BAB 7

Horror & Thriller Completed 1513

“Qaisara apa you buat ni Ya Allah…” Adi datang tepat pada masanya. Dia merampas bilah pencukur dari Qaisara. Dia menekan pergelangan tangan Qaisara untuk menghentikan pendarahan.

“Aku pembunuh! Aku pembunuh! Hahahahaha!” Qaisara ketawa. Ayat yang sama diulang berkali-kali. Dia langsung tak berasa sakit. Dia puas. Adi merangkul Qaisara keluar dari bilik mandi. Ini semua salahnya yang membiarkan Qaisara berseorangan.

“Lepaskan aku! biar aku mati! Dia nak aku mati!” Qaisara terjerit-jerit bagaikan kerasukan. Dia menumbuk badan Adi.

“Qaisara !” Adi menampar pipi isterinya.

“Macam mana dengan dia Danny…”

“Dia tak ada apa-apa. Nasib baik dia hanya sempat kelar sikit. Adi kalau you sayangkan dia. Please bawak dia jumpa psychiatric. She need help Adi…”

“Isteri I tak gila Danny…”

“I tak cakap dia gila… jumpa psychiatric tak semestinya orang gila. Kali dia okay, next time I tak sure dia akan okay. Dia pasti akan cari cara juga nak bunuh diri…”

“Thanks Danny…”

Adi mengiringi Danny keluar. Sahabat baik merangkap doctor peribadi dia. Qaisara sudah tidur dengan nyenyaknya selepas diberi suntikan. Adi dalam keadaan tertekan. Dia sayangkan Qaisara. Dia tak mahu isterinya di cop gila tapi dia juga mahu Qaisara pulih seperti sediakala. Cadangan Danny dia perlu pertimbangkan.

‘Tak mungkin hilang…irama dan lagu… bagaikan kembang… sentiasa bermadu…’

Qaisara tersedar. Lagu itu lagi. Qaisara meraba pergelangan tangannya yang sudah berbalut. Telinganya mendengar dengan jelas lagu Getaran Jiwa berkumandang di biliknya. Adakah ini khayalan atau kenyataan. Kenapa lagu ini hanya berkumandang di dalam bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience