Luka

Drama Series 421991

Kami masih di dalam selimut setelah bergelumang beberapa kali tanpa jemu. Rupanya Arif pun seperti aku, melepaskan segala keinginan yang selama ini seolah tertahan.

Pipi Arif yang mulai tumbuh rerambut kukucup, rindu. Biarpun kami sebilik, hakikatnya seperti tidak. Masing masing melayan hal sendiri, emosi sendiri.

Bibir Arif melebar dan tersenyum namun mata masih tertutup. Aku tau dia masih lelah, sama seperti aku. Bibir Arif kupagut lembut, lama. Bibir ini nanti ada insan lain akan nikmati.

Di dada Arif yang bidang dan berbulu itu, aku kucup setiap permukaannya kemudian kulabuhkan kepala di situ. Seluruh tapak tanganku menyentuh tiap inci kulit yang mampu kucapai. Bahang tubuh Arif bakal menghangatkan malam wanita lain sedang aku hanya mampu bergulung dalam selimut kaku.

Zakar yang melentuk ke sisi kanan, terletak elok pada sebahagian paha kusentuh dan kuusap dengan penuh sayang. Selama ini dia berbakti untuk memuaskan nafsuku dan aku dapat mencapai kenikmatan maksimum. Tak pernah aku kecewa dengan prestasinya. Kelak, dia akan menggali lubang lain pula, menyumbat, memenuhinya dengan air likat yang semestinya bisa menghasilkan zuriat.

Aku mencium kepala zakar itu, selamat berjaya dalam hati kuucapkan. Kantung testis kuusap dan kugenggam, semoga produktif menghasilkan sperma berkualiti. Anak Arif adalah anak aku juga walau bukan tidak mendiami rahimku.

Nafas kuhela perlahan, sebak hatiku mengenangkan batang tubuh lelaki milikku kini, akan menjadi milik wanita lain tidak lama lagi. Kami akan berkongsi. Pasti Arif akan memanjai dan bermesra sepertimana dilakukan padaku. Betapa sakitnya jiwaku. Tak semena mena, mataku panas.

Aku tak rela berkongsi namun aku faham apa mahunya dari sebuah perkahwinan. Ini ujian dariNya, aku terima. Meski kutahu cercaan masyarakat, kata nista teman dan sinisnya sindiran ahli keluargaku terutamanya mak. Mereka bukan aku. Aku yang lalui hidup ini. Apa yang aku rasa tak sama seperti yang mereka rasa, yang mereka lihat.

"Sedapnya yang", keluh Arif hanyut dalam kelembutan tanganku memilin kantung testisnya berulang kali disertakan dengan ciuman bertalu pada kepala zakar. Batang zakarnya mulai menegang, entah untuk kali ke berapa. Aku tak tahu bagaimana Arif bisa jadi begini. Aku layankan saja meski telaga nikmatku mula terasa pedih.

Uuuuuuhhhhh... desah Arif panjang tatkala kesuaman rongga mulutku mengenai seluruh alat vitalnya itu tanpa kuberi sebarang amaran.

Aku yakin jika ada tetamu di bilik sebelah kami dan dinding pemisah bilik ini nipis, pasti mereka tak bisa tidur dengan aman sepanjang malam. Atau mungkin merangsang keinginan seksual mereka.

"Bonda dan ayah dah balik?", tanyaku dengan nada aneh pada Arif sebaik pintu pagar rumah kami terbuka dan tiada kereta ayah di situ. Yelah kan, kata nak tolong jaga rumah.

"Haah, dah keluar awal pagi tadi. Ada saudara bonda transit di KLIA sebelum ke Kelantan. Bonda kata nak jumpa sekejap. Dah lama tak jumpa katanya". Aku sekadar mengangguk. Patutlah rumah kosong.

Langkah pertama ke dalam rumah buat aku terhenti. Kucing hitam yang sering aku lihat di luar rumah kini berlari dari tangga ke dapur.

"Kenapa yang?", soal Arif di belakangku bila aku tak bergerak.

"Ada kucing hitam", jawabku ringkas sedang dada berdebar.

"Kat mana?". Arif menjenguk jenguk ke dalam.

"Dapur. Abang, ayah lupa off aircond ye? Sejuk la", rungutku. Sepatutnya petang begini, terasa bahang mentari memandangkan sudah beberapa hari tiada hujan yang turun. Aku memandang pada pendingin hawa di dinding, tak berfungsi pun. Namun rasa dinginnya membuatkan bulu romaku merinding.

Manakala Arif masuk ke dapur dan mencari kucing yang aku maksudkan. "Takde pun", kata Arif.

"Sayang ni balik rumah je mula la nampak kucing la, sejuk la. Kejap lagi nampak orang hitam pula", ujar Arif seolah mengusikku.

Aku membisu. Hatiku mula terusik dek kata kata Arif dengan nada begitu. Betapa sensitifnya aku sekarang.

Arif membuka pintu dan tingkap supaya udara panas dari luar masuk, aku pula naik ke atas, untuk mengambil bakul pakaian kotor.

"Abang..." laungku, berdiri di pintu bilik.

"Kenapa ni terjerit jerit ni?"

"Naik la", gesaku.

Arif berlari mendapatkan aku. Mencerut mukanya. Aku tau la penat semalaman, takkan setakat naik tangga pun pancit.

"Siapa buka pintu ni? Saya dah kunci sebelum keluar semalam", soalku curiga. Aku yakin yang aku dah kunci. Aku bimbang ada kejadian pecah masuk dan kemungkinan masih ada penjahat di dalam bilik.

"Abang buka sebelum kita keluar. Tertinggal wallet".

Aku menarik muka masam. Aku kurang senang dengan tindakan Arif, dah buka tu kunci la semula.

"Kenapa ni? Selama ni sayang tak pernah pun kunci bilik kalau ke mana mana. Ni bila ada bonda dan ayah, kunci pula. Apa ni? Diorang tu parents abang tau". Aku tak mengendahkan bebelan Arif.

Cadar yang terpasang di katil kami memarik perhatianku. Aku tak pernah beli corak begitu. Arif? Lagi la tak. Cadar pilihan Arif selalunya warna kosong atau abstrak. Ini bukan dari koleksi cadarku.

"Takde apa la. Tanya je". Aku terus masuk ke bilik mandi bagi mengambil bakul kain kotor. Aku tercegat di situ, kepalaku berpusing ke arah Arif.

"Apa lagi?", tanya Arif seolah tau apa di dalam kepalaku.

Aku mengangkat bakul yang telah kosong.

"Ohh.. bonda ada mesej pagi tadi. Dia kata dia hantar ke dobi semua tu".

Aku menghela nafas berat. Aku perhati lagi. Bakul sampah kecil pun sudah diganti plastik baru. Aku terduduk, malunya aku. Ianya penuh dengan tisu yang kami gunakan bagi mengesat lendir nafsu.

"Saya tak selesa bonda buat semua ni",luahku. Aku malu. Aku teringat bebelan mak tentang menjaga bilik kelamin suami isteri, tentang ibu mentua. Sudahlah bonda tak sukakan aku, pasti aku sudah dilabel menantu pemalas.

"Bonda sekadar nak membantu sayang. Di rumah pun, dia yang gantikan cadar bilik abang", ujar Arif seakan memujuk.

"Ya saya tau. Tu rumah dia. Ni rumah kita. Bilik kita. Peribadi kita. Tempat kita bermesra", balasku lemah. Aku rasa seperti tugasku sebagai isteri sudah diambil alih sedikit demi sedikit.

"Bonda tu ibu abang tau. Apa masalahnya?". Arif mula menarik suara tinggi.  Aku tunduk membisu.

****

Lauk sejuk beku yang bonda tinggalkan menjadi santapan Arif walaupun aku masakkan sambal kentang bersama ikan bilis. Kegemaran dia satu ketika dulu. Aku jamah juga lauk bonda. Rezeki jangan ditolak, kata orang.

Kami makan dalam keadaan sunyi sepi. Hilang kemesraan semalam. Kami kembali seperti sebelum ini. Aku bingung dengan sikap Arif. Aku juga lebih selesa jika tak nampak Arif. Dadaku lapang. Aku memujuk hati agar puas puas bermanja dengan Arif sebelum dia melafaz akad sekali lagi, namun aku tak daya. Aku rela untuk jauh darinya. Aku jadi tenang.

Aku mula belajar hidup bermadu malam itu. Apa tidaknya, aku menanti Arif untuk tidur bersama. Arif masuk ke dalam bilik tapi diangkut bersama bantal dan selimut nipis ke  ruang tamu bawah. Katanya panas di bilik, tak selesa. Padahal inilah suhu yang dia gemar selama ini. Jadi, aku menarik bantal dakap panjang menjadi teman tidurku.

Mataku terkebil kebil memandang dalam kegelapan. Aku bosan. Aku tak dapat lena. Lalu aku menjenguk ke tingkat bawah. Arif sudah berdengkur dengan nyenyaknya. Senang betul dia melayari mimpi indah. Aku masih sendirian.

Lalu aku turun dan ke dapur, membancuh segelas susu  moga moga dapat membuatkan aku cepat lena. Habis segelas, aku pun bergerak ke sinki.

Terasa seperti ada sesuatu lalu di kakiku, berbulu. Aku pandang, si kucing hitam berlari menyorok di bawah meja. Aku menunduk mencarinya. Tapi tiada, mungkin warnanya sebati dengan gelapnya dapur. Aku hanya mengharapkan biasan lampu di luar ketika di dapur. Lalu aku berdiri semula dan berpaling ke sinki.

Jantung terhenti dari berdetak, aku dapat rasakan darahku hilang tiba tiba. Sesusuk tubuh hitam legam berdiri di luar tingkap memandang aku. Gelas kupegang jatuh berderai.

"Kenapa ni?". Arif bertanya dengan terpisat pisat, menggosok gosok matanya datang ke dapur.

"Terlepas gelas", jawabku tak lama kemudian. Aku tahu jika aku menceritakan apa yang aku lihat, pasti Arif menyelarku.

"Dah malam malam tak tidur lagi. Nak makan la, minum la. Tadi tak nak makan kenyang kenyang. Sayang tau tak makan tengah malam ni lagi cepat gemuk. Sebab lepas makan, mesti la tidur kan?"

Aku mengangguk dan mengutip serpihan kaca.

"Ouchh", jeritku perlahan.

"Cuci, letak plaster kang. Abang nak sambung tidur". Arif meninggalkan aku sendirian membersihkan kaca kaca itu.

Luka di jari memang besar tapi tak dalam. Luka dalam hati, diabaikan begini lagi pedih. Ya, sekadar luka. Mungkin Arif sudah membuka jalan untuk aku berdikari. Nanti bila dia di rumah isteri baru, takkan  la aku nak menelefon dia dan memberitahu jika jariku luka terkena pisau atau tanganku terpercik dek minyak panas.

Luka kubiarkan tanpa plaster. Aku hanya sapukan gel aloe vera. Dalam fikiran, aku masih tertanya susuk hitam tadi siapa? Orang? Tapi aku tak nampak wajahnya. Gelap. Tak sepatutnya gelap sebegitu.

Aku menghidupkan komputer riba di ruang tamu. Arif masih terkebil kebil, kasihan pula aku melihatnya. Aku menyebabkan tidurnya terganggu. Aku lihat rakaman kamera litar tertutup. Tiada susuk tubuh seperti yang aku lihat tadi. Aku lihat rakaman hari hari sebelumnya.

"Abang.. ni bonda kan?", tanyaku memusingkan komputer tiba ke arahnya. Arif merenung dan mengangguk.

"Apa bonda buat kat pokok belakang tu? Malam sangat dah masa ni", tanyaku lagi. Aku lihat masa yang tercatat di skrin, waktunya sama seperti aku sampai ke rumah dari stesen tv.

"Bonda memang suka cakap dengan pokok. Kalau masa dia siram pokok kat rumah tu, dia mesti bercakap dengan pokok. Dia kata pokok boleh dengar. Masa tu dia cakap la berbuah la banyak banyak, berbunga la cantik dan lebat".

"Tapi ni dah lewat bang. Saya ingat bonda dah tidur masa ni".

"Dia tak dapat tidur la tu. Tu yang dia melayan perasaan kat belakang tengok pokok pokok yang dia tanam. Ni dah kenapa tengok cctv ?", balas Arif berang. Malas nak melayan aku agaknya.

Aku menutup komputer dan meninggalkan Arif di bawah. Aku berbaring sambil menutup mata, mengharapkan boleh tidur lena. Terasa sejuk di tempat lukaku tadi namun terasa sedikit pedih seolah digigit gigit. Aku tak dapat membuka mata seakan sudah digam kuat. Aku hanyut dalam lena.

Share this novel

UdangGalah
2020-01-14 11:41:23 

Amboi.. deep betul perbualan monolog dari hati ke hari dengan encik bebird.. huhu.. Berpuluh tahun Nura kena mandrem sampai tak ingat langsung siapa Arif, tapi cinta Arif pada Nura tetap tak berubah. Sampailah Arif membantu Nura untuk pulihkan kembali ingatannya. Sekarang Arif pulak yang kena sihir, giliran Nura pula untuk berusaha mengembalikan suaminya menjadi Arif yang sebenar.. Ayo Nura, bubut dan sembelihin aja kucing itam itu..

Hani
2020-01-14 00:13:06 

seraamnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience