Bab 4 Alia Nadia

Drama Completed 126061

Bab 4

Setelah menganti baju yang diberikan oleh bibik. Ayu Falisha merebahkan tubuhnya di atas katil. Baru saja ingin memejamkan mata tiba-tiba Ayu Falisha teringat akan gambar ibu dan ayahnya.

“Aduh,gambar mami dan ayah. Tak dapatlah aku  melihat gambar mami dan ayah sebelum tidur,” gumam Ayu Falisha.

Malam ini Ayu Falisha agak gelisah dan sukar untuk tidur. Kerana asyik memikir gambar pernikahan ibu dan ayahnya yang berada di dalam bilik tempat Kak Maria.

“Walaupun gambar ibu dan ayah sudah tidak bersama ku. Tapi aku masih ingat wajah ayah di gambar itu,” gumam Ayu Falisha lagi.

Jam sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Mata Ayu Falisha sudah mula layu menahan ngantuk. Akhirnya Ayu Falisha terlelap juga.

 

Kedengaran sayup-sayup azan subuh berkumandang. Perlahan-lahan Ayu Falisha membuka matanya.

“Ah, sudah azan subuh. Lebih baik aku bangun dan solat subuh,” ucap Ayu Falisha.

Ayu Falisha bangun dan keluar dari dalam bilik. Ayu Falisha berjalan ke arah dapur untuk mencari bibik. Sepertinya bibik tidak ada di dapur.

“Mungkin bibik belum bangun,” bisik Ayu Falisha pada dirinya sendiri.

 Tiba-tiba pintu bilik air yang berada didapur dibuka oleh seseorang dari dalam. Ayu Falisha menoleh ke arah bilik air. Dengan cepat Ayu Falisha mengukir senyuman bila melihat bibik melangkah keluar dari dalam bilik air itu.

“Bibik, Ayu nak pinjam tuala mandi,” beritahu Ayu Falisha sambil memandang ke arah bibik.

“Guna je tuala bibik yang ada dalam bilik tu. Baju pun Ayu boleh ambil pakai. Sebab bibik tahu Ayu datang malam tadi tanpa bawa apa-apa barang,” balas bibik.

“Terima kasih,bik,"

 “Bibik nak pergi solat subuh dulu. Ayu kalau nak solat guna saja telekung sembahyang yang ada didalam bilik tu. Nanti lepas solat boleh bantu bibik di dapur,” kata bibik.

“Baik,” sahut Ayu Falisha.

Bibik melangkah meninggalkan Ayu Falisha. Ayu Falisha cepat-cepat masuk ke dalam bilik dan ambil tuala mandi. Lalu dengan cepat berjalan masuk ke bilik air.

Selesai mengerjakan solat subuh Ayu Falisha keluar dari bilik. Dan melangkah menuju dapur. Ayu Falisha lihat bibik sudah pun berada di dapur.

 “Bibik, apa yang boleh Ayu bantu?” soal Ayu Falisha.

“Ayu tolong potong bawang merah dan bawang putih. Bibik mahu masak nasi goreng,” balas bibik.

“Baik,” sahut Ayu Falisha sambil mula mengambil bawang merah dan bawang putih.

 “Bibik boleh Ayu mahu tanya sesuatu,” ujar Ayu Falisha sambil mula memotong bawang.

“Tanyalah,”ucap bibik.

Tangan bibik sedang memotong sayur kangkung untuk di masak bersama nasi goreng.

“Dalam rumah ni... Selain bibik, Tuan Iskandar dan anaknya ada siapa lagi?” soal Ayu Falisha ingin tahu.

“Oh, lupa nak bagitahu Ayu. Di rumah ni juga ada puan besar ibu pada Tuan Iskandar,” bibik menjawab pertanyaan Ayu Falisha.

“Ooh,” sahut Ayu Falisha.

“Puan Besar tidak sihat. Separuh badan Puan Besar lumpuh. Jika mahu bergerak ke mana-mana puan akan mengunakan kerusi roda. Setiap pagi akan ada seorang wanita yang akan datang untuk menguruskan puan,” terang bibik.

 

Jam sudah menunjukkan pukul 7.15 pagi. Nasi goreng sudah siap di masak dan diletak di atas meja makan. Air teh- o yang di bancuh oleh Ayu Falisha juga sudah tersedia di atas meja.

“Bibik!” Panggil satu suara agak kuat.

Ayu Falisha menoleh ke arah suara itu. Ayu Falisha mengukir senyuman kepada si pemanggil itu. Kerana yang memanggil bibik itu adalah Alia Nadia anak Iskandar yang berumur 5 tahun. Bibik juga menoleh ke arah Alia Nadia.

“Bibik, kenapa tinggal Alia sorang-sorang,” kata Alia Nadia sambil memuncungkan mulutnya.

“Alah, tadi bibik tengok Alia masih tidur lagi... Pagi ni bibik masak nasi goreng yang Alia suka tu,” kata bibik sambil menghampiri Alia Nadia.

“Alia nak susu,” minta Alia Nadia.

“Baiklah, nanti bibik buatkan,” sahut bibik.

“Bibik sapa kakak ni? Semalam tak dak pun,” soal Alia Nadia penasaran. Alia Nadia memandang wajah Ayu Falisha.

“Ini Kak Ayu. Mula hari ni Kak Ayu akan tinggal sama-sama dengan kita,” jawab bibik.

“Kalau macam tu... Alia nak Kak Ayu buatkan susu untuk Alia,” ucap Alia Nadia dengan mengukir senyuman kepada Ayu Falisha.

“Baiklah, Kak Ayu akan buatkan susu untuk Alia. Bibik mana susu dan bekas untuk bancuh susu Alia?” ujar Ayu Falisha sambil memandang ke arah bibik.

“Susu Alia ada atas kabinet tu. Ayu bancuh susu dalam cawan yang ada gambar kartun Elisa,” kata bibik sambil menunjuk tin susu yang ada di atas kabinet.

Tanpa berlengah Ayu Falisha terus membancuh susu untuk Alia Nadia. Bibik mengakat tubuh Alia Nadia diatas bangku. Bibik menuangkan nasi goreng ke dalam pingan untuk Alia Nadia. Selesai membancuh susu formula didalam cawan. Ayu Falisha memberi cawan itu kepada Alia Nadia.

“Nanti dah selesai makan dan minum susu, Alia kena mandi tau,” kata bibik mengingatkan.

“Alia tak mahu pergi sekolah hari ni. Badan Alia tak sihat,” balas Alia Nadia memberi alasan untuk tidak pergi sekolah.

Dengan cepat tangan bibik menyentuh dahi Alia Nadia.

“Tak panas pun. Alia pun nampak sihat saja,” kata bibik.

“Alia nak duk rumah... Nak kawan dengan Kak Ayu,” kata Alia Nadia lagi sambil melirik ke arah Ayu Falisha.

“ Kak Ayu ada je dekat rumah ni. Nanti Alia pulang dari sekolah boleh main dengan Kak Ayu,” balas bibik lagi.

Ayu Falisha tersenyum mendengar bibik dan Alia Nadia berbalah. Membuatkan Ayu Falisha terkenangkan adiknya satu ibu lain ayah. Umur adik Ayu Falisha hampir sebaya dengan Alia Nadia.

“Alia tahu, Kak Ayu ada adik sebaya dengan Alia. Apa kata Kak Ayu mandikan Alia nanti,” kata Ayu Falisha sambil menatap wajah Alia Nadia yang sedang meneguk air susu.

“Boleh,” jawab Alia Nadia singkat. Tangan Alia Nadia mengelap mulutnya setelah selesai  minum susu.

“Kalau macam tu bibik ambil tuala. Ayu pergilah bawa Alia masuk bilik air,”kata bibik.

“Mari, Kak Ayu mandikan,” ucap Ayu Falisha.

“Okeylah,” sahut Alia Nadia.

Ayu Falisha dan Alia Nadia berjalan menuju ke bilik air. Nampaknya Alia Nadia mudah mesra dengan Ayu Falisha. Melihat Alia Nadia tidak kekok bersama Ayu. Bibik menyuruh Ayu Falisha temankan Alia Nadia masuk ke dalam bilik untuk memakai baju. Ayu Falisha mengikut saja arahan bibik.

“Bibik, Alia tak bangun lagi ke? Eh, perempuan yang ikut saya malam tadi masih belum bangun juga?” soal Iskandar. Bila melihat hanya ada bibik saja di dapur.

“Alia dan Ayu dah bangun. Ayu temankan Alia pakai baju di dalam bilik,” bibik menjawab pertanyaan majikannya itu.

“Mahu pula Alia dengan Ayu tu,” gumam Iskandar.

“Ayu tu baik orangnya. Mungkin sebab itulah Alia boleh cepat mesra,” balas bibik.

“Bibik pergi panggil Alia sekarang. Nanti lambat pula,” Iskandar memberi arahan.

“ Baik Tuan,” sahut bibik.

Bibik mula melangkah menuju ke arah bilik anak majikannya itu. Bibik membuka daun pintu bilik. Kelihatan Ayu sedang mengikat  rambut Alia.

“Alia, papa dah tunggu tu,” ujar bibik.

“Bibik cantik kan rambut Alia... Kak Ayu ikat,”ucap Alia Nadia sambil mengoyangkan kepalanya.

“Ya, memang cantik dan comel,”balas bibik sambil mengukir senyuman melihat gelagat Alia Nadia.

Bibik, Alia Nadia dan Ayu Falisha berjalan keluar dari bilik. Ayu Falisha agak gugup bila terpandang Iskandar.

“Alia, cepat sikit!” panggil Iskandar sambil memandang Alia Nadia.

“Papa... Hari ni Alia cantikkan?” soal Alia Nadia sambil memusingkan badannya.

“Anak papa sentiasa cantik di mata papa,” balas Iskandar.

“Mmh... Papa nak tahu Kak Ayu ikat kan rambut Alia,” terang Alia sambil menggerak-gerakkan kepalanya.

“Ooh, cepatlah. Nanti lewat pula papa masuk ofis,” ujar Iskandar.

“Baik papa,” sahut Alia Nadia. Kakinya mula menyarung kasut sekolah.

“ Bibik nanti suruh Ayu bawa makanan untuk mama,” Iskandar memberi arahan.

“Baik tuan,” sahut bibik.

Iskandar dan Alia Nadia berjalan keluar menuju ke pintu utama. Setelah Iskandar dan Alia Nadia hilang dari pandangan. Ayu Falisha mendekati bibik yang sedang menutup pintu utama.

“Bibik, di mana bilik mama Tuan Iskandar tu?” soal Ayu Falisha.

“Bilik puan di hujung sana. Nanti bibik bancuhkan susu dulu untuk puan. Lepas tu barulah Ayu pergi bawa susu dan nasi goreng untuk puan makan,”ujar bibik lalu menapak menuju ke arah dapur.

 Ayu Falisha juga mengikut bibik ke dapur. Sampai di dapur bibik terus mengambil gelas dan membancuh susu. Kemudian bibik menyuruh Ayu Falisha mengambil dulang untuk letak pingan berisi nasi goreng dan gelas berisi susu.

“Ayu bawa dulang ni ke bilik puan,” perintah bibik.

“Baik,” ucap Ayu Falisha lalu mengambil dulang itu. Dan berjalan menuju ke bilik yang telah diberitahu oleh bibik.

Sampai didepan pintu bilik ibu Iskandar. Ayu Falisha berdiri kaku kerana jantungnya berdebar-debar. Kerana Ayu Falisha tidak tahu bagaimana penerimaan ibu Iskandar bila mengetahui dirinya berada di rumah ini. Tangan kanan memegang dulang. Tangan kiri Ayu Falisha pula mula membuka tombol pintu.

Terbuka saja daun pintu.  Ayu Falisha terus melangkah masuk ke dalam bilik. Dapat lihat dengan jelas ibu Iskandar sedang dalam posisi duduk diatas katil.

“Puan, saya bawa makanan dan susu,” ujar Ayu Falisha sambil berjalan mendekati katil.

Ibu Iskandar bernama Maznah agak tergamam melihat Ayu Falisha masuk ke dalam biliknya.

“Kamu ni siapa? Mana bibik?” soal Maznah agak terkejut melihat Ayu Falisha.

“Saya Ayu pekerja baru di rumah ni. Bibik dan Tuan Iskandar yang suruh saya hantar makanan pada puan,” Ayu Falisha menjelaskan.

“Ooh, letak je dulang tu dekat tepi tu,” ujar Maznah sambil menunjukkan meja kecil yang ada di sebelah katil.

Ayu Falisha cepat-cepat letak dulang diatas meja.

“Puan nak saya suapkan ke?” soal Ayu Falisha.

“Saya boleh makan sendiri. Tangan dan mulut saya masih sihat. Hanya kaki saya saja yang lumpuh. Kamu boleh keluar sekarang,” Maznah menjawab pertanyaan Ayu Falisha.

 Ayu Falisha mula berjalan keluar dari bilik itu.

 

Di dalam kereta.

“Papa, Kak Ayu tu baik kan,”ujar Alia Nadia sambil menatap wajah Iskandar yang sedang fokus memandu.

“Macam mana Alia boleh kata Kak Ayu tu baik? Sedangkan Alia baru je kenal sehari dengan Kak Ayu,” soal Iskandar penasaran.

“Sebab... Kak Ayu cantik. Lepas tu Kak Ayu tak tua macam bibik,” ucap Alia Nadia sambil tersengih menampakkan giginya yang putih.

“Macam-macamlah kamu ni, Alia... Okey dah sampai sekolah pun,” kata Iskandar sambil mula membuka pintu kereta untuk Alia keluar.

 “Papa, kalaulah Kak Ayu tu boleh jadi mama Alia kan bagus. Tapi kenapa mama sudah lama tak datang jumpa Alia?” ucap Alia Nadia sebelum keluar dari dalam kereta.

Iskandar terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut anaknya itu. Iskandar melihat Alia berjalan masuk ke dalam sekolah. Sepanjang perjalanan menuju ke pejabat. Iskandar asyik teringat kata-kata Alia Nadia.

Iskandar sedar Alia Nadia kekurangan kasih sayang seorang ibu. Selama ini hanya bibik tempat Alia Nadia menumpang kasih. Iskandar juga agak sibuk dengan urusan syarikatnya. Bekas isterinya juga sibuk dengan kerjaya model. Dalam setahun hanya beberapa kali saja bekas isteri Iskandar bertemu dengan Alia Nadia. Apa lagi bekas isterinya itu juga sudah ada keluarga baru.

Tetapi sampai sekarang Iskandar tidak mampu move on. Kerana terlalu banyak kenangan dirinya bersama bekas isterinya itu. Bertahun-tahun menyemai benih cinta sehingga terbinanya rumah tangga yang mereka impikan. Tapi musnah sekelip mata ketika syarikat yang di bina oleh ayahnya bermasalah. Sehingga ayahnya terkena serangan jantung dan meninggal dunia. Masa itu juga usia Alia Nadia baru setahun.

Natasha nama bekas isteri Iskandar dengan teganya meminta cerai. Dengan memberi alasan sudah tidak sanggup hidup bersamanya. Iskandar benar-benar kecewa dengan Natasha. Iskandar menceraikan Natasha tapi dengan syarat hak asuh Alia Nadia jatuh padanya. Tidak Iskandar sangka Natasha setuju dengan syarat itu. Dengan terpaksa Iskandar melepaskan Natasha dengan talak satu. Setelah setahun lebih bercerai Natasha telah berkahwin lain dengan seorang usahawan berpangkat Dato.

Sekarang ini Iskandar cuba bangkit. Syarikat arwah ayahnya yang hampir bangkrap dahulu sudah bangkit semula. Semuanya atas pertolongan kawan-kawan dan saudara mara terdekat.

“Bagaimana kalau aku jadikan Ayu isteri aku. Tapi bersyarat,”gumam Iskandar.

Bersambung...
 

 

Terima kasih sudi support saya.

Share this novel

DHIA AMIRA
2022-08-20 04:18:35 

done baca. 4 pg update kak hihi xtido ke? syarat apa tu jeng2


NovelPlus Premium

The best ads free experience