(novantatre) 93

Other Series 152486

"Kenapa awak cakap macam tu sayang? Jangan pernah terfikir pun.. You know how much I love you right? Hmm?" Dagu si suami yang menunduk diangkatnya, agar mereka bertatapan.

"Mari saya tengok.. hmm.. sikit je ni. You're still handsome as always Mika, even more handsome than before.." tersenyum lebar Aleena bertutur manja dengan Dom.

Rahang si suami tidak jemu diusapnya. Rindu untuk berbual dan meluangkan masanya bersama lelaki itu.

"..because all this, shows your love for me." parut hodoh di wajah itu dielusnya lembut sambil tersenyum pada si suami dengan mata berkaca.

Dom terlalu banyak berkorban untuknya. Hinggakan sanggup bergadai nyawa bagi memastikan keluarganya selamat. Lelaki itu terlalu bermakna.

Dengan sebak, Dom turut mengukirkan senyum membalas. Syukur yang amat apabila Aleena menerima dia seadanya walaupun serba kekurangan.

"Thanks my dear.. Thank you so much." dahi licin milik si isteri dikucupnya lama. Sayang yang amat!

Mereka berbalas senyuman seketika sebelum Aleena kembali mahu mengucup bibir dambaannya itu.

Sedang dia sibuk bercumbuan, tiada tindak balas diperoleh daripada Dom. Lelaki itu hanya tersenyum saja tanpa membalas ciumannya.

"Mika? What's wrong?" soalnya musykil seraya menjarakkan diri.

"This ugly face shows my love for you.. So what about you then?" soal Dom mengacah. Lebar senyumannya apabila Aleena terlihat terkebil-kebil seketika. Comel!

Tetapi tiba-tiba Aleena tertawa kecil sambil menampar lembut dada Dom.

"Haih.. apalah awak ni. Ingatkan ada apa-apa tadi. I also have something for you Mika. Something that shows my deepest love for you.." mata mereka bertatapan hangat, penuh cinta.

"Apa dia tu?" kekura Aleena di dalam genggamannya dikucup sayang sambil tidak lepas daripada menatap wajah si isteri.

"It's actually not something but someone. Do you want to meet him?" senyuman Aleena penuh makna.

Dom sudah teruja, dia tahu siapa yang dimaksudkan Aleena. putera sulung mereka, Farazdaq.

"Jomlah awak.. tapi Faraz tengah tidur." dia bangun dari ribaan Dom dan mengajak lelaki itu mengikutinya sama.

Tangannya membalas pegangan Aleena sebelum tongkatnya diambil menstabilkan diri.

Aleena hanya tersenyum saja memandang suaminya yang sedikit sukar berjalan kerana sebelah kakinya masih belum pulih sepenuhnya dari lumpuh. Sedih hati wanitanya.

"Let me help you." Dom cuba dipimpinnya tetapi lelaki itu menolak.

"No need sayang." balas Dom. Tangan Aleena digenggamnya dan mereka mula berjalan beriringan.

Dia tidak suka apabila wanita itu membantunya kerana merasakan diri terlalu kekurangan. Dia masih mampu untuk diri sendiri.

Aleena hanya mengangguk saja. Sebuah bilik ditujui. Aleena yang mahu membuka tombol pintu melihat ke arah Dom sekilas.

Lelaki itu sedang menarik hembus nafas dalam. Cuba untuk tidak menangis seperti tadi dan semasa bertemu Andy.

Sudah banyak yang dia tangisi sejak kebelakangan ini. Sememangnya air mata dia amat murah untuk setiap yang disayanginya.

Mereka berbalas pandangan dan anggukan sebelum Aleena membuka pintu. Cahaya samar jingga di dalam bilik itu memperlihatkan sekujur tubuh kecil yang dibedung kemas di atas katil.

Sedang enak dibuai mimpi.

Senyuman Dom terus saja terukir bahagia dengan sebak. Tangannya digenggam Aleena dan wanita itu menariknya merapati katil.

"Asaalamualaikum Faraz anak daddy.." lelaki itu bertinggung di sebelah katil sambil menatap wajah kemerahan itu sayang.

"I'm sorry sayang.. Daddy minta maaf sebab tinggalkan Faraz dan mummy, please forgive me." ujarnya sendirian walaupun si kecil hanya tidur tidak berkutik.

"It's not your fault Heaven, it's my fault for running away with Faraz.. I'm sorry." Aleena turut duduk bersimpuh bersebelahan Dom di atas lantai.

"Tak apa.. saya faham cara. We forget it hm?" bahu Aleena dirangkul mesra seraya membuang kembali pandangan pada raut wajah si anak lelaki.

"Thank you for conceiving and giving birth to my child well carrissima.." ucap Dom lembut sambil memandang Aleena sekilas.

Wajah didekati dengan Faraz sebelum dahi dan kedua pipi lembut itu dikucupnya perlahan berkali-kali. Geram!

Rasa mahu digomol saja wajah itu. Tidak puas hatinya.

Malam itu Dom hanya bermalam bersama Aleena dan Faraz di kediaman Afonso sahaja.

Fillia juga telah dimaklumkan Aleena bahawa Dom adalah suaminya dan mereka juga turut meminta maaf akan kebiadapan terhadap Fillia tadi.

Terpaksa menunggu di luar dalam kesejukan kerana memberikan mereka ruang bersama.

Pagi seterusnya, Dom mahu membawa Aleena dan Faraz pulang ke mansion. Afonso dan isteri telah diberi ganjaran yang teramat lumayan kerana membantu si isteri dan anaknya.

Setelah meminta diri dan berterima kasih, mereka pun pulang ke kediaman indah mereka.

Sewaktu kereta mewah Dom diiringi dua buah kereta pengawal mereka memasuki perkarangan Forrestor, dari jauh lagi Aleena sudah melihat Andy dan Zen di taman bunga di halaman mansion.

Kelihatan anak angkatnya itu teruja yang amat. Terlambai-lambai dia dari jauh menggamit pandangan Aleena dan Dom.

"We are home." Aleena menoleh pada Dom di sebelahnya. Tersenyum manis.

Kepala diangguk mengiakan. Kereta dierhentikan tidak jauh daripada Zen dan Andy.

Dua orang pengawal membuka pintu pada kedua belah kereta. Aleena yang mendukung Faraz keluar agak perlahan sambil dibantu Zen yang sudah sedia menunggu untuk membantu di luar.

Dom pula disambut Andy riang lagi. Kakinya dipeluk si anak manja.

"Daddy! Why didn't you come home yesterday? I'm waiting for you." manja saja tutur bicara Andy. Soalan si anak dibalas dengan senyuman.

"Hahaha.. Andy tunggu daddy ye? I'm sorry sayang. I need to do something.." rambut perang lebat itu diusapnya lembut.

"But I have something special for you.." tangan tembam si anak dipimpinnya ke sebelah sana kereta.

Melihatkan saja batang tubuh si ibu sambil mengendong bayi, Andy mula berteriak kegembiraan.

"Mummy! You're home!" tangan yang menggenggam tangan Dom tadi dilepaskan sebelum meluru ke arah Aleena.

Wanita itu tertunduk sedikit mengucup dahi si anak sambil melayan bicara petah Andy. Dom bertentang mata pula dengan Zen.

"Carrissima.. you go inside first, let Andy see Faraz. He must be very excited to meet his brother." Dom memberikan cadangan pada Aleena.

"That's right! Let's get in mummy, Andy want to see adik." hujung pakaian Aleena ditariknya sedikit agar mengikuti langkahnya ke dalam mansion.

"All right, let's go in. Faraz also can't wait to meet her brother." Aleena hanya melayan saja keterujaan Andy.

Pertama kali melihat si adik amat menggembirakannya. Mereka ditemani Gahz, pembantu rumah, masuk ke dalam mansion.

"Zen.. we need to talk." panggilan Dom membuatkan Zen menoleh semula daripada menghantar pandangan cik puan dan tuan mudanya ke dalam mansion tadi.

"Sure Dom." diikuti langkah sukar si tuan bersama tongkat ke tempat duduk kayu di taman bunga tersebut.

Pokok rendang sebagai perteduhan menghalang cahaya matahari daripada terus mengenai mereka. Sejuk sahaja persekitaran taman itu.

Amat menenangkan.

"Sit Zen." arah Dom perlahan sambil memandang sekeliling taman. Kebanyakkan tumbuhan masih tidak lagi segar kerana musim luruh baru saja berakhir.

Dengan cermat, kerusi berhadapan si tuan didudukinya sopan. Kepala ditundukkan sedikit.

"What can I help you Dom?" soalnya tidak sabar. Wajah berparut besar itu keruh saja.

Ada apa-apakah?

"I have one last assign for you to complete, after that, you are free." ucap Dom serius.

"Pa-Pardon?" tidak percaya dengan apa yang diperkatakan Dom.

"Kau tak perlu terikat lagi dengan aku Zen. Kau bebas selepas ini. Tapi aku tak akan putuskan hubungan kekeluargaan ni. You are also part of this family." ujar Dom tenang.

"You can meet Aisyah and start your new life. You can have your own home, your own family, your own job.. Your own life without having to be bound by me Zenny." ucap Dom ikhlas.

Zen agak terkedu apabila Dom mengetahui tentang Aisyah, ini tidak lain tidak bukan mesti cik puannya yang memberitahu Dom.

Dia menunduk, berfikir seketika sebelum kembali menatap Dom serius.

"What do you want me to do Dom?" wajah si tuan dilihatnya dingin.

"I want you to go to Malaysia and kill one of Aleena's friends.." mata mereka bertentangan serius.

"..someone named Naufal."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience