Chapter 23

Romance Completed 35261

Matanya tenung drip yang dicucuk di urat tangan Sofia Amelia. Sofia Amelia pula masih belum sedar. Dato’Johari duduk di sebelah katil Sofia Amelia. Namun, fikirannya melayang entah ke mana. Peristiwa tadi masih segar di memori. Walaupun jumpa sekejap, ianya mampu mengubati rindunya.

~ FLASH BACK ~

Dato’Johari berjalan menuju ke bilik rawatan Sofia Amelia selepas menunaikan solat di surau. Tiba-tiba suara wanita yang umurnya dalam lingkungan 45 tahun didengar. Suara itu sangat dikenali oleh Dato’Johari. Susuk tubuh yang agak gempal berdiri di hadapannya. Sibuk berbual dengan seorang jururawat di situ.

“Rafidah” nama itu sahaja yang diingat masa itu. Apabila terpandang wanita itu, otaknya secara tidak langsung mengingat kembali nama itu.

Wanita yang berbual dengan jururawat itu berhenti sesaat. Matanya menuju ke arah pemanggil. Mukanya pucat, air matanya bergugur apabila kedua-dua mata memandang lelaki yang separuh abad.

“Abang long” dirinya masih terkejut. Sudah beberapa tahun mereka tidak berjumpa.

“Fidah, sihat?” suara Dato’Johari perlahan.

“Sihat. Abang long sihat?”

“Sihat. Buat apa kat sini?”

“Kawan Fidah masuk ward. Itulah datang jenguk dia. Abang buat apa kat sini?”

“Ni Sofi, dia pengsan tadi. Itulah dia masuk ward. Fidah datang dengan siapa?”

“Ya Allah, kenapa dengan Sofi abang long? Sofi sihat tak?” kelam-kabut Rafidah apabila menerima berita pengsan Sofia Amelia.

“Dia tak apa-apa Fidah. Sofi tu tak tahan panas. Dia akan pengsan kalau berada lama di tempat yang panas. Tadi dia keluar. Cuaca panas sangat. Itu lah dia pengsan. Awak jangan lah risau.” Dato’Johari memberitahu Datin Rafidah.

Dato’Johari dan Datin Rafidah ialah adik-beradik. Disebabkan satu masalah, mereka berpisah. Sudah bertahun mereka tidak menghubungi.

“Abang long tanya Fidah datang dengan siapa tadi.” Dato’Johari masih menanya tentang orang yang ikut bersama adiknya.

“Erm, Fidah datang dengan…”

“Rafidah!” suara Dato’Othman amat jelas kedengaran. Kuat jugak suaranya sampai orang yang dikeliling memandang mereka bertiga.

“Awak buat apa kat sini? Abang suruh tunggu kat sana kan?” tengking Dato’Othman. Sebenarnya dari tadi Dato’Othman mendengari segala perbualan isteri dan musuhnya.

“Abang, sebenarnya Fidah…”

“Diam! Awak ni dah tak takut dengan abang ke? Abang dah larang awak berjumpa dengan lelaki ini! Tapi awak masih jumpa dia belakang saya kan! Dah tak taat pada suami ke?”

“Abang, bagi Fidah terang dulu.” Datin Rafidah cuba menerangkan kepada Dato’Othman. Tetapi Dato’Othman tidak bersedia untuk mendengar sebarang penjelasan dari isterinya.

“Balik sekarang!” arah Dato’Othman. Dato’Johari mampu berasa simpati dengan nasib satu-satunya adik yang masih lagi hidup. Tidak mampu untuk buat apa-apa.

“Abang, tolong bagi masa kepada Fidah. Sofi telah masuk ward. Fidah melawat dia sekejap je abang.” rayu Datin Rafidah. Perasaan ingin berjumpa dengan anak abangnya tidak mampu dipendamkan.

“Ada abang kisah? Awak dengar sini! Kalau awak langkah setapak dari sini menuju ke arah abang awak ataupun ke arah ward anak abang awak, saya tak akan teragak untuk ceraikan awak! Faham? Dengar betul-betul!”

Luruh hati Datin Rafidah apabila mendengar perkataan cerai dari mulut suaminya. Dato’Johari memberi isyarat supaya ikut arahan Dato’Othman kepada adiknya. Tidak mampu untuk tengok adik perempuannya merana di depan mata. Biarlah adiknya bahagia dengan suaminya.

“Abang, Fidah balik dulu. Jaga diri baik-baik. Tolong kirim salam kepada Sofi. Assalamualaikum.” Datin Rafidah menyalami tangan abangnya. Dato’Othman hanya membatukan diri. Datin Rafidah terus meninggalkan suaminya apabila sudah menyalami tangan Dato’Johari.

“Daddy… Daddy…” lamunan Dato’Johari terganggu apabila Sofia Amelia mengoyangkan tangannya.

“Ye Sofi. Bila sedar?”

“Almost 15 minutes daddy. Sofi panggilkan daddy, tapi daddy buat tak dengar je. Daydreaming ke?”

“Tak ada lah. Nak apa-apa tak? Lapar tak?”

“Macam mana Sofi boleh ada kat sini daddy?” mata Sofia Amelia meneliti setiap sudut bilik itu.

“Is yang bawa Sofi ke sini.”

“Iskandar Faiz?”

“Ye. Dia yang urus semua kat sini.”

“Mamat tu hantar aku ke sini. Dia ambil berat pasal aku ke?” gumam Sofia Amelia dalam hati. Dirinya rasa dihargai oleh seorang lelaki selain Dato’Johari dan James.

“Sofi pergi mana? Macam mana boleh jumpa dengan Is?” soalan itu bermain dalam fikiran Dato’Johari. Lupa untuk tanya kepada Iskandar Faiz.

“Alamak, apa aku nak cakap ni? Kalau aku tipu, mesti daddy tahu.” bukan mudah untuk menipu Dato’Johari. Dato’Johari dapat tahu sekiranya anaknya membohong dengannya melalui mata.

“Daddy, Sofi rasa haus. Nak air.” memberitahu perlahan. Ingin untuk mengelak dari menjawab soalan itu. Otaknya tak mampu untuk berfikir alasan yang munasabah. Badannya rasa letih sangat.

“Thank you daddy. Sofi nak tidur sekejap. Penat.”

“Baik Sofi. Take rest. Daddy kat sini je. Kalau nak apa-apa, panggil daddy.” dahi anaknya dicium dengan penuh kasih sayang.


*****************

“Sekarang ni awak berani langgar arahan saya kan Fidah!” Dato’Othman sergah setelah masuk ke dalam rumah banglo miliknya.

“Mana ada Fidah langgar arahan abang?” Datin Rafidah cuba mempertahankan dirinya dari tuduhan suaminya.

“Awak jangan bohong Fidah! Dah berapa kali awak berjumpa dengan abang long kesayangan awak tu di belakang saya?”

“Sumpah abang. Fidah tak pernah pun berjumpa dengan abang long selepas arahan abang beberapa tahun lepas.” Datin Rafidah masih membela dirinya. Amir dan Mazlan memerhati perbalahan antara ibu bapanya.

“Diam! Dengar sini Fidah! Sekali lagi awak jumpa dengan abang long awak tu, awak tahu lah balanya nanti!” pipi isterinya dicengkam kuat. Datin Rafidah cuba melepaskan cengkaman suaminya tetapi gagal.

“Abah, lepaskan mak.” jerit Amir.

“Kamu diam Amir. Ada anak, tapi tak guna! Tak boleh diharap!” jerkah Dato’Othman.

“Abah, Amir buat semua yang abah suruh. Apa yang abah tak puas lagi?”

“Abang, jangan marah. Bawa tenang dulu. Abang kan tahu pasal abah.” Mazlan menenangkan abangnya. Risau keadaannya akan menjadi lebih teruk.

“Abang, tolong jangan libatkan anak-anak dalam balas dendam!” akhirnya Datin Rafidah meluahkan isi hatinya. Sudah lama ingin menghentikan suaminya dari melibatkan anak-anaknya dalam balas dendam. Tetapi hari ini Datin Rafidah tidak mampu bertahan lagi.

“Awak diam! Jangan campur urusan abang!”

“Abang! Fidah cakap lagi! Jangan libatkan anak-anak dalam rancangan jahat abang!”

“Kenapa? Tak sanggup tengok abang awak disakiti ke?”

“Abang, jangan lupa apa yang abang telah buat 18 tahun lepas. Sebab siapa keluarga kita retak? Lupa ke?”

“Jadi, awak nak salahkan abang?”

“Tanya diri sendiri! Jangan tanya Fidah!”

Pang!!!

“Abah!” Amir dan Mazlan terkedu.

Datin Rafidah duduk di lantai. Bibirnya pecah. Darah pekat mengalir dari celah bibir. Mazlan menghampiri ibunya. Amir pula menghampiri ayahnya.

“Sampai hati abah tampar mak. Kenapa abah? Abah tak buta kan? Abah tak nampak ke betapa seksanya mak setiap hari? Sanggup abah buat macam ni.”

“Mak, bangun mak. Kita pergi cuci luka mak.” Mazlan cuba membangunkan Datin Rafidah. Dato’Othman meninggal rumah tanpa menjawab soalan Amir.


********************

“Rohani, Sofi pengsan pagi tadi. Sekarang dia masih dalam ward.”

“What?”

“Uncle Johari call tadi. Nak inform yang Sofi tak datang ke kelas esok.” Christina sampaikan berita kepada Rohani.

“Sofi tak ada apa-apa kan?”

“Uncle kata tak. Dia okay je.”

“Alhamdulillah. Esok kita pergi lawat Sofi.”


***************************

“Encik Is, this is for you.” receptionist menghulurkan sejambak bunga ros kepada Iskandar Faiz.

“For me?” menyoal Iskandar Faiz. Jambangan bunga ros itu diambil dari tangan receptionist.

“Thank you. Siapa pulak hantar jambangan ni?” kad kecil yang ditampal di atas jambangan dibuka. Isi kandungan dibaca. Tapi, tiada pun reaksi di muka.

“Is, I am so sorry. I knew I hurt you yesterday. Please forgive me. I will wait for you at Pizza Hut. I hope you will come later. I love you. From Wahidah Tiara.”

“Tia, saya harap awak tak akan ulang benda yang sama lagi.” kata Iskandar Faiz lalu meletakkan jambangan di atas meja.


**************

~ Pizza Hut ~

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam Is. Duduk la.” pelawa Wahidah Tiara.

“Dah order?” menyoal Iskandar Faiz. Tiada lagi riak gembira dalam wajahnya.

“Belum. Awak order lah.” Wahidah Tiara perasankan raut wajah kekasihnya.

Iskandar Faiz memanggil pelayan untuk mengambil pesanan. Tangannya membelek menunya.

“Hawaiian chicken, is it okay for you Tia?”

“I am okay with any pizza,Is.”

“Is, I’m sorry. Saya tak patut terlalu ikutkan emosi semalam.” Wahidah Tiara membuka bicaranya selepas pelayannya mengambil pesanan.

“Dah Tia. Saya tak nak cakap pasal semalam. Kita tak dapat ubah apa-apa yang dah berlalu. Cuma saya nak nasihatkan awak, jangan cakap tanpa berfikir. Tolong fikir pasal perasaan orang itu sebelum bercakap.” nasihat Iskandar Faiz menyentakkan Wahidah Tiara.

“Is, saya…”

“Tia, kita dah kenal lama. Saya harap awak tahu pasal saya. Percayakan saya. Jangan disebabkan cemburu buta awak, awak sanggup mencurigakan keikhlasan saya.”
Perbualan Iskandar Faiz jelas menggambarkan yang hati Iskandar Faiz disakiti oleh Wahidah Tiara.

“Saya minta maaf Is. Saya tak akan buat lagi.” Wahidah Tiara hanya mampu bercakap itu sahaja. Otaknya buntu. Tidak tahu bagaimana hendak memujuk Iskandar Faiz. Inilah pertama kali mereka berdua gaduh seperti ini.

“Remember your promise Tia.”

Wahidah Tiara hanya mengangguk faham.


*******************

“Sofi, kau sihat? Kita orang boring tau tanpa kau harini.” Christina memeluk Sofia Amelia.

“Christina, kau ni jangan over-over lah. Sofi baru je discharge.” Rohani tegur Christina.

“Aku rindu dia lah.” pelukannya dieratkan lagi.

“Aku pun rindu korang. Tapi Christina kau boleh tak lepaskan aku dari pelukan kau? Aku ni tak boleh nak bernafas. Kau ni peluk erat sangat.” Sofia Amelia berasa sesak nafas apabila Christina memeluk erat. Tiada ruang untuk Sofia Amelia bernafas.

“Sorry.” sengih Christina. Pelukannya dilepaskan.

“Macam mana kau boleh pengsan Sofi?”

Sofia Amelia menceritakan punca dan kejadian tempoh harinya kepada kedua-dua rakannya.

“Is yang bawa kau ke hospital?” Christina tanya untuk kepastian.

“Ye.”

“Rohani, kau dengar tak? Is yang bawa Sofi ke hospital. Is dah jatuh cinta kat Sofi ke?” Christina berbisik kepada Rohani.

“Kau rasa mudah ke Is jatuh cinta? Dia kan couple dengan Wahidah.”

“Tapi kenapa dia sanggup bawa Sofi ke hospital? Jelas dia risaukan Sofi kan.” Christina berbisik lagi.

“Alah, dia hanya tolong je kot. Kalau tolong itu bermaksud jatuh cinta ke?” Rohani menjawab sambil menjeling Christina.

“Kau takut kau kalah kan.”

“Diam lah kau.” Christina diam apabila mendengar arahan dari kawannya. Bibirnya sempat senyum.

“Korang dah kenapa ni? Cakap korang dua je. Tak nak share dengan aku ke?” mencelah Sofia Amelia.

“Tak ada apa-apa lah. Kau dah makan ke?” Rohani menukar topik perbualan. Dia tak nak bercakap pasal Iskandar Faiz lagi dengan Christina.

Ting! Ting!

Telefon OPPO milik Christina berbunyi menandakan mesej baru masuk.

“Hi Christina. Awak kat mana? Tak jumpa pun kat kampus harini.” - Adam

“Hi awak. Saya kat rumah Sofi. Terus balik ke rumah Sofi lepas kelas. Sebab tu tak dapat jumpa dengan awak harini.” - Christina

“Owh. Harini Sofi tak datang ke?” - Adam

“Tak awak. Sofi tak sihat.” - Christina

“Tak sihat? Kenapa?” - Adam

“Dia pengsan semalam.” - Christina

“Pengsan? Kenapa? Dia okay tak sekarang?” - Adam

“Dia okay la awak. Dia ada heat syncope. Sebab itulah dia pengsan.” - Christina

“Heat syncope? Apa tu?” - Adam

“Alah, awak ni. Banyak tanya lah. Pergi tanya pak cik Google. Saya mesej awak nanti. Bye.” - Christina

“Hish, dia ni. Cakap lah pasal penyakit itu. Baru aku tahu. Ingat aku ni doktor ke? Aduh!” Adam bercakap sendiri. Geram dengan sikap Christina tadi.

“Cha, kenapa ni? Why tension?” Khairil menyoal.

“Christina ni lah.”

“Kenapa dengan dia?”

“Sofi pengsan semalam. Dia ada penyakit heat syncope. Aku tanya lah apa penyakit tu? Dia suruh aku google. Lepas tu main blah je. Kalau kau kat tempat aku, kau tak marah ke?” tangannya menumbuk meja tanda geram.

“Chill lah cha. Apa susah. Kau google je lah.” Khairil membalas dengan tenang.

“Aku tak ada masa. Aku nak jumpa Sofi.”

“Cha. Wait. Jangan cemas. Dia okay kan sekarang?” tanya Khairil.

“Christina kata dia okay sekarang.”

“Kalau macam tu kau jumpa Sofi esok je. Tak elok kau terus pergi ke rumah Sofi.”

“Kenapa kau halang aku sekarang Khairil?” bersuara Adam tanda dia tidak puas hati.

“Tak elok lah cha. Sofi bukan kat hospital lagi. Dia kat rumah. Tak akan lah nak pergi ke rumah anak dara sesuka hati.” nasihat Khairil.

“So macam mana?” Adam menyoal lagi. Betul juga apa yang dicakap oleh Khairil.

“Kau jumpa esok je lah Sofi tu. Hashtag perempuan sombong berlagak itu.” main selamba Khairil melabelkan Sofia Amelia dengan nama perempuan sombong berlagak.

“Macam mana kau panggil Sofi?” Adam mengecilkan matanya.

“Hashtag PEREMPUAN SOMBONG BERLAGAK.”

“Kau nak kena dengan aku ke Khairil?”

“Dah lah. Memang betul kan apa yang aku cakap. Memang dia tu sombong pun.”

“Stop. enough!” Adam memberi amaran keras.

“Okay cha. Relax. Aku tak kutuk dia lagi.” Khairil mengalah.

“Cha, boleh tak aku dapat nombor Christina tu?”

“Kenapa?” soal Adam.

“Nak kenal dengan awek tu. Mana tahu berkenan kan.” balas Khairil sambil mengenyitkan mata.

“Apa?”

“Kenapa cha? Kau ada hati dengan dia ke?” Khairil menduga.

“No. My heart is only for Sofia Amelia.” satu senyuman manis ukir di bibir Adam. Muka Sofia Amelia dibayangkan oleh Adam.

“Then, bagi lah chance kat aku untuk kenal dengan Christina tu.” Khairil tidak putus asa pujuk kawannya.

“Nanti aku fikirkan. Aku nak pergi florist shop.” Adam bangun dan melangkah ke arah pintu.

“Kenapa ke situ?”

“Untuk beli bouquet untuk Sofi.” jawab Adam dan mengorak langkah.

“Kau ni tak puas kena dengan Sofi ke Adam?” Khairil bercakap sendiri. Ada juga rasa kesian terhadap kawannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience