BAB 8

Crime Completed 5579

Aku membuka kasut dan masuk ke dalam bilikku. Aku membaringkan tubuhku yang keletihan di atas katil.

Semuanya semakin menghimpit. Aku memang perlukan duit, tetapi aku teringat kata-kata naqib sewaktu kali terakhir aku menghadiri usrah.

“Walau sebanyak mana pun duit yang digunakan untuk keluargamu, rakan-rakanmu, jika datangnya dari sumber yang haram, hidupmu tidak akan mendapat berkat Tuhan. Cepat atau lambat, banyak masalah akan menimpa dirimu. Oleh itu, sebaiknya kita cari wang, pekerjaaan yang halal sebagai punca rezeki. Barulah hidup akan lebih diberkati.” Ah, aku tidak dapat menghilangkan kata-kata yang terngiang-ngiang di telingaku itu.

Aku terlalu runsing, sehingga akhirnya aku terlelap dan langsung tidak keluar dari bilik malam itu.

Setelah agak lama tidak ku sedarkan diri, aku terjaga dan mendapati jam menunjukkan 3.45 pagi.

Secara automatik, aku bangkit dari perbaringanku. Masih dengan otak yang buntu. Sumpah, aku mahu bebas. Aku tidak mahu terus terbelenggu dengan masalah. Aku mahu larikan diri.

Aku ingin sahaja mencampakkan pistol yang diberikan Bang Joe ke dalam sungai. Tetapi aku tidak mampu.

Ku buka jendela kamar perlahan-lahan, menghirup udara dingin yang menyapaku mesra. Aku mendongak memerhatikan langit gelap yang terbentang luas.

Bunyi cengkerik menguasai bumi. Aku berjalan membuka beg. Ku keluarkan satu persatu bungkusan yang berada di dalam beg. Air mata kelelakian mulai berderai jatuh dari takungan kelopak mata.

Lututku terasa longgar dan entah bagaimana aku melutut di atas lantai. Satu bungkusan dadah sedang ku genggam.

Ya, memang aku mahu membalas dendam. Memang aku mahu mengembalikan maruahku. Tetapi ke mana dendam itu akan membawaku? Maruahku?

Memang sudah lama tergadai semenjak aku bersetuju menjadi seorang pengedar dadar.

Apa yang akan terjadi andai aku terkorban esok malam? Siapa yang akan merawat ibu dan menjaga adik-adikku? Iman dan Hakimi juga pasti akan sangat kecewa. Nur Khalisah?

Apa yang perlu ku katakan padanya? Aku mencampakkan bungkusan dadah ke tepi. Entah mengapa, kudratku menyuruh aku mengambil wuduk, dan mengingat kembali langkah-langkah solat.

Ya, aku masih boleh ingat. Aku rajin solat ketika di asrama dulu. Pasti aku boleh ingat kembali.

Malam itu, aku bebas! Bebas daripada egoku terhadap Tuhan.

***

Malam itu, tepat seperti yang dijangka, jumlah ahli kumpulan Ular Putih yang hadir lebih sedikit berbanding jumlah kami yang menunggu ibarat helang menyambar.

Cuma lima orang sahaja yang datang. Jumlah dadah yang diminta agak banyak, tetapi satu sen pun tidak dibawa oleh Bang Joe dan anak-anak buahnya untuk bayaran. Dua orang wakil tampil untuk menuntut dadah.

Aku menjadi semakin berdebar memerhatikan rundingan mereka dari tempat persembunyianku. Sebenarnya tugasku agak senang, iaitu untuk mengacukan pistol pada Ular Putih sementara yang lain merampas dadah.

Tetapi kita tak akan dapat menjangka apa yang boleh terjadi, bukan?

Aku memerhatikan bungkusan diberikan kepada orang suruhan Bang Joe. Suasana menjadi genting. Bang Joe akhirnya memberikan isyarat kepada aku dan yang lain untuk keluar dari tempat persembunyian.

Masing-masing menyasarkan seorang mangsa. Meskipun tanganku agak menggigil memegang senjata haram itu, aku berjaya untuk menyasarkan kepala si botak yang tidak menyedari perangkap kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience