Bab 9

Drama Series 3858

Petang. Habis sekolah agama.

 

“Kak, hari tak hujan. Bolehlah kita lama-lama sikit kat kubur mak nanti.”

Musalmah angguk kepala. Tapi sebaik saja tiba di simpang tiga yang menghubungkan jalan ke rumahnya dan jalan ke kubur, kelihatan motorsikal ayahnya di kedai ais batu campur Timah Tonggek.

“Ayah lah dik.”

Maizurah terhenti. Dia pandang ke mana jari telunjuk Musalmah pergi.

“Ayahhh, adik nak ais batu campur, boleh?” jerit Maizurah riang seraya melintas jalan yang lengang. Musalmah membontoti adiknya. Dia lihat Maizurah sudah duduk di kerusi, sebelah ayahnya. Musalmah duduk di kerusi satu lagi, berhadapan dengan ayahnya. Tak lama kemudian, ais batu campur yang dipesan ayahnya sampai di meja. Begitu teruja dia lihat Maizurah pecahkan ais batu yang meninggi seperti gunung Kinabalu.

Selesai minum ais batu campur, mereka pulang ke rumah dengan menaiki motosikal ayahnya.

“Ala, tak dapat kita nak ke kubur mak hari ni.” Rengek Maizurah saat kakinya memijak tangga beranda. Musalmah pantas buat isyarat senyap! Takut benar dia kalau-kalau ayahnya terdengar ucapan adiknya.

“Ni ada baju kurung baru abah tempah kat Makcik Jedah. Cuba kamu pakai.”

Musalmah buka plastik putih di tangan dan dua pasang kain baju kurung di tarik keluar. Sama corak dan warnanya.

          “Cantiknya ayah.”

          “Cubalah pakai. Mak Jedah kamu ikut ukuran baju raya kamu tahun lepas. Dia cuma besarkan dua inci saja.”

Musalmah angguk. Baju itu dibawa masuk ke dalam bilik.

Terima kasih kerana sudi singgah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience