bab 28

Romance Series 425423

“Adik, dah siap ke? Semua tunggu adik.” jengah mamanya di muka pintu. Ayriz tersenyum sebaris.

“Dah ma… Jom kita turun. Semua dah ada ke?”

“Dah, semua dah sampai… Fariz pun dah dekat bawah.” Ayriz mengerutkan dahi apabila nama bekas suaminya disebut.

“Fariz? Siapa ajak dia ma?”

“Papa ajak. Adik tak kesah kan?”

“Em tak. Jom lah ma kita turun.” memang itu apa yang Ayriz rasakan ketika itu. Tidak kisah sekiranya lelaki itu ingin turut serta memandangkan dia juga pernah sebahagian daripada keluarganya.

“Baby! Lambatnya siap. Semua tunggu baby tahu tak.” tegur Ayie. Ayriz sudah tersenyum nakal.

“Sorrylah.. baby siap tadi. Ni baby naik mana?”

“Adik naik dengan papa ke dengan diaorang?” soal papanya. Papanya tahu anaknya pasti memilih naik bersama sepupunya. Saja ingin bertanya.

“Nak naik dengan diaorang la pa… Boleh kan?” soal Ayriz teruja.

“Dah agak dah…. Baby duduk belakang sekali okay. Duduk dengan beg.” usik Andy. Ayriz sudah muncungkan mulut tidak suka idea itu.

“Asyik asyik baby kena duduk dengan beg. Tak nak baby nak duduk depan. Baby tak kira.”

“Ala baby jagalah beg.”

“Tak nak… baby nak duduk depan.” Ayriz masih lagi berkeras. Mana tidaknya setiap kali bercuti pasti tempatnya bersama beg dengan alasan dirinya kecil.

“Betul ni? tak menyesal?” pancing Andy. Awal lagi mereka sudah bahagiakan tempat.

“Tak! Tak menyesal. Baby nak duduk tengah!” semangat Ayriz ketika itu. Mereka tergelak apabila terasa kelakar pula perangai Ayriz.

‘Patutlah diaorang tanya tak menyesal… rupanya aku kena duduk sebelah dia.’ omel Ayriz di dalam hati. Daripada sebelum gerak tadi dia tidak bertegur dengan bekas suaminya. Fariz pula seakan sudah rapat dengan sepupu sepupu Ayriz.

“Yang baby diam daripada tadi kenapa?” soal Am apabila melihat adik sepupunya membisu sejak tadi.

“Haahlah daripada gerak tadi tak dengar suara.” usik Andy pula.

“Ayriz awak okay ke?” soal Fariz juga. Dia juga menyedari hal itu. Adakah kerana sebabnya?

“Memang kau tak reti jawab ke orang tanya?” Soal Sya mula ingin mencari gaduh. Berdesing telinga Ayriz mendengar suara perempuan di belakangnya. Sejak awal lagi dia menahan sabar apabila Sya seboleh boleh ingin duduk di tempatnya namun atas bantahan Ami, Sya terpaksa duduk di belakang. Baru sahaja Ayriz ingin pusing ke belakang, Ayriz memandang sepasang mata milik Fariz. Fariz menggelengkan kepala agar Ayriz tidak melayan. Ikutkan hatinya mahu dia menarik rambut perempuan itu namun atas larangan Fariz, Ayriz berpusing kembali sambil tangannya memeluk tubuh tanda protes.

“Sakit kepala.” jawab Ayriz malas. Saja dia melelapkan mata. Mereka menggelengkan kepala memandang Ayriz dan Sya. Sya pula membuat muka selamba dan bermain telefonnya. Beberapa minit kemudian Ayriz sudah selamat di dunianya. Kepala dilentokkan di bahu Fariz dan membuatkan Fariz sedikit terkejut. Fariz melihat sekeliling, mereka juga sudah tidur. Ini peluangnya untuk menatap wajah bekas isterinya.

‘Saya akan cuba dapatkan hati awak balik, yayang.’ ucap Fariz di dalam hati sambil tangannya menyelak rambut yang menutupi wajah Ayriz. Tidak lama itu Fariz juga melentokkan kepala di kepala Ayriz dan selang beberapa minit Fariz juga turut tertidur.

“Sudahlah tu Wa…. jangan buat kerja gila lagi.” rayu Mel apabila dia mendapat tahu yang Wawa akan pergi ke Terengganu. Mel tahu di situ adalah tempat percutian Ayriz akan pergi.

“Aku tak akan berhenti selagi perempuan tu tak pergi dalam hidup Fariz! Aku akan pastikan Fariz jadi milik aku.”

“Wa… semua yang jadi punca daripada kau… kalau kau tak lari semua ni tak jadilah! Kalau kau kahwin dengan Fariz dulu, kau pun tak kenal Ayriz tu. Dah dahlah buat kerja macam ni. Hidup kau dah mewah apa lagi kau nak Wa…..”

“Aku nak…. kau mati!” Wawa terus mencekik Mel sekuat hatinya membuatkan Mel meronta ronta…. Entah apa yang merasuk Wawa ketika itu sehingga sanggup membuat Mel rakan baiknya begitu.

Sudah hampir seharian mereka di dalam kereta di sebabkan kesesakan jalan raya, akhirnya mereka tiba ke destinasi. Sejak bangun tidur Ayriz tidak langsung memandang Fariz di sisinya kerana malu apabila dia bangun daripada tidur dia sudah berada di bahu lelaki itu. Fariz pula beriak selamba tahu bekas isterinya malu. Yang lain pula ada saja ingin mengusik Ayriz.

“Nah ni ambil kunci masing masing. Kita rehat dulu nanti dalam pukul berapa kita keluar balik.” arah Abi memberi kunci kepada mereka semua.

“Abi, kunci bilik Ayriz mana?” semua sudah mendapat kunci masing masing kecuali Ayriz.

“Ayriz kongsi bilik dengan Sya ye… dia duduk sorang.”

“Ala abi….. Orang lain takde ke? Hah kak Fina? Akak share bilik dengan siapa? Bagilah Ayriz duduk sebilik dengan akak.” rayu Ayriz. Tidak mahu dia duduk bersama Sya mahu malam menjadi kecoh pula.

“Sorry Ayriz, akak share bilik dengan Kak Ji.”

“Kau satu bilik je lah dengan aku. Aku janji aku tak cari gaduh dengan kau.” kata Sya. Bukan apa dia juga takut duduk sorang. Mahu Ayriz menempah bilik berasingan berseorangan pula dia. Fuh tidak sanggup.

“Ye la tu kau…. Kang ada je kau tak puas hati dengan aku.” was was Ayriz ingin percaya cakap kakak sepupunya itu.

“Ye jomlah masuk… Aku dah penat ni.” ajak Sya sambil menghulurkan kunci. Ayriz tersenyum lebar apabila Sya bersikap mengalah dengannya. Ayriz terus mencapai kunci daripada tangan Sya lalu tangan sebelahnya merangkul pinggang Sya lalu Sya pula meletakkan tangannya di atas bahu Ayriz. Mereka terus berjalan tanpa memperdulikan yang lain. Mereka hanya nampak bantal sahaja ketika itu.

“Someone tolong hantarkan beg baby… thankyou.” arah Ayriz tanpa memandang ke belakang. Sudah disebut nama khasnya, mesti dia mengarah salah seorang abang sepupunya.

“Tengoklah tu… kalau baik, kemain berkepit. Kalau bergaduh macam dah runtuh rumah. Haih anak, anak.” rungut daddy. Mereka semua ketawa kerana benar apa yang dikatakan daddy tadi.

“Dah jom la masuk bilik. Kejap lagi nak keluar balik. Sesiapa tolong bawakkan beg adik kesayangan korang tu.” arah Ibu dan mereka semua terus beredar.

“Bertuah punya budak… beg dia tinggal sini. Dia ingat orang bodyguard dia.” bebel Andy. Sekali lagi mereka tertawa.

“Nak buat macam mana. Kita juga manjakan dia.”

“Itu kau Yie…. Ni kau angkat beg dia ni.”

“Tangan aku penuh bro, Ami tolong….” Ami yang sedang sibuk membelek kuncinya memandang mereka.

“Kau tak nampak beg siapa ni? Adik aku pun dia tinggal je beg dia kat sini. Sama je dua budak tu.”

“Hah cam tu, kau je lah…….. eh mana Am? Dia lagi tak rilek awal awal dah chaw. Tak guna betul. Aku jugalah ni kena angkut.” bebel Andy tidak puas hati.

“Tak apa… biar aku je hantar. Kau pergilah rehat.” Fariz mengalah untuk membantu. Andy tersenyum gembira. Dia juga lupa Fariz ada dengan mereka.

“Kau memang terbaiklah bro. Aku chaw dulu.”

“Jom Fariz…” ajak Ami.

“Kau gerak dulu… aku mandi jap pastu baru aku hantar.”

“Hah okaylah macam tu. Chaw.” masing masing mengundur diri masuk ke bilik berehat. Fariz jugs sama. Dia tersenyum mahupun penat, dia sedikit pun tidak rasa terbeban dengan pertolongan itu.

Sekian beberapa jam Mel pengsan dia tersedar. Kepalanya berasa sakit dan lehernya juga berasa sakit. Dia melihat sekeliling kosong tiada orang. Lantas dengan itu kepalanya terus ingat apa yang jadi dan terus menghubungi Isac. Selang beberapa minit Isac menjawab.

“Hah, ada apa apa maklumat ke?”

“He… hello… aku na…nak bagitahu yang Wawa otw pergi dekat Ayriz.” kata Mel sekat sekat. Dia masih lagi tergetar ketika itu.

“Dia nak buat apa?” soal Isac dengan nada tegang.

“A… aku tak tahu. Aku dah cuba halang tapi dia…”

“Dia apa? Apahal suara kau takut takut macam ni?”

“Dia…”

“Dia apa?!” tinggi suara Isac kerana sudah hilang sabar.

“Dia cekik aku! aku baru sedar.” jawab Mel laju. Kecut perutnya mendengar suara lelaki itu. Isac merengus kasar dan terus matikan talian. Mel pula meraba raba lehernya yan terasa sakit. Air matanya mengalir perlahan.

“Lim!” panggil Isac kuat. Terkecoh kecoh Lim mendapatkan bosnya. Melihat muka tegang Isac membuatkan dia menelan air liurnya. Adakah dia ada membuat salah?”

“Kau pergi rumah Mel, hantar dia gi hospital.”

“Hah?”

“Buat je apa aku suruh! Dah blah!” arah Isac. Tanpa sebarang kata Lim terus beredar walaupun dia tidak tahu apa yang berlaku.

“Kau usik sikit je… memang mampus aku kerjakan kau perempuan.” kata Isac perlahan mengetap gigi.

Setelah usai mandi, Fariz pun terus ke bilik Ayriz untuk memberi begnya. Dia menekan loceng dan selang beberapa saat pintu dibuka.

“Lambatnya hantar beg baby… baby nak…..” kata katanya mati apabila melihat bukan abang sepupunya berada di depan pintu.

“Fa…Fariz.”

“Sorry saya hantar lambat… saya mandi tadi.” kata Fariz lembut sambil menghulurkan beg kepada Ayriz.

“Ouh… sokay. Thankyou…”

“Welcome. Em Ayriz, awak ada nak buat apa apa ke?”

“Em nope.”

“Teman saya? Tapi kalau awak penat tak apalah… saya jalan ii sorang. Rest okay.” dia juga merasakan agak tergesa dia mengaja bekas isterinya keluar kerana baru sejam mereka berehat. Fariz meminta diri namun langkahnya terhenti apabila Ayriz memanggil namanya.

“Wait… letak beg.” jawab Ayriz ringkas masuk ke dalam bilik. Fariz mengukirkan senyuman apabila Ayriz sudi keluar menemakannya. Tidak sia sia dia mandi dan berehat dulu tadi… tidaklah dia berasa letih.

sorry guys tunggu lama…. niena betul betul tak ada masa plus kekurangan idea. sorry! thankyou still support novel niena

Share this novel

Che Mah Thambi Mohamed
2022-09-21 23:47:45 

tggu seterusnya

Rahamah SpWsA
2022-09-11 20:31:10 

tak sabar nak baca tentang ayriz dan isaac

Muhd Farid
2022-09-11 12:03:57 

takpe lambat pun,demi ayriz dengan isac ku rela menunggu


NovelPlus Premium

The best ads free experience