Rate

BLACK ROSE (broken inside) 12

Drama Completed 921511

Mawar bangun dari katil hospital. Dia mula bosan. Keluhan dilepaskan. Dia berjalan ke arah sofa yang terdapat di ruangan bilik itu. Punggung dilabuhkan. Remote television di ambil. Butang on ditekan.

Bosan!

Siaran ditukar-tukar. Semua siaran tidak menarik minatnya untuk menonton. Mawar mengelamun jauh. Teringat bebelan Aydean setiap kali lelaki itu menjenguknya di sini. Tanpa sedar bibir Mawar terukir senyum nipis.
. .
.

Belum sempat Mawar bangun dari pembaringannya, Aydean masuk menerjah bilik wad tanpa mengetuk pintu. Bahu Mawar terjungkit kerana terkejut. Matanya merenung tajam susuk tubuh Aydean yang muncul tiba-tiba di ruangan itu.

"So, how are you today, Kie?" soal Aydean sebaik sahaja dia menghampiri Mawar. Seperti biasa wajah dingin dipamerkan kepada lelaki itu. Malas mahu melayan.

Kie!Kie!! Kie's dead!!

"You kalau buat muka masam macam ni, lagi I suka. Cute," usik Aydean sengaja. Dia teringin melihat senyuman manis Mawar kepadanya. Tetapi, wanita itu terlalu kedekut dengan senyuman.

"You.... you memang sangat cute... So stop lah being so cute...You buat I hanyut," perlahan Aydean menyanyikan lagu tersebut kepada Mawar. Aydean menahan senyum apabila melihat muka Mawar semakin ketat.

"Kenapa you cute sangat... Even bila muka ketat...," Aydean cuba menyambung lagi nyanyiannya. Namun, pandangan membunuh Mawar, mematikan hasrat Aydean untuk terus menyanyi. Aydean menelan airliur. Bimbang kolar leher dicengkam seperti tempoh hari. Dia menarik nafas dalam sebelum meneruskan kata-katanya.

"Takpelah. Kedekut nak senyum pada I. It's okay," kedengaran sedikit rajuk di hujung suara Aydean. Mawar masih diam membisu di katilnya. Bahu yang terasa sengal dan berdenyut menerbitkan kerutan di dahi.

"Sakit ke?" soal Aydean yang perasan dengan wajah tidak selesa Mawar saat wanita itu memegang bahunya. Namun, soalan Aydean masih tidak dijawab. Wajah dingin masih terpamer di muka Mawar. Aydean menarik nafas dalam.

Susahnya nak dengar suara awek sorang ni!

Lama Aydean memandang ke arah Mawar. Setiap inci wajah itu diteroka dengan matanya. Senyuman nipis terukir di bibir Aydean.

"Macam mana I boleh tak perasan you Kie? You jauh berubah. Penampilan. Sikap you. Apa yang buat you berubah sampai macam ni sekali?" soal Aydean dengan mata yang masih melekat ke arah Mawar. Dia tahu Mawar tidak akan menjawab soalannya. Namun, masih juga mahu bertanya.

"Kalau I beritahu Shark yang you Kie... Apa perasaan Shark agaknya," sengaja Aydean menyebut nama Syakir. Pasti wanita itu mula bimbang jika Aydean memberitahu Syakir tentang dirinya.

"Saya bukan Kie!" tegas Mawar. Wajah Aydean tidak dipandang. Mawar takut sekiranya Aydean memberitahu Syakir. Aydean tersenyum lagi.

Dah agak!

"I tahu, tatoo nama you dengan Shark masih ada di bahu you," ujar Aydean jujur. Mawar tersentak. Dia menoleh ke arah Aydean. Lelaki itu melempar senyuman hambar.

"Sorry, I tertengok hari tu," tambah Aydean. Benar, dia ternampak sewaktu insiden itu berlaku. Baju di bahagian bahu Mawar dikoyakkan oleh petugas penyelamat sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam ambulan. Bahu putih yang dulu menjadi santapan mata Aydean kini sudah terlalu mahal untuk dilihat. Aydean kagum dengan perubahan Mawar. Sekaligus menambahkan lagi rasa cintanya pada Mawar.

Mawar melarikan pandangan mata apabila melihat Aydean merenungnya lama. Dia berasa tidak selesa dengan situasi itu. Hendak dinafikan lagi, lelaki itu sudah nampak bukti. Jadi, lebih baik dia biarkan sahaja dan tak perlu mengaku dirinya adalah Kie.

"You tau tak, rumah I ada bilik khas untuk jamming tau. Setiap kali I main drum, I selalu teringat pada you," tiba-tiba Aydean mengubah topik perbualan. Mawar masih begitu, diam membisu.

Apa kena mengena dengan aku??

"Mawar, I minta maaf sebab selalu cari pasal dengan you," ucap Aydean lembut. Suara gemersik Aydean mengusik hati Mawar. Terasa debar di dada. Riak wajah cuba dikawal agar Aydean tidak sedar perasaannya tika ini.

"Pleaseee.. Berbuallah dengan I. You tak kesian dekat I ke? Dari hari tu I datang sini, asyik I sorang je yang bercakap," rengek Aydean dengan wajah masam mencuka. Dia mahukan perhatian Mawar. Mawar masih tidak mempedulikan Aydean. Aydean melepaskan keluhan berat. Akhirnya lelaki itu akur dan terus beredar dari situ.
. .
.

Mawar tersenyum nipis. Sedikit sebanyak Aydean berjaya menarik perhatiannya. Matanya beralih ke arah tingkap bilik yang terletak di sebelah katil. Terbit rasa takut apabila teringat cerita Aydean siang tadi.

Makcik karipap?? Kepala digeleng cepat sambil matanya terkebil-kebil cuba membuang perasaan takut itu. Pelbagai gambaran makcik karipap yang bermain difikiran Mawar waktu ini.

Makcik karipap tu pakai tudung ke? Macam mana dia panjat tingkap bilik jual karipap? Muka dia scary ke? Ada darah-darah keluar dari kepala ke? Iiisshhh.. mula lah si Mawar overthinking.

"Mana dia dengar cerita mengarut macam tu??"bebel Mawar seorang diri. Geram ditakutkan dengan cerita sebegitu. Sudahlah dia keseorangan tika ini.

KLUK! Pintu biliknya terbuka tiba-tiba. Serta merta Mawar menoleh ke arah pintu tersebut. Perlahan pintu terkuak. Mawar cemas. Dia kaku di duduknya tanpa berganjak dari situ. Lutut terasa lemah.

"Assalamualaikum, nakkk.. Makcik nak jual karipap oksigen niii...," terpacul wajah Aydean dimuka pintu. Mawar menarik nafas dalam. Seakan terbang segala semangat yang ada tika itu. Datang pula rasa geram apabila melihat wajah Aydean yang menahan tawa seakan mengejeknya.

"Takut ke tuuuu?" Aydean melangkah masuk ke dalam ruangan bilik. Pintu ditutup rapat. Muka Mawar dipandang. Geli hati melihat wajah pucat Mawar bercampur geram itu.

"Iiisshhhhhh," desis Mawar geram. Dada digosok laju. Cuba menghilangkan debar ketakutan yang menerjah sebentar tadi. Geram dengan Aydean.

Aydean menahan tawa dari meledak. Dia berjalan menghampiri Mawar. Bungkusan ditangan diletakkan ke atas coffee table yang berada di hadapan wanita itu.

"Shooting I cancel malam ni. So, I teman you sekejap di sini. I takut makcik karipap ketuk tingkap bilik you," usik Aydean lagi. Dia melabuhkan punggungnya ke sebelah Mawar. Rapat kedudukan mereka tika ini. Hangat tubuh Aydean terasa menjalar ke setiap genap tubuhnya. Mawar cuba berlagak tenang. Namun, dirasakan degupan jantungnya seakan kedengaran kuat tika ini.

"I beli karipap untuk you. Sedap tau. Karipap pusing. Pernah makan?" soal Aydean sambil mengambil plastik bungkusan yang berada di atas meja itu. Berhati-hati dia membuka plastik tersebut dan di tunjukkan kepada Mawar.

"Panas lagi ni. Makcik karipap tu baru masak. Dia cakap hari ni dia busy, tak sempat nak ketuk tingkap bilik orang," tutur Aydean masih menyakat Mawar. Mawar menarik muka masam. Aydean tersenyum lagi.Terasa lucu melihat wajah Mawar yang pucat itu.

Gangster pun takut hantu ke??

"Makanlah. Ke nak I suap?" soal Aydean mengusik lagi. Mawar menarik nafas dalam. Perutnya terus terasa lapar apabila haruman karipap pusing itu menusuk ke hidungnya.

Duhh... sedapnya bau.. Nak jual mahal, rugi pula rasa!

Tangan Mawar menyeluk ke dalam plastik itu. Sudah tidak mampu menolak godaan nafsu makannya. Di ambil sebiji karipap tersebut dan di gigit perlahan. Aydean tersenyum lebar. Pantas dia bangun menuju ke meja sisi katil. Dia mengambil segelas air kosong dan di bawa kepada Mawar.

Satu persatu karipap dimakan. Sungguhlah kata si Aydean. Memang sedap. Tidak sedar Mawar telah menelan beberapa biji tanpa mempelawa tuan yang membelinya. Mawar tersedar. Muka Aydean dipandang. Mata mereka bertaut.

"Sorry. Dah habis," wajah Mawar membahang. Malu kerana buruk lantak. Aydean ketawa kecil sambil menggelengkan kepala perlahan.

"It's okay. I memang beli untuk you. I tahu you suka makan," ucap Aydean masih lagi dengan senyuman yang melebar. Hatinya berbunga lagi. Wajah Mawar kembali dingin.

Aku suka makan?? Memanglah! Gila tak suka makan??

"I dah tanya doktor siang tadi. Esok you boleh discharge. I tak dapat nak ambil you. Sebab I ada shooting. So, I dah beritahu Shark suruh ambil you," jelas Aydean. Hatinya sendiri tidak senang jika Syakir menguruskan Mawar. Tetapi, dia tiada pilihan lain.

"Takpe. Saya boleh balik sendiri naik grabcar. Tak perlu susah-susah," balas Mawar. Dia meneguk air yang diberi oleh Aydean itu tadi dan diletakkan ke atas meja.

Burp!! Terkeluar sendawa dari mulut Mawar. Pantas mulut ditekup. Wajah Mawar membahang kembali. Terasa darah menyerbu ke muka. Asyik memalukan diri sendiri sejak dari tadi.

Aduuhhh... Mawar, apa kau niii!

"Alhamdulillah. Kenyang dah sweetie I ni. Nasib I bawa karipap tu," ucap Aydean menahan senyum. Wajah Mawar yang mula merona merah itu mengusik hati lelakinya.

Kenapa lah comel sangat ni oii!

"Okaylah. Tak manis I lama-lama dekat sini," Aydean melihat ke arah jam tangannya. Hampir ke pukul 1 pagi. Dia harus beredar. Bimbang menjadi buah mulut orang lain jika dia berlama-lama di situ.

"Nanti kalau makcik karipap tu ketuk tingkap, you beritahu dia yang you dah makan karipap pusing," pesan Aydean dengan wajah serius. Mengusik lagi. Riak wajah Mawar berubah geram. Aydean menahan tawa.

"Iiiissshhh!!!!" desis Mawar geram. Keningnya bertaut. Mata merenung tajam ke arah Aydean. Aydean melepaskan tawa yang tertahan sejak dari tadi. Belum puas mengusik gayanya.

"Okaylah.. Okaylah.. Sorry. I tak sebut dah. I ingat you tak takut. Takut rupanya," sindir Aydean dengan senyum mengejek. Mawar tarik muka masam. Menyampah dengan riak wajah Aydean.

"Youu.. senyumlah sikit. I nak balik dah ni," pinta Aydean sambil berjalan menuju ke pintu. Dia berdiri di situ masih menunggu senyuman dari Mawar. Namun, sikit pun Mawar tidak menoleh ke arah Aydean. Aydean mengeluh hampa.

"Tak nak takpe...," meleret suara Aydean menutur kata. Dia sedikit kecewa. Namun, dia juga tidak boleh memaksa Mawar untuk mengikut katanya.

"Okaylah. Good night. See you then," ucap Aydean. Tombol pintu dipulas. Kemudian, dia melangkah keluar dari situ.

Mawar menarik nafas dalam. Dia menoleh ke arah pintu yang tertutup perlahan itu. Nafas dihela keluar. Mawar termenung seketika.

Aydean Asyraff. Dean. Kenapa dia tiba-tiba baik dengan aku?

××××××××××

Mawar serba salah apabila Syakir datang menjemputnya di hospital. Dia berasa sedikit kekok dengan Syakir. Begitu juga Syakir. Entah apa yang di segan olehnya, dia sendiri tidak tahu.

"You bagi adress you. I guna waze search," Syakir mengeluarkan telefon bimbitnya. Diletakkan ke pemegang telefon bimbit yang terletak di sisi kanan cermin. Mawar memberi alamat rumahnya. Kemudian, Syakir tekun menaip alamat tersebut di dalam telefon bimbitnya.

"Oh, dekat je dengan restoran," ucap Syakir. Sekilas dia memandang ke arah Mawar. Mawar hanya tersenyum tawar sambil mengangguk perlahan.

"Terima kasih encik Syakir jemput saya," tutur Mawar sopan. Tiada lagi wajah dingin di riak mukanya tika ini. Dia segan dengan Syakir yang bersusah payah datang ke hospital dan menghantarnya pulang ke rumah.

"It's okay. Lagipun family you takde di sini kan? And my responsibility uruskan segalanya," balas Syakir bersahaja. Bau essential oil lavendar yang keluar dari mini diffuser kereta itu sungguh menenangkan. Mawar menyandarkan tubuh ke dada kerusi. Dia memejam matanya sambil menikmati bauan tersebut.

"I'm sorry about Dean. I tahu you takut nak berterus terang tentang Dean. Dean cari pasal dengan you kan?" soal Syakir tiba-tiba. Mata Mawar terbuka kembali. Dia termenung seketika.

Iye, apa yang berlaku disebabkan Aydean. Tetapi, dia yang menolak Aydean sehingga rak tersebut jatuh menimpa mereka. Mawar sendiri tidak pasti apa yang harus dia jelaskan pada Syakir saat ini.

"Actually Dean tu okay. You tahukan dia sepupu I," Syakir mula bercerita. Mawar masih diam membisu menunggu setiap bicara lelaki itu. Mata ditumpu ke hadapan.

"Dean is my bestfriend. My cousin yang paling rapat dengan I. Dia selalu tolong I. Support I and dia selalu protect I," tambah Syakir lagi. Syakir tiba-tiba mengukir senyum. Teringat kembali zaman kanak-kanaknya bersama Aydean.

"Pernahlah suatu ketika dulu, masa kami berusia 14 tahun. Dia suka dengan penolong pengawas sekolah," Syakir meneruskan ceritanya. Mawar hanya mendengar tanpa mencelah walau sepatah pun.

"Masa tu, dia ketua pengawas. Tapi, penolong pengawas tu, suka pada I and Dean mengalah untuk I," Syakir berdehem membetulkan suaranya. Sekilas dia memandang ke arah Mawar yang masih diam membisu sejak dari tadi. Syakir tersenyum lagi.

"Dean juga banyak kali protect I dengan ex-girlfriend I dulu," Syakir masih lagi bercerita. Entah mengapa mulutnya ringan untuk berbual-bual dengan Mawar. Walaupun dia tahu bagaimana respon Mawar tika itu.

"Pernahlah masa tu ex-girlfriend I, Kie buat hal bergaduh dengan budak punk," Syakir ketawa kecil apabila mengingati semula peristiwa tersebut.

ZAPP!! Kecut perut Mawar apabila nama Kie meniti dibibir Syakir. Dia cuba mengawal degup jantung yang mula kencang. Dada yang berombak laju cuba dikawal.

"Dean yang protect I dengan Kie. Dia rela kena pukul dengan budak-budak tu. Bengkak-bengkak muka Dean masa tu. Seminggu dia tak boleh makan benda keras-keras. Makan bubur je," cerita Syakir lagi. Bibir mengukir senyum nipis. Mawar tersentak. Dia ingat lagi peristiwa itu. Iye, Aydean menyelamatkan mereka dari dipukul. Patutlah seminggu dia hanya keluar berdua dengan Shark tanpa Aydean waktu itu. Rupa-rupanya teruk Aydean dipukul. Mawar menggigit bibir bawah. Entah mengapa timbul rasa bersalah.

Syakir menekan butang on radio. Lagu New Born dari kumpulan Muse berkumandang di corong pembesar suara kereta. Syakir menganggukkan kepala mengikut rentak lagu. Dia menoleh ke arah Mawar.

"Sorry kalau you tak suka lagu macam ni. I slow kan," Syakir memulas ke kiri volume suara. Mawar masih berdiam diri tanpa berkata apa-apa. Dia melempar pandangan ke luar tingkap.

Sekali sekala dia terdengar Syakir menyanyikan lagu tersebut. Sungguh, Mawar rindu. Rindu kenangan lalu.

"Ex-girlfriend I dulu, pandai main gitar dan menyanyi. Dia suka lagu macam ni lah," tiba-tiba Syakir bersuara lagi. Entah mengapa dia masih mahu bercerita semuanya kepada Mawar. Mawar menoleh sekilas ke arah Syakir sambil tersenyum hambar.

Tiada kata-kata yang dapat diucapkan Mawar tika ini. Hanya debaran yang menjadi reaksinya.

'Kenapa dia cerita semua ni pada aku? Dean bagitahu dia ke aku Kie?' Mawar mula bimbang. Dia mencuri pandang ke arah Syakir. Wajah tenang lelaki itu tidak menggambarkan apa yang difikirkan. Tetapi, dia tetap curiga. Adakah Syakir sudah tahu siapa dirinya. Namun, sengaja lelaki itu sengaja menduganya. Entahlah, Mawar keliru. Apa pun, dia tetap akan berdiam diri selagi Syakir tidak berkata apa-apa.

Akhirnya, suasana di dalam kereta menjadi sepi. Hanya kedengaran suara muzik pilihan Syakir yang masih berkumandang di ruangan kereta itu. Mawar melayani perasaan sambil membuang pandangan ke luar tingkap. Syakir pula terus fokus pada pemanduannya.

Nobody notices, how hard I try hold back my tears everyday - Mawar Kirana -

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience