SEMENJAK kebelakangan ini,Harith makin sibuk dengan projek barunya.Iris faham benar akan pwrangai Harith bila melibatkan hal kerja.Tetapi sibuk macam mana pun bila waktu makan tengahari,Harith tetap akan makan bersamanya.
Jadi Iris ambil keputusan untuk pergi terus ke pejabat Harith.Sudah berapa hari mereka tidak makan bersama.Kalau Harith sibuk,Iris akan bungkuskan saja makanan dan makan bersama Harith dalam bilik pejabat.
"Assalamualaikum kak Nida.Harith ada kat dalam kan?"sapa Iris lembut.Walaupun tadi Nida sudah memeritahu tentang keberadaan Harith di pejabat semasa Iris menelefonnya.Sebab itu Iris terus datang seperti biasa.
"Ya ada.Sekejap lagi habis la tu.Iris nak ajak dia keluar makan ker?"tanya Nida sambil tersenyum pada Iris.Suka dia tengok Iris yang lemah lembut dan nampak ayu dalam baju kebaya unggu.
"Rancang macam tu lah.Tapi tak tahu dia free ker tidak."Risau juga kehadirannya mengganggu Harith.
"Ikut jadual dia free saja.Sekarang tengah berbual dengan kawan dia.Iris duduk dulu.Nak kak Nida ambilkan air?"
"Tak apa kak.Terima kasih.."
Iris duduk di sofa pada ruang menunggu.Sambil itu dia membelek telefon bimbitnya.Membuka akaun Fac.Ramai teman sekolah yang sudah berkahwin dan beranak pinak.Sambil menolak skrin ke atas, jarinya terhenti pada gambar salah seorang kawan.Di situ di tanda sebagai Attar Razali.
Jiran sekampung dengan Iris.Lain benar rupanya.Nampak bergaya abang Attar dengan tali leher. Fikiran Iris melayang mengingatkan pemuda itu. Sudah lama mereka tidak bertemu.Sejak masing-masing berkahwin.Macam mana nak jumpa aku pun dah lama tak balik kampung.Tanya khabar keluarga pun dalam henfon saja.Iris mengeluh kecil.Sampai bila dia harus memendam rasa yang kian mencengkam.Sesungguhnya dia amat rindukan ibu,ayah dan adik-adik.
Kedengaran gelak tawa lelaki dan perempuan yang baru keluar dari bilik Harith.Berderau darah Iris bila melihat kemesraan antara Harith dan Intan.Siap bertepuk tampar bahu lagi.
Iris berjalan mendekati mereka.Masa tu pun mereka tak perasan lagi.Iris berdehem kecil.Terus terdiam keduanya.
"Sayang.Bila sayang sampai?"Harith agak gugup.
"Ada la dalam 15 minit.Abang dah habis kerja ker?"tanya Iris sambil senyum segaris pada Intan.Intan hanya leretkan senyuman terpakasa.
"Belum lagi.Lepas ni nak keluar tengok side pula.Sayang kenapa datang sini?"soal Harith kembali.Intan berpura membelek henfon pada hal telinga dia mendengar segala butir bicara Harith dan Iris.
"Ingat nak ajak abang lunch.Tadi Iris dah mesej tapi abang tak balas."Iris merujuk kepada Whatsapp yang dihantarnya hanya bertick biru.
Harith tepuk dahi.Dah baca tadi lupa pula nak balas.
"Alaa sayang...Abang minta maaf.Abang lupa nak balas.Tapi abang memang tak boleh keluar lunch dengan sayang.Abang dengan Intan ada meeting dengan klien lagi lepas ni.Jadi abang agak sibuk.Sorry sayang.."Harith angkat kedua belah tangan memohon maaf pada Iris.Silap dia juga tadi tidak membalas mesej Iris.
"Tak apa lah abang..Iris yang salah terus datang sini."Riak kecewa cuba disembunyikan di sebalik senyuman nipis.
"Sayang pergi makan dulu.Abang minta maaf. Sekarang abang nak kena keluar dah.Sorry tak dapat temankan sayang.Lain kali kita keluar ya.."pujuk Harith.
"Its ok abang.Next time ada lagi.."dia cuba memaniskan muka.Pada hal rasa kecewa tetap ada.Dulu sibuk macam mana pun waktu lunch mesti Harith akan makan dengannya.Dia cuba memujuk hati agak berfikir yang baik-baik saja.
"Okaylah abang pergi dulu.Jom Intan."
Intan tersenyum sinis penuh makna.Iris perasan itu tapi dia cuba untuk berbaik sangka.Harith dan Intan terus hilang ke dalam perut lif.Iris mengeluh kecil dan perlahan terus menapak kaki mahu pergi juga.
"Iris..."panggil Nida.Sambil tergesa mengambil tas tangan.
Iris berpaling.
"Jom kita lunch sama.Kak Nida pun dah lapar ni."terus Nida tarik tangan Iris masuk ke dalam perut lif.Tak sempat Iris nak cakap apa pun.
Nida bukan tak nampak dan dengar.Dia jatuh kesian pada Iris.Hati perempuan mana tak sedih bila suami keluar makan dengan perempuan lain.Memang lah atas dasar kerja tapi boleh kan luangkan masa sekejap.Sebab tu Nida lebih selesa jadi ibu tunggal.Lelaki semua sama pantang nampak yang elok sikit terus isteri ditinggalkan.Dia dah serik.Sebab tu dia lebih selesa hidup sendirian besarkan anak-anak.
maaf slowly updated..agak sibuk :( harap jalan cerita tak mengecewakan.. maaf andai banyak typo :) Sakura Leo
Share this novel