(sessantacinque)

Other Series 152486

"Aigo.. hangsang banghae.. jeongmal juggo sipji anhnayo?!" (Aishh.. ade jugak yang menganggu.. kau memang nak mati ke?!)

Si dia meninggalkan Aleena yang terduduk di atas tanah, menuju ke arah lelaki itu dengan gaya samseng. Jin He jun.

"Igeo bwayo.. yeong-un? (Tengoklah ni... hero ke?) seorang lagi rakannya mencelah. Gwon-ri. Senyumam mengejek ditayangkan sambil ketawa kecil sebelum berbalas pandangan dengan He jun.

Gilakah lelaki ini? Hanya seorang lelaki mahu melawan mereka semua?

Bullshit.

"Geudeul-eul guhal su isseunbnikka meosjin? Neonun halsu issni?" (Kau nak selamatkan mereka ke si kacak? Mampukah kau?)

He jun menyebak rambut lebatnya ke belakang dari menutupi mata sambil memberikan senyuman sinis. Sarcastic.

"Geuneun bangmunjaibnida.. ulileul ilhaehaji moshae." (Aku rasa dia pelanconglah.. dia tak faham kita.) Hyun-dae menyampuk pula.

Lelaki di hadapan mereka diam tak berkutik. Hanya pandangan penuh kebencian saja yang ditayangkan.

Sekeliling diperhati dalam diam sementara beberapa ekor binatang di depannya berbual kosong. Useless.

Dia mengira.

Satu..dua..tiga..empat..

"Debole.." gumamnya perlahan.

'Huh. Die? Bring hundreds of men if you wanna kill me, your bastard.'

Rahangnya kejap. Gigi diketap apabila matanya bertentang dengan mata dwi-warna Aleena yang berair.

Fuck!

They made her cry. No one made ma girl cry..

"Close your eyes carrissima." tanpa menghiraukan kata-kata semua di sekelilingnya, Dom mengarahkan Aleena tegas sebelum beralih pandang semula pada mereka.

Dia mula menghampiri mereka perlahan sambil membawa kayu di tangan.

Lengan baju yang disinsing ke siku jelas menampakkan bait-bait urat yang timbul apabila dia menggenggam kayu besbol itu erat.

Aleena tahu makna pandangan itu. Tapi dia tak akan mampu mengubah apa-apa saat itu apabila si suami sudah memutuskan jawapannya.

Kedua tangan ditekupkan pada muka sambil mengerekot. Kalaulah boleh pendengarannya juga ditutup, sudah semestinya dia lakukan kerana..

Dia sudah menjangkakan perkara yang bakal terjadi.

"Ulliwa ssaugo sip-eohaneun ge jinjihangeoya? Dangsin-eun hal su eobs-seub-" (Kau serius ke nak lawan kami semua ni? Aku masih bagi kau pelu-)

Bukk!

Tiada amaran, tiada balasan kata-kata.. sekelip mata dia terhumban kuat di tanah apabila kayu besbol bertatah paku itu menampar bahagian sisi tubuhnya kuat.

Dalam terkejut, tindakan refleksnya mengangkat tangan, menahan pukulan Dom. Tapi apakan daya.. kesakitannya sama.

Paku-paku yang tertanam separa di serata hujung kayu besbol Dom terbenam ke isi-isi lengannya. Mencederakan.

"Arghhhh!!!" jeritannya tak dapat dibendung lagi. Perit. Seksa!

He-jun menggelupur kesakitan di atas tanah sambil menekup lengannya yang mulai dibanjiri darah segar. Wajah putih itu berubah merah menahan kesakitan.

Dalam keadaan tiba-tiba itu, rakan-rakannya yang lain turut sama menyerang Dom beramai-ramai. Membantu si ketua.

Tapi, martial arts Dom tak boleh ditandingi. Pukulan budak-budak mentah itu hanya semberono, mudah diagak oleh Dom.

Lelaki itu dengan lincah, mudah saja mengelak serangan mereka dan dengan sekuat hati, kayu ditangan dihayun ke tubuh musuh.

Tak kisahlah di mana pun bahagian yang mengenai pukulannya, Dom tidak peduli.

Badan, tangan, kepala.. He don't fucking mind.

Yang penting, mereka perlu berdarah. Sebanyak yang mungkin.

Belasan lelaki dungu dan tak sayangkan nyawa terus-terusan menyerang Dom walaupun sudah terang lagi bersuluh semua yang menyerang lelaki itu,

Semuanya..

Akan diakhiri dengan menjerit, menggelupur dan pengsan akibat pukulan deras lelaki itu. Mungkin saja ada yang mati serta-merta apabila ditetak lelaki itu di bahagian kepala dan leher.

Darah mula terpercik di merata tempat, mewarnai subuh itu.

That's the truly HIM. He has no mercy when it comes to his woman.

Salah seorang dari mereka cuba mengguna cara lain, kayu yang dibakar di dalam tong di tengah-tengah kawasan tadi diambilnya.

Hujung kayu yang masih tidak terbakar dipegang sebelum dihayunkan kuat, memukul belakang Dom dengan bahagian yang segar berbara.

Semuanya terjeda sebentar apabila kayu itu patah mengenai belakang tubuh Dom yang sedang menggila memukul seorang lelaki.

Lelaki itu juga berhenti sejenak dengan kayu di tangan yang sudah dibasahi cairan hanyir gelap padanya.

Mayat yang sudah tak bernyawa di sebelah lagi tangannya dijatuhkan ke tanah. Tiada yang berani mendekatinya tika itu.

Hanya ada beberapa orang lagi yang masih bersisa termasuklah yang sudah tercedera.

Dom berpaling perlahan-lahan dengan senyuman psikonya. Mata biru itu mengecil menatapnya apabila kedua pipi naik ditolak otot dari bibir,mengukir senyum.

"Why didn't you tell me that all of you love fire?" Dia mendekati sambil menepis biasa sisa bara di atas bahunya.

Terketar-ketar kaki lelaki itu cuba melangkah beberapa langkah ke belakang, menjauhi Dom yang menghampirinya.

Tanpa sengaja, tong api tadi dilanggarnya akibat gelabah dan dia terjatuh ke dalam api dan bara yang sudah bersepah di atas tanah.

"Arghh!! Jesus!!" Jeritannya mendominasi jeritan yang lain.

Aleena yang tak jauh dari situ masih tak berganjak, dia takut untuk melihat segala yang berlaku di sekeliling.

Bahunya terangkat terkejut dengan bunyian tadi, ditambah lagi dengan erangan garau lelaki itu. Dia tak sanggup..

"Zen, take them." Dom mengarah tanpa memandang ke belakang. Lelaki tadi dihampirinya lagi dengan senyuman yang tak mampu dia lupuskan dari wajahnya.

Zen pula muncul menerima arahan seraya terus mengambil Andy yang memeluk lutut di tepi sebuah tong apabila dilepaskan tadi.

Didukungnya si kecil dan dia berganjak pada Aleena pula. Wanita itu cuba ditariknya menjauhi Dom yang kembali memukul lelaki yang terdampar di atas api marak itu. Bimbang jika kegilaan Dom tertempias mengenai Aleena.

Dom? Tiada yang terkesan padanya. Tiada yang perlu dia risaukan tentang lelaki itu. Sekadar lecuran dan bahang api, sekelumit pun tidak dirasai Dom.

Zen mengangkat keduanya menjauh, keluar dari kawasan itu. Tak jauh dia berjalan, Aleena dan Andy diletakkan di atas tanah.

Sebaik saja melihat wajah si adik, Aleena kembali memeluk Zen, tak mahu dilepaskan. Tangisan wanita itu dibiarkan mengalir.

Aleena juga turut memeluk Andy yang tak henti menangis sedari tadi. Menenangkannya.

Zen bangun mencekak pinggang, dia mengeluh berat sebelum pandangan dibuang pada laluan yang dilaluinya tadi.

Apalah yang bakal berlaku pada wanita kesayangan ini jika mereka lambat tiba. Dia tak mahu memikirkan.

Apa-apapun yang dilakukan Dom pada mereka semua.. dia tiada hak untuk mencampuri.

Sememangnya lelaki itu tak membenarkannya masuk campur tadi kerana mahu menyelesaikan mereka sendirian.

'They chose the wrong person to deal with. May god blessed them..'

Wait.
What the hell you're thinking Zen..

'Just fucking die.'

~~~~~~~~~~~~~~

Semuanya sudah tak mampu bergerak, terdampar tak berdaya di atas tanah.

Seorang demi seorang dari mereka dikumpulkan di atas limpahan bara api tadi. Bertindih sesama sendiri. Dom tak kisahkan yang masih hidup mahupun mati.
Jika sudah mati, roh itu sepatutnya berterima kasih padanya kerana jasad tidak merasai seksaan lagi.

Tapi jika masih bernyawa, bergembiralah. Meraung..menjeritlah hingga ke saat terakhir hidupnya.

It will be a pleasure for HIM to hear that.

Dom meneliti sekitar tempat itu dan siapa sangka? Nasibnya amat bertuah. Senyuman makin melebar apabila satu tong sederhana besar berisi satu cairan kuning keperangan itu kelihatan.

What a lucky day!

Dengan nyanyian kecil di bibir, dia menghampiri. Sekumpulan tadi mulai merayu ketakutan dan meminta dilepaskan.

Dom tak kisahkan mereka, cairan dituang sedikit demi sedikit di atas setiap orang yang ada. Tiada seorang pun yang bersisa.

Dan yang berada di paling atas dan menerima paling banyak tuangan minyak adalah He-jun. Si ketua yang sudah londeh sebelah pipinya ditoreh Dom.

Isi pipi kanannya itu tak teranggal tapi hanya separuh, memperlihatkan lelehan darah tanpa henti pada tulang pipi dan gigi putih yang sudah kelihatan apabila isi di kawasan itu dilapah Dom tadi.

Ngeri.

Sakit yang amat.

Tapi dia masih sedar dan bernyawa! Shit!

Alasan Dom hanyalah, "You slapped my woman, right? Now.. face the consequence dumb."

Sebaik saja titisan minyak mengenai bara api di bawah, serta-merta tubuh-tubuh manusia itu menyala marak dengan nyalaan api.

Jeritan berkumandang, tak pernah sekuat sebelum ini. Tubuh yang hendak menggelupur dan memadamkan api, tidak kesampaian dengan kondisi tubuh mereka yang bertindih-tindih.

'This is your world's hell.'

Dom mengangguk-angguk seorang diri sambil mencekak pinggang melihat pemandangan indah itu.

'Ah! Puas hati aku.'

Dia menikmati awal paginya.

Walaupun kawasan itu agak jauh dari orang ramai, tapi sudah tentu pasti ada yang akan menyedarinya juga lambat laun.

Dom melangkah meninggalkan mayat-mayat hidup yang masih menjerit-jerit dibakar, seluruh tubuh mulai berkerak dimasak.

Yum. Hopefully they're fully cooked as my favourite.

Sekarang, dia perlu bertemu Aleena. Rindunya pada si gadis tak dapat dibendung lagi.

Andy sudah tenang, dia hanya diam memerhati Aleena yang bersimpuh di sebelahnya berbual serius dalam bahasa yang tak difahaminya dengan seorang lelaki yang diperkenalkan sebagai Zen.

Tak lama selepas itu, suara garau Dom menyapa pendengaran semua.

"Carrisima.."

Kepala pantas menoleh, mencari arah suara. Senyuman manis si suami menyapa pandangannya.

Tak menunggu lama, Aleena berlari anak ke arah Dom yang sudah mendepa tangan, menggamitnya bagai anak kecil.

"Mika!!! Oh honey.. I miss you my love. I'm dying missing you.." Sebaik saja Aleena dalam pelukannya, diangkat si gadis ke atas bagai meraikannya. Diampu.

"Oh Aleena.. Aleena.. Aleena.." Hanya itu yang mampu dia ucapkan. Wajah si isteri di dikucupnya berkali-kali.

Rindu yang amat!

Hanya tuhan saja yang tahu detak hatinya saat itu. Gembira.. bersyukur sangat.

"I won't.. I won't let anything. Anything. Happen to you again sayang.. Please forgive me carrisima.."

Esak tangis perlahan lelaki itu hanya dia yang dengari. Aleena memeluk erat leher Dom yang sedang menyembam di bahunya.

"It's not your fault Mika.. You're my hero. No. You're OUR hero." ubun-ubun Dom dikucupnya lama.

Zen hanya mengalihkan pandangan, sesekali melihat ke arah Andy yang leka melihat kelakuan sepasang suami isteri itu.

Dom menurunkan Aleena, bahu wanita itu dirangkulnya mesra sambil berjalan beriringan ke arah Zen dan si kecil.

"Let's out of this suck place." Dom mengarah, Zen serta-merta bangun dan menangguk menerima arahan.

Pandangan Dom beralih pula pada Andy yang polos, terkebil-kebil si kecil memerhatinya.

"There are many things you need to tell me sayang.." pipi Aleena diusapnya dengan jati tengah, lembut, tak mahu menyakitinya.

Mereka berbalas pandangan dengan senyuman bahagia, Aleena mengangguk manja sebelum menggamit Andy merapati.
"This is my husband Andy.. Now, introduce yourself okay?" rambut lebat itu diusap Aleena manja.

Andy mengelipkan mata beberapa kali, kaku.. sebelum,

"Andy."

Senyuman lelaki kacak bermata biru yang hampir gelap itu agak menakutkan dia sebenarnya kerana..

dia lihat segalanya.

Bagaimana Dom membunuh semua orang tadi tanpa belas kasihan, bagai ketagihkan pembunuhan dan darah segar..

'I wanna be like HIM.'

Perlahan-lahan, senyuman comelnya mula terukir kecil membalas senyuman manis Dom.

'One day I will.'

Share this novel

awer
2021-08-05 21:17:46 

best giler...tlg la...best sgt

de rose
2020-08-29 09:36:18 

next chapter pls...

Mimie Harmiza
2020-08-20 19:40:32 

u miss me mulut murai ni tak hnsem boy hahaha.jgn mrh.sje usik u.kikiki


NovelPlus Premium

The best ads free experience