BAB 11

Romance Series 81452

Tepat pukul 2:00 petang, waktu Izz Lutfil sudah habis. Semua pelajar mula berpusu-pusu keluar. Inara Adelia kemas semua barangan atas meja. Dia menoleh Hana Aqeela disebelah itu dan mengangguk sekilas. Mereka berdua baru sahaja ingin keluar namun dihalangi oleh Izz Lutfil.

"Sayang..." Izz Lutfil menarik lengan Inara Adelia merapatinya.

"Lepas! Delia nak balik" Inara Adelia merentap lengan dengan kuat.

Izz Lutfil mendekatkan mukanya pada Inara Adelia.

"Thank you untuk semalam. Abang pasti rindukan lagi" bisik Izz Lutfil halus bersama hembusan deruan nafas hangat.

Inara Adelia mengepal penumbuk. Sengaja Izz Lutfil mengungkit hal semalam. Dia merenung ke dalam anak mata lelaki itu.

"Delia benci abang!" herdik Inara Adelia.

Terus berubah riak Izz Lutfil. Dia mengetap gigi dan lantas mencengkam rambut Inara Adelia dengan kuat.

"Jangan sesekali nak benci aku Delia! Hormat sikit aku kerana aku bakal suami kau!" tengking Izz Lutfil.

"Siapa nak kahwin dengan abang yang gila ni, hah!" lawan Inara Adelia.

"De-"

"Sir!"

"Hormat sikit sini tempat orang belajar. Sir  jangan nak kurang ajar sangat" Hana Aqeela mencelah.

Rambut tadi dilepas kasar.

"Nasib baik ada kawan kau ni. Kalau tak, dekat sini juga aku rogol kau!" dengus Izz Lutfil dan beredar pergi.

"Jom kita balik. Tak perlu layan sangat Sir gila tu" ujar Hana Aqeela.

Mereka berdua pun beredar pergi dari situ.

•••

Mia Aleesya mengeluarkan telefon dan membuka aplikasi WhatsApp. Dia menghantar mesej pada Inara Adelia, untuk berjumpa dipetang nanti. Sudah lama mereka tidak bertemu.

BUK!

Kertas berteraburan itu dikutip cepat. Itulah leka lagi bermain telefon. Orang lalu lalang pun tak perasan.

"Saya minta maaf. Ini ker-" kata-kata Mia Aleesya terhenti tatkala melihat figura didepannya ini.

Izz Lutfil menyimpulkan senyuman paling manis. Dalam hati sudah agak apa reaksi diberikan oleh gadis itu.

"Mia... Lama aku tak tengok kau kan. Dah cantik. Tapi Delia lagi cantik daripada kau" sapa Izz Lutfil. Dia tertawa halus.

"Kau buat apa dekat sini, bodoh? Kau memang sial kan! Kau jangan apa-apakan Delia" tengking Mia Aleesya.

"Are your sure? Semalam, baru sahaja aku 'rasa' kawan kau tu. Kenapa tak datang selamat? Sekali lagi kau terlambat Mia..." ujar Izz Lutfil.

Membuntang mata Mia Aleesya tatkala Izz Lutfil berkata begitu. Panas sahaja hatinya mendengar. Baru dia ingin menampar namun ditahan oleh Izz Lutfil.

"Setakat tangan kecil kau ni nak tampar aku lebih baik tak perlu. Jangan ingat aku seorang yang buat macam tu pada Delia. Kau tanya abang kau, dia buat apa? Dia sama sahajalah dengan aku. Dia dah rogol Delia juga!" tangan Mia Aleesya dilepas kasar. Dia berlalu pergi meninggalkan gadis itu keseorangan diri.

Jeda.

Mia Aleesya menggeleng laju. Tak mungkin abangnya berbuat seperti itu.

"Tak! Abang tak akan buat macam tu pada Inara. Tapi macam mana kalau Izz cakap tu betul? Aku kena selesaikan masalah ni cepat" kata Mia Aleesya dan tergesa-gesa menuju ke parking kereta.

•••

Mia Aleesya merempuh pintu bilik meeting abangnya. Dia menghampiri Ammar Hafiy dan memberikan satu tamparan hebat. Dia memandang semua pekerja di situ.

"Keluar sekarang!" arah Mia Aleesya.

Pekerja di situ memandang Ammar Hafiy untuk kepastian. Lelaki itu mengangguk menandakan izin. Mereka semua keluar. Dia menggosok pipi ditampar tadi sambil merenung tajam pada Mia Aleesya.

"Apa masalah kau, hah! Kau tak nampak ke aku tengah meeting?"

PANG!

"MIA ALEESYA BINTI NORMAN!" nama penuh adiknya disebut. Sekali lagi pipi ditampar itu diusap.

Mia Aleesya menayangkan riak biasa. Sedetik pun tiada rasa takut ataupun gerun.

"Kenapa? Sakit? Sebab tu kau sanggup tengking aku?" soal Mia Aleesya.

Panggilan 'abang', 'mia' sudah tiada.

"Apa masalah kau sebenarnya? Tak akan kau sanggup datang ke sini semata-mata nak cari gaduh dengan aku? Kau pergi balik sekarang!" jari ditunding pada pintu. Rasa sakit hati pula bila adiknya itu datang tanpa sebab.

"Aku sanggup datang ke sini untuk Inara. Kau buat apa pada dia, Ammar?" Mia Aleesya mencekak pinggangnya.

Terus berubah riak muka Ammar Hafiy. Adakah gadis itu ada beritahu apa-apa?

"Aku tak buat apa-apa pun"

"Tipu!"

"Tak!"

"Kau rogol dia kan!" kali ini terus terdiam Ammar Hafiy.

"Kau ikut aku ke rumah Hana. Kita perlu selesaikan sekarang!" ujar Mia Aleesya dan keluar dari bilik meeting itu.

Ammar Hafiy meraup wajah berkali-kali.

"Bodoh!"

•••

TOK!

TOK!

TOK!

Pintu bilik Inara Adelia diketuk beberapa kali. Tidak lama kemudian, pintu bilik dibuka dari dalam.

"Mia? Kau buat apa dekat sini?" tanya Inara Adelia.

"Ikut aku sebentar. Ada perkara penting mahu dibincang" jawab Mia Aleesya dan terus pergi.

Inara Adelia mengerutkan dahi tatkala melihat perubah kawanya itu. Lain macam dari sebelum ini.

Mereka bertiga berada diluar rumah Hana Aqeela. Inara Adelia dari tadi menunduk ke bawah bila Ammar Hafiy merenungnya tajam.

"Kau beritahu sekarang, apa abang aku dah buat pada kau" Mia Aleesya memulakan bicara.

"Tak ada apa-apa pun Mia. Dia tak buat apa pun dekat aku" nafi Inara Adelia.

Dia tergelak kuat.

"Dah Inara. Berterus-terang sahajalah. Aku dah tahu tapi nak dengar dari mulut kau sendiri" kata Mia Aleesya.

"Ammar dah rogol aku. Aku terpaksa diamkan diri kerana dia ugut aku kalau tak dia akan sebar gambar tu. Aku takut" Inara Adelia berterus-terang.

"Tak perlu nak reka ceritalah perempuan! Kau tu dah hancur. Lepas tu nak buat kisah sedih pulak dekat sini! Kalau diri tu pelacur, pelacurlah sampai bila-bila!" hina Ammar Hafiy.

Terus mengalir air mata Inara Adelia bila dihina sebegitu rupa.

PANG!

"Kau dengar sini baik-baik. Dia tu kena rogol dengan sepupu dia bukan pelacur! Kau sesuka hati nak tuduh dia dah kenapa? Dia tu dahlah trauma dengan perbuatan tu, tapi kau pulak rogol dia!" herdik Mia Aleesya.

Ammar Hafiy tergamam. Dia melihat Inara Adelia semakin galak menitiskan air mata. Rasa bersalah mula mengusai diri.

"Betul ke apa Mia cakap?" soal Ammar Hafiy.

Dia mengangguk laju.

"Awak nak tahu sangat kan siapa lelaki dekat Kolej hari tu kan? Dia adalah sepupu saya dan lelaki pernah hancurkan hidup saya" balas Inara Adelia.

PAK!

PAK!

PAK!

Semua berpaling pada gerangan sedang tepuk tangan itu. Inara Adelia tersentak dan pegang tangan Mia Aleesya.

"Akhirnya... Kau berterus-terang juga sayang. So... Ammar, aku rasa kau dah boleh jauhkan diri kau daripada bakal wife aku" ujar Izz Lutfil.

"KAU!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience