Bab 34

Romance Completed 207871

Intan melangkah beriringan dengan Cleine menuju ke cafe bersama dua orang bodyguardnya.

Rata-rata pekerja yang nampak waktu itu tidak berkelip mata mereka, terutama yang perempuan. Pasti macam-macam spekulasi yang akan timbul.

Hadap je la Intan.

Cleine telah melabuhkan duduknya di sebuah meja di dalam cafe dan Intan turut sama menyertai Cleine. Manakala dua orang bodyguardnya berada di luar cafe.

"Awak nak sarapan apa?" soal Cleine sewaktu pekerja datang untuk mengambil pesanan.

"Saya minum je la, tadi dah sarapan" balas Intan. Pekerja perempuan yang berdiri di tepi Cleine yang menunggu pesanan, menjeling pada Intan.

Ada aku kesah, kau nak jeling sampai keluar biji mata pun aku tak heran. Ikut suka kau la. Malas Intan nak layan orang yang tak tahu apa-apa macam tu.

Setelah Cleine membuat pesanan, dia menumpukan pandangan pada Intan.

"Awak suka kerja di sini?" soal Cleine sambil matanya asyik merenung Intan di hadapan.

"Suka, kenapa Tuan Cleine tanya?" pelik juga ni.

"Just Cleine, tak payah la bertuan-tuan. Formal sangat rasanya" pinta Caden.

"Oh, hampir terlupa pulak. Ni ada buah tangan untuk awak. Saya beli sewaktu saya ke Thailand. Ambillah" kata Cleine sambil menolak beg kertas pada Intan.

Patutlah tadi salah seorang bodyguardnya meletakkan beg kertas itu di atas meja ni.

"Eh.. Kenapa susah-susah, tak apa lah" tolak Intan.

Dah kenapa pulak nak bagi aku. Jangan macam-macam Cleine.

Buatnya Caden nampak jenuh pulak nanti.

"Ambillah, tak ada apa-apa, masa ada di sana, saya teringatkan awak." Cleine menolak lagi semakin hampir pada tangan Intan.

Serba salah jadinya.

Intan kemudian mengambil beg kertas dan mengeluarkan barang yang ada di dalamnya. Cantiknya.. Kain sutera Thailand. Intan memandang Cleine di hadapan.

"Cantikkan. Sesuai dengan warna kulit awak. Nanti bolehlah tempah baju. Mesti cantik bila awak pakai" teruja Cleine berkata. Ceria wajahnya.

Baru Intan nak berkata sesuatu, pekerja tadi datang menghantar makanan.

Intan pantas menyimpan semula kain tersebut di dalam beg kertas.

"Eh, kenapa ada dua set" soal Intan.

"Makanlah, saya belanja." pelawa Cleine.

Intan dah tak tentu arah. Dah kenapa pelik-pelik ni. Dia nak apa sebenarnya.

"Tuan Cleine" panggil Intan.

Cleine yang sedang menjamah makanan, terus tegak memandang Intan. Marah ke?

"Panggil macam tu sekali lagi, tak bangun awak dari kerusi tu nanti" aik! Sama je adik abang. Ayat lebih kurang.

Mengeluh Intan.

"Cleine" panggil Intan sekali lagi.

"Ya. Kenapa. Nak tukar menu lain?" soal Cleine sambil memandang makanan di hadapan Intan.

"Kenapa awak buat semua ni?" soal Intan tidak faham.

Cleine terus meletakkan sudu garfunya di pinggan. Wajah Intan dipandang.

"Saya dah jatuh cinta pada awak. Sejak kali pertama bertemu lagi. Saya asyik teringatkan awak Intan. Ke mana saya pergi asyik awak yang saya nampak" luah Cleine.

Bulat mata Intan apabila mendengar luahan Cleine. Parah ni. Aku datang sini sebab misi, tapi apa pulak yang jadi ni.

"Saya tau awak tak percaya. Saya faham, mesti banyak cerita-cerita mengenai saya yang awak dengarkan. Tapi itu dulu, sekarang awak seorang sahaja yang saya cinta Intan." ucap Cleine bersungguh dengan mata yang penuh pengharapan.

"It's okey. Saya tak paksa. Awak boleh ambil masa. Sekarang ni awak makan. Sejuk tak sedap" sambung Cleine lagi.

Kelu lidah Intan untuk berkata. Kenapa la jadi macam ni pulak. Apa susah sangat misi kali ni. Masalah pelik-pelik.

Tak ada selera Intan jadinya. Sedikit sahaja dimakan. Hanya air yang habis diminum.

"Er.. Cleine, saya rasa, saya dah lama sangat di sini." Intan berkata sambil Cleine yang sedang enak menikmati sarapan di tenung.

"Oh, okey. Sorry saya ambil masa awak. Ni, jangan lupa ambil" kata Cleine sambil tersenyum.

"Terima kasih. Saya pergi dulu" ucap Intan lalu bangun dan membawa bersama beg kertas tadi keluar dari cafe.

Menonong sahaja Intan berjalan. Fikiran entah ke mana. Serabut jadinya.

Baru selangkah keluar dari cafe, langkah Intan terhenti. Caden!

Tak dapat Intan nak tafsirkan pada riak wajah Caden waktu ini. Seram untuk dia lihat lebih lama. Tegak memandang Intan tanpa berkelip.

Dapat dilihat, genggaman tangannya di sisi.

Satu lagi masalah..

Baru Intan ingin mengatur langkah pada Caden di hadapan, Caden terlebih dahulu berpusing dan melangkah meninggalkan kawasan itu. Kalut Carlos mengejarnya.

Aduh..

Intan hanya memandang Caden dan Carlos menghilang.

Apa aku nak buat ni.. Masalah bertimpa-timpa. Penat la. Yang dok ada pun tak settel lagi, timbul pulak yang baru.

Intan membuka langkah menuju ke bilik rehat pekerja. Longlai sahaja langkahnya.

Pintu bilik rehat dibuka, dilihat Aishah dan Kak Ana sedang berbual di sofa.

"Intan.." jerit Aishah. Ni lagi satu masalah.

Intan hanya tersenyum dan melangkah menuju ke lokar untuk menyimpan beg kertas pemberian Cleine. Ni kalau makcik dua orang ni nampak, jenuh pulak nak jawab soalan cepu mas mereka.

Setelah beg kertas disimpan, Intan mengatur langkah ke arah sofa tempat Aishah dan Kak Ana berada.

"Weh, cuti pergi mana?" soal Intan.

Kan betul, belum duduk lagi soalan dah sampai.

"Tak ke mana, aku masalah keluarga sikit" jawab Intan sambil melabuhkan duduk di sebelah Aishah.

"Oo.. Tapi saya tengok motorsikal awak tak bergerak pun, ada je kat parking. Kau nak apa?" soal Aishah.

"Ar.. Motor? Oh, saya naik grab balik rumah dan ambil kereta. Sengaja biar motor kat sini sebab rasanya lebih selamat dari tinggalkan di rumah." kalut Intan beri jawapan rekaan.

"Ye la, sekarang ni macam-macam. Orang curi motor sekarang ni bukan macam dulu, siap angkut dalam lori lagi" tambah Kak Ana.

Intan hanya mengangguk. Iye kan je lah..

"Eh, habis tu datang kerja naik apa? Tak ada pun kereta." soal Aishah.

Tak habis lagi soalan dia.. Baik tukar jadi wartawan je lah Aishah oi..

"Naik grab la, kalau naik kereta nanti dua-dua ada kat sini pulak. Kereta ada, motor ada, dah susah nanti" jawab Intan.

"Ye tak ye juga." Aishah mengangguk.

"Macam mana kerja, okey ke?" tannya Kak Ana.

"Okey je. Dah banyak kali, jadi dah biasa" jawab Intan.

"Tadi tu dari mana?" soal Aishah lagi.

Lah dia ni, ada lagi nak.

"Dari cafe, jumpa kawan" balas Intan. Betul la kan, dia memang dari cafe jumpa Cleine. Tapi Cleine tu kawan kau ke, bukan suspek kes?

Ah.. Serabut.

"Intan, Intan. Sini la, En Rahim panggil" Kak Ana jerit dari pintu.

Eh bila masa diaorang ke sana. Laju Intan bangun. Pasti ada kerja la tu.

"Nanti kalau tak sempat siap, sambung lepas lunch pun tak apa sebab customer nak check in dalam pukul empat atau lima petang macam tu" terang En Rahim.

Setelah mendengar penerangan En Rahim, Intan bersama Aishah dan Kak Ana terus menuju ke bilik yang dinyatakan untuk mengemas. Satu aras kena kemaskan. Harap-harap sempat la siap.

Rasanya hari ni hari last aku kerja sini. Esok dah nak balik.

Intan bersama Aishah dan Kak Ana melangkah menuju ke lift. Sambil berjalan Intan memandang sekeliling, nanti mesti rindu nak datang sini.

Sedang Intan memerhati sekeliling, mata Intan terhenti pada satu wajah yang baru keluar dari lift dan berjalan keluar.

"Fatin?" terkeluar nama itu dari bibir Intan. Terkelip-kelip mata tidak percaya.

Bukan Fatin dah lama meninggal ke?

Intan tertoleh-toleh mencari wajah tadi tapi telah hilang. Takkan mata aku yang salah. Kenapa tiba-tiba. Ke pelanduk dua serupa. Pening-pening!

"Intan, kau buat apa tercegat lagi di situ. Sini la" panggil Aishah dan Kak Ana di hadapan pintu lift yang terbuka.

Kalut Intan berlari ke arah mereka sambil kepala masih memikirkan tentang tadi. Siapa dia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience