya dalam-dalam. Dia kini berada di hadapan pejabat Pengetua. Rasa takut mula menguasai dirinya. Tangannya mula memulas tombol pintu. Belum sempat dipulas, pintu itu sudah dibuka.

Muncul seorang gadis berambut ekor kuda. Dia senyum saja apabila perasan seseorang di hadapannya. Sufiyah membalas sebelum gadis itu beredar.

"Cantiknya dia." Monolog Sufiyah. Tak perasan ada mata sedang memerhatikan dia.

"Ehemm. Awak nak masuk atau berdiri saja disitu?" Tersentak Sufiyah. Dia berasa malu lalu terus masuk.

"Assalamualaikum, maafkan saya Tuan. Saya betul-betul minta maaf." Ucap Sufiyah. Risau jika Pengetua marah padanya.

"Waalaikumusalam. Tak mengapa. Saya saja tegas dengan awak tadi. Hahahaha." Gelak Pengetua. Sufiyah tercengang.

"Baiklah. Cik Sufiyah, selamat datang ke Artisa. Saya harap awak dapat terima cara pembelajaran disini. Jangan lupa juga selesakan diri kerana Artisa tidak seperti sekolah biasa." Pengetua menyambut Sufiyah.

Sufiyah hanya mengangguk dan tersenyum. Tak sangka Pengetua baik orangnya. Sufiyah pamit lalu keluar dari pejabat itu.

"Oh jangan lupa ambil kad pelajar awak di bangunan sebelah." Sempat Pengetua pesan. Sufiyah mengangguk. Dia terus menuju ke bangunan sebelah.

Tiba saja di bangunan itu. Sufiyah membulat mata apabila melihat senibina bangunan itu. Kena dengan tema modennya.

Dia terus menuju ke kaunter untuk mengambil kad pelajarnya. Seorang wanita berumur 30-an muncul sambil membawa sebuah kotak.

"Selamat datang. Boleh saya bantu Cik?" Tanya wanita itu.

"Hah. Saya pelajar baru. Nama saya Nur Sufiyah binti Ismail. Saya datang nak ambil kad pelajar saya." Ucap Sufiyah.

"Oh Cik Sufiyah. Sekejap ya. Saya ambilkan set pelajar untuk."
Beberapa minit kemudian wanita itu muncul semula sambil membawa sekeping fail.

" Ini set pelajar awak. Dalam ni dah tersedia 'Tab', kad pelajar dan juga kad prabayar. 'Tab tu awak boleh guna dalam kelas awak. Kad pelajar untuk awak 'access' di kelas nanti. Dan kad prabayar tu untuk awak belanja. Jangan risau, awak hanya perlu tambah nilai saja dan tak perlu nak bawa duit banyak-banyak ke akademi. Tak lupa juga disebabkan awak pelajar baru, pihak akademi memberi peluang kepada pelajar baru seperti awak untuk mengenali kawasan akademi ini. Ini peta untuk awak." Jelasnya panjang sambil tercungap-cungap. Sufiyah teruja. Tak sangka wanita itu atau dikenali  sebagai Cik Sue boleh bercakap dalam sekali lafaz saja.

Selesai mendaftarkan nama. Sufiyah keluar dari bangunan itu. Bermula sudah hari persekolahannya di akademi itu.

Langkahnya terhenti apabila ternampak seorang gadis terjatuh. Dia segera berlari anak menuju ke arah gadis kecil itu.

"Awak, awak tak apa-apa?" Soal Sufiyah. Dia cuba mengangkat gadis itu dengan kudrat yang dia ada.

"Aduh. Kaki aku sakit." Kata gadis itu. Sufiyah memapah gadis itu perlahan-lahan. Gadis itu memberitahu supaya menghantarnya ke bilik rawatan. Sufiyah akur dan terus menuju ke bilik rawatan.

********************

So,  Sufiyah sudah berjumpa dua orang. Tapi siapa orang tu. Kita tengok nanti.

Btw pendek betul part ni. Aduh idea pun kejap ada kejap tak ada. Takut butul saya.

Ok last. Next part kita tengok apa yang akan jadi. Kalau sebelum ni mereka jumpa di pejabat. Kali ini di hadapan bangunan pula.

Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa part ini selesai!!!

SILAKAN VOTE YA. KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience